Tuntutan Elaun Bagi Kursus Pendek

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tuntutan Elaun Bagi Kursus Pendek as PDF for free.

More details

  • Words: 765
  • Pages: 3
Tugasan individu Komponen I : Perintah Am Tugasan 1 , Soalan 1B

Encik Sapawi ialah seorang Pegawai Pendidikan Siswazah bergred DG 48, yang telah diarahkan mengikuti kursus pendek selama 14 hari di Bangkok, Thailand atas kepentingan perkhidmatan. Menurut Pekeliling Perbendaharaan Bil 3 Tahun 2005 dan Perintah Am Bab B, Encik Sapawi adalah layak menuntut beberapa jenis elaun yang telah termaktub di dalamnya. Pekeliling Perbendaharaan Bil.3 Tahun 2005 adalah bertujuan untuk menetapkan kadar dan syarat bagi seseorang pegawai perkhidmatan kerajaan menuntut elaun, kemudahan dan bayaran semasa berkursus mengikut Perintah Am Bab B 1974. Bangkok, Thailand di kategorikan sebagai luar negara kategori ll manakala kursus pendek pula bermaksud sebarang kursus sepenuh masa yang tempohnya adalah 3 bulan atau kurang termasuk hari hujung minggu dan kelepasan am. Dalam kes ini, Encik Sapawi berhak menuntut elaun makan sepanjang tempoh berkursus. Elaun makan Kategori ll ialah RM200 sehari. Elaun ini boleh dituntut sekiranya pihak penganjur tidak menyediakan kemudahan makanan. Namun sekiranya hanya sebahagian daripada kemudahan makanan disediakan, Encik Sapawi hanya layak menuntut bahagian makanan yang tidak disediakan tertakluk kepada kadar seperti berikut iaitu sarapan pagi, 20% daripada Elaun Makan; makan tengahari, 40% daripada Elaun Makan dan makan malam, 40% daripada Elaun Makan. Elaun ini turut melibatkan tempoh dua hari iaitu sehari sebelum dan sehari selepas berkursus. Sekiranya pihak penganjur tidak menyediakan kemudahan makanan selama Encik Sapawi berkursus, tuntutan Elaun Makannya berjumlah RM3200. Elaun makan = (14 + 2 hari) x RM200 = RM3200. Elaun kedua ialah Bayaran Sewa Hotel yang disokong dengan resit mengikut had maksimum kelayakannya.

Encik Sapawi layak menuntut maksimum sebanyak

RM300 semalaman. Bayaran perkhidmatan dan cukai perkhidmatan atau bayaran lain yang diwajibkan ke atas sewa hotel tersebut adalah layak dituntut dan dikira sebagai sebahagian daripada kadar Bayaran Sewa Hotel tersebut. Elaun Bayaran Sewa Hotel turut melibatkan sehari sebelum dan selepas tamat kursus. Oleh itu jumlah elaun yang boleh dituntut ialah sebanyak RM4800. Sekiranya Encik Sapawi memilih Elaun Lojing, kadarnya ialah RM120 sehari atau jumlah keseluruhannya ialah RM1920. Sekiranya Encik Sapawi memilih Elaun Lojing, ini bermakna beliau tidak lagi layak menuntut elaun Bayaran Sewa Hotel. Bayaran Sewa Hotel = (14 + 2 hari) x RM300 = RM 4800 Elaun ketiga ialah Elaun Perjalanan. Pengangkutan yang paling sesuai digunakan oleh Encik Sapawi ialah kapal terbang. Bagi kelayakan Gred 48, perjalanan dengan kapal terbang adalah kelas ekonomi. Resit tuntutan perlu dikepilkan bersama sebagai bukti pengesahan. Tuntutan ini haruslah dibuat sekali sahaja bagi penerbangan pergi dan juga balik. Sekiranya Encik Sapawi menggunakan kenderaan sendiri dari kediamannya untuk ke lapangan terbang, beliau juga berhak menuntut elaun perjalanan bagi setiap kilometer, untuk perjalanan pergi dan juga balik. Tuntutan bagi elaun perjalanan ini adalah mengikut Kelas yang tertentu (A hingga E), berdasarkan tingkat gaji serta sukatan silinder kenderaan Encik Sapawi. Elaun keempat ialah Elaun Pengangkutan Awam. Antara jenis pengangkutan awam ialah teksi, kereta sewa, bas, motobot, keretapi, dan kapal laut. Syarat-syarat pengangkutan awam ini ialah mesti menggunakan tambang lazim bersama resit. Elaun ini melibatkan perjalanan pergi balik dari tempat kediaman ke lapangan terbang, sekali sahaja dan perjalanan pergi balik dari lapangan terbang ke tempat penginapan, sekali sahaja. Selain itu juga ia melibatkan perjalanan dari tempat penginapan ke tempat berkursus sekali sahaja pada setiap hari berkursus. Elaun kelima yang boleh dituntut oleh Encik Sapawi ialah Elaun Pelbagai. Elaun ini meliputi elaun tol, bayaran letak kereta, dobi, telefon, telegram, pos, faks, cukai lapangan terbang, Excess baggage, rawatan kesihatan, paspot dan visa, insurans

kesihatan dan sebagainya. Jika Encik Sapawi menggunakan kenderaan sendiri untuk ke lapangan terbang, beliau berhak untuk menuntut bayaran tol serta bayaran tempat letak kereta yang terlibat, bersertakan dengan resit, sekali sahaja bagi perjalanan pergi dan pulang. Elaun dobi mensyaratkan tidak kurang 3 malam bersama resit bayaran. Oleh kerana Encik Sapawi mengikuti kursus selama 14 hari, maka beliau layak mendapat elaun dobi tersebut. Bagi penggunaan telefon, telegram, pos dan faks, ia mestilah melibatkan urusan rasmi dan memerlukan resit bayaran. Contohnya menggunakan telefon hotel yang boleh ditakrifkan tahap penggunaan. Bagi cukai lapangan terbang dan Excess baggage, ia juga mestilah secara rasmi dan memerlukan resit bayaran. Rawatan kesihatan ialah mesti melibatkan resit rasmi di tempat berkursus. Bagi paspot dan visa, Encik Sapawi juga layak menuntut kerana beliau telah diarahkan bertugas di luar negara. Insurans kesihatan dikira meliputi tempoh masa Encik Sapawi berkursus di luar negara. Insurans ini dikendalikan di dalam negara iaitu di ibu pejabat Encik Sapawi. Kelima-lima jenis elaun ini boleh dituntut oleh Encik Sapawi berdasarkan kedudukannya sebagai penjawat awam bergred DG48. Walau bagaimanapun kesemua tuntutan ini mestilah disah dan diluluskan oleh Ketua Jabatan Encik Sapawi supaya kesemua tuntutan yang dipohonnya teratur, munasabah dan berpatutan sesuai dengan tugas yang telah diamanah untuk dilaksanakan oleh Encik Sapawi.

Related Documents