Tugasan Linguistik Dan Sosiolinguistik Upload

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tugasan Linguistik Dan Sosiolinguistik Upload as PDF for free.

More details

  • Words: 3,826
  • Pages: 21
NOR BAHIYAH

_______________________________________________________________________ _ Soalan Sebagai seorang pelajar linguistik dan sosiolinguistik, anda sememangnya peka akan perkara ini. Namun begitu, adakah masyarakat sedar atau peka dan memiliki pengetahuan akan perkara ini? Sejauh manakah aspek sosiolinguistik ini benar-benar wujud dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian masyarakat kita? 1.0 PENDAHULUAN Sosiolinguistik adalah salah satu bidang utama dalam disiplin linguistik. Nama sosiolinguistik terbentuk daripada dua istilah, iaitu sosio (singkatan daripada sisiologidisiplin yang meneliti masyarakat) dan linguistik-disiplin yang meneliti bahasa. Dengan sifat penggabungan dua disiplin ini, sosiolinguistik memberi tumpuan kepada dua entiti, iaitu bahasa dan masyarakat. Sosiolinguistik menganggap bahasa dan masyarakat sebagai satu struktur yang mempunyai hubungan yang rapat antara kedua-duanya. Bidang sosiolinguistik itu adalah merupakan satu bidang yang membabitkan kajian bahasa dan masyarakat yang sangat luas cakupannya. Ia menumpukan kepada bahasa dalam konteks sosial dan kebudayaan. Melalui bahasa, manusia dapat berhubung, menyampaikan buah fikiran dan perasaan. Dengan bahasa juga mereka mengeratkan hubungan antara satu sama lain sebagai anggota satu masyarakat. Kajian ini merupakan satu percubaan untuk meninjau sejauh manakah aspek sosiolinguistik ini benar-benar wujud dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian masyarakat kita. Sosiolinguistik akan menunjukkan bagaimana kita harus berbicara apabila kita berada dalam masjid, ruang perpustakaan atau di pasar, misalnya.

1

HBML 3403 LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK

NOR BAHIYAH

_______________________________________________________________________ _

2.0 ASPEK KAJIAN Kita perlu akur, kualiti bahasa Melayu yang dituturkan kini semakin lama semakin berkurang. Ini mungkin disebabkan oleh kurangnya peranan media terutamanya media elektronik. Selain dari itu, bahasa Melayu kurang dituturkan oleh bangsa India dan Cina untuk tujuan bersosialisasi. Program realiti dan program siaran langsung tanpa suntingan awal, mendedahkan penonton dan pengacara atau artis-artis pujaan kepada penggunaan bahasa rojak ini sehingga bertembunglah bahasa pasar dengan bahasa rojak menjadikan ia satu kebiasaan dan akhirnya satu ikutan yang gelombangnya susah disekat lagi. Pada kalangan murid-murid Cina dan India juga kebanyakannya masih kurang menguasai Bahasa Melayu. Ini ditambahlah jika mereka bersekolah di sekolah venakular seperti SJK( C ) dan SJK ( T ).Apatah lagi soalan aras Bahasa Melayu UPSR lebih rendah dari sekolah kebangsaan. 2.1 SAMPEL KAJIAN Dalam kajian ini saya telah mengkaji 10 orang responden. Mereka terdiri dari pelbagai latar belakang,latar belakang, umur, jantina, bangsa dan sebagainya 2.2 PEMEROLEHAN DATA Data kajian sampel diperoleh hasil dari temu bual secara tidak formal berasaskan soalan yang dikemukakan di 2.3 bertepatan dengan mengikut tugasan yang diberikan. Selain dari itu, kaedah permerhatian juga dijalankan untuk memperkemaskan hasil tugasan.

2

HBML 3403 LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK

NOR BAHIYAH

_______________________________________________________________________ _

2.3 SOALAN KAJI SELIDIK KAJI SELIDIK LINGUISTIK DAN SISIOLINGUSTIK Nama

:___________________________________________

Umur

:___________________________

Jantina

:___________________________

Bangsa

:___________________________

Agama

:___________________________

Pekerjaan

:___________________________

Kelulusan akademik

:_____________________

Bilangan bahasa yang dikuasai :____________________________ Nyatakan

:___________________________________________

Soalan-soalan 1.

Apakah bahasa yang digunakan di rumah? ___________________________________________________________

2.

Apakah bahasa lain yang digunakan selain daripada bahasa di atas? ___________________________________________________________

3.

Bahasa yang digunakan di tempat kerja? ___________________________________________________________

4.

Bahasa yang digunakan dalam aktiviti sosial. Contohnya bersama rakan- rakan. ___________________________________________________________

5.

Bilakah anda menggunakan bahasa rasmi? 3

HBML 3403 LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK

NOR BAHIYAH

_______________________________________________________________________ _ ___________________________________________________________ 6.

Persepsi / pandangan mengenai bahasa Melayu. ___________________________________________________________ ___________________________________________________________

7.

Persepsi / pandangan mengenai bahasa kedua? ___________________________________________________________ ___________________________________________________________ ___________________________________________________________

8.

Persepsi / pandangan mengenai masa depan Bahasa Melayu. ___________________________________________________________ ___________________________________________________________ __________________________________________

3.0 DAPATAN KAJIAN 3.1 LAPORAN DAPATAN KAJIAN Berikut adalah laporan gambaran sebenar sejauh mana ilmu linguistik dan sosiolinguistik ini benar-benar dipraktikkan dalam kehidupan seharian berasaskan kaji selidik yang dilakukan. a)

Responden 1.

Umur: 50 tahun Jantina: Wanita Bangsa : Melayu Kelulusan: MCE (Malaysia Certificate Examination) Jawatan : Guru Penolong Kanan Pentadbiran Pengalaman Kerja: 25 tahun

4

HBML 3403 LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK

NOR BAHIYAH

_______________________________________________________________________ _ Beliau merupakan seorang wanita berkerjaya yang mempunyai pengetahuan linguistik yang tinggi. Tugas sebagai Penolong Kanan sekolah secara tidak langsung amat memerlukan beliau berinteraksi dengan berkesan.. Kepakaran beliau sebagai guru bahasa Melayu tidak dinafikan kerana beliau dapat memahami sedikit sebanyak ilmu linguistik dan digunakan bagi menyesuaian diri semasa berinteraksi. Penggunaan laras bahasa dan juga ragam bahasa akan ditukar mengikut situasi dan tempat. Dalam menghadiri mesyuarat, bahasa yang digunakan oleh beliau adalah bahasa formal yang merujuk kepada penggunaan bahasa yang lebih teratur, lengkap dan memerlukan segala strategi pertuturan untuk memberi gambaran yang beradat dan hormat dalam konteks formal. Selain dari itu beliau menggunakan dialek Perak kerana beliau adalah anak jati Kuala Kangsar. b)

Responden 2:

Umur: 26 tahun Jantina: Wanita Bangsa : Melayu Kelulusan : Sijil Pelajaran Malaysia (STPM) Jawatan : Guru Bahasa Inggeris Pengalaman Kerja: 1 tahun Merupakan seorang wanita bekerjaya yang sering berhubungan dengan masyarakat tempatan dan juga sebagai guru Bahasa Inggeris di sekolah. Mempunyai pengetahuan linguistik dan berupaya menerap pengetahuan tersebut semasa berinteraksi. Beliau juga mahir dalam berbahasa Inggeris. Tambahan pula bapanya berketurunan Inggeris. Sesekali perbualan beliau dicampurkan dengan perkataan Inggeris seperti ‘so’, ‘whateverlah’, ‘dontlah’ dan sebagainya. Beliau baru sahaja menerima jawatan sebagai seorang pendidik. Jadi, nampak pertuturan beliau agak terbatas dan tersekat-sekat kerana beliau kurang bercampur dengan organisasi besar sebelum ini. Dialek Melaka seperti

5

HBML 3403 LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK

NOR BAHIYAH

_______________________________________________________________________ _ perkataan pagaw (pagar) juga sangat ketara apabila berbual-bual dengan rakan sekerja. Beliau kelihatan cuba menyesuaikan diri dengan dialek Perak tempat beliau bekerja.

c)

Responden 3

Umur: 27 tahun Jantina: Lelaki Bangsa : Temiar (orang asli) Kelulusan : Bersekolah hingga darjah 3 Jawatan : Kerja sendiri Pengalaman Kerja: Tiada Merupakan seorang lelaki berketuruanan asli berbangsa Temiar. Latar belakang pendidikan yang rendah menyebabkan beliau tidak memahami dan tidak mempunyai pengetahuan linguistik. Bertutur dalam dialek ibundanya iaitu bahasa Temiar, butir percakapan beliau agak bebas bergantung kepada topik dan penjelasan perbicaraan. Isi kandungan ucapan tidak berdasarkan sesuatu yang ilmiah. Beliau lebih banyak menggunakan bahasa kolokial bagi mewujudkan kemesraan. Beliau tidak mementingkan struktur ayat serta sistem tatabahasa. Apa yang penting adalah unntuk mendapat makna supaya dapat difahami maksud perbualan dengan segera. Memandangkan beliau tidak menerapkan pengetahuan linguistik dalam penggunaan bahasa, beliau berkomunikasi tanpa memikirkan status sosial pendengar, situasi atau pun keadaan semasa berinteraksi. Beliau tidak pernah didedahkan dengan cara berkomunikasi yang betul dalam situasisituasi yang berlainan. Namun begitu, beliau tahu menghormati orang lain. d)

Responden 4

Umur: 29 tahun 6

HBML 3403 LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK

NOR BAHIYAH

_______________________________________________________________________ _ Jantina: Wanita Bangsa : Melayu Kelulusan : Ijazah Kesetiausahaan Jawatan : Setiausaha syarikat Pengalaman Kerja: 5 tahun Merupakan seorang wanita berkerjaya dan mempunyai pengetahuan penggunaan bahasa dalam konteks sosial. Beliau dapat menerapkan pengetahuan tersebut dalam konteks sosial seperti apabila berinteraksi dengan pengarah, pelanggan orang awam dan sebagainya. Beliau mempunyai latar belakang pendidikan yang baik dan mempunyai latar pergaulan yang luas kerana beliau juga melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti sosial yang lain seperti BELIAWANIS, ahli jawatankuasa cawangan sebuah parti politik yang aktif dan lain-lain lagi. Dalam perbualan seharian, beliau menggunakan dialek utara kerana beliau berasal dari Parit Buntar. Pernah menetap di negeri Johor selama 8 tahun dan bersuamikan seorang yang berasal dari Johor, Bahasa pertuturan beliau bercampur antara dialek utara dan dialek Johor kerana dipengaruhi oleh pengalaman tinggal di Johor. Beliau juga begitu mudah menukar kepada Bahasa Inggeris sekiranya penutur yang bersamanya menggunakan tersebut memandangkan beliau juga mempunyai asas Bahasa Inggeris yang baik. Berpendidikan Ijazah di Universiti Teknologi Mara. (UITM) e)

Responden 5

Umur: 47 tahun Jantina: Lelaki Bangsa : Cina Kelulusan : Sijil Pelajaran Malaysia Jawatan : Pengalaman Kerja: 20 tahun

7

HBML 3403 LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK

NOR BAHIYAH

_______________________________________________________________________ _ Merupakan seorang lelaki yang mempunyai tahap pendidikan yang sederhana tetapi mempunyai tahap pengalaman yang tinggi. Bermula sebagai seorang kerani, beliau meniti satu-persatu anak tangga sehingga menjawat jawatan sebagai Ketua Pegawai Perkhidmatan Pelanggan di tempat beliau bekerja sekarang. Berdasarkan latar belakang beliau, beliau merupakan seorang pentadbir bagi sebuah organisasi. Beliau berinteraksi dengan para pekerja, mempengerusikan mesyuarat, membentang kertas kerja dan sebagainya. Sudah pasti beliau harus mahir dalam penggunaan bahasa dalam konteks sosial dan menerapkan pengetahuan linguistik dalam berinteraksi dengan semua yang berkaitan dengan beliau. Bahasa pertuturan beliau adalah Bahasa Inggeris tetapi mahir berbahasa Melayu. Dalam perbualan seharian, beliau merupakan seorang yang banyak menggunakan bahasa campur iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Walau pun begitu beliau masih menuturkan dialek cina ‘Hokkien’ di rumahnya. f)

Responden 6

Umur: 18 tahun Jantina: Lelaki Bangsa : Melayu Kelulusan : Sijil Pelajaran Malaysia Jawatan : Pekerja Kedai Runcit Pengalaman Kerja: 3 bulan Merupakan seorang remaja yang yang mendapat keputusan SPM yang kurang memberangsangkan. Oleh itu, beliau terus bekerja di kedai runcit milik bapa kawannya. Beliau kurang mempunyai pengalaman bekerja . Beliau berinteraksi hanya di kalangan rakan sebaya, guru-guru dan ibubapa secara tidak formal,Sedikit pengalaman berurusan dengan orang awam mengurangkan keyakinan beliau untuk menggunakan penerapan linguistik dalam konteks sosial beliau. Berasal dari negeri Kedah dan menggunakan dialek utara bila berkomunikasi, bahasa pertuturan beliau dipengaruhi juga dengan bahasa pertuturan bapanya yang berasal dari negeri Johor. Beliau dapat menerapkan 8

HBML 3403 LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK

NOR BAHIYAH

_______________________________________________________________________ _ pengetahuan linguistik beliau apabila berinteraksi dengan kawan-kawan, guru-guru dan ibubapa tetapi belum dapat menggunakan bahasa yang bersesuaian apabila berinteraksi dengan mereka yang mempunyai status tinggi di dalam masyarakat seperti pengarah syarikat, pegawai pendidikan, menteri dan sebagainya..Ragam bahasa beliau adalah bahasa tidak formal dan sedikit dialek seketika digunakan sesama rakan sebaya seperti penggunaan perkataan ‘yo’ yang tidak mempunyai apa-apa maksud, ‘stailo’ yang dipinjam dari perkataan Inggeris bermaksud ‘gaya’, menggunakan juga bahasa kolokial yang agak kasar sebagai gurauan seperti ‘siot’ tetapi dapat diterima di kalangan mereka. g)

Responden 7

Umur: 28 tahun Jantina: Lelaki Bangsa : Melayu Kelulusan : Ijazah Jawatan : Guru JQAF sekolah Pengalaman Kerja: 2 tahun Responden merupakan seorang lelaki dewasa yang berkelulusan Ijazah (BA HONS) Universiti Al-Azhar. Negeri kelahirannya ialah Kelantan dan kini menetap di Perak. Bahasa pertuturan beliau dalam Bahasa Melayu banyak dipengaruhi dengan dialek Kelantan seperti penggunaan perkataan ‘demo’ untuk ‘awak’ dan ‘ambo’ untuk ‘saya’. Penggunaan perkataan ‘pitih’ untuk wang atau duit sering dituturkan apabila beliau berinteraksi secara tidak formal.Beliau akan menggunakan dialek Kelantan apabila berkomunikasi dengan orang yang berasal dari Negeri Kelantan seperti dengan keluarga dan adik-beradik beliau sendiri. Dari aspek penerapan pengetahuan linguistik dalam hubungan dengan organisasi masyarakat, tugas beliau memerlukan beliau berinteraksi dengan pelajar-pelajar, guru-guru, guru besar, pengetua, kakitangan Jabatan Pelajaran Daerah, kakitangan Jabatan Pelajaran Negeri, dan sebagainya. Sememangnya beliau mempunyai pengetahuan linguistik yang tinggi dan dapat menerapkan pengetahuan beliau dalam konteks sosial dengan mudah sekali berdasarkan pengalaman beliau 9

HBML 3403 LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK

NOR BAHIYAH

_______________________________________________________________________ _ berinteraksi dengan pelbagai golongan masyarakat.di Malaysia dan Mesiran .Beliau dapat menyesuaikan ragam bahasa dan laras bahasa dengan status pengguna dalam konteks sosial tersebut. Selain menggunakan bahasa Melayu, beliau juga fasih menggunakan bahasa Arab ketika bersama-sama dengan rakan-rakan di Mesir dahulu. h)

Responden 8

Umur: 42 tahun Jantina: Lelaki Bangsa : India Kelulusan : Sijil Pelajaran Malaysia Jawatan : Pekerja Am Pengalaman Kerja: 15 tahun Merupakan seorang pekerja am , responden di bekerja di sebuah kilang di Pulau Pinang. Responden berasal dari Sitiawan dan kini menetap di Taiping. Dialek bahasa Tamilnya amat mempengaruhi percakapannya dalam bahasa Melayu. Responden sering menuturkan ‘belakang’ bermaksud ‘kemudian’. Struktur ayatnya agak celaru IAgak sukar beliau sesuatu maksud dan mudah untuk difahami. Belaiu sering menuturkan bahsa Tamil di rumah malah anak-anaknya bersekolah di SJK(T) untuk mendalami bahasa Tamil. i)

Responden 9

Umur: 42 tahun Jantina: Wanita Bangsa : India Kelulusan : Ijazah Perubatan Jawatan : Doktor Pengalaman Kerja: 15 tahun Merupakan seorang yang boleh bertutur dalam bahasa Melayu dan bahasa Tamiildengan fasih. Walau bagaimanapun beliau kurang fasih bertutur Tamil.. Dalam 10

HBML 3403 LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK

NOR BAHIYAH

_______________________________________________________________________ _ konteks sosial, beliau mempunyai hubungan langsung dengan pesakit, rakan setugas, jururawat dan juga masyakat sekitar amnya. Beliau mahir menyesuaikan laras bahasanya mengikut situasi. Jika beliau berbicara dengan pesakit yang mempunyai kemahiran linguistik yang agak kurang, beliau gemar menggunakan istilah yang memudahkan pesakit untuk memahaminya. Apa yang menarik, beliau jarang menggunakan Bahasa Tamil walaupun lahir di dalam keluarga India. Bagi masyarakat India, mereka lebih mengkagumi seseorang yang boleh menggunakan Bahasa Inggeris dengan fasih. Lantaran sikap ini menyebabkan Bahasa Tamil agak terpinggir terutamanya bagi mereka yang mempunyai status sosial yang tinggi.

j)

Responden 10

Umur: 42 tahun Jantina: Wanita Bangsa : Melayu Kelulusan : Ijazah Sarjana Sastera Jawatan : Suri rumah Pengalaman Kerja: tiada Merupakan seorang suri rumah sepenuh masa tetapi mempunyai latar belakang pendidikan agak baik. Mungkin tiada rezeki beliau untuk mendapatkan pekerjaan yang tetap menyebabkan beliau menjadi suri rumah sepenuhnya. Walaupun begitu, beliau tetap tahu menggunakan pengetahuan linguistik kerana beliau rajin mengajar anak-anaknya di rumah. Pergaulannya tidak terbatas di sekitar kawasannya sahaja malah di daerah-daerah lain juga kerana suaminya yang bekerja sebagai pegawai perhubungan kadang kala memaksa beliau berada di samping suami. Oleh itu, beliau amat mahir dan dapat menyesuaikan penggunaan linguistik berdasarkan situasi, tempat dan kenalannya. Selain 11

HBML 3403 LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK

NOR BAHIYAH

_______________________________________________________________________ _ bahasa Melayu, beliau juga menggunakan bahasa Jawa ketika berbicara dengan keluarga sebelah suaminya yang berketurunan Jawa. Beliau juga boleh berbahasa Inggeris tetapi jarang digunakan kerana tidak berpeluang untuk berkomunikasi dengan orang lain yang berbahasa Inggeris. 3.2 RUMUSAN HASIL TEMU BUAL 3.2 1 BERASASKAN KAJIAN LINGUISTIK DAN SISIOLINGUISTIK a) Penggunaan bahasa dalam konteks sosial dengan penerapan pengetahuan linguistik. Mengapa manusia berbahasa? Bahasa amat penting dalam kehidupan manusia agar dapat berinteraksi sesama manusia dalam menjalani kehidupan seharian. Sekiranya keperluan ini disekat, ini akan mendatangkan kemudaratan kepada jiwa dan rohani manusia. Sebagai contoh, seorang yang diasingkan daripada masyarakat dan tidak dibenarkan berinteraksi dengan orang lain, ini akan memberi tekanan yang besar kepada manusia kerana tidak berkesempatan untuk berbahasa ataupun berbicara dengan orang lain. Dengan adanya teman untuk berbicara, rohani seseorang akan menjadi lebih sihat walaupun perkara yang dibicarakan tidak penting. Keupayaan berbahasa seseorang individu akan dapat menghubungkannya dengan individu lain. Hal ini juga akan membolehkan seseorang bertukar-tukar fikiran dan dapat meluahkan perkara yang dihajati kepada teman yang lain. Kepentingan ini menjadikan manusia lebih proaktif kerana adanya idea-idea yang tidak hanya datang daripada diri sendiri sebaliknya idea-idea yang datang daripada individu lain yang lebih mempunyai kepakaran dalam sesuatu perkara. Penelitian bahasa dalam sosiolinguistik melibatkan percubaan mengaitkan viarasi bahasa dengan konteks sosial seperti kelas, jantina, geografi dan sebagainya dalam 12

HBML 3403 LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK

NOR BAHIYAH

_______________________________________________________________________ _ masyarakat. Sosiolinguistik menjelaskan bagaimana menggunakan bahasa itu dalam aspek atau segi sosial tertentu yang boleh dijadikan panduan dalam berkomunikasi dan berinteraksi. Ia memberi pedoman kepada kita dengan menunjukkan bahasa, ragam bahasa atau gaya bahasa apa yang harus kita gunakan semasa berbicara dengan orang tertentu. b)

Interaksi antara bahasa dengan latar belakang penggunaan bahasa;

Kajian bagaimana norma dan nilai sosial mempengaruhi perilaku linguistik, seperti penyelidikan yang dilakukan oleh Bernstein mengenai perbezaan gaya ujaran kelas pertengehan dan kelas atasan masyarakat Inggeris. Tentulah penyelidikan mengenai alasan-alasan masyarakat yang mewujudkan perilaku bahasa begitu tidak terbatas pada perbezaan stail kelompok dalam suatu masyarakat, tetapi juga berkaitan dengan variasi komunikasi antara kelompok-kelompok masyarakat bahasa dan mengutarakan konsep yang termaktub dalam istilah sosiolinguistik, iaitu kecekapan berkomunikasi. Salah satu hasil daripada konferens pertama sosiolinguistik yang dirumuskan oleh Dittmar dalam tujuh dimensi dalam penyelidikan sosiolinguistik, iaitu seperti berikut: -

Identiti sosial penutur

-

Identiti sosial pendengar yang terlibat dalam proses komunikasi

-

Lingkungan sosial tempat peristiwa ujaran terjadi

-

Analisis sinkronik dan diakronik terhadap dialek-dialek sosial

-

Penilaian sosial yang berbeza oleh penutur akan bentuk-bentuk perilaku ujaran

-

Tingkatan neka atau ragam linguistik

-

Penerapan praktikal daripada penyelidikan sosiolinguistik Dengan memberikan tumpuan kepada penggunaan bahasa, khususnya dari segi

kelainan bahasa iaitu penggunaan pelbagai bentuk bahasa bagi menyatakan atau mengungkapkan perkara yang sama oleh ahli-ahli sesuatu masyarakat itu, adalah dengan 13

HBML 3403 LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK

NOR BAHIYAH

_______________________________________________________________________ _ menganjurkan suatu teori bahasa yang dapat menjelaskan cara bhasa digunakan dalam sesebuah masyarakat itu serta pemilihan bentuk-bentuk bahasa tertentu oleh ahli-ahlinya yang lain semasa mereka menggunakan bahasa berkenaan. Banyak tempat di seluruh negara terdapat pertentangan kelas yang disebabkan oleh perbezaan kelas yang berasaskan etnik, agama, bahasa dan lain-lain. Manakala dalam masyarakat yang ada kelas tinggi dan rendah juga terdapat perbezaan bahasa seperti yang digunakan oleh golongan atasan, menengah dan bawahan. Perbezaan dialek berlaku pada sebutan, kosa kata, struktur ayat dan lain-lain. Penggunaan bahasa tidak hanya dikawal dan ditentukan oleh atur rumus formal tetapi juga oleh peraturan-peraturan bukan tatabahasa yang telah dipersetujui bersama oleh masyarakat pengguna tersebut. Peraturan-peraturan dan tatasusila berbahasa telah ditentukan oleh anggota sesuatu masyarakat harus dipatuhi oleh pengguna bahasa tersebut. Keingkaran terhadap ketetapan atau kekangan ini akan menimbulkan reaksi penolakan dan cemuhan atau boleh menimbulkan masalah. Contohnya, jika kita adalah anak dalam satu keluarga, kita harus menggunakan ragam bahasa yang berbeza jika bercakap dengan ayah, ibu, kakak atau adik.

c) Hubungan bahasa dengan organisasi masyarakat (contoh : hubungan bahasa dengan kelas atau status pengguna, konteks sosial, dan sebagainya) Bahasa mempunyai pelbagai fungsi, iaitu penggunaan bahasa untuk pelbagai tujuan seperti untuk menggambarkan sesuatu suasana atau fungsi representasi; untuk menyampaikan maklumat antara penutur dengan pendengar, untuk menjadikan pendengar menyambut, untuk mempernyatakan atau mengujarkan perasaan dan untuk pentaakulan intelektual. Ada empat golongan fungsi bahasa iaitu fungsi kebudayaan, fungsi kemasyarakatan, fungsi perorangan dan fungsi pendidikan. 14

HBML 3403 LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK

NOR BAHIYAH

_______________________________________________________________________ _

Dalam fungsi kebudayaan, bahasa itu menjadi sarana untuk memperkembangkan sesuatu kebudayaan yang dimiliki oleh sesuatu bangsa. Bahasa berfungsi sebagai jalur, relung, atau laluan untuk meneruskan dan melestarikan sesuatu kebudayaan dari satu tahap ke satu tahap dan dari satu generasi ke satu generasi. Fungsi kemasyarakatan pula terbahagi kepada dua iaitu yang berdasarkan ruang lingkup dan yang berdasarkan bidang pemakaian. Dalam ruang lingkup terdapat dua jenis iaitu bahasa kebangsaan dan bahasa kelompok. Fungsi perorangan pula terbahagi kepada beberapa fungsi seperti fungsi instrumental, fungsi menyuruh, fungsi interaksi, fungsi keperibadian, fungsi khayalan dan fungsi informasi. Manakala fungsi pendidikan pula dikatakan sebagai tujuan penggunaan bahasa dalam pendidikan dan pengajaran. Seterusnya fungsi pendidikan terbahagi kepada empat iaitu fungsi integratif, fungsi instrumental, fungsi cultural dan fungsi penalaran. Dengan keadaannya di atas, masyarakat juga mempunyai pelbagai ciri. Bahasa yang digunakan dalam sesebuah masyarakat ditentukan oleh norma-norma sosial. Masyarakat berubah dari semasa ke semasa yang disebabkan oleh pelbagai faktor. Ini memberi kesan kepada bahasa yang mengemban masyarakat tersebut. Dalam masyarakat melayu, pangkat dalampentadbiran atau dalam hubungan kekeluargaan bahkan di kalangan adik beradik sangat dibezakan seperti Kak Long, Abang Ngah, Pak Uda, Mak Alang dan sebagainya. Seseorang itu juga mestilah memastikan sama ada kata-kata yang dipakai sesuai dengan kedudukannya. Misalnya antara rujukan kehormat dengan pangkat atau gelaran peribadi yang disapa.

15

HBML 3403 LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK

NOR BAHIYAH

_______________________________________________________________________ _

d)

Sikap terhadap bahasa dan perbezaan-perbezaan yang terdapat dalam bahasa

yang berkaitan dengan faktor-faktor kemasyarakatan. Pertembungan budaya berlaku apabila seseorang atau kumpulan manusia dari satu budaya bertemu atau bertembung dengan seseorang atau kumpulan manusia dari budaya yang lain. Pertembungan budaya ini berlaku dalam pelbagai jenis peristiwa dan keadaan. Serentak dengan pertembungan budaya maka berlakulah juga pertembungan bahasa. Hasil daripada pertembungan ini, maka lahirlah beberapa bahasa baru, yang moden, penuh intelektual dan juga bahasa campuran yang dianggap rosak dan tercemar. Selain itu berlaku juga hal-hal yang positif, iaitu pemodenan dan pengintelektualan bahasa seperti yang berlaku pada bahasa Melayu kini. Sikap sesetengah individu kadangkala tidak menitikberatkan susunan bahasa yang digunakan. Mungkin kerana sudah biasa dengan bahasa pasar yang digunakan dan ada juga segelintir mereka yang tidak tahu menahu penggunaan bahasa mengikut situasi yang sebenar. Contohnya remaja zaman sekarang lebih suka menggunakan bahasa ringkas seperti pengaruh sistem khidmat pesanan ringkas (sms), penggunaan bahasa rock dan metal dan macam-macam lagi. Selain itu, mereka juga menghadapi masalah gangguan dialek dan bahasa ibunda. Masalah ini bukan sahaja boleh menjejaskan pengajaran dan pembelajaran lisan malah akan terbawa-bawa dalam aktiviti penulisan. Apabila bahasa-bahasa ini menjadi amalan mereka seharian, ia akan mempengaruhi penggunaan bahasa mereka ketika di sekolah. Misalnya ketika menulis karangan bahasa Melayu, mereka akan menggunakan bahasa yang tidak sesuai dengan urusan rasmi seperti di sekolah atau urusan pejabat. Ini menunjukkan sikap yang tidak mengambil berat terhadap penggunaan bahasa yang standard semasa berkomunikasi.

16

HBML 3403 LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK

NOR BAHIYAH

_______________________________________________________________________ _ 3.2.2 PANDANGAN RESPONDEN TENTANG CARA MENINGKATKAN PENGGUNAAN BAHASA DALAM KONTEKS LINGUISTIK Dalam

kajian

ini,

saya

telah

mengkaji

10

orang

responden.

Secara

keseluruhanya didapati bahawa semua responden menggunakan bahasa Melayu sama ada di rumah mahupun ketika bersosial. Semua berpendapat bahawa bahasa Melayu ini patut dijaga dan dipelihara supaya tidak hilang dek zaman. Mereka menunjukkan pandangan yang positif terhadap bahasa Melayu walaupun berlainan bangsa dan agama. Tetapi mereka beranggapan bahawa bahasa Melayu ini sering berlaku perubahan yang menyebabkan mereka sendiri keliru tentang masalah penggunaan bahasa. Maka sebab itulah penggunaan bahasa pasar, bahasa rojak dan dialek daerah lebih mudah digunakan di mana sahaja sebab tidak ada masalah penggunaan bahasa di kalangan mereka yang mengamalkannya. Pendedahan tentang penggunaan bahasa Melayu terkini amatlah kurang disebarkan sama ada melalui media massa atau pun media cetak. Hanya golongangolongan tertentu sahaja yang peka terhadap perubahan-perubahan bahasa Melayu ini. Berbanding dengan bahasa Inggeris, dari semenjak dahulu lagi, penggunaan tatabahasa dan nahunya tetap sama dan tidak berubah sehingga sekarang. Walau bagaimanapun, bahasa Melayu mampu menyatakan pelbagai ilmu malah memikul tanggungjawab yang besar sebagai bahasa persatuan dan kesatuan kaum di Malaysia. Ini terbukti daripada dapatan kajian yang telah saya perolehi. Melalui perpaduan yang kukuh dan persefahaman kaum yang kuat di kalangan masyarakat, suasana politik dan sosial juga turut stabil. Ini adalah berkat bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar utama di dalam system pendidikan kebangsaan sejak awal tahun 70-an. Oleh itu, untuk memantapkan lagi penggunaan bahasa Melayu di dalam bidang ilmu atau ilmiah, Dewan Bahasa dan Pustaka tidak kurang aktif di dalam hal ini. Peranan 17

HBML 3403 LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK

NOR BAHIYAH

_______________________________________________________________________ _ Dewan ini patut dipuji Cuma segelintir masyarakat sahaja yang tidak mengambil berat tentang penggunaan bahasa dan perubahan-perubahan yang telah dilaksanakan.

4.0 KESIMPULAN Masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan majmuk telah mewujudkan masalah polarisasi kaum terutamanya di kalangan pelajar. Masalah polarisasi kaum di kalangan pelajar jika tidak dibendung akan menimbulkan implikasi yang kurang sihat terhadap Negara. Antara faktor yang menimbulkan situasi tersebut ialah perbezaan kebudayaan dan corak hidup, di samping mengamalkan dan menganuti kepercayaan yang berbeza dan bertutur dalam bahasa ibunda yang berlainan.

18

HBML 3403 LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK

NOR BAHIYAH

_______________________________________________________________________ _ Sesungguhnya gejala yang tidak sihat ini perlu dihapuskan demi perpaduan dan masa depan Negara. Bermula dengan pelajar sekolah, perlu digalakkan berinteraksi dengan rakan-rakan yang berlainan bangsa dan kaum. Benih-benih perpaduan perlu disemai di dalam jiwa pelajar semasa di bangku sekolah lagi supaya apabila mereka bercampur dengan masyarakat, mereka dapat mengaplikasikan bahasa dengan sebaikbaiknya. Kesimpulannya, setiap bangsa ada sistem sosialnya yang tertentu yang berlapislapis dan bertingkat-tingkat dari yang paling tinggi hingga ke yang paling rendah. Bahkan ada yang dalam bentuk kasta – yang memisahkan antara kelompok atau tingkat sosial dengan secara yang amat tegar. Namun begitu, dengan adanya bahasa, mereka dapat berkomunikasi dan menyampaikan maklumat dengan cara yang lebih sesuai mengikut kehendak masing-masing.

RUJUKAN Abdullah Hassan. (1987). Isu-isu Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Amat Juhari Moain. (1991). Sistem Panggilan Dalam Bahasa Melayu: Suatu Analisis Sosiolinguistik, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

19

HBML 3403 LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK

NOR BAHIYAH

_______________________________________________________________________ _ Asmah Hj Omar. (1978). Pengajaran Bahasa Malaysia dalam Konteks Pengajaran Bahasa Kebangsaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Fishman, Joshua A. 1990 Language and Ethnicity in Minority Sociolinguistic Perspectives. Cleveden: Multilingual Matters Ltd. Hudson, R.A. 1996 Sociolinguistics (Second Edition). Cambridge: Cambridge University Press. Nik Safiah Karim. (1981). Beberapa Persoalan Sosiolinguistik Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Raja Mokhtaruddin Raja Mohd Dain. (1982). Pembinaan Bahasa Melayu: Perancangan Bahasa di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

20

HBML 3403 LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK

NOR BAHIYAH

_______________________________________________________________________ _

LAMPIRAN

21

HBML 3403 LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK

Related Documents