Kerja Kursus Pendek 09

  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kerja Kursus Pendek 09 as PDF for free.

More details

  • Words: 1,600
  • Pages: 12
Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus.

Tugasan Kerja Kursus Pendek KEMAHIRAN BERFIKIR Oleh:

NAMA :

MOHD SALEHIN BIN MD FADIR 900910-01-5003 RAJ 890000-00-0000

KUMPULAN/UNIT : PPISMP 5

SEMESTER : 2 (AMBILAN JULAI 2008)

TARIKH MULA : 25 MAC 2009

TARIKH HANTAR : 3 APRIL 2009

.

SOALAN:

BACA ARTIKEL YANG DIBERIKAN

a) Berdasarkan artikel tersebut, kenalpasti usaha-usaha strategik dalam sistem pendidikan untuk membentuk rakyat Malaysia yang cemerlang dan berkualiti

b) Berdasarkan usaha-usaha itu, huraikan cara-cara yang dapat dilakukan untuk mencapai impian tersebut. Gunakan borang pengurusan grafik yang sesuai bagi menjelaskan cara-cara itu mengikut gaya kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Bahan-bahan sokongan / bukti perlu disertakan bersama-sama sebagai sumber yang boleh dipercayai.

JAWAPAN (a) :

Berdasarkan artikel Cabaran dan Harapan dalam Pendidikan Menghadapi Alaf Baru, usaha-usaha strategik dalam sistem pendidikan untuk membentuk rakyat Malaysia yang cemerlang dan berkualiti ialah :

i.

Sistem pendidikan dan persekolahan dalam menghadapi gelombang perubahan alaf baru perlu berfungsi pada landasannya.

ii.

Membina Negara bangsa

iii.

Pembinaan budaya ilmu.

iv.

Pembudayaan masyarakat Malaysia.

v.

Penyediaan sumber manusia berkualiti.

vi.

Peranan Pendidik.

vii. Pelaksanaan sekolah bestari. viii. Mengimbangkan perkembangan dan kemajuan dunia aspek teknologi dan industri hi-tech ix.

Membentuk masyarakat madani

Pendidikan adalah kepentingan awam. Peranan sistem pendidikan sangat penting dalam pembangunan negara. Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan

wahana

usaha

membangunkan

generasi

alaf

baru,yang

akan

datang.Sistem pendidikan negara memerlukan usaha-usaha yang strategik yang boleh meningkatkan keupayaan dan kemampuan .rakyat Malaysia ke arah yang berkualiti yang tinggi dan cemerlang agar dapat menanangani cabaran ke abad ke-12.

Sistem pendidikan akan berubah sejajar dengan perubahan aspek ekonomi, budaya dan politik. Perubahan aspek tersebut amat hebat dan pantas. Leka dan alpa boleh menyebabkan kita terpinggir dan tersingkir. Rakyat Malaysia perlu melengkapkan diri dari segala sudut, dari ilmu pengetahuan yang berasaskan teknologi tinggi sehingga memupuk semangat kebangsaan yang unggul di dalam jiwa masing-masing. Pembangunan negara mestilah seiring dengan pembangunan rohaniah agar keseimbangan antaranya dapat memenuhi hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat madani.

Antara usaha yang dapat dilakukan untuk membangun rakyat Malaysia melalui sistem pendidikan pertama untuk menghadapi cabaran alaf baru ialah pembinaan budaya ilmu dan pembudayaan masyarakat. Dalam aspek pembinaan budaya ilmu, sangat penting bagi mempersiapkan generasi muda kita untuk menghadapi arus permodenan yang semekin berkembang dan meluas. Seperti kata Dr.Wan Mohd Nor Wan Daud beliau menjelaskan bahawa budaya ilmu ialah satu budaya yang meletakkan nilai tertinggi dan asas kepada ilmu pengetahuan sebagai kunci segala kebaikan dalam kehidupan individu,keluarga,masyarakat,bangsa dan negara. Melalui penguasaan ilmu generasi berilmu akan dilahirkan untuk berfikir, bertindak dan menghasilkan sesuatu yang bermanfaat berlandaskan skop yang global dan teknologi terkini serta berupaya menangani perkembangan dan perubahan masa kini.

Selain itu, usaha yang dapat dilakukan dalam sistem pendidikan dalam menghadapi cabaran alaf baru ialah melalui pembudayaan masyarakat Malaysia. Keseimbangan dari segi kesejahteraan sosial, ketinggian rohani, kekuatan jiwa dan kebudayaan masyarakat Malaysia yang bebilang kaum sangat penting dalam perkembangan ekonomi.Masyarakat yang mendorong daya usaha serta inisiatif ialah individu yang baik dari segi pemikiran,seni,ekonomi dan teknologi.

Sistem sosial yang cekap dan saksama juga penting dalam pemantapan lagi bentuk acuan masyarakat maju Malaysia tercapai dengan mengambil ciri-ciri madani. Madani bermaksud suatu sistem sosial yang subur yang diasaskan kepada prinsip moral yang menjamin keseimbangan antara kebebasan perseorangan dengan kestabilan masyarakat. Selain itu,masalah sosial remaja dapat diatasi sekiranya para pendidik memainkan peranan penting dalam mengatasi masalah remaja pada masa kini.

Peranan pendidik juga memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan usaha yang strategik yang boleh meningkatkan keupayaan dan kemampuan rakyat Malaysia agar dapat menanangani cabaran abad ke-21. Selari dengan tuntutan tersebut, abad ke-21 dilandaskan kepada tuntutan Wawasan 2020 dan Wawasan Pendidikan yang mana merupakan satu penyediaan sumber manusia berkualiti oleh sistem pendidikan kita. Menurut YAB Perdana Menteri telah menggariskan ciri-ciri generasi yang hendak dilahirkan untuk mewarisi alaf baru yang akan datang iaitu;



Kaya maklumat ( termasuk sains dan teknologi)



Kekuatan minda (krestif dan proaktif)



Nilai-nilai luhur dan murni (termasuk penyayang)



Semangat jati diri, jaya diri dan keusahawanan



Keterampilan

Untuk menentukan kehendak ciri-ciri manusia berkualiti tersebut dapat dihasilkan,maka para pendidik dan guru-guru pelatih,perlulah dilengkapkan dengan ciriciri berikut:



Menguasai subjek (kandungan kurikulum)



Mahir dan keterampilan dalam pedagogi ( pengajaran & pembelajaran)



Memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi mereka.



Memahami psykologi pembelajaran ( cognitive psychology)



Memiliki kemahiran kaunseling.



Menguunakan teknologi terkini.



Dapat menyaring dapatan-dapatan kajian dan penyelidikan mutakhir.



Boleh bekerjasama dengan rakan sejawat dan orang lain



Memiliki keyakinan terhadap peranan dan sumbangan sebagai pendidik.

Menurut kata Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd.Zahid bin Mohd Nordin, beliau memberi ciri-ciri guru bestari ialah guru-guru yang boleh dan bijaksana mengimbang

keperluan Wawasan Pendidikan dengan tuntutan cabaran semasa.Pendidikan Bestari pula ialah menginginkan guru yang berketerampilan,yang mana bukan sekadar mengguna

dan

menguruskan

teknologi,

tetapi

lebih

penting

berkeupayaan

menyaring,mengadun, mengacuan setiap perkara seiring dengan tingkat ketahanan anak bangsa, sejajar dengan budaya halus masyarakat kita dan seterusnya menyumbang untuk terus memperkukuh kewujudan kita. Usaha lain yang dapat dilakukan ialah mempertingkatkan kualiti pendidikan di sekolah dan juga di pusat pengajian tinggi.

Di sekolah, kualiti ini dapat dipertingkatkan melalui bilik darjah. Keunggulan di dalam bilik darjah tidak mungkin dapat dilaksanakan menerusi kurikulum yang standard untuk semua pelajar. Walaupun ini merupakan hakikatnya, masih banyak kita lihat sekolah-sekolah di Malaysia yang tidak memahami perkara ini. Inilah diantara sebab kenapa YB Tan Sri Musa Muhammad, mantan Menteri Pendidikan (secara tidak langsung) telah mencadangkan gabungan falsafah konservatif dan liberal dalam pedagogi. Ini dapat dilihat dengan cadangan beliau untuk memberikan sedikit kelonggaran

bagi

sekolah

untuk

menguruskan

sendiri

premis

mereka

dan

menggalakkan sekolah memperkenalkan unsur-unsur ketrampilan/kemahiran dalam akademik. Selain itu konsep-konsep terkini seperti Sekolah Wawasan, Bestari dan Premier juga perlu mendapat sokongan tenaga pendidik bagi menjayakannya. Kesemuanya adalah bertujuan untuk melahirkan suasana pendidikan yang lebih demokratik dan bukannya untuk merosakkan keharmonian kaum seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Usaha seterusnya yang dapat dilakukan ialah persaingan pendidikan dengan nagara luar.Golongan yang perlu memainkan peranan penting untuk melaksanakan usaha ini adalah para pendidik iaitu untuk melahirkan generasi yang berdaya saing dan berkualiti dengan cara menerapkan nilai-nilai masyarakat yang serba boleh.Rakyat Malaysia juga perlu melengkapkan diri dengan teknologi dengan menguasai semua bidang.Selain itu penguasaan semua bidang ini perlulah selaras dengan penampilan diri dan memiliki sahsiah yang tinggi sesuai dengan masyarakat yang berwibawa.Apa yang jelas,masyarakat sekarang perlulah menguasai bahasa global iaitu bahasa Inggeris dan bahasa asing yang lain.

Selain itu, dalam melahirkan warganegara yang berdedikasi, peningkatan taraf sektor pendidikan negara perlulah dilaksanakan. Dalam usaha ini, kita perlulah meningkatkan prestasi pengajaran di sekolah dan menaik taraf kualiti pendidikan tinggi iaitu institut pengajian tinggi awam dan juga swasta. Sebagai seorang guru,kita mestilah

mengamalkan

sikap

kepimpinan

yang

demokratik

dan

juga

bijak

menggunakan banyak kemahiran dalam mengelolakan sesi pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Guru juga boleh menggunakan alat bantuan mengajar yang menarik dan mewujudkan suasana yang kondusif ketika belajar. Seorang guru yang baik juga perlulah memahami dan membantu pelajar yang bermasalah dengan cara mendorong murid yang lain bergaul tanpa mengira status. Di samping itu, sesi kaunseling antara guru dan pelajar secara peribadi untuk menangani masalah yang dihadapi oleh pelajar juga boleh diadakan. Dengan cara itu, sifat kasih sayang yang ada pada guru dapat ditonjolkan.

Institusi pendidikan turut merangkumi institut pendidikan tinggi. Oleh sebab itu, peningkatan taraf kualiti pendidikan tinggi juga perlu dilakukan. Universiti tempatan perlu berani menerokai bidang baru dengan mengambil kira keperluan negara seperti pengurusan perindustrian dan kursus-kursus berasaskan sains dan teknologi. Para pemimpin pengajian tinggi juga perlu memikirkan langkah yang sesuai untuk menangani masalah kewangan dalam pendidikan institut. Untuk menerapkan kemahiran kaunseling dan memahami budaya psikologi pembelajaran,pihak universiti perlulah membuat gambaran yang baik tentang jurusan tersebut untuk menarik minat pelajar mengikuti kusus tersebut. Dari segi kandungan kurikulum, institut pengajian tinggi mestilah sanggup membuat perubahan dari segi struktur dan bentuknya dan melaksanakan pengajaran ilmu yang releven. Kerjasama dengan sektor korporat untuk menangani masalah kewangan, dalam penyelidikan dan program pendidikan juga boleh dilaksanakan.

Usaha yang terakhir yang dapat dilakukan melalui peranan rakyat.Rakyat sebagai aset negara perlulah memperlengkapkan diri dari sudut ilmu pengetahuan, teknologi tinggi sehingalah kepada memupuk semangat kebangsaan yang unggul dalam jiwa masing-masing. Rakyat juga perlu bersedia menghadapi perubahan dunia untuk lebih berdaya saing. Dalam menguasai bidang akademik dan juga kemahiran, rakyat perlulah membuka minda dan peka terhadap perubahan semasa. Selain itu,rakyat digalakkan menguasai pelbagai bahasa terutamanya Bahasa Inggeris supaya tidak dipandang rendah oleh masyarakat antarabangsa.

Konklusinya, perkembangan dunia dalam aspek ekonomi, social, politik dan teknologi seharusnya menjadi indikator asas kepada system pendidikan dan persekolahan untuk memenuhi keperluan tenaga manusia yang berteraskan keilmuan yang berkualiti, asas nilai dan moral yang berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan, semangat patriotism dan memelihara perpaduan rakyat sebagai bangsa Malaysia dan manusia yang bertaraf dunia. Para pendidik adalah wahana yang boleh menentukan corak manusia yang mampu menghadapi alaf baru, abad ke-21.

Refleksi Assalamualaikum.

Syukur Alhamdulillah saya panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia, dan izin-Nya, dapatlah saya menyempurnakan kerja khusus pendek, kemahiran berfikir ini dengan jayanya. Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kami iaitu Puan Norazam yang banyak membantu dalam pengajaran dalam kelas. Selain itu, saya turut ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada rakan

sekumpulan saya, Raj yang bersama-sama dengan saya bertungkus lumus untuk menyempurnakan tugasan ini. Pada awalnya tugasan ini sukar untuk kami fahami kerana arahannya tidak jelas. Namun begitu, kami berjaya juga menyiapkannya dengan panduan, bimbingan dan bantuan daripada pihak-pihak yang berkenaan. Saya turut sama berkongsi maklumat dengan rakan-rakan lain dan setiap persamaan maklumat antara kami adalah kerana kami menghasilkannya bersama-sama. Akhir sekali, sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam penghasilan kerja khusus ini. Saya harap agar hasil kerja ini memenuhi kehendak pemeriksa dan seterusnya mendapat markah yang boleh dibanggakan. Sekian, terima kasih.

Mohd Salehin bin Md Fadir.

Related Documents