Tugasan Kh Agrotek

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tugasan Kh Agrotek as PDF for free.

More details

  • Words: 3,937
  • Pages: 22
_________________________________________________________________________________________________________________

1.0 PENDAHULUAN Pada 20 hingga 23 November 2008, Jabatan Perikanan Malaysia telah menganjurkan Aquafair Malaysia 2008. Acara dwitahunan kedua ini berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) . Menurut Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia, Datuk Junaidi Che Ayub (2008) ketika merasmikan pameran tersebut, Malaysia kini adalah pengeluar kedua terbesar dunia bagi ikan hiasan dengan membekalkan hampir 10 peratus daripada permintaan global.. Industri ikan hiasan tempatan yang pesat berkembang menghasilkan 679 juta ikan tahun lalu yang bernilai RM192 juta. Malaysia kini membiak lebih 250 spesies yang merangkumi lebih 550 jenis ikan tempatan dan eksotik bagi pasaran tempatan dan dunia. Lebih 90 peratus daripada jumlah pengeluaran dieksport ke lebih 30 negara. Menjelang 2010, Malaysia dijangka menghasilkan lebih 800 juta ikan hiasan untuk memenuhi permintaan pasaran dunia. Datuk Junaidi menambah, ikan hiasan dianggap sebagai produk nilai tinggi kerana secara perbandingan, nisbah harga ikan perhiasan berbanding yang dibela untuk sajian ialah 100:1 atau secara purata bernilai AS$1.8 juta setan. Pemeliharaan ikan hiasan dianggap sekadar hobi buat peminatnya yang biasanya menempatkan ikan hiasan seperti ikan emas, kelisa dan ‘flower horn’ di dalam akuarium yang dihias cantik di sudut rumah..Kini, semakin ramai peminat ikan hiasan beralih kepada penternakan ikan hiasan yang mampu memberi pulangan lumayan sehingga melebihi empat angka setiap bulan .Ini berikutan minat di kalangan orang ramai semakin berkembang sehingga ada peminat sanggup menghabiskan ribuan ringgit bagi memelihara puluhan ekor ikan hiasan. Pemeliharaan ikan hiasan merupakan hobi yang menguntungkan kerana ianya mempunyai nilai-nilai komersil. Selain dari itu, ikan hiasan boleh menceriakan suasana samada di pejabat, rumah ataupun sekolah. Ikan hiasan juga dapat membentuk nilai-nilai murni seperti bertanggungjawab khasnya kepada murid-murid sekolah. Oleh itu tak syak lagi , tajuk IKAN HIASAN amat sesuai dimasukkkan dalam sukatan pelajaran Kemahiran Hidup tahun 5 di bab 6 dalam Bidang Reka bentuk dan Teknologi. ___________________________________________________________________________ 1 HBLS 2103 PENGENALAN AGROTEKNOLOGI

_________________________________________________________________________________________________________________

Dalam mesyuarat guru awal tahun, Guru Besar sekolah mencadangkan anda menggunakan pengalaman ketika melawat pameran ikan hiasan yang diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) pada 20 November 2008 untuk melaksanakan amali ikan hiasan air tawar dalam akuarium bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (KHSR). Sebagai guru KHSR, anda menyambut cadangan beliau untuk melaksanakan projek tersebut secepat mungkin dan menguruskannya sehingga akhir tahun. 1. Huraikan tindakan yang akan anda lakukan bagi menjayakan projek tersebut berpandukan aspek-aspek berikut: (a) Menentukan spesies-spesies dan bilangan ikan yang sesuai dipelihara dalam akuarium anggaran saiz 37 cm x 28 cm x 37 cm. Penyenaraian hendaklah disertakan gambar foto ikan tersebut. Ikan famili CYPRINIDAE mesti dimasukkan sebagai salah satu spesies yang disenaraikan. 2.0 TINDAKAN MENJAYAKAN PROJEK Saya telah mengadakan lawatan sambil belajar bersama Persatuan Kemahiran Hidup ke Kuala Lumpur pada 20 November 2008 . Di sana kami berkesempatan berkunjung ke Aquafair 2008. Ianya merupakan acara dwitahunan anjuran Jabatan Perikanan. Aquafair berlangsung selama empat hari di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) . Aktiviti dijalankan di situ adalah pameran, Pertandingan Ikan Hiasan Tercantik dan seminar. Berdasarkan pengalaman ketika melawat ke Aquafair, saya menyambut cadangan Guru Besar untuk melaksanakan amali ikan hiasan air tawar dalam akuarium bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah rendah (KHSR) secepat mungkin dan menguruskannya.

___________________________________________________________________________ 2 HBLS 2103 PENGENALAN AGROTEKNOLOGI

_________________________________________________________________________________________________________________

1a) ASPEK KESESUAIAN SPESIES,BILANGAN IKAN DAN FOTONYA i)AKUARIUM Saya telah menerima sebuah akuarium berukuran 37 cm x 28 cm x 37 cm seperti rajah di bawah. Akuarium ini boleh dikategorikan akuarium kecil. Tidak banyak ikan yang boleh dipelihara di dalam akuarium ini.

Memandangkan projek amali ikan hiasan air tawar dalam akuarium ini ditempatkan di bilik kemahiran hidup, ciri-ciri berikut perlu diambil kira sebelum memilih ikan tersebut untuk dipelihara: i)

Mudah dipelihara

ii)

Boleh bercampur dengan ikan lain

iii)

Tahan terhadap serangan penyakit

iv)

Tahan terhadap perubahan mutu dan suhu air.

ii) MEMILIH SPESIES IKAN HIASAN UNTUK DIPELIHARA . Spesies

Ikan

Hiasan

Yang

Sesuai

Dipelihara

Mengikut

Kelas

Biologi

Ikan

1)Famili Poecilidae Contoh:IkanGuppy,Molly,PlatydanSwordtail. 2) Famili Characidae Contoh:Tetra,Silverdollar 3) Famili Anabantidae Contoh:Beta,Gouramy 4) Famili Cyprinidae Contoh:Ikan

mas,

Barb,

Rasbora,

Danio,

Minnow,

Harlequin

5) Famili Cichlidae ___________________________________________________________________________ 3 HBLS 2103 PENGENALAN AGROTEKNOLOGI

_________________________________________________________________________________________________________________

Contoh:Oscar, Angel, Discus III) SENARAI IKAN YANG DIPELIHARA DAN FOTONYA Spesies

: Famili Cyprinidae(wajib)

Bilangan yang dipelihara:

6 ekor

Nama ikan

Ikan Harlequin

:

Ikan ini merupakan famili Cyprinidae , subfamili Rasborinae. Nama saintifik ikan ini ialah Rasbora heteromorpha.Ikan ini merupakan spesies ikan yang popular di dalam akuarium. Ianya telah dibela semenjak tahun 1934 lagi.Ikan ini berasal dari Malaysia, Singapura, Sumatra and selatan Thailand . Cara pembiakan adalah bertelur. Menurut Walker(1971) Ikan ini boleh hidup dalam lingkungan air yang berpH 6.0 hingga 7.8.Suhu yang sesuai antara 22°C 27°C dan mampu hidup pada suhu 21°C to 28°C, Ikan ini merupakan ikan yang hidup secara berkelompok. Adalah digalakkan ikan ini dibela sekurangkurangnya 6 ekor . Ikan ini sering dijadikan mangsa kepada ikan karnivor dan omnivor memandang saiznya yang kecil. Asingkan ikan Barbs, Danios,

Rasboras kecil lain ,

Corydoras catfish, Otocinclus catfish and others. Dengan penjagaan yang baik, ikan ini boleh hidup sehingga 5 – 6 tahun. Spesies

: Famili Poecilidae (pilihan)

Bilangan yang dipelihara : 4 ekor Nama ikan

: Ikan Guppy

___________________________________________________________________________ 4 HBLS 2103 PENGENALAN AGROTEKNOLOGI

_________________________________________________________________________________________________________________

Guppy (Poecilia reticulata) berasal dari Trinidad, Barbados, Guyana, Brasil, dan Asia Tenggara. Ikan yang bersifat omnivor ini memerlukan suhu untuk pemeliharaan sekitar 2528° C dengan pH sekitar 7. Panjang tubuh maksimum sekitar 5. Cara pembiakan ikan ini ialah dengan cara bertelur. Sirip-sirip ikan ini berwarna-warni sangat cantik dan menarik. Berbagai warna seperti merah, kuning, hijau, biru, atau pun kombinasi warna sudah beredar di pasaran. Bentuk ekornya pun menarik, misalnya mirip kipas, membulat, ataupun melebar. Pada jantan, sirip ekor tampil sangat menarik kerana lebar dan berwarna kontras. ` b) i. Apakah bahan yang digunakan sebagai penapis/penyaring air akuarium dan fungsinya?

Bahan utama tang digunakan sebagai penapis/penyaring air akuarium ialah pam penapis (filtering pump), penapis (filter), paip plastik termasuk paip T dan beberapa tiub plastik untuk saluran penapisan, dan media penapisan (filtration media).Terdapat berbagai jenama penapis akuarium dijual di kedai-kedai akuarium

Pam penapis (filtering pump) http://ch-layal.en.alibaba.com/productshowimg/208914873-200191140/Water_Pump.html

___________________________________________________________________________ 5 HBLS 2103 PENGENALAN AGROTEKNOLOGI

_________________________________________________________________________________________________________________

Pam Penapis ini digerakkan oleh kuasa letrik. Kebanyakkan pam yang berada di dalam pasaram jenis terendam di dalam air. Pam ini berfungsi sebagai menyedut air akuarium untuk dihantar ke penapis(filter) yang biasa diletakkan di luar air akuarium. Air akuarium yang hendak ditapis akan disalurkan dengan menggunakan paip plastik.

Penapis (Filter) http://www.thatpetplace.com/pet/group/10618/product.web Penapis terdiri dari kotak bertutup yang mengandungi media penapis.Di peringkat ini, air yang disedut oleh pam tadi ditapis dengan menggunakan media penapis yang ada dalam penapis. Terdapat beberapa media penapisan yang popular antaranya kapas penapis , batubatu, dan sebagainya. Proses ini penting untuk menapis ammonia dan nitrat dan bahan-bahan kotoran lain dari air akuarium.Ini bagi memastikan memastikan air sentiasa bersih dan tidak tercemar.

Kapas Penapis , sejenis media penapis(filtering media) http://www.troyfilters.com/mpoly.JPG

___________________________________________________________________________ 6 HBLS 2103 PENGENALAN AGROTEKNOLOGI

_________________________________________________________________________________________________________________

Kapas penapis adalah contoh yang sesuai untuk akuarium yang kecil seperti yang diberi.. Semua kotoran berbentuk ammonia, nitrat dan pelbagai kotoran lain terperangkap di sini.Kapas penapis tersebut boleh dibasuh dan digunakan berulang-ulang kali sehingga rosak. Jika telah rosak, bolehlah diganti dengan kapas penapis yang baru.

ii. Terangkan bagaimana sistem pengudaraan dan penapisan berfungsi dalam akuarium SISTEM PENGUDARAAN Pembekalan oksigen kepada ikan-ikan penting untuk memastikan ikan terus hidup. Walaupun tumbuhan akuatik boleh membekalkan oksigen, tetapi ia mudah layu dan mati. Oleh iotu, tidak hairanlah ramai penggemar akuarium yang menggunakan sistem pengudaraan untuk membekalkan oksigen kepada ikan-ikan hiasan kesayangan mereka. Aksesori-aksesori sistem pengudaraan akuarium adalah seperti berikut:

Pam Udara Akuarium http://www.aquariumguys.com/aquarium-air-pumps.html

a) Pam Udara Akuarium (Aquarium Air Pump) Pam Udara Akuarium meningkatkan pengedaran air dan permukaan air untuk memastikan kandungan gas oksigen yang mencukupi.Pam udara boleh menggunakan kuasa bateri atau kuasa letrik. Secara tidak langsung, pam udara juga berfungsi menstabilkan pH air.

___________________________________________________________________________ 7 HBLS 2103 PENGENALAN AGROTEKNOLOGI

_________________________________________________________________________________________________________________

Batu Udara Akuarium http://www.thatpetplace.com/pet/group/10432/produ ct.web

b) Batu Udara Akuarium ( Aquarium Air Stones) Batu udara menrupakan aksesori yang menerima udara dari pam udara untuk disalurkan ke seluruh akuarium. Ianya juga kelihatan sangat menarik dipandang. Terdapat juga air batu udara ini disalurkan kepada ornament bergerak. Akurium semakin cantik dan mencuit hati dengan penambahan aksesori yang bergerak gambar di bawar. Aksesori tersebut terbuka dan tertutup dengan bantuan air yang disalurkan.

Ornement Bergerak http://www.thatpetplace.com/pet/prod/216192/pr oduct.web

___________________________________________________________________________ 8 HBLS 2103 PENGENALAN AGROTEKNOLOGI

_________________________________________________________________________________________________________________

Tiub-tiub Udara Akuarium http://www.thatpetplace.com/pet/prod/212358/product.we b c) Tiub-tiub Udara Akuarium(Aquarium Airline Tubing) Tiub ini berfungsi menghubungkan batu udara dan pam angin. Angin disalurkan dari pam air di luar air akurium dan kemudian dipam keluar melalui tiub-tiub udara akuarium. Udara tersebut akhirnya dilepaskan dengan menngunakan batu udara atau Ornement Bergerak seperti gambar kerang di atas.

Injap –injap akuarium http://www.thatpetplace.com/pet/prod/199523/prod uct.web

d) Injap –injap akuarium (Aquarium Valves) Injap ini memastikan pam air berfungsi dengan betul. Ia juga bertujuan untuk mengelakkan air yang disedut terpatah balik secara semulajadi semasa kegagalan proses pengepaman.

Sisitem perlu dipasang 24 jam untuk mengelakkan bekalan oksigen terhenti. Kocakan air yang dikeluarkan oleh batu udara akan memasukkan dan melarutkan oksigen ke dalam air akuarium untuk kegunaan ikan.

___________________________________________________________________________ 9 HBLS 2103 PENGENALAN AGROTEKNOLOGI

_________________________________________________________________________________________________________________

SISTEM PENAPISAN AKUARIUM Penapis bukan sahaja berfungsi untuk menapis, akuarium juga nampak lebih cantik dan hidup dengan penapis dan pergerakan air yang dikeluarkan dari penapis. Terdapat pelbagai fungsi penting penapis dalam sesebuah akuarium. Media penapis perlu dibersihkan selalu untuk memastikan keberkesanannya menapis air akuarium untuk memastikan air tidak tercemar. Terdapat dua fungsi sistem penapisan air iaitu secara biological dan mekanikal. Secara biological bergantung kepada organisma mikroskopik seperti bakteria, diaton dan sebagainya untuk membersihakan air dan menghapuskan bahan kotoran partikulat dari akuarium. Selain dari itu, jika akuarium tersebut terdapat tumbuhan akuatik, tumbuhan tersebut dapat berfungsi menapis udara karbon dioksida dan membekalkan oksigen seperti yang berlaku di dalam kolam air semulajadi. Secara mekanikal pula, ialah dengan menggunakan bahan aksesori

sistem penapisan

mekanikal yang terdiri daru pam penapis, penapis, paip plastic dan media penapisan seperti yang telah dihuraikan di soalan bi). (c) Nyatakan langkah-langkah pengurusan ikan dan sebab yang mewajarkan setiap langkah itu diambil khususnya dalam aspek berikut: i. Menyediakan akuarium (termasuk aspek aksesori hiasan) sebelum ii

memasukkan ikan Semasa memasukkan ikan ke dalam akuarium

LANGKAH PENYEDIAAN AKUARIUM 1.

Memastikan bahan keperluan akuarium seperti balang akuarium, penapis air (filter), pam dan tiub, kabinet untuk meletakan balang, tunggul kayu dan tumbuhan akuatik sebagai assesori, pasir, batu-batu halus dan batu-batu sungai, gambar berlatarbelakang pemandangan dalam laut (untuk diletakan disisi balang), styrofoam (untuk alas balang dengan kabinet) serta kabel untuk pam dan lampu.

___________________________________________________________________________ 10 HBLS 2103 PENGENALAN AGROTEKNOLOGI

_________________________________________________________________________________________________________________

2.

Memastikan lokasi yang sesuai untuk diletakan akuarium sewajarnya dengan dengan punca elektrik dan sumber air bagi memudahkan kerja-kerja penyelengaraan.

3.

Pastikan balang akuarium tidak bocor dengan memasukkan sedikit air dan periksa sekiranya ada lelehan ataupun tidak. Sekiranya ada lelehan, boleh ditampal dengan silikon gel.

4.

Alas styrofoam atas kabinet akuarium dan letakan balang akuarium di atasnya. Ini bertujuan untuk mengurangkan hentakan dan bunyi-bunyian yang mampu menganggu ikan dan boleh menyebabkan kematian.

5.

Masukkan pasir lebih kurang 1-1.5 inci, batu-batu kecil dan batu batu sungai serta tunggul kayu dan didekorasi ikut kesesuaian, seelokkya yang tinggi dihadapan diikuti yang rendah dibahagian depan. Sebelum itu segala assesori ini perlu direndam dengan air 2 hingga 3 minggu sebelum digunakan bagi mengeluarkan segala kotoran dan habuk yang terlekat.

6.

Kemudian pasangkan sistem penapisan (filter).

7.

Masukkan air ke paras ¾ balang . Seeloknya menggunakan hos agar kedudukan pasir dan batu-batu kecil tidak terjejas.

8.

Masukkan tumbuhan akuatik yang berdaun panjang umpamanya, Vallisneria sp ataupun tanaman akuatik yang jenis terapung dan juga baja untuk keperluan pertumbuhannya.

9.

Pasangkan lampu sebagai bahan pemanas terutama ketika cuaca sejuk (waktu malam) kerana cuaca sejuk boleh menyebabkan serangan penyakit pada ikan dan juga sumber fotosintesis untuk tumbuhan akuatik.

10.

Hidupkan sistem penapisan dan biarkan selama semalaman.

11.

Periksa kadar pH air dengan menggunakan kertas litmus. Kadar pH yang sesuai adalah antara 6.5 hingga 7.5 iaitu sekitar neutral. Kadar pH boleh dimanipulasikan dengan bahan kimia yang ada dijual di kedai.

12.

Pastikan kualiti akuarium sebaiknya seminggu sebelum dimasukkan ikan bagi memastikan sistem penapisan samada dari alat penapisan (mekanikal), penapisan secara biologi iaitu menggunakan tumbuhan akuatik serta penapisan menggunakan

bahan kimia seperti pennyah ammonia, nitrat ataupun nitrit ___________________________________________________________________________ 11 HBLS 2103 PENGENALAN AGROTEKNOLOGI

_________________________________________________________________________________________________________________

13.

Pasang gambar berlatarkan pemandangan disisi balang akuarium bagi mencantikkannya.

SEMASA MEMASUKKAN IKAN KE DALAM AKUARIUM. Setelah siap menyediakan akuarium, tibalah masa untuk memasukkan ikan ke dalamnya. Ianya perlu dilakukan dengan cermat supaya ikan tersebut tidak mengalami sebagai kejutan ataupun tekanan ketika berada dalam situasi dan suasana yang baru.Semasa memasukkan ikan ke dalam akuarium, langkah-langkah tersebut perlu diikuti:

Langkah 1 Rendam beg plastik yang mengandungi ikan hiasan ke dalam akuarium selama 20 – 30 minit. Beg plastik perlu direndamkan agar suhu air di dalam beg plastik sama dengan suhu air di dalam akuarium.

Langkah 2 Buka ikatan beg plastik dan biarkan ikan hiasan keluar dengan sendirinya bersama-sama air ke dalam akuarium. Ikan hiasan perlu dibiarkan keluar dengan sendirinya tanpa dipaksa supaya ianya lebih cepat menyesuaikan diri dengan kawasan sekitarnya. Selain dari itu, jika ___________________________________________________________________________ 12 HBLS 2103 PENGENALAN AGROTEKNOLOGI

_________________________________________________________________________________________________________________

dituangkan ikan tersebut terus ke dalam akuarium , ikan tersebut mungkin akan mati kerana mengalami tekanan(stress) dengan perilaku kasar tadi.

Langkah 3 Setelah semua ikan hiasan keluar dari beg plastik, keluarkan pula beg plastik tersebut dari akuarium. Beg plastik tidak boleh dibiarkan di dalam akuarium kerana ikan tersebut boleh masuk kembali ke dalam plastik. Jika ini berlaku, ikan tersebut boleh lemas kerana terperangkap di dalam plastik. Kesemua ikan yang hendak dipelihara perlu dimasukkan ke dalam akuarium serentak. Ini penting kerana ikan cenderung mempertahankan wilayah mereka jika menerima kehadiran ikan baru sekali pun spesies ikan tersebut sama. Ikan lama dan ikan baru akan berkelahi untuk berebut wilayah mereka. (d) Huraikan aspek makanan dan pemakanan yang bersesuaian dalam pengurusan ikan akuarium? TABIAT PEMAKANAN IKAN Ikan hiasan boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan utama berdasarkan jenis permakanannya. a. Ikan karnivor Ikan yang memakan benda-benda hidup seperti ikan kecil atau haiwan lain dikenali sebagai ikan pemangsa atau karnivor. Biasanya ikan pemangsa bersaiz besar, mempunyai gigi yang tajam dan rahang yang kuat. Makanan ikan karnivor ialah seperti cengkerik, anak ikan, katak atau ulat. Contoh ikan karnivor ialah ikan Sebarau, Oskar dan ikan Arowana. ___________________________________________________________________________ 13 HBLS 2103 PENGENALAN AGROTEKNOLOGI

_________________________________________________________________________________________________________________

b. Ikan pemakan plankton (organisma mikro di dalam air) Ikan yang memakan mikro organisma di dalam air dikenali sebagai ikan pemakan plankton. Contoh ikan ini ialah seperti ikan Barb, ikan Tetra dan kebanyakan jenis ikan semasa peringkat anak. c. Ikan herbivor Sesetengah ikan hiasan memakan tumbuhan dan ianya dikenali sebagai herbivor. Ikan ini tidak sesuai dipelihara di dalam akuarium yang ditanam tumbuhan akuatik. Contoh ikan herbivor ialah ikan Lampam dan Tiger Barb. d. Ikan omnivor Ikan omnivor ialah ikan yang memakan pelbagai jenis makanan seperti plankton, tumbuhan reput, daging haiwan atau pellet. Kebanyakan ikan hiasan ialah jenis ini kerana ianya telah menyesuaikan diri untuk hidup di dalam tangki. Contoh ikan omnivor ialah ikan Pelaga, Oscar, dan cichlid. JENIS MAKANAN IKAN. Jenis ikan hiasan boleh dibahagikan kepada 4 kumpulan a) Makanan hidup b) Makanan kering c) Makanan basah d) Makanan rumusan a) Makanan hidup Makanan hidup terdiri dari plankton iaitu organisma halus yang terdapat di dalam air, cacing, ulat roti, jejentik nyamuk, udang, anak ikan, cengkerik, lipas dan sebagainya.

___________________________________________________________________________ 14 HBLS 2103 PENGENALAN AGROTEKNOLOGI

_________________________________________________________________________________________________________________

Ulat roti

Cengkerik

b. Makanan kering Makanan kering ialah seperti cacing yang telah diawet atau roti.

Cacing darah yang telah diawetkan

Udang Geragau Kering

c. Makanan basah Makanan basah ialah seperti kerang, hati lembu, sayuran seperti salad atau bayam.

___________________________________________________________________________ 15 HBLS 2103 PENGENALAN AGROTEKNOLOGI

_________________________________________________________________________________________________________________

Hati, moina atau daging yang dibekukan

Kerang Segar

d. Makanan rumusan Makanan rumusan ialah terdiri dari pellet , emping, stick yang telah sedia diproses oleh kilang membuat makanan. Iannya yang boleh dibeli dari kedai ikan hiasan atau pembekal makanan haiwan.

Pellet

Emping

CIRI-CIRI FIZIKAL MAKANAN Penerimaan seuatu jenis makanan oleh ikan banyak dipengaruhi oleh beberapa ciri fizikal makanan berkenaan. Antara ciri ini ialah: (i)

saiz butir atau partikel makanan

Saiz butir atau saiz partikel makanan menentukan samada makanan tersebut dapat masuk ke dalam mulut ikan. Butir makanan yang terlalu besar sukar dimakan kerana bukaan mulut ikan masih terlalu kecil untuk menerima makanan tersebut. (ii)

warna makanan

Ikan tertarik pada warna yang terang. Warna makanan yang terang akan menarik perhatian ikan, dan ini menjadi satu alasan mengapa makanan komersial masa kini dikeluarkan dalam berbagai warna yang terang. (iii)

bau makanan

___________________________________________________________________________ 16 HBLS 2103 PENGENALAN AGROTEKNOLOGI

_________________________________________________________________________________________________________________

Ikan mempunyai deria bau yang kuat terutama bau makanan. Ikan mengesan bau menggunakan sepasang nostril di bahagian atas kepalanya berhampiran mata. Kajian menunjukkan ikan suka pada bau makanan yang kemasam-masaman.

(iv)

keapungan makanan.

Keapungan makanan bermaksud sama ada makanan timbul di permukaan atau tenggelam dalam air. Ciri ini penting kerana tabiat hidup ikan yang samada tinggal di dasar, di permukaan atau di pertengahan perairan. Bagi ikan-ikan yang tinggal di dasar, makanan perlu tenggelam supaya sampai kepada ikan. Makan terapung sesuai untuk ikan-ikan di permukaan dan pertengahan air, misalnya ikan gurami dan ikan tetra. KHASIAT PEMAKANAN protein

Protein merupakan kandungan paling tinggi dalam makanan ikan hiasan.

lemak

Vitamin dan serat

Vitamin dan mineral sangat penting tapi diperlukan dalam kadar yang sangat sedikit

.

Ikan

memerlukan

kandungan protein yang lebih tinggi, sekitar

karbohidrat

omnivor 40-45%

dari

keseluruhan

kandungan makanan manakala ikan herbivore memerlukan sekitar 30Karbohidrat

begitu

tidak penting bagi ikan hiasan kerana mudah diperolehi

35% protein. Lipid atau asid lemak diperlukan pada kadar 5% kandungan makanan.

dalam

tumbuhanmemandang kan sebahagian ikan hiasan adalah herbivor dan omnivor.

___________________________________________________________________________ 17 HBLS 2103 PENGENALAN AGROTEKNOLOGI

_________________________________________________________________________________________________________________

TEKNIK PEMBERIAN MAKANAN Teknik pemberian makanan melibatkan perkara-perkara seperti kuantiti (jumlah) makanan yang sesuai diberi kepada ikan, kekerapan pemberian makanan (berapa kali sehari ikan patut diberi makan) dan waktu pemberian makanan yang sesuai (bila ikan patut diberi makan). Aturan umum mengenai kuantiti makanan yang perlu diberi kepada ikan hiasan ialah jumlah makanan yang boleh dimakan dalam tempoh kira-kira 5 minit. Bagaimanapun, pengeluar makanan komersial umumnya memberikan saranan sukatan harian makanan pada label produk mereka.Dari segi kekerapan harian pemberian makanan, biasanya ikan hiasan akuarium diberi makan 2 hingga 3 hari sekali. Pemberian makanan

terlalu sedikit

menjejaskan kesihatan ikan, manakala terlalu banyak memberi makanan adalah membazir dan boleh merosakkan kualiti air melalui dekomposisi sisa makanan berlebihan. Waktu pemberian makanan yang ‰sesuai‰ biasanya di waktu pagi, tengahari dan petang. Sebenarnya dalam memilih waktu memberi makan, pemelihara ikan hiasan lebih mementingkan waktu yang sesuai dengan jadualnya dibandingkan waktu yang sesuai untuk ikan sendiri. Beberapa spesies ikan aktif makan di waktu malam berbanding spesies lain yang aktif di waktu-waktu pagi, tengahari, senja atau subuh. Namun, dari segi waktu memberi ikan makan, adalah sukar bagi seorang manusia untuk menyesuaikan diri dengan waktu sebenarnya yang diperlukan oleh ikan. (e) Berdasarkan pemerhatian sepanjang DUA bulan pertama pengurusan ikan akuarium: i. Rumuskan apakah yang menyebabkan kualiti air akuarium merosot. Nyatakan juga jangka masa yang mengakibatkan kualiti air merosot dan perlu diganti baharu. i) Terdapat faktor yang boleh menyumbang kepada kemerosotan kualiti air iaitu; 1.

Jumlah ikan yang terlalu banyak (heavy fish loads)

2.

Lebihan makanan ikan yang tidak dijamah (over feeding)

3.

Tumbuhan akuatik yang terlalu banyak

4.

Kegagalan menukar air dalam balang menyebabkan kandungan pH air berubah menjadi masam/asidik ataupun beralkali.

___________________________________________________________________________ 18 HBLS 2103 PENGENALAN AGROTEKNOLOGI

_________________________________________________________________________________________________________________

5.

Sistem penapisan yang gagal beroperasi menyebabkan pertumbuhan alga/bakteria

6.

Sistem pam tidak berfungsi dengan baik

7.

Ada ikan yang mati ataupun sakit

5.

Najis /sisa kumbahan ikan

Perubahan warna air menunjukkan kualiti air akuarium telah terjejas.

Pada kebiasaannya jangka masa yang sesuai untuk menukar air adalah sebulan hingga 2 bulan sekali. Walau bagaimana pun ianya banyak bergantung kepada faktor-faktor yang dinyatakan di atas. Penyelenggaan seperti berikut perlu dilakukan untuk mengekalkan kualiti air akuarium. PENJAGAAN HARIAN • Beri makan sekali atau dua kali sehari. Makanan adalah mencukupi apabila dapat dihabiskan oleh ikan dalam masa 2 hingga 3 minit. • Perhatian kelakuan ikan. Sekiranya tedapat tanda-tanda ikan tidak normal atau sakit seperti berenang dalam keadaan luar biasa, berpusing-pusing, terdapat kecederaan, berubah warna, sisiknya tanggal atau kembang, ikan tersebut perlu diasingkan dan diberi rawatan. • Ikan yang mati perlu dibuang. • Pastikan semua peralatan pengudaraan, penapis dan lampu berfungsi dengan baik. • Ukur kualiti air seperti nilai pH, ammonia, oksigen dan karbon dioksida menggunakan alat yang disediakan. 5.2 Penjagaan mingguan • Setiap minggu atau sekurang-kurangnya 2 minggu air perlu diganti sebanyak ½ atau ⅓ bahagian dari isipadu tangki. • Cantas tumbuhan akuatik yang tumbuh terlalu tinggi • Bersihkan bahagian hadapan cermin tangki. • Padamkan semua peralatan elektrik seperti pam penapis dan lampu buat sementara waktu. • Siphonkan kotoran yang terdapat di dasar tangki. ___________________________________________________________________________ 19 HBLS 2103 PENGENALAN AGROTEKNOLOGI

_________________________________________________________________________________________________________________

• Cucikan kapas penapis dengan air bersih. • Tambahkan air dalam tangki seniggga ke paras asal. • Perlu diingat supaya tidak memberi makan dengan berlebihan sebelum bercuti pada hujung minggu. Ikan tidak akan mati sekiranya tidak diberi makanan selama beberapa hari sebaliknya akan lebih mebahayakan ikan sekiranya diberi makan dengan berlebihan.

ii. Rumuskan langkah-langkah pengurusan yang diambil untuk memastikan ikan-ikan sentiasa sihat. LANGKAH MEMASTIKAN IKAN-IKAN SENANTIASA SIHAT a)mengenal pasti mutu akuarium b)mengenal pasti penyakit-penyakit ikan hiasan seperti berikut: a) mengenal pasti mutu air akuarium a. pH air pH air ialah kadar kemasaman air. Ia diukur dari nilai 1 hingga 14. Nilai 1 ialah paling masam atau asidik dan nilai 14 merupakan keadaan yang paling alkali. pH air akuarium yang paling sesuai aialah 6.5 hingga 7.5 iaitu sekitar neutral. Untuk menentukan nilai pH boleh menggunakan kertas litmus. Nilai pH air perlu dipastikan dari masa ke semasa untuk mengelakkan ianya terlalu asidik. b. Suhu Ikan dapat hidup dengan baik pada suhu sekitar 26o hingga 27oC. Suhu yang terlalu tinggi atau terlalu rendah boleh menyebabkan ikan mati. Suhu yang sejuk di bawah 26oC menyebabkan ikan mudah dijangkiti penyakit. Biasanya keadaan suhu dan iklim di negara kita tidak memerlukan pemanas kerana tiada musim sejuk. Suhu bilik adalah cukup sesuai untuk ikan hidup dengan baik. b. Bahan beracun ___________________________________________________________________________ 20 HBLS 2103 PENGENALAN AGROTEKNOLOGI

_________________________________________________________________________________________________________________

Bahan beracun yang wujud di dalam air ternakan ialah ammonia dan nitrate. Ianya terhasil dari proses perkumuhan ikan yang dipelihara iaitu bahan buangan urin dan najis. Oleh kerana sistem tangki kita adalah sistem yang seimbang, bahan beracun ini tidak akan memberi kesan kepada kehidupan ikan kerana ianya telah ditukar kepada bahan makanan dan baja yang berguna untuk tumbuhan akuatik di dalam akuarium. Proses penukaran bahan beracun ammonia dan nitrat kepada baja dilakukan oleh tindakan bakteria di dalam penapis pasir di dasar akuarium (rujuk edaran nitrogen). b) mengenal pasti penyakit ikan hiasan Faktor-faktor yang menyebabkan ikan mudah dijangkiti penyakit ialah seperti berikut : • Keadaan suhu air dalam akuarium yang terlalu sejuk • Air di dalam akuarium terlalu kotor kerana tidak ditukar selama beberapa lama. • Ikan yang cedera atau mengalami luka akibat dipindahkan tempat. Antara penyakit penting ikan hiasan ialah: a) Penyakit rintik putih Penyakit ini disebabkan parasit yang melekat pada sisiknya. Ia berlaku apabila suhu air terlalu sejuk. Ikan yang sakit perlu dipindahkan ke dalam tangki lain. Ianya boleh dirawat menggunakan larutan methylene blue dan campuran sedikit garam biasa ke dalam air. Terdapat juga ubat yang telah tersedia dan boleh didapati dari kedai akuarium. b) Penyakit kulat Kulat akan tumbuh pada luka pada badan ikan sekiranya tidak diberi rawatan awal. Bahagian yang sering dijangkiti kulat ialah sirip, mulut dan badan yang terdapat luka. Kulat ini kelihatan seperti kapas yang tumbuh pada bahagian luka yang terbuka. Ia boleh dirawat menggunakan larutan methylene blue yang dimasukkan ke dalam air atau menyapukan terus pada luka yang dijangkiti kulat itu. Ikan yang dijangkiti kulat perlu diasingkan dari ikan sihat. c) Penyakit bakteria Ikan yang dijangkiti bakteria biasanya akan berubah warna menjadi pudar, sisiknya ___________________________________________________________________________ 21 HBLS 2103 PENGENALAN AGROTEKNOLOGI

_________________________________________________________________________________________________________________

mengembang atau perutnya menjadi buncit. Penyakit bakteria boleh menyerang ikan disebabkan oleh mutu air yang tidak baik, pemakanan yang tidak sesuai atau ikan mengalami stress. Penyakit ini boleh dirawat menggunakan antibiotik yang boleh dibeli dari pembekal ubat tempatan dengan bimbingan Pegawai Perikanan.

___________________________________________________________________________ 22 HBLS 2103 PENGENALAN AGROTEKNOLOGI

Related Documents

Tugasan Kh Agrotek
May 2020 2
Tugasan Kh Upload
July 2020 7
Kh
November 2019 62
Kh
August 2019 50
Kh
June 2020 36
Kh-ijaz
April 2020 33