NOR BAHIYAH BT _________________________________________________________________________________________________________
Pengenalan Saya telah melihat pengajaran dan pembelajaran seorang guru Bahasa Melayu yang mengajar murid Tahun 5 Bestari. Beliau bernama Pn. Nooraini bt. Mohamed. Saya dapati beliau menyampaikan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan pendekatan teori Behaviorisme. a) Apakah pendekatan teori yang digunakan oleh guru tersebut bagi mengajar pelajar sekolah rendah? Pendekatan teori yang digunakan oleh Pn. Nooraini bt Mohamed ketika menyampaikan pengajaran dan pembelajaran ialah menggunakan kemahiran lisan atau pertuturan perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum diikuti kemahiran digunakan ketika pemulaan pengajaran dan
membaca dan menulis. Kemahiran lisan
pembelajaran iaitu ketika set induksi diadakan.
Ketika set induksi dijalankan, guru tersebut menanya murid apakah makanan kegemaran mereka, murid menjawab secara spontan
makanan kegemaran mereka seperti nasi ayam, mi goreng,
bihun sup dan pelbagai jawapan lain yang boleh diterima pakai. Tujuan set induksi adalah untuk menarik minat murid untuk mempelajari pelajaran pada hari tersebut. Kemahiran lisan juga di dapati digunakan dalam langkah 3 iaitu murid menyebut isi-isi penting yang terdapat di dalam petikan. Nyanyian
lagu Dikir Barat juga merupakan
kemahiran lisan yang digunakan oleh guru ini. Saya dapati murid menyanyikan dengan penuh kegembiraan dan kadangkala guru tidak dapat mengawal
keadaan. Hal ini berlaku kerana
terdapat beberapa orang murid yang begitu teruja untuk menyanyikan lagu tersebut sehingga berlari ke sana sini. Setelah guru tersebut menegur perbuatan murid tersebut, barulah aktiviti tersebut berjalan dengan lancar. Kemahiran membaca dilakukan pada langkah 1 iaitu murid membaca petikan yang terdapat di dalam buku teks. Kemahiran membaca juga didapati pada langkah 2 dan 3. Guru tersebut menggunakan kemahiran tulisan dahulu pada langkah 2 barulah diikuti kemahiran lisan iaitu guru tersebut menyuruh murid menulis penanda wacana di papan putih dan seterusnya _____________________________________________________________________________________ 1 HBML3303 PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK
NOR BAHIYAH BT _________________________________________________________________________________________________________
menyuruh membaca wacana tersebut. Kemahiran menulis pula, guru itu gunakan pada langkah 2, 4 dan 5. Dalam langkah 2, murid menulis wacana, langkah 4 contoh makanan di dalam borang yang disediakan dan langkah 5 pula, murid menulis kata kerja transitif dan
kata kerja tak
transitif. Kesimpulannya, guru tersebut menggunakan kemahiran lisan dahulu
dan diikuti
kemahiran membaca dan menulis. Guru tersebut juga menggunakan ketiga-ketiga kemahiran di dalam satu langkah supaya pengajaran dan pembelajaran pada hari itu berjaya dilaksanakan.
Pengajaran mestilah menekankan pengulangan dan latih tubi. penguasaan ketika
Ini adalah kerana
bahasa diperolehi secara mekanis. Pengulangan dan latih tubi didapati digunakan
membaca mekanis dan akaliah. Perkara ini bertujuan murid akan faham petikan yang
dibaca. Guru ini juga menggunakan pengulangan dan latih tubi pada langkah 2 iaitu murid menulis penanda wacana dan membaca kembali penanda wacana tersebut. Ini bertujuan supaya mengingat apa yang ditulis.
Dalam langkah 3 pula, guru tersebut menyuruh murid membaca kembali isi-isi penting yang telah didapati dalam petikan. Pengulangan dan latih tubi juga digunakan oleh guru ini di dalam langkah 3. Ketika menyanyi juga, guru menyuruh murid menyanyikan lagu Dikir Barat sebanyak dua kali. Proses pengulangan juga terdapat di dalam aktiviti ini.
Nahu tidak perlu diajarkan secara langsung kerana kemahiran bahasa boleh dikuasai secara pengulangan. Pembentukan pelaziman adalah dipentingkan. Ini dapat dikesan ketika guru mengajar penanda wacana. Dalam langkah 2, murid dikehendaki mengumpul penanda wacana yang terdapat di dalam petikan. Selepas itu, murid dikehendaki menulis penanda wacana tersebut di papan putih dan akhir sekali murid membaca penanda wacana tersebut. Ini juga menujukkan pengulangan ketika mengajar penanda wacana.
_____________________________________________________________________________________ 2 HBML3303 PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK
NOR BAHIYAH BT _________________________________________________________________________________________________________
Alat bantu mengajar amat dipentingkan ketika mengajar kemahiran bahasa. Ini adalah hasil
daripada operasi rangsangan dan gerak balas. Alat bantu mengajar yang digunakan oleh
guru
ini ialah buku teks, MyCD Bahasa Melayu Tahun Lima, Komputer Riba, LCD dan
lembaran kerja. Buku teks digunakan untuk murid-murid membaca petikan yang terdapat di dalam
muka surat 58 dan 59. MyCD bahasa Melayu Tahun Lima pula digunakan untuk
menyanyi lagu Dikir Barat sebagai pengukuhan pembelajaran pada hari itu. Murid menunjukkan minat ketika menyanyikan lagu Dikir Barat.
Guru mestilah menjadi model yang baik kerana kesilapan dianggap sebagai kegagalan di dalam membentuk pelaziman. Guru membimbing murid ketika mencari isi-isi penting dalam petikan. Guru membina soalan untuk mewujudkan jawapan mencari isi-isi penting. Guru juga membimbing murid yang tidak dapat membezakan kata kerja transitif dan kata kerja
tak
transitif.
.
Ganjaran juga diberikan bagi mendorong wujudnya rangsangan bagi menggalakkan
pengulangan dan pengukuhan pembelajaran. Contoh ganjaran ialah kata-kata pujian daripada guru. Guru juga meminta murid menepuk tangan sebagai ganjaran kepada murid yang dapat membina ayat dengan menggunakan penanda wacana dengan betul.
b) Apakah prinsip pedagogi yang dipegang oleh guru tersebut? _____________________________________________________________________________________ 3 HBML3303 PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK
NOR BAHIYAH BT _________________________________________________________________________________________________________
Prinsip pedagogi yang dipegang oleh guru tersebut ialah berdasarkan Teori Bahaviorisme iaitu pembelajaran berkaitan dengan perubahan tingkah laku. Ahli-ahli bahasa yang mendokong teori ini ialah Bloomfield, Sapir, Boas, Fries dan Brooks. Menurut mereka, penguasaan bahasa adalah suatu proses mekanis. Mereka berpendapat, bahasa dikuasai melalui proses pengulangan iaitu mengulang sebanyak mungkin sesuatu kemahiran bahasa sehingga menjadi suatu kebiasaan.
Rangsangan dan gerakbalas melalui bahasa akan mempercepatkan proses penguasaan bahasa. Teori ini juga mementingkan aspek komunikasi. Mereka menganggap bahawa bahasa adalah alat penting dalam perhubungan. Proses komunikasi dan interaksi akan meningkatkan penguasaan bahasa. Teori ini juga mementingkan pengukuhan yang dapat ditimbulkan melalui ganjaran yang diberikan kepada seseorang pelajar yang memberi gerak balas yang betul. Ini bermaksud ganjaran yang berupa pujian atau tepukan diberikan kepada pelajar yang dapat menjawab soalah yang diberikan dengan betul.
Dengan ganjaran yang diberikan, telah mendorong pelajar terbabit untuk mengulangi tingkah laku itu. Secara tidak langsung , pembelajaran telah pun berlaku. Dalam aspek huraian bahasa, golongan behavioris berpegang kepada huraian bahasa secara deskriptif atau struktural. Huraian bahasa secara deskriptif ini mementingkan penghuraian bahasa atas apa yang dituturkan bukan apa yang ditulis.
c) Apakah pendekatan yang diamalkan dalam pembelajaran bahasa?
_____________________________________________________________________________________ 4 HBML3303 PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK
NOR BAHIYAH BT _________________________________________________________________________________________________________
Mengikut Kamus Dewan (1998), pendekatan merupakan cara atau langkah-langkah yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas seperti mengatasi masalah. Dalam konteks pendidikan, konsep pendekatan bermakna cara mendekati sesuatu, misalnya objektif pelajaran yang ditentukan untuk pengajaran sesuatu mata pelajaran. Dengan perkataan lain, pendekatan merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan untuk mencapai objektifnya.
Pendekatan secara umumnya terbahagi kepada empat pendekatan yang utama iaitu pendekatan induktif, deduktif, elektif dan komunikatif. Pendekatan yang dipilih oleh guru tersebut ialah pendekatan komunikatif. Littlewood (1981) telah menggariskan beberapa prinsip asas proses pembelajaran dan pengajaran bahasa mengikut pendekatan komunikatif iaitu:
a)
Prinsip komunikasi.
Aktiviti-aktivi yang melibatkan komunikasi sebenar akan
menggalakkan proses pembelajaran.
b) Prinsip tugasan. Aktiviti-aktiviti yang dapat menggunakan bahasa bagi melaksanakan pelbagai tugsan juga akan menggalakkan pembelajaran. c) Prinsip tugasan. Bahasa yang bermakna kepada murid akan mengukuhkan proses pembelajaran. Prinsip-prinsip tersebut amat sesuai digunakan oleh guru-guru bahasa dalam pengajaran mereka. Mereka mesti mewujudkan pelbagai peluang komunikasi di dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Sebagai contoh kemahiran lisan. Freeman (1986) pula telah menyenaraikan beberapa kriteria utama pengajaran pendekatan komunikatif berdasarkan pemerhatiannya terhadap sebuah kelas yang menggunakan pendekatan ini.
Antara prinsip tersebut ialah:
_____________________________________________________________________________________ 5 HBML3303 PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK
NOR BAHIYAH BT _________________________________________________________________________________________________________
a) Seboleh mungkin, bahasa yang dipelajari hendaklah daripada bahasa yang digunakan dalam konteks sebenar atau bahasa yang autentik (seperti guru memberikan edaran yang diambil daripada akhbar semasa) b) Kebolehan mengenalpasti maksud penutur atau penulis adalah sebahagian ciri seseorang yang mempunyai keupayaan berkomunikasi (seperti guru meminta murid mengenai ramalan, andaian dan persaan penulis) c) Bahasa tersebut hendaklah menjadi bahasa komunikasi kelas dan bukan hanya sebagai objek
pembelajaran (seperti guru memberikan arahan pengajarannya dengan menggunakan bahasa yang dipelajari). d) Sesuatu fungsi mungkin dakan dapat disampaikan melalui bebebrapa struktur linguistik.
Oleh kerana fokus pembelajaran dan pengajaran adalah bahasa sebenar, maka pelbagai struktur lingistik tersebut hendaklah dipelajari (seperti pelajar cuba menyatakan maksud penulis dalam pelbagai bentuk struktur ayat. e) Murid hendaklah mempelajari ciri-ciri bahasa yang berkaitan dengan perhubungan atau perkaitan antara ayat-ayat. f)
Permainan bahasa adalah penting kerana ia mempunyai ciri-ciri yang sama dengan pelbagai aktiviti komunikasi sebenar. Aktiviti ini bertujuan untuk bertukar maklumat dan pandangan, di samping penutur akan dapat menerima secara langsung maklum balas daripada pendengar sama ada ia telah berkomunikasi dengan baik atau tidak. Jika tugasan ini dilakukan dalam kumpulan yang kecil akan dapat memaksimakan jumlah latihan berkomunikasi kepada mereka.
g) Murid mesti diberi peluang yang sewajarnya untuk menyampaikan idea dan pandangan
mereka. Guru sentiasa menggalakkan murid ikut serta dalam perbincangan. h) Kesalahan bahasa dibenarkan dan dilihat sebagai hasil semula jadi dalam perkembangan pelbagai kemahiran berkomunikasi. Kejayaan murid dalam pengusaan bahasalebih diukur dari aspek kelancaran berbahasa berbanding ketepatan bahasa. Oleh itu, guru dan murid lain mengabaikan pelbagai kesalahan yang dilakukan oleh seseorang. i)
Huru bertanggungjawab untuk mewujudkan suasana yang sesuai untuk merangsang komunikasi.
Contohnya, guru memberikan pernana yang tertentu kepada murid untuk
dilakukan dalam pelbagai situsai komunikasi. _____________________________________________________________________________________ 6 HBML3303 PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK
NOR BAHIYAH BT _________________________________________________________________________________________________________
j)
Interaksi komunikasi menggalakkan sifat kerjasama di kalangan murid. Ia akan memberi peluang kepada murid untuk memilih pelbagai maksud yang hendak disampaikan.
d) Apakah kaedah yang digunakan untuk memulakan pengajaran dan bagi tujuan mencapai objektif pelajaran?
_____________________________________________________________________________________ 7 HBML3303 PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK
NOR BAHIYAH BT _________________________________________________________________________________________________________
Kaedah yang digunakan oleh Pn. Nooraini ketika mengajar pengajaran Bahasa Melayu Tahun 5, didapati terdapat empat kaedah iaitu:
i)
Kaedah Pengajaran Direktif
Strategi pengajaran direktif bertujuan membantu murid bagi memahami dan mencari maklumat berasaskan pembacaan dan penaakulan kritis.
Dalam pendekatan ini, murid dikehendaki
menguasai tingkah laku dan kemahiran yang ditunjukkan oleh guru. Hal ini melibatkan latih tubi, amali, pembelajaran masteri dan pengajaran langsung dalam bilik darjah. ii) Kaedah Kontekstual
Pengajaran kontekstual adalah merupakan satu konsep pengajaran dan pembelajaran yang membantu guru mengaitkan bahan subjek yang dipelajari dengan situasi sebenar iaitu . Keadaan tersebut secara tidak langsung berupaya memotivasikan murid-murid untuk membuat perkaitan antara pengetahuan dan mengaplikasinya di dalam kehidupan seharian mereka sebagai ahli keluarga, warga masyarakat dan pekerja. Terdapat beberapa teori yang menyatakan bahawa pelajar dapat memproses maklumat atau pengetahun baru dengan cara bermakna dalam rangka minda dan maklumat disampaikan dalam perlbagai konteks. Ia lebih bermakna kepada murid dan guru mewujudkan kepelbagaian persekitran pembelajaran untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Berdasarkan teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya berlaku apabila pelajar memproses maklumat atau ilmu pengetahuan baru dengan cara tertentu sehingga ia membawa maksud atau makna kepada mereka dalam kerangka rujukan mereka sendiri (dunia dalaman bagi memori, pengalaman dan tindakbalas mereka sendiri).
iii) Kaedah Pengajaran Koperatif
_____________________________________________________________________________________ 8 HBML3303 PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK
NOR BAHIYAH BT _________________________________________________________________________________________________________
Murid dalam pengajaran koperatif bekerja dalam kumpulan untuk menyempurnakan tugasan kumpulan,bertukar pendapat, membuat perancangan dan mencadangkan penyelesaian kepada masalah. Pengajaran koperatif adalah satu strategi yang melibatkan penyertaan murid-murid dalam aktiviti pembelajaran kumpulan kecil dan mengalakkan interaksi positif. Pembelajaran koperatif menyumbangkan kepada pencapaian akademik, mudah dilaksanakan dan tidak mahal. Tingkah laku dan rekod kedatangan pelajar yang bertambah baik dan lebih sukakan sekolah adalah antara kebaikan yang dikenal pasti (Slavin, 1987). Pembelajaran koperatif dapat meningkatkan motivasi pelajar, menggalakkan proses kumpulan, memupuk interaksi social dan akademik di kalangan pelajar dan memberi ganjaran kepada penyertaan kumpulan yang berjaya. Ia juga dapat memperbaiki perhubungan pelajar dengan rakan sebayanya, lebih-lebih lagi mereka yang datang dari kumpulan sosialetnik yang lain.
iv) Kaedah Pengajaran ICT
Penggunaan komputer dalam pendidikan telah membawa banyak perkembangan kepada sistem pendidikan yang semakin canggih. Ia juga membawa reformasi serta perkembangan baru dalam pelbagai bidang pendidikan, khasnya dalam teknologi pendidikan, teori pengajaran – pembelajaran, pengurusan sekolah, sistem pentadbiran pendidikan serta kemahiran dan latihan guru. Pembangunan pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia bermatlamat memberi penekanan kepada pembangunan ICT
yang menyeluruh, antaranya ialah meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran ICT dalam kalangan pelajar, pendidik dan personel serta menekankan pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran supaya lebih berkesan, menarik dan mencabar.
_____________________________________________________________________________________ 9 HBML3303 PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK
NOR BAHIYAH BT _________________________________________________________________________________________________________
Dalam pengajaran dan pembelajaran, guru tersebut menggunakan ICT ketika menyanyikan lagu Dikir Barat. Murid-murid menyanyikan lagu dengan iringan muzik.
e) Adakah strategi bahasa yang digunakan oleh guru tersebut sesuai dan apakah strategi teknik yang boleh digunakan untuk mencapai objektif pelajaran yang optimum?
_____________________________________________________________________________________ 10 HBML3303 PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK
NOR BAHIYAH BT _________________________________________________________________________________________________________
Mengikut Kamus Dewan (1998), strategi merupakan rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan. Strategi pula bermakna kebijaksanaan dalam menguruskan sesuatu perkara. Dalam bidang pendidikan. Konsep strategi merujuk kepada kebijaksanaan memimilh pendekatan sertakecekapan merancang kaedah dan teknik dalam satu-satu pengajaran berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan.
Pada pendapat saya, strategi yang digunakan oleh guru tersebut sesuai kerana terdapat:
Strategi Pengajaran
i)
Strategi penggabung jalinan kemahiran-kemahiran bahasa seperti pertuturan yakni lisan, membaca dan menulis.
ii) Strategi penyerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran. iii) Strategi gabungan keseluruhan kelas dengan kaedah pasangan.
Strategi Pemusatan Murid
Murid memainkan peranan penting dalam proses pembelajaran. Murid-murid digalakkan melibatkan secara aktif di dalam aktiviti pembelajaran sama ada secara berpasangan atau individu. Aktiviti pembelajaran murid lebih banyak masa akan diperuntukkan ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Komunikasi dan interaksi di antara guru dan murid adalah secara dua hala. Guru menggunakan kaedah menyoal untuk membimbing murid supaya berfikir dan bertindak balas dengan memberi jawapan mereka. Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan pencapaian objektif pembelajaran murid. Guru memberi peluang interaksi di antara murid dan sifat-sifat sosial positif seperti tolong-menolong, bekerjasama dan bertolak ansur. Murid-murid menunjukkan sifat kreatif dan berinisiatif.
Strategi Pemusatan Bahan _____________________________________________________________________________________ 11 HBML3303 PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK
NOR BAHIYAH BT _________________________________________________________________________________________________________
Bahan pelajaran yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran terbahagi kepada dua kategori iaitu bahan pengajaran dan bahan pembelajaran. Bahan pengajaran yang digunakan oleh guru ini ketika pengajaran dan pembelajaran ialah carta, MyCD, komputer riba, LCD dan skrin. Manakala bahan pembelajaran ialah buku teks dan lembaran kerja. Penggunaan buku taks adalah penting untuk murid membaca petikan yang telah disediakan. Persembahan yang berwarna-warni menarik minat murid untuk belajar. Guru menggunakan MyCD ketika menyanyikan lagi Dikir Barat juga dapat menghiburkan dan menarik minat murid untuk menyanyi.
f) Kaji proses pelajaran yang berlaku. Guru ini memulakan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan set induksi bersoal jawab tentang makanan kesukaan masing-masing. Ada murid menyebut nasi ayam, mi goreng, bihun sup dan sebagainya. Guru juga menunjukkan carta gambar makanan dan mengaitkan tajuk pelajaran pada hari itu iaitu Kesihatan Asas Kesejahteraan. Proses ini mengambil masa tiga minit.
_____________________________________________________________________________________ 12 HBML3303 PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK
NOR BAHIYAH BT _________________________________________________________________________________________________________
Dalam langkah 1, beliau mengarahkan murid membuka buku teks Bahasa Melayu Tahun 5 muka surat 58. Beliau mengarahkan murid membaca teks secara kelas, kumpulan dan individu. Murid membaca teks secara kumpulan, kelas dan individu.
Dalam langkah 2, beliau menyuruh murid mengenal pasti penanda wacana yang terdapat di dalam petikan. Murid menulis penanda wacana di papan tulis. Murid membaca penanda wacana tersebut secara bergilir-gilir. Setelah murid membaca penanda wacana, beliau menyuruh murid membina ayat secara lisan menggunakan penanda wacana tersebut. Beliau akan membetulkan ayat sekiranya terdapat kesilapan. Antara penanda wacana yang di dapati di dalam petikan tersebut ialah sekiranya, oleh yang demikian, apatah lagi, selain itu, hal ini demikian kerana, oleh sebab itu , sesungguhnya dan sehubungan dengan itu. Beliau membetulkan ayat yang dibina oleh murid sekiranya terdapat kesilapan. Contoh ayat menggunakan penanda wacana. Sekiranya Sarah tidak ke sekolah, dia akan membantu ibunya di dapur.
Dalam langkah 3 pula, beliau menyuruh murid membaca petikan secara akaliah untuk mencari isi-isi penting. Beliau membimbing murid mencari isi-isi penting. Antara isi-isi penting yang disebut oleh murid ialah kesihatan diri amat penting, tubuh badan memerlukan zat makanan yang seimbang, kesihatan diri dapat dijaga melalui aktiviti riadah dan amalan pemakanan dan beriadah merupakan amalan yang baik. Murid menyebut secara bergilir-gilir isi-isi penting yang terdapat di dalam petikan sebagai pengukuhan.
Dalam langkah 4, secara berpasangan murid-murid mengelaskan maklumat tentang contoh makanan mengikut jenisnya. Contoh makanan tersebut ditulis di dalam borang yang disediakan. Setelah siap, borang tersebut dihantar kepada beliau. Belaiu membincangkan secara kelas contoh makanan mengikut jenisnya.
Contoh makanan mengikut jenisnya:
_____________________________________________________________________________________ 13 HBML3303 PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK
NOR BAHIYAH BT _________________________________________________________________________________________________________
Karbohidrat
Protein
Vitamin
Garam Galian
Lemak
nasi
ikan
limau
sawi
daging
roti
udang
jambu
bendi
keju
ubi
kacang
kiwi
tomato
mentega
kentang
telur
epal
kubis
minyak
Langkah 5, beliau mengedarkan senarai kata kerja kepada murid-murid. Beliau menyoal murid tentang maksud kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif. Beliau meminta murid mengumpul kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif. Murid-murid menulis kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif di dalam buku latihan tatabahasa. Sebelum itu beliau menerangkan maksud kata kerja transitif iaitu mesti disertai objek untuk menjadi frasa kerja. Manakala kata kerja tak transitif dapat berdiri sendiri tanpa objek.
Contoh:
Kata Kerja Transitif
Objek
Kata Kerja Tak Transitif
menjaga
kesihatan
beriadah
menghindarkan
diri
sakit
melalui
pelbagai aktiviti
jumpa
memerlukan
zat makanan
sihat
mengamalkan
cara pemakanan
dengar
_____________________________________________________________________________________ 14 HBML3303 PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK
NOR BAHIYAH BT _________________________________________________________________________________________________________
memperkukuh
sistem
menjadikan
kesibukan
Setelah selesai mengumpul maklumat seperti di atas, murid-murid membuat latihan tatabahasa yang ditulis oleh guru di papan putih.
Langkah 6 pula, guru menayang lagu Dikir Barat menggunakan MyCD di skrin. Muridmurid menyanyi lagu dikir barat tersebut dengan perasaan gembira.
Sebagai penutup pengajaran dan pembelajaran, beliau menyuruh murid merumus pelajaran pada hari itu dan menyebut nilai-nilai murni yang terdapat dalam isi pelajaran.
BIBLIOGRAFI Abd. Aziz Abd. Talib, 2000. Pedagogi Bahasa Melayu, Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors. Abdullah Hassan, 1993.Tatabahasa Pedagogi Bahasa Melayu, Kuala Lumpur:Utusan Publications & Distribution Sdn. Bhd. Arbak Othman , 1985. Mengajar Tatabahasa , Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Asmah bt. Hj Ahmad,1989.Pedagogi 1, Selangor:Longman Malaysia Sdn.Bhd. Adenan Ayob & Nathesan Sellapan , 2009 .HBML 3303 Psikolinguistik dan Semantik, Kuala Lumpur: Open University Malaysia. Ee Ah Meng, 1989.Pedagogi Satu Pengenalan, Kuala Lumpur:Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd. _____________________________________________________________________________________ 15 HBML3303 PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK
NOR BAHIYAH BT _________________________________________________________________________________________________________
Ee Ah Meng,1987, Pedagogi Untuk Bakal Guru, Petaling Jaya:Fajar Bakti, Petaling Jaya. Kamarudin Husin, 1988.Pedagogi Bahasa, Kuala Lumpur :Longman(M). Kaye, Barrington,1970. Participation in Learning, London :George Allen &Unwin, London Mok
Soon
Sang,
1994.
Asas
Pedagogi
dalam
Pengajaran-Pembelajaran,Kuala
Lumpur:Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Raminah Sabran & Rahim Syam ,1985. Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia, Kuala Lumpur:Fajar Bakti. Rashidi Azizan & Abdul Razak Habib,1996.Pengajaran Dalam Bilik Darjah ,Kajang:Masa Enterprise Zulkifley Hamid. (2006 ). Aplikasi Psikolinguistik. PTS Professional, Publishing Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
LAMPIRAN _____________________________________________________________________________________ 16 HBML3303 PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK
NOR BAHIYAH BT _________________________________________________________________________________________________________
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN Tarikh : 6 Julai 2009 Masa : 9.10 – 10.10 Tahun : 5 Bestari Bilangan Murid : 38 Mata Pelajaran : Bahasa Melayu Tema : Sukan dan Kesihatan Tajuk : Kesihatan Asas Kesihatan Hasil Pembelajaran : F.U 3.1 Aras 1 (i) Mengelaskan maklumat berdasarkan sesuatu topik yang dibincangkan. F.U 6.3 Aras 1 (i) Membaca dan mengecam isi-isi penting daripada pelbagai bahan bacaan, F.U 8.5 Aras 1 (i) Memilih dan mengenal pasti penanda wacana _____________________________________________________________________________________ 17 HBML3303 PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK
NOR BAHIYAH BT _________________________________________________________________________________________________________
Objektif
: Pada akhir pembelajaran, murid dapat: i) Mengambil penanda wacana yang terdapat di dalam petikan. ii) Menyenaraikan 4 isi penting yang terdapat di dalam petikan. iii) Mengumpul kata kerja transitif dan tak transitif.
Sistem Bahasa
: Tatabahasa : penanda wacana
Pengisian Kurikulum : Ilmu : Pendidikan Muzik Nilai Murni : Bekerjasama KBT : Kemahiran Berfikir – mengelaskan BBM : Buku teks MyCD BM Tahun 5 Komputer riba Lembaran kerja Pengetahuan Sedia Ada: Murid tahu jenis-jenis makanan kegemaran.
Langkah/ Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan
Set Induksi (3 minit)
Jenis Makanan
1.Guru dan Murid bersoaljawab tentang makanan kesukaan masing-masing.
Pengisian Kurikulum - Kontekstual
Langkah 1 (5 minit)
Membaca petikan (Petikan m/s 58 dan 59)
1. Murid membaca teks secara mekanis.
Kemahiran Komunikasi
Langkah 2 (10 minit)
Penanda Wacana * sekiranya * oleh yang demikian * apatah lagi * selain itu
1. Guru menyuruh murid mengambil penanda wacana yang terdapat di dalam petikan.
Kemahiran Berfikir
2. Murid menulis penanda
_____________________________________________________________________________________ 18 HBML3303 PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK
NOR BAHIYAH BT _________________________________________________________________________________________________________
* hal ini demikian kerana * oleh sebab itu * sesungguhnya * sehubungan dengan itu
Langkah 3 (5 minit)
Membaca petikan (Petikan m/s 58 dan 59)
wacana di papan putih. 3. Murid membaca penanda wacana yang ditulis.
1. Guru menyuruh murid membaca petikan secara akaliah untuk mencari isi-isi penting.
Kemahiran Berfikir
2. Murid membaca petikan secara akaliah dan mencari isi-isi penting. 3. Murid menyebut isi-isi penting yang terdapat di dalam petikan.
Langkah 4 (10 minit)
Jenis makanan Karbohidrat Protin Vitamin Garam galian Lemak
Langkah 5 (10 minit)
Kata kerja transitif dan tak transitif
1. Guru menyuruh murid secara berpasangan mengelaskan contoh makanan mengikut jenisnya.
Mengelaskan
2. Murid mengelaskan contoh Makanan mengikut jenisnya secara berpasangan di dalam borang yang disediakan.
1. Guru mengedarkan senarai kata kerja kepada muridmurid.
_____________________________________________________________________________________ 19 HBML3303 PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK
NOR BAHIYAH BT _________________________________________________________________________________________________________
2. Guru meminta murid mengumpul kata kerja transitif dan tak transitif. 3. Murid mengumpul kata kerja transitif dan tak transitif ditulis di dalam buku latihan tatabahasa.
Kemahiran Berfikir
4. Murid membuat latihan tatabahasa yang ditulis oleh guru di papan putih.
Kemahiran menulis
Langkah 6 (5 minit)
Nyanyian Lagu Dikir Barat
1. Murid menyanyikan lagu dikir barat yang terdapat di dalam halaman rangsangan di dalam buku teks.
Kecerdasan Pelbagai - Pendidikan Muzik
Penutup (2 minit)
Rumusan
1. Murid merumus isi pelajaran dan nilai murni.
Kemahiran Berfikir - Merumus
_____________________________________________________________________________________ 20 HBML3303 PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK
NOR BAHIYAH BT _________________________________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________ 21 HBML3303 PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK