Pengenalan Dalam persiapan untuk sesuatu majlis atau sesi persidangan,jawatankuasa kadangkala dikehendaki menyediakan teks ucapan bagi pihak yang diundang berucap dalam majlis yang berkenaan. Dalam kehidupan seharian, ucapan juga digunakan dalam upacara tertentu seperti sambutan istimewa,perayaan umum,majlis perpisahan, majlis makan malam dan seumpamanya.
PENGERTIAN UCAPAN Bermaksud penglahiran idea-idea secara lisan dan diujarkan secara berpidato sehala di hadapan audien. Secara am, ucapan menggambarkan seseorang bercakap tentang sesuatu perkara di hadapan khayalak ramai. Ucapan biasanya disampaikan dalam upacara tertentu seperti majlis perpisahan,majlis mengenang jasa,majlis pelancaran projek dan lain-lain. Ucapan dikemukakan berdasarkan tema dan agenda sesuatu majlis yang melibatkan ucapan berkenaan.
Ucapan yang baik memerlukan kemahiran dalam aspekaspek pertuturan dan ekspresi yang berkesan. Hendaklah juga menguasai perhatian audien supaya mereka dapat memberikan tumpuan terhadap perkara yang diucapkan. Bahan ucapan mestilah terdiri daripada sesuatu yang berminat kepada audien,iaitu perkara-perkara yang ada kaitan dengan mereka. Penulisan teks ucapan pula harus berkualiti dalam aspek bahan ucapan,organisasi ucapan dan gaya penyampaian.
Kekuatan ucapan Ucapan yang dibuat dapat mempengaruhi pembaca/pendengar secara tidak langsung kerana ia lebih kepada penerangan,pujian ataupun sanjungan. Bahasa yang digunakan sejajar dengan sasaran pembaca atau pendengar-mudah dan dapat difahami dengan mudah.
Kelemahan ucapan Pembinaan teks ucapan memerlukan penyelidikan terlebih dahulu agar ucapan bersesuaian dengan majlis dan khayalak pembaca/pendengar. Pembaca/pendengar tidak banyakberdasarkan majlis dan tujuan ucapan itu sahaja.