1.0
PENGENALAN EasyFold Enterprise adalah merupakan sebuah syarikat perniagaan berbentuk perkongsian yang dimiliki oleh empat orang rakan kongsi. Syarikat ini menjalankan perniagaan sebagai pembekal mesin untuk melipat dan menggosok pakaian automatik kepada pemilik kedai-kedai dobi yang berkonsepkan layan diri melalui kaedah sewaan bulanan. Sepertimana yang kita ketahui dalam era revolusi industri yang semakin berkembang maju masyarakat kini semakin sibuk dalam menjalankan rutin harian, mereka kini tidak lagi menguruskan kerja-kerja mencuci pakaian mereka di rumah sebaliknya mencuci di kedai-kedai dobi layan diri. Jika kita lihat suatu ketika dahulu dobi konvensional menjadi pilihan kerana ia menawarkan perkhidmatan membasuh, melipat dan menggosok pakaian pelanggan. Pada tahun 1949 selari dengan perkembangan teknologi, dobi layan diri atau dobi syiling buat pertama kalinya telah diperkenalkan di England . Ia merupakan satu kemudahan untuk pelanggan mencuci dan mengeringkan pakaian mereka sendiri dan sehingga kini ianya telah menjadi trend. Masyarakat kini telah beralih arah dari perkhidmatan dobi konvensional kepada dobi yang berkonsepkan layan diri sekaligus menjadikan perniagaan dobi layan diri ini mendapat sambutan yang luar biasa. Namun begitu daripada pemerhatian kami perkhidmatan kedai-kedai dobi layan diri ini boleh ditambah baik lagi dengan menyediakan kemudahan yang dapat membantu menyelesaikan masalah pelanggan iaitu dengan menyediakan mesin untuk melipat dan menggosok baju automatik. Setelah melihat tidak ada lagi perniagaan di Malaysia yang seumpama ini maka kami di EasyFold Enterprise ingin merebut peluang ini untuk menjadi pembekal mesin melipat dan menggosok pakaian automatik yang pertama kepada pemilik-pemilik kedai dobi layan diri di Malaysia. Lanjutan daripada itu juga EasyFold telah berjaya mendapatkan kerjasama dengan pihak pengeluar mesin ini iaitu Syarikat Foldimate yang beribu pejabat di New York, Amerika Syarikat yang telah bersetuju untuk menjadi pembekal kepada kami.
2.0
RINGKASAN ESEKUTIF 2.1
Keunikan Perniagaan EasyFold Enterprise mendapati peluang ini adalah merupakan peluang
keemasan yang berharga kerana perniagaan kami adalah merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia. Dengan perniagaan ini kelak kami akan dapat membantu
menyelesaikan
masalah
pelanggan-pelanggan
yang
memerlukan
perkhidmatan melipat dan menggosok pakaian sejurus selepas pakaian mereka dicuci dan dikeringkan. Penggunaan mesin ini tidak terhad hanya kepada pelangganpelanggan kedai dobi sahaja, malahan bagi pelanggan yang mencuci pakaian dirumah juga boleh membawa pakaian mereka untuk digosok dan dilipat oleh mesin ini. Selain daripada itu apabila pemilik kedai dobi menambah mesin ini di kedai mereka sudah pasti pelanggan-pelanggan akan dapat menguruskan pakaian mereka dengan lebih mudah dan cepat. Ianya akan menjadi satu kelebihan bagi pemilik kedai dobi untuk menarik pelanggan-pelanggan, kerana sepertimana yang kita sedia maklum perniagaan kedai dobi layan diri semakin bertambah menyebabkan wujudnya persaingan yang sengit dikalangan mereka. EasyFold menjangkakan mesin ini akan menjadi pilihan bagi pemilik-pemilik kedai dobi kerana ia akan menjadi kelebihan bersaing ”competitive advantage” kepada mereka. Dengan kelebihan ini, sudah pasti perniagaan mereka semakin maju dan keuntungan mereka akan meningkat. EasyFold mensasarkan pemilik-pemilik kedai dobi layan diri sebagai pelanggan utama kerana trend masyarakat sekarang yang
lebih gemar menggunakan
perkhidmatan kedai dobi layan diri untuk mencuci pakaian mereka. Dengan kewujudan mesin ini, kedai-kedai dobi layan diri akan menjadi “one stop centre” iaitu sebagai pusat mencuci, mengering, melipat dan menggosok pakaian yang semuanya dilakukan oleh mesin automatik. Mesin ini didapati
telah
berjaya memudahkan kerja-kerja
melipat kain yang memerlukan banyak masa terutama dikalangan suri rumah dan wanita bekerjaya. Mesin ini juga bukan sekadar berfungsi hanya melipat pakaian tetapi juga boleh berfungsi sebagai seterika wap yang akan melicinkan kedutan pada pakaian.
2.4
Bakal Pelanggan Buat permulaan EasyFold Enterprise telah menyasarkan kedai-kedai dobi
layan diri yang berada di kawasan sekitar radius 5 kilometer. Terdapat lebih kurang dua puluh tiga kedai dobi dan sebanyak enam kedai dobi kayan diri telah dipilih iaitu Laudrybar, dobiQueen, AquaNano, Bubblelab, Loundry Buddy dan Cleenpro Express. Pemilihan dibuat berdasarkan pemerhatian terhadap kedai-kedai dobi yang menjadi kegemaran pelanggan. 2.5
Unjuran Kewangan Analisa Titik Pulang Modal (TPM) Kos Tetap
= (Jualan – Kos Berubah) / Jualan =
RMxx,xxx (RMxx,xxxx – RMxx,xxx) / RMxxx,xxx
=
RMxx,xxx
TPM Sebulan = RMxx,xxx (di atas) dibahagi 12 Nota: 1) Kos Berubah untuk perniagaan Kedai Dobi adalah seperti Kos Bahan Cucian dan Kos Langsung seperti kos Api & Air dan Kos Buruh Langsung (gaji, KWSP dan SOCSO pekerja). 2) Kos Tetap adalah kos selain Kos Berubah. 3) Ambil angka jumlah Unjuran Kewangan Tahun Pertama
Margin Untung Kasar (%) =
Jualan - Kos Jualan Jualan
=
RMxxx,xxx – RMxx,xxx RMxxx,xxx
=
xx.xx%
Nota: 1) Kos Jualan untuk perniagaan Kedai Dobi dikira dengan kaedah berikut:Stok Permulaan Bahan Cucian Campur : Belian Tolak : Stok Akhir Bahan Cucian
xx,xxx xxx,xxx xx,xxx xxx,xxx
Campur
: Kos Langsung – Api & Air : Kos Langsung – Gaji/KWSP/SOCSO Pekerja
xxx,xxx
xxx,xxx Kos Jualan
xxx,xxx
2) Ambil angka jumlah Unjuran Kewangan Tahun Pertama Margin Untung Bersih (%) =
Untung Kasar – Jumlah Perbelanjaan Jualan
=
RMxxx,xxx – RMxx,xxx RMxxx,xxx
=
xx.xx%
Nota: 1) Untung Kasar = Jualan – Kos Jualan 2) Jumlah Perbelanjaan = Kesemua Jumlah Kos Operasi & Pentadbiran, Kos Selain Operasi, Kos Kewangan dan Kos Pemasaran dan Jualan. 3) Ambil angka jumlah Unjuran Kewangan Tahun Pertama
3.0
TUJUAN PENYEDIAAN RANCANGAN PERNIAGAAN
Tujuan rancangan perniagaan ini adalah untuk mendapatkan pembiayaan tambahan bagi mengembangkan lagi perniagaan kami. Rancangan perniagaan ini ditujukan kepada Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk memohon pembiayaan sebanyak RM 100,000 di bawah skim Mikro Kewangan BSN. Pembiayaan ini diperlukan sebagai modal untuk memperluaskan lagi perniagaan. Dana ini juga akan digunakan untuk tujuan sebagai modal pusingan membeli mesin dan alatganti, pemasaran serta latihan penyelengaraan mesin di kilang pengeluar. Selain daripada itu dengan adanya Rancangan Perniagaan ini kami dapat mengetahui kekuatan, kelemahan, dan potensi perniagaan kami berdasarkan
kajian dari semasa ke semasa. Ia juga merupakan satu pelan induk yang mengandungi analisis, ramalan dan strategi untuk melaksanakan langkahlangkah untuk memajukan perniagaan ini.
4.0
LATARBELAKANG PERNIAGAAN 4.1
Objektif & Matlamat Perniagaan 4.1.1
Objektif Perniagaan
i.
Membekalkan mesin melipat dan menggosok pakaian komersial yang berkualiti tinggi.
ii.
Menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan yang cekap dengan kos yang berpatutan.
iii.
Menyediakan perkhidmatan lepas jualan serta rundingan yang mesra pelanggan.
4.1.2
Matlamat Perniagaan
i.
Matlamat kami ialah untuk memperolehi keuntungan dan terus kekal sebagai sebuah perniagaan yang berdaya saing.
ii.
Memastikan perniagaan kami dapat terus memberikan produk dan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.
iii.
Menjaga hubungan baik antara pihak pengurusan, pekerja dan pelanggan.
5.0
RANCANGAN ORGANISASI 5.1
Carta Organisasi
5.3.2
Perbelanjaan Pentadbiran
Senarai perbelanjaan pentadbiran adalah seperi di bawah;
Perkara
Kos Sebulan (RM)
Sewa pejabat
3000.00
Gaji Pekerja
18,400.00
Bil Air & Elektrik
800.00
Bil telefon
300.00
Alat tulis, kertas
200.00
Gaji pekerja pembersihan (kontrak)
1000.00
JUMLAH
6.0
23,700
RANCANGAN PEMASARAN 6.1
Analisis Pasaran 6.1.1
Analisis Permintaan Pihak EasyFold telah mendapatkan kebenaran daripada pemilik-
pemilik kedai dobi untuk menjalankan soal selidik yang bertujuan untuk melihat dan
menganalisa
sambutan masyarakat terhadap mesin
tersebut. Sebanyak 50 borang soal selidik telah diedarkan dan 120 borang telah dipilih untuk digunakan sebagai data untuk membuat analisa pasaran. Daripada
data yang diperolehi
didapati hampir 85 peratus
pelanggan memang sangat berharap mesin ini dapat diadakan di kedaikedai dobi. Ini adalah kerana dengan mesin ini mereka berharap dapat mengurus dan menyelesaikan kerja–kerja mencuci hinggalah menggosok di kedai dobi tersebut dan mereka tidak perlu menyambung kerja-kerja melipat dan menggosok sekembalinya ke rumah. EasyFold juga menerima banyak
pertanyaan
daripada
responden yang inginkan mesin untuk kegunaan dirumah. Oleh yang demikian pihak kami mendapati arah aliran pasaran untuk lima tahun akan datang akan meningkat bukan sahaja untuk memenuhi permintaan komersial malah juga domestik.
6.1.2
Analisis Penawaran Melihat pada situasi semasa dimana tiada lagi produk atau
mesin sebegini yang di bawa masuk ke dalam negara meskipun ianya telah terdapat di negara-negara luar. Oleh yang demikian objektif syarikat EasyFold untuk menjadi pengedar tunggal dalam tempoh lima tahun akan datang adalah merupakan satu langkah yang bijak kerana ia dapat menghadkan kemasukan pesaing dalam bidang yang sama. 6.2
Sasaran Pasaran Bagi jagkamasa satu hingga lima tahun akan datang EasyFold
menyasarkan pasaran kepada pemilik-pemilik kedai dobi yang beroperasi di sekitar Lembah Kelang dan juga negeri-negeri yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi seperti Johor dan Pulau Pinang. Seterusnya EasyFold akan meluaskan pasaran ke kawasan-kawasan yang terpilih. Selanjutnya, selepas lima tahun kami akan memasarkan produk untuk memenuhi keperluan domestik pula. 6.3
Saiz Pasaran Bagi tahun pertama dianggarkan daripada 10 orang pemilik
kedai dobi, 4 orang atau dengan kata lain 40 peratus daripada jumlah keseluruhan adalah
merupakan pelanggan berpotensi. Berdasarkan analisis
yang dibuat merujuk kepada jumlah keseluruhan kumpulan sasaran dalam lingkungan lima kilometer
radius dan sebuah kedai dobi memerlukan dua
buah mesin maka andaian saiz pasaran adalah
seperti di bawah:
Saiz Pasaran = 40 % X Bil. Kedai Dobi Layan Diri x 2 mesin
Maka saiz pasarannya ialah; Saiz pasaran = 40% X 60 buah x 2 = 48 buah mesin.
6.4
Syer Pasaran Berdasarkan daripada saiz pasaran di atas, jangkaan syer pasaran
adalah bersamaan dengan jumlah keuntungan kasar yang diperolehi pada setiap bulan dengan kadar sewaan bagi setiap mesin adalah RM 800 termasuk kos penyelenggaran.
Syer pasaran = 48 buah mesin x RM 800 = RM 38, 400.00 sebulan.
6.5
Analisis SWOT Berikut adalah analisa SWOT yang digunakan oleh EasyFold untuk
memahami kekuatan dan kelebihan perniagaan ini. Disamping itu ia
juga
bertujuan untuk mengenalpasti peluang dan ancaman bakal dihadapi. Strenghts (Kekuatan) Perniagaan i.
Tiada persaingan kerana kami adalah merupakan syarikat pertama yang memulakan perniagaan seperti ini.
ii.
Produk kami merupakan satu keperluan kepada perniagaan lain (dobi).
iii.
Dapat membantu menyelesaikan masalah pelanggan-pelanggan kedai dobi khasnya dan masyarakat amnya.
iv.
Kekuatan dalam pentadbiran perniagaan kerana setiap pekerja telah diberi tugas untuk menjalankan tanggungjawab dan peranan masingmasing dalam melicinkan aktiviti perniagaan dan menjadi kekuatan utama dalam mengurus perniagaan.
Weaknesses (Kelemahan) Perniagaan
i.
Perlu meyakinkan pembekal akan kemampuan syarikat untuk memperkenalkan produk mereka ke pasaran baru.
ii.
Perlu menjalinkan kerjasama yang baik supaya matlamat untuk menjadi pengedar tunggal tercapai.
iii.
Memerlukan perbelanjaan yang besar bagi tujuan latihan kerana ia sangat perlu untuk penyelenggaraan produk (mesin).
iv.
Perlu menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan yang beroperasi 24 jam kerana kedai-kedai dobi layan diri beroperasi 24 jam.
Opportunities (Peluang) Kepada Perniagaan i.
Dapat menjalinkan kerjasama dengan pihak pembekal untuk menjadi pengedar tunggal.
ii.
Dapat membantu pembekal mempelbagaikan produk mereka dengan menjadi rakan kongsi untuk mengeluarkan mesin untuk kegunaan domestik.
iii.
Dengan
pertambahan
permintaan
domestik
syarikat
dapat
mengembangkan perniagaan dan juga syer pasaran.
Threats (Ancaman) Kepada Perniagaan
i.
Bagi jangkamasa panjang mungkin akan terdapat syarikat lain yang akan membawa masuk mesin yang sama tetapi dari pengeluar yang berlainan.
ii.
Perlu sentiasa bersedia dan peka dengan perubahan teknologi kerana apabila terdapat model mesin yang baru, mesin yang lama mungkin tidak sesuai digunakan.
iii.
Kadar tukaran matawang yang sentiasa berubah mempengaruhi harga mesin.
6.6
Strategi Pemasaran
EasyFold menggunakan teknik 4P’s iaitu Product, Place, Price & Promotion sebagai kaedah untuk memperkenalkan perniagaan ini dipasaran. 6.6.1
Produk (Product) Sepertimana yang telah diketahui kami adalah merupakan
pembekal mesin yang pertama seumpamanya di Malaysia. Oleh yang demikian ini akan memudahkan kami untuk menembusi pasaran sediada dalam negara. Produk yang ditawarkan ini merupakan satu keperluan disamping itu juga produk ini akan dapat membantu meningkatkan pendapatan pemilik-pemilik kedai dobi layan diri serta menyelesaikan masalah masyarakat.
6.6.2
Lokasi (Place) Lokasi premis yang terletak berhadapan jalan besar Persiaran
Kenanga yang berhampiran dengan Tol Kota Damansara memudahkan ianya di lihat oleh pelanggan. Lokasi ini juga berdekatan dengan aktiviti perniagaan yang lain yang terdapat di sekitarnya menjadikan kawasan tumpuan pelanggan dan menjadikannya lokasi yang strategik.
6.6.3
Harga (Price) Walaupun kami merupakan syarikat yang pertama dalam bidang
perniagaan ini, kami akan memastikan harga yang ditawarkan adalah berpatutan. Kami berharap suatu hari nanti semua kedai-kedai dobi layan diri mampu menyediakan mesin ini untuk kemudahan para pelanggannya.
6.6.4
Promosi (Promotion)
Diantara strategi promosi yang
dilakukan oleh EasyFold
Enterprise bagi memperkenalkan perniagaan kepada pasaran adalah seperti berikut;
i.
Memberikan profil perniagaan kepada bakal–bakal pelanggan besar seperti syarikat-syarikat dobi yang telah lama bertapak untuk mendapatkan kontrak membekal secara berkekalan.
ii.
Memasang banner dan bunting sebagai salah satu langkah mempromosi di kedai-kedai dobi.
iii.
Mengagihkan kad perniagaan kepada bakal pelanggan yang berpotensi.
7.0
iv.
Melancarkan laman web perniagaan.
v.
Mengambil bahagian dalam pameran-pameran atau ekspoekspo perniagaan.
RANCANGAN OPERASI 7.1
Perbelanjaan Operasi Bagi Tempoh Setahun
Berikut adalah rancangan operasi untuk tempoh setahun. Bil 1.
2. 3.
Perkara Pembelian Mesin Kos alatganti Gaji Pekerja KWSP/PERKESO Plastik/Kotak Pembungkusan Overhead Elektrik Air Telefon Alat Tulis Sewa Kedai Susut Nilai Mesin Susut Nilai Ubahsuai Pejabat
Kos (RM) 150,000 20,000 220,800 33,000
9,550.00
6,000 3,600 3,600 2,400 36,000 5,800 1,500
58,900
Proses Operasi 7.2.1
423,800
9,550
JUMLAH
7.2
Jumlah (RM)
Proses Penghasilan Perkhidmatan
RM 492,250
Perkhidmatan kami bermula apabila pelanggan menempah dan membayar deposit.
EasyFold akan memajukan
pesanan
kepada
syarikat pengeluar dan mesin akan dipasang di kedai dobi mengikut tempahan pelanggan. Setelah selesai pemasangan pelanggan akan menandatangani kontrak sewaan selama dua tahun dan kontrak tersebut akan diperbaharui setelah tamat tempoh. Pelanggan akan membayar sewa sebayak RM800 sebulan bagi sebuah mesin dimana kos tersebut adalah termasuk kos sewa, kos penyelenggaraan dan kos membaiki kerosakan. Mesin yang telah dipasang di kedai-kedai dobi akan beroperasi apabila pelanggan memasukkan syiling atau token mengikut bilangan helaian
pakaian
yang hendak dilipat. Mesin ini yang berukuran
setinggi satu meter dan berbentuk segi empat . Pengguna hanya perlu menggantung antara 10 hingga 20 helai pakaian dalam satu-satu masa pada penyepit di bahagian hadapan mesin itu yang kemudian akan menarik pakaian ke dalam badan mesin berkenaan. Panel-panel yang terdapat dalam mesin akan melakukan kerja-kerja melipat dan menggosok kedutan pada pakaian dalam tempoh hanya 10 saat. Pakaian yang telah
berlipat kemas itu kemudian akan dikeluarkan
daripada mesin melalui ruang khas.
7.2.2
Carta Aliran Operasi
Proses Penyewaan Mesin Oleh Pelanggan Temujanji dengan bakal pelanggan
Proses menghantar & memasang mesin
Sesi penerangan & konsultasi
Urusan pembayanran kepada pengeluar
Penyediaan Dokumen Perjanjian
Proses Tandatangan Perjanjian
Tempahan Mesin dari pengeluar dibuat
Pelanggan Membayar Deposit
Proses Penerimaan Sewa Bulanan
Terima Pemakluman Bayaran Dari Pelanggan
Membuat Semakan & Mengeluarkan Slip Penerimaan Bayaran
Kemaskini Akaun
Proses Penyelenggaraan Mesin
Semak Tarikh Penyelenggaraan
Maklumkan Pelanggan Tarikh & Masa Kerja Dilakukan
Dapatkan Pengesahan Pelanggan Apabila Kerja Siap
Kemaskini Rekod Pelanggan
Proses Membaikpulih Mesin
Terima Aduan Dari Pengguna
8.0
Rekod & Hantar Juruteknik
RANCANGAN KEWANGAN 8.1
Sumber Kewangan
Jalankan Kerja-kerja Baikpulih
Kemaskini Rekod Pelanggan
Sumber
kewangan utama adalah daripada
sumbangan ahli-ahli
rakan kongsi yang berjumlah RM XXXXXX. Namun begitu EasyFold sangatsangat memerlukan modal tambahan berjumlah RM 100,000.00 bertujuan untuk mengembangkan lagi perniagaan ini.
9.0
8.2
Jadual Aliran Tunai Untuk Tempoh 2 Tahun
8.3
Penyata Untung Rugo Untuk Tempoh 2 Tahun
8.4
Kunci Kira-Kira Untuk Tempoh 1 Tahun
RUMUSAN
EasyFold Enterprise berasa sangat yakin bahawa perniagaan ini mampu memberikan pulangan yang tinggi. Kajian dan perancangan yang sistematik telah dirangka bagi membolehkan perniagaan ini berjalan dengan lancar dan seterusnya dapat mencapai sasaran keuntungan yang telah dirangka. Oleh itu syarikat EasyFold Enterprise amat optimis dengan perniagaan ini dan yakin ia sangat berdaya maju dan mampu berkembang lagi di masa hadapan. Kami akui perniagaan ini mempunyai potensi yang besar untuk dikembangkan kerana setakat ini tiada lagi perniagaan seumpama ini diusakan. EasyFold adalah merupakan syarikat perintis dalam usaha memperkenalkan mesin melipat dan menggosok pakaian di kedai-kedai dobi. Kami beriltizam bukan sekadar untuk menjadi pembekal mesin semata-mata malah kami juga turut berhasrat untuk membantu masyarakat memudahkan kerja mereka. Dengan menggunakan mesin ini kerja mereka menjadi lebih mudah dan cepat agar mereka dapat meluangkan masa berkualiti yang secukupnya untuk bersamasama keluarga. Selain daripada itu dengan memperkenalkan penggunaan mesin ini kepada masyarakat secara tidak langsung mereka akan menjadi masyarakat yang maju kehadapan dalam bidang teknologi setanding dengan masyarakat negara luar. Ini menjadikan masyarakat kita tidak ketinggalan dalam arus globalisasi dan arus perkembangan Revolusi Industri terkini. Oleh itu, pemilik amat berharap permohonan ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak Bank Simpanan Nasional. Semoga melalui pembiayaan skim Mikro Kewangan BSN, perniagaan ini dapat beroperasi seperti yang telah dirancang serta lebih efisyen dan mampu berkembang serta melangkah lebih jauh lagi. Pemilik juga berharap dengan kemajuan perniagaan ini, ianya dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi Negara.
10.0
RINGKASAN MASALAH YANG DAPAT DISELESAIKAN
Kejayaan perniagaan EasyFold ini akan mampu menyelesaikan masalah-masalah seperti berikut.
i.
Dapat membantu masyarakat khasnya suri rumah atau ibu yang bekerjaya menyelesaikan kerja mereka.
ii.
Kerja-kerja melipat pakaian kini boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja dengan adanya mesin ini. Tidak seperti kelaziman, kerja ini hanya dilakukan oleh wanita sahaja.
iii.
Dengan adanya mesin ini dijangka dapat meningkatkan bilangan pelangganpelanggan kedai dobi layan diri dan seterusnya dapat membantu peniaga kedai dobi meningkatkan keuntungan mereka.
iv.
Target EasyFold suatu hari nanti setiap rumah akan memiliki mesin bersaiz domestik untuk kegunaan mereka-mereka yang tidak mencuci baju di kedai dobi. Kerja melipat dan menggosok kini tidak menjadi mudah.
LAMPIRAN
GAMBAR MESIN EASYFOLD
CARA MESIN BEKERJA
SPESIFIKASI
KEPERLUAN PELANGGAN TERHADAP MESIN MELIPAT PAKAIAN AUTOMATIK DI KEDAI-KEDAI DOBI LAYAN DIRI Borang soal selidik ini digunakan untuk mendapat maklum balas daripada pelanggan-pelanggan kedai dobi layan diri terhadap keperluan mesin melipat baju automatik. Maklumat yang diperolehi akan digunakan bagi menyediakan kertas cadangan rancangan perniagaan.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------BAHAGIAN A: LATAR BELAKANG RESPONDEN Arahan : Bahagian ini merupakan soal selidik mengenai latar belakang anda. Sila tanda (/) pada ruang yang disediakan. 1. Jantina Lelaki : Perempuan : 2. Umur 20 -30 Tahun :
31-40 Tahun :
3. Pekerjaan Bekerja :
Bekerja sendiri :
41- 50 Tahun :
41- 50 Tahun :
Suri rumah :
BAHAGIAN B : PENGGUNAAN TOPI KESELAMATAN. Arahan : Bahagian ini merupakan soal selidik mengenai keperluan terhadap mesin melipat baju. Sila tanda (/) pada ruang yang disediakan. 1. Kekerapan anda menggunakan perkhidmatan dobi layan diri. 2 – 3 kali seminggu : 4 – 5 kali seminggu : 2. Pada pendapat anda antara kerja-kerja di bawah, yang manakah anda rasa anda perlu bantuan. Mencuci : Mengering : Melipat : 3. Pada pendapat anda adakah mesin melipat pakaian perlu ada di kedai dobi layan diri. Perlu : Sangat perlu : Tidak kisah :
Komen/cadangan (jika ada)
- Terima Kasih -