NOR BAHIYAH _________________________________________________________________________________________________________________
Soalan 1 1.0 PENGENALAN Rekacipta adalah penghasilan produk baru atau pengubahsuaian produk yang mempunyai nilai komersial dan memenuhi keperluan serta kehendak pengguna. Keperluan manusia semakin berubah , reka cipta menjadi semakin penting untuk memenuhi permintaan pengguna yang semakin kompleks. Dalam kehidupan, pengguna sering menghadapi masalah penggunaan suatu alat / barang sama ada di sekolah atau rumah. Oleh itu, kita sentiasa mencari jalan untuk menyelesaikan masalah ini dan salah satu cara ialah melalui reka cipta. Tugasan ini telah meminta saya merekaciptakan satu alat/barang yang boleh membantu menyelesaikan suatu masalah yang sering anda /masyarakat hadapi di mana-mana contohnya di rumah, sekolah dan lain-lain. Reka cipta saya dinamakan “BERUS BERSPRAY” merangkumi proses-proses berikut: PROSES MEREKA CIPTA I . PENGENALPASTIAN MASALAH Penyataan masalah a)Masalah Walaupun terdapatnya mesin basuh, penggunaan berus kain masih perlu untuk memberus kotoran degil, kasut dan sebagainya. Pengguna perlu memegang sabun berbuku sambil memberus kain. Semasa memberus, kadangkali sabun berbuku pula mengalir bersama air sehingga menyebabkan pengguna perlu tercari-cari sabun berbuku tadi. Ini boleh melambatkan kerja. Selain dari itu, terdapat pengguna yang gemar menggunakan cecair pencuci tetapi menuang dengan kadar tidak sesuai kepada bahan yang hendak dicuci. Ini mengakibatkan pembaziran. b)Penyataan masalah 1) Sabun berbuku terpaksa bergilir dipegang bersama berus kain. 2) Kadangkala tercari-cari sabun yang mengalir bersama air. 3) Menuang cecair pencuci berlebihan untuk cucian tangan. ___________________________________________________________________________ 1 HBLS 2203 REKA CIPTA DAN LUKISAN TEKNIK
NOR BAHIYAH _________________________________________________________________________________________________________________
c)Penyelesaian Masalah 1) Mencipta sebuah berus kain yang boleh mengalirkan cecair pencuci dengan kadar yang tepat. 2) Menyelesaikan masalah sabun berbuku yang terpaksa bergilir dipegang yang melambatkan kerja mencuci. Mengumpul Maklumat dan Data Selepas mengenal pasti alternetif yang dapat menyelesaikan masalah, saya mengumpul maklumat dan dat yang berkaitan dengan barangan yang akan dihasilkan. Pengumpulan data dibuat melalui: a) Pengalaman sendiri Saya membuat kajian dan perbandingan produk di pasaran bagi mendapat maklumat lanjut tentang reka bentuk , kemasan, dan bahan yang digunakan untuk menghasilkan projek. Saya telah membuat kajian tersebut di Tesco , Taiping pada 18 Oktober 2009.
b) Pemerhatian Saya juga telah membuat pemerhatian tentang penggunaan berus kain dan berfikir cara untuk membaiki produk tersebut untuk memudahkan tugas memberus kain. c) Melayari internet Saya telah melayari internet dan mendapat beberapa maklumat tambahan. Antaranya di www.tradeindia.com , http://www.spraynozzle.com.au/an.html dan sebagainya d) Bimbingan tutor Saya telah pun berbual dengan tutor untuk mendapatkan khidmat nasihat. Saya telah membuat panggil telefon antaranya pada 17 Oktober 2009 untuk mendapatkan maklumat tentang idea dan maklumat. Selain dari itu, saya juga berbincang dengan tutor semasa kelas tutorial.
___________________________________________________________________________ 2 HBLS 2203 REKA CIPTA DAN LUKISAN TEKNIK
NOR BAHIYAH _________________________________________________________________________________________________________________
Menyenaraikan Pelbagai Idea Penyelesaian Masalah Saya telah melakar beberapa lakaran bebas sebagai idea penyelesaian masalah yang dihadapi. Berikut disenarai beberapa lakaran tersebut:
Lakaran 1
Lakaran 2
Lakaran 3
Lakaran 4
Lakaran 5
___________________________________________________________________________ 3 HBLS 2203 REKA CIPTA DAN LUKISAN TEKNIK
NOR BAHIYAH _________________________________________________________________________________________________________________
II. PEMILIHAN IDEA Setelah pelbagai lakaran idea dibuat, akhirnya idea “BERUS BERSPRAY” yang dipilih . Lakarannya adalah seperti berikut:
___________________________________________________________________________ 4 HBLS 2203 REKA CIPTA DAN LUKISAN TEKNIK
NOR BAHIYAH _________________________________________________________________________________________________________________
III. PEREKAAN PROJEK Berikut disediakan lakaran selengkapnya
Lukisan Ortografik ___________________________________________________________________________ 5 HBLS 2203 REKA CIPTA DAN LUKISAN TEKNIK
NOR BAHIYAH _________________________________________________________________________________________________________________
Lukisan isometrik ___________________________________________________________________________ 6 HBLS 2203 REKA CIPTA DAN LUKISAN TEKNIK
NOR BAHIYAH _________________________________________________________________________________________________________________
IV. PEMILIHAN REKA BENTUK Pemilihan idea tersebut dibuat dengan mengambil kira faktor-faktor berikut: a) keupayaan sendiri Projek ini agak ringkas memandangkan tempoh yang diperuntukkan untuk menyediakan projek hanya kurang 2 bulan. Selain dari itu , projek ini juga sesuai dengan kemampuan dan keupayaan yang ada pada saya. b) keistimewaan produk Produk ini menggunakan fungsi “spray” untuk menyembur cecair pencuci mengikut kadar yang dikehendaki oleh pengguna dengan tepat. Ini dapat mengelakkan pembaziran. Selain dari itu, lantai untuk ruang pengisian cecair pencuci juga sengaja direka berbentuk condong untuk memudahkan cecair tersebut masuk ke dalam salur keluar pencuci. c) bahan dan komponen yang mudah didapati Berus yang diperbuat daripada plastik ini amat mudah dihasilkan. Menurut Lynch (1966) , acuan plastik lebih mudah dibentuk dan boleh terus digunakan. Bahan yang diperbuat daripada plastik ringan dan ini memudahkan kerja memberus. d) Menyelesaikan masalah Dengan perekaan projek tersebut, mudahlah kini saya untuk memberus kasut atau kotoron degil yang ada pada baju. Selain dari itu, berus tersebut juga boleh digunakan untuk mencuci lantai dan lain-lain kegunaan yang sesuai. e) Cara pembuatan berus ini juga amat mudah dan bersesuaian V. PERANCANGAN PEMBINAAN PROJEK a) Bahan dan kesesuaian Bahan yang digunakan untuk membuat berus berspray ini ialah
1) Resin Plastik
2) Getah (membuat saluran paip)
3) Acuan CNC
___________________________________________________________________________ 7 HBLS 2203 REKA CIPTA DAN LUKISAN TEKNIK
NOR BAHIYAH _________________________________________________________________________________________________________________
b)Memilih Alatan Alatan yang digunakan untuk membentuk berus dan getah paip tersebut ialah acuan . c) Membuat Jadual Kerja dan Mengira Kos Pengeluaran Jadual kerja untuk penghasilan berus berspray adalah ditunjukkan di bawah ini. Bil
1. 2. 3. 4. 5.
Aktiviti
1 /
Mengenal pasti masalah
2
Mengumpul maklumat dan idea Menjana
idea-melakar
dan
3
Minggu 4 5
/
/
pengujian
7
8
/
/
/ memilih
projek Perancangan dan pembinaan projek Pemasangan,
6
/ dan
/
pengubahsuaian
Kos bahan berdasarkan 100 unit keluaran a) Kos bahan Bahan Resin Plastik Getah
Ukuran 20 kg 10 liter
Kuantiti (unit) 100 100
Kos seunit (RM) 1.20 0.10 Jumlah
Jumlah (RM) 120.00 10.00 130.00
b) Kos upah Bilangan pekerja x jam bekerja x kadar sejam = 2 orang x 30 jam x RM 4.00 = RM 240.00 c) Kos overhead Kos elektrik = RM 30 Kos air = RM 10 Jumlah = RM 40 d) Kos Pengeluaran = bahan +kos upah+kos overhead = RM 130 + RM 240+ RM 40 = RM 410.0 e) Kos pengeluaran satu unit projek Jumlah kos pengeluaran (kos bahan +kos upah+kos overhead) / Jumlah unit pengeluaran ___________________________________________________________________________ 8 HBLS 2203 REKA CIPTA DAN LUKISAN TEKNIK
NOR BAHIYAH _________________________________________________________________________________________________________________
= RM 410 / 100 = RM 4.10 VI. PEMBINAAN, PENGUJIAN DAN PENGUBAHSUAIAN PROJEK Proses Pembinaan Bil 1. 2.
Bahagian Berus kain Getah paip
Teknik Pembuatan Dibentuk mengikut acuan yang dikehendaki Dibentuk mengikut acuan yang dikehendaki.
Berus kain dan paip getah dicantumkan untuk menjadi berus berspray. Pengujian 1) Pengujian dilakukan terhadap berus berspray. Terdapat beberapa kelemahannya iaitu: a) terdapat banyak lebihan plastik (burr) . Pengubahsuaian Projek Bil 1.
Kelemahan Terdapat banyak lebihan plastik
Pengubahsuaian Projek Sukatan cecair disesuaikan sehingga tiada lebihan plastik kelihatan.
BIBLIOGRAFI Abbott, W (1972). Practical Geometry and Engineering Graphics, Blackie & Son Ltd., ___________________________________________________________________________ 9 HBLS 2203 REKA CIPTA DAN LUKISAN TEKNIK
NOR BAHIYAH _________________________________________________________________________________________________________________
London Ainon Abdullah (1994) . Pemikiran Reka Cipta. Kuala Lumpur. Utusan Publication And Distributors Sdn. Bhd. Garreh J. (1995) . Design And Technology. Great Britain. Cambrigde University Press. Giesecke, F., et.al, (2003), Technical drawing (12th ed.). Peearson Education Inc., U.S.A. Greer, A & Howell W. H (1982). Mechanical Engineering Craft Studies Part 1, ELBS, London Hart, K.R (1979), Engineering Drawing With Problem & Solutions (2nd ed.), ELBS, London Izwanuddin bin Yahaya (2006) Rekacipta Instrumen Ujian ‘Vertical Jump’ Berteknologi Digital (Sensor) Bagi Ujian Kecergasan Fizikal. Tesis Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia. Jackson, E (1975). Advanced Technical Drawing, Longman, London Rosli Ibrahim et al (2007) . Manual Lanjutan KHB Pertanian . Petaling Jaya. Sasbadi Sdn. Bhd. Seon, F.et al. (1994).Inside AutoCAD R13 for Windows and Window NT. Indiana: New Rider Publishing.
___________________________________________________________________________ 10 HBLS 2203 REKA CIPTA DAN LUKISAN TEKNIK