Sosiolinguistik

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Sosiolinguistik as PDF for free.

More details

  • Words: 1,871
  • Pages: 11
Penghargaan Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah, berkat usaha yang dilakukan dan juga atas keizinan-Nya, tugasan ini dapat disempurnakan tepat pada waktunya. Dengan izin-Nya juga saya beroleh maklumat bagi menghasilkan hasil ‘karya’ indah ini. Jutaan penghargaan juga saya lontarkan kepada kedua ibu dan ayah yang tercinta kerana merekalah, saya masih lagi mampu menarikan jemari halus ini menekan satu persatu papan kekunci ini. Tidak dapat dan pastinya tidak dilupakan, penghargaan ini saya gubahkan menjadi jambangan bunga untuk diserahkan kepada guru saya, Dr Roshani Abdullah kerana beliaulah, segala tunjuk ajar dan ilmu yang berguna yang beliau sampaikan, saya simpankan di dalam RAM diri ini. Tanpa bimbingan serta nasihat beliau, tugasan ini mungkin tidak dapat disiapkan sesempurna ini. Bukan untuk mengambil hati Dr tetapi itulah hakikatnya bahawa beliaulah yang menjadi inspirasi penghasilan ‘karya’ ini. Tidak dinafikan, tugasan ini sedikit mengelirukan namun, segalanya berjalan lancar setakat huruf ini ditaip. Buat kawan-kawan, aku tabik kat kamu semua sebab tolong beri kata-kata semangat kat aku walaupun aku tak pasti apa la hajat kamu semua sebenarnya. Apa-apa pun, aku bangga ada sahabat seperti kamu semua. Ucapan penghargaan ini akhir sekali ikhlas dianugerahkan kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung. Saya berharap dengan sokongan anda semua, Tuhan menghadiahkan pembalasan yang hasanah di sana nanti. Sekian, terima kasih.

Pendahuluan Dialek sebenarnya bermaksud variasi atau kelainan daripada satu bahasa yang dituturkan oleh sekumpulan penutur dalam sesuatu masyarakat atau komuniti bahasa. Istilah dialek berasal daripada perkataan Greek, dialektos yang merujuk kepada kepelbagaian bahasa yang dituturkan oleh sekumpulan pengguna atau penutur sesuatu bahasa. Dialek bolehlah dibahagikan kepada dua iaitu dialek daerah dan dialek sosial. Dialek daerah berlaku apabila terdapatnya perbezaan kata-kata yang digunakan oleh seseorang penutur. Dialek sosial pula terjadi apabila ada faktor-faktor tang menentukannya. Dialek ini juga lebih dikenali sebagai laras bahasa ataupun register iaitu kepelbagaian bahasa yang digunakan dalam bahasa berkenaan. Antara faktor-faktor yang jelas ialah faktor pendidikan. Taraf pendidikan yang berbeza akan membezakan sesuatu pengucapan seseorang antara pendidikan tinggi ataupun pendidikan rendah. Ini membuktukan laras bahasa yang berbeza antara seseorang itu dengan yang lain. Faktor yang seterusnya ialah sikap penutur tersebut. Hal ini dapat menghasilkan laras bahasa yang berbeza. Kita dapat melihat peribadi seseorng itu dengan gaya perucapannya. Sebagai contoh, seseorang yang pendiam dan jarang berkata-kata apabila bersuara, lain bentuknya berbanding seseorang yang kerap bercakap. Seseorang yang sombong juga agak berlaianan bahasanya berbanding seseorang yang peramah. Faktor ketiga pula ialah cara penyampaian yakni perbezaan situasi boleh membezakan laras bahasa yang digunakan. Seseorang itu mungkin menggunakan bahasa standart apabila beliau bekerja dalam firma gauaman tetapi apabila bersama keluarga dan anak-anak, laras bahasa yang sesuai akan digunakan. Gangguan juga merupakan faktor berlakunya dialek sosial.ia bermaksud terdapatnya gangguan ketika penutur menuturkan bahasa ibunda ataupun dialek daerah. Sebagai contoh, kaum Cina dan India menggunakan pelat bahasa ibunda mereka ketika bertutur. Ada juga

laras bahasa standard yang berlainan antara negeri sebagai contoh penutur dari Kedah dan Perak yang berlainan. Faktor latar belakang keluarga dan tempat tinggal juga mempengaruhi cara pertuturannya. Misalnya pertuturan orang kaya berbeza dengan pertuturan orang miskin. Antara lain ialah pertuturan an antara keluarga yang tingal dikawasan pesat membangun dengan kawasan pendalaman. Di situ, terdapatnya perbezaan laras bahasa yag digunakan. Faktor seterusnya ialah fungsi-fungsi sosial perlakuan bahasa yang mana dalam tiap-tiap situasi sosial terdapat penggunaan bahasa yang berlainan hasil interaksi orang-orang yang terlibat dalam perbualan dan peranan situasi-situasi tersebut dalam masyarakat. Faktor ketujuh pula ialah hubungan sosial dan peribadi yang wujud antara penuturnya. Kita dapat lihat bahawa penutur seorang kekasih kepada buah hatinya berbeza dengan menuturkan kata-kata dengan orang lain. Kemesraan yang terjalin menghasilkan satu laras bahasa yang lain. Faktor yang kelapan adalah aspek linguistik seperti tatabahasa dan kosa kata. Walaupun begitu, perbezaan antara laras bahasa itu tidak terlalu jauh hingga menimbulkan ketidakfahaman antara penuturnya. Faktor yang terakhir adalah bahan yang diperkatakan iaitu setiap bahan yang hendak diperkatakan menggunakan bahasa yang berlainan bergantung kepada isi yang hendak disampaikan. Untuk lebih difahami, apabila berbicara tentang agama, isi yang disampaikan perlulah jelas agar kekeliruan tidak berlaku. Penggunaan laras bahasa yang sesuai akan menyelesaikan masah ini.

Petikan novel pilihan Bintang-bintang ke Syurga-Xarine “ Dato’ kenapa tak ajak Datin datang sama?” Kaki masih melangkah. “ Alah. Tak payah berdato-dato dengan uncle la. Panggil uncle. Auntie tidak sihat semenjak semalam. Pening-pening kepala katanya. Aku mengangguk kecil. “Suzila banyak bercerita tentang Imran”. “Dia kagum dengan kamu. Semua cerpen kamu disimpannya. Dia juga banyak belajar daripada arwah Sofia dan semua yang telah berlaku. Dari situ dia banyak berubah. Cakapnya makin kurang, diamnya makin banyak. Mungkin apa yang diterimanya sukar diterima akal logik. Buat dia kembali berfikir. Obviously, she did a lot of thinking lately. Sedikit sebanyak urusan business ditangannya terbelangkai sebelum semua priority hidupnya kembali seimbang. Alhamdulillah, uncle tengok sekarang dia makin matang dan bersedia. Xarine(2009).bintang-bintang ke Syurga:JemariSeniPublishing(m/s 336)

“Lain kali cakap biar guna otak Rizal!” Suzila mendengus hebat, “berseronok apa sampai mengupah pelacur? Apa kau sudah gila? “Ehem.”Dato’ Husin berdeham. “Su, jangan panggil Najmah pelacur. Saya tak suka.” Entah kenapa aku tidak suka Najmah dihina sebegitu. Aku tahu sememangnya dia begitu namun pelbagai kisah ada dalam perwatakannya. Harus kita sesama saudara menutup aib yang lain dan melayannya dengan baik saat dia tidak hadir atau absen. Suzila menjelingku seperti tidak puas hati saja, ketika itu aku turut membalas jelingannya dan dapat kulihat warna merah mukanya memundar seperti mengerti keseriusanku.

Xarine(2009).bintang-bintang ke Syurga:JemariSeniPublishing(m/s 446)

Sinopsis petikan Dalam petikan pertama, penulis, Xarine telah mempertemukan dua watak yang terdapat dalam novel Bintang-bintang ke Syurga iaitu Dato’ Husin dan Imran. Dalam petikan ini, Imran diberikan peluang untuk berbicara seorang tokoh korporat merangkap bapa kepada kekasih hatinya. Dalam pertemuan itu, Imran lebih banyak berdiam diri berbanding Dato’ Husin yang banyak menceritakan tentang anak perempuannya. Dato’ Husin menceritakan bahawa Imran telah dapat mengubah sekeping hati yang keras menjadi seorang yang lebih matang. Dato Husin juga menceritakan bahawa anaknya sudah mampu berdiri dengan teguh atas dorongan semangat yang cekal. Petikan yang kedua pula menceritakan akan Suzila yang berasa tersangat marah terhadap Rizal yang sanggup memfitnah kekasih hatinya, Imran melakukan perbuatan terkutuk. Rizal telah mengupah seorang pelacur untuk memerangkap Imran ke lorong kehinaan namun perkara tersebut telah gagal dan diketahui ahli keluarga. Ini menyebabkan Suzila teramat marah terhadap Rizal. Namun sikap Imran yang tenang lebih berfikiran terbuka dengan menengur sikap Suzila yang agak keterlaluan. Imran yang berpendidikan agama kelihatan lebih berhati-hati apabila bersuara.

Contoh-contoh dialek sosial dalam novel Berdasarkan novel Bintang-Bintang ke Syurga yang dikarang oleh penulis muda Xarine, saya telah mendapatkan dua petikan yang saya boleh jadikan sebagai contoh penggunaan dialek sosial dalam novel ini. Petikan yang saya ambil telah saya tunjukkan sebelum ini. Antara contoh-contoh dialek sosial ialah: Taraf pendidikan Dialek sosial ini dapat kita lihat pada Dato’ Husin. Dato’ Husin merupakan salah seorang tokoh korporat yang disegani. Ketika berbicara dengan Imran, kepetahan kata-kata yang diungkapkan menunjukkan beliau seorang yang berpendidikan tinggi. ..... Obviously, she did a lot of thinking lately. Sedikit sebanyak urusan business ditangannya terbelangkai sebelum semua priority hidupnya kembali seimbang. Alhamdulillah, uncle tengok sekarang dia makin matang dan bersedia. Berdasarkan dialog ini, jelas menunjukkan Dato’ Husin seorang yang memiliki taraf pendidikan yang tinggi. Beliau berkata-kata tidak menunjukkan beliau seorang yang rendah taraf pendidikannya. Hubungan sosial yang wujud antara penutur Dato’ Husin dengan Imran adalah contoh yang baik dalam menjelaskan dialek sosial ini. Walaupun Dato’ Husin merupakan golongan yang berjaya, namun beliau merendahkan dirinya dengan Imran. Dato’ Husin cuba merapatkan jurang mereka berdua untuk menjadikan sesi dialog itu berlaku dengan lebih mesra. “ Alah. Tak payah berdato-dato dengan uncle la. Panggil uncle. Auntie tidak sihat semenjak semalam. Pening-pening kepala katanya.

Hal ini telah mengakibatkan berlakunya dialek sosial sesama mereka. Perkara ini tidak akan berlaku sekiranya Dato’ husin berkomunikasi dengan Imran seperti bercakap dengan pekerjanya. Cara penyampaian Ketika marah, seseorang itu akan menunjukkan ekspresi marahnya. Ketika Suzila marah, dia telah digambarkan oleh penulis bahawa dia meninggikan suaranya. ....“Lain kali cakap biar guna otak Rizal!” Suzila mendengus hebat, “berseronok apa sampai mengupah pelacur? Apa kau sudah gila?” Penulis telah menunjukkan kemarahan Suzila dengan meletakkan tanda seru pada dialognya. Penulis tidak menuliskan dialog Suzila itu dengan lemah lembut kerana amat tidak sesuai dengan situasi yang dihadapi. Ini menghasilkan satu lagi dialk sosial iaitu cara penyampaian penutur. Gangguan bahasa Gangguan bahasa juga terdapat dalam petikan ini. Xarine telah menerapkan dialek sosial ini di dalam novelnya. .... Sedikit sebanyak urusan business ditangannya terbelangkai sebelum semua priority hidupnya kembali seimbang. Alhamdulillah, uncle tengok sekarang dia makin matang dan bersedia. Terdapat gangguan bahasa yang dapat kita lihat di sini iaitu istilah business. Sepatutnya istilah ini harus digantikan dengan perkataan perniagaan. Hal ini telah menyebabkan gangguan bahasa berlaku. Bahan yang diperkatakan Salah satu dialek sosial yang terdapat dalam novel ini adalah bahan yang dikatakan. Contoh yang jelas ialah Dato’ Husin memuji Imran kerananya, Suzila berubah kearah yang lebih positif.

“Dia kagum dengan kamu. Semua cerpen kamu disimpannya. Dia juga banyak belajar daripada arwah Sofia dan semua yang telah berlaku. Dari situ dia banyak berubah. Cakapnya makin kurang, diamnya makin banyak. Mungkin apa yang diterimanya sukar diterima akal logik. Buat dia kembali berfikir. Ini menunjukkan bahawa Dato’ mempunyai isi untuk bercakap dengan Imran. Bahan yang diperkatakan ini menjadi dialek sosial dalam novel ini.

Bibliografi Buku Raminah Hj Sabran , Rahim Syam . Kajian Bahasa untuk pelatih maktab perguruan.Kursus Bahasa Fajar Bakti . Wan Malini Ahmad, Nik Safiah Karim. Bahasa Melayu STPM. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Nik Safiah Karim dan Norlidza Shamsuddin, 2008 Bahasa Malaysia Kertas 1 dan Kertas 2. Selangor. Penerbit Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Laman Web http://www.tutor.com.my/tutor/stpm/variasi_bahasa.htm Accessed on 18 August 2008

Refleksi Perjalanan seorang musafir di padang pasir sangat dahagakan air untuk meneruskan langkahannya tetapi pejalanan insan ini pula dahagakan ilmu untuk menyambung sebuah hikayat baru. Hikayat ini bermula apabila satu perutusan mengenai tugasan diterima. Walaupun tugasan yang diterima agak kurang difahami, namun semangat yang ada digunakan untuk menghasilkan tugasan ini. Tidak dinafikan bahawa terdapat pelbagai masalah seperti sumber yang terhad, namun akhirnya ianya dapat disiapkan. Pencarian sebuah novel merupakan salah satu rintangan yang agak mencabar bagi seorang yang jarang sesekali menyelami alam imaginasi ini. Masakan tidak, jikalau bukan kerana novel yang wajib dipelajari semasa peringkat sekolah menengah, rasanya ‘zero’ novel yang dibaca. Tapi kekusutan ini hanya sementara kerana apa? Kerana akhirnya insan ini memilih sebuah novel cinta yang digarap baik mengikut cinta yang digariskan oleh Islam. Bintang-bintang ke Syurga karya Xarine telah menimbulkan minat makhluk Allah ini untuk menghabiskan hikayat ini lantas meneruskan pengembaraan menyiapkan tugasan seterusnya. Dunia maya, kitab-kitab di gudang ilmu serta informasi dari pensyarah dan notanya menjadi inspirasi perjalanan tugasan ini. Ya! Halangan yang berbagai memantapkan lagi tugasan ini. Bayangkan, sebuah bukit(Bukit Pantai) didaki, dituruni bagi mendapatkan sedikit informasi yang amat-amat berguna. Inilah kehidupan. Jikalau ingin mendapatkan madu, janganlah takut menghadapi kawanan lebah. Bersusah-susah dahulu, insyaallah, kita beroleh kesenangan. Masalah menaip juga ingin diri ini menceritakan perihalnya. Msakan tidak, mata memerlukan penglihatan yang tajam untuk mencari huruf-huruf pada papan kekunci ini. Ah! Kalaulah hanya perlu menyebut sudah tertulis perkatannya di paparan gajet hebat ini, mudah sahaja tugasannya. Tidak mengapalah. Usain Bolt sewaktu bayi, belum pasti mampu berlari sepantas 9.64s dalam trek 100 meter.

Inilah hasilnya yang dapat insan lemah ini hasilkan. Bukanlah merendah diri tapi rasanya, ia belum cukup sempurna kerana tidak ada yang sempurna dalam hidup ini. Diharap hasil tugasan ini memenuhi apa yang telah ditetapkan. Sebarang kekurangan adalah dari insan yang lemah ini dan segala kelebihan itu datangnya dari Maha Pencipta. Sekian, terima kasih.

Related Documents