Tugasan Kaunseling Kerjaya

  • Uploaded by: kasih
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tugasan Kaunseling Kerjaya as PDF for free.

More details

  • Words: 5,068
  • Pages: 36
KAUNSELING GUNAAN (SKC 5213)

2008

SOALAN 10: PELUANG-PELUANG KERJA: APA, DI MANA, BILA, SIAPA DAN BAGAIMANA?

1. PENDAHULUAN

Pekerjaan merupakan asas kepada kehidupan setiap individu. Ia membolehkan seseorang itu menjadi penyumbang utama kepada masyarakat dan juga ekonomi negara di samping menyediakan kerperluan asas kepada ahli keluarga di bawah tanggungannya. Ia juga memberikan kepuasan individu dan juga bertindak sebagai salah satu cara untuk meningkatkan nilai peribadi seseorang itu. Permintaan terhadap pekerja pada masa ini telah menunjukkan peralihan kepada pekerjaan yang memerlukan pencapaian pendidikan yang lebih tinggi dan latihan profesional selaras dengan perubahan strategik kearah aktiviti nilai ditambah yang lebih tinggi.Oleh yang demikian terdapat Pusat Bimbingan Kerjaya yang berfungsi sebagai one Stop Center bagi memberi maklumat dan memberi bimbingan kepada semua lapisan pencari kerja (siswazah atau bukan siswajah) untuk mencari kerja.

2. DEFINISI PELUANG KERJA

Sidek Mohd. Noah (2002: 191) mengatakan maklumat kerjaya ditakrifkan sebagai segala bentuk maklumat yang berkaitan dengan pekerjaan, sama ada berupa bahan cetak mahupun alat-alat pandang dengar yang berupaya memberi maklumat.

SEM 2’ JUNE 08

Page 1

KAUNSELING GUNAAN (SKC 5213)

2008

Strategi dalam pemilihan kerjaya yang baik meliputi tiga perkara iaitu, mengenai diri, mengenai dunia pekerjaan, dan memadankan diri dengan pekerjaan. Proses memadankan pekerjaan dengan diri hanya boleh dilakukan

jika

maklumat

kerjaya

lengkap

untuk

memandu

dan

membimbing ke arah penentuan matlamat kerjaya yang terbaik dan tepat. Maklumat kerjaya mencakupi segala yang berkaitan dengan jenis-jenis bahan, tempat mendapat latihan, keperluan kelayakan akademik, cara menghadapi temuduga, cara menulis resume, cara memohon kerja, jenisjenis pekerjaan, deskripsi pekerjaan, peluang pekerjaan dan prosfek kerja pada masa depan. Semua maklumat ini penting untuk membolehkan individu membuat keputusan yang akhir mengenai pekerjaan. Namun begitu di sini di fokuskan kepada peluang-peluang kerjaya yang boleh di dapati dalam pasaran buruh.

3. PELUANG-PELUANG KERJAYA Di bawah ini ialah jadual Maklumat Guna Tenaga Profesional dan Teknikal Serta Penawarannya yang merangkumi pekerjaan seperti Jurutera,

Pembantu

Jururtera,

Profesional

Perubatan,

Pembantu

Profesional Perubatan dan Guru. Maka dapatlah dibuat kesimpulan bahawa keluaran gunatenaga dalam bidang berikut masih belum menampung keperluan gunatenaga dalam RM 8.

MAKLUMAT GUNATENAGA PROFESIONAL DAN SEM 2’ JUNE 08

Page 2

KAUNSELING GUNAAN (SKC 5213)

2008

TEKNIKAL SERTA PENAWARANNYA

Pekerjaan Jurutera Pembantu Jurutera Profesional Perubatan Pembantu Profesional Perubatan Guru

61,034

18,255

Jangkaan Keperluan Keluaran Bawah RM 8 Gunatenaga Bawah RM 8 108,400 51,716

143,220

11,209

247,739

86,030

29,597

8,585

36,835

7,364

45,861

24,168

115,821

30,190

306,586

69,073

349,086

51,003

Keluaran Keperluan Gunatenaga Bawah RM 7 Bawah RM 7

Gambar rajah: Jadual 1

Daripada jadual 1 di atas, menunjukkan terdapat peluang-peluang pekerjaan yang luas dalam bidang berikut contohnya bidang Jurutera (56,684 orang lagi) , Perubatan(29,471 orang lagi), dan Guru.(298,083 orang lagi). Oleh yang demikian perbicaraan di sini lebih menekankan peluang kerjaya di dalam bidang tersebut.

3.1 BIDANG KEJURUTERAAN

Kerjaya Di Bidang Kejuruteraan Kejuruteraan adalah satu bidang professional yang popular dan sedang berkembang pesat dalam pelbagai sektor di negara ini. Permintaan yang amat ketara terhadap profesion ini. Bidang kejuruteraan mempunyai pengkhususan tertentu seperti kejuruteraan awam, elektrik, elektronik dan sistem, kimia, proses, sumber asli, mekanikal, bahan, komputer, kajiterbang, pembuatan, telekomunikasi SEM 2’ JUNE 08

Page 3

KAUNSELING GUNAAN (SKC 5213)

2008

dan pertanian. Lulusan kejuruteraan perlu menjadi ahli Institute of Engineers Malaysia (IEM) sebelum boleh mendaftar dengan Board of Engineers Malaysia (BEM). Memerlukan tiga tahun pengalaman pekerjaan yang diiktiraf didalam bidang-bidang berkaitan sebelum layak ditemuduga bagi mendapatkan tauliah jurutera professional. 1. Kejuruteraaan Awam (Jurutera Awam) 2. Pembantu Kejuruteraan Awam (Pembantu Teknik) 3. Juruteknik Awam 4. Kejuruteraan Mekanikal ( Jurutera Mekanikal ) 5. Juruteknik Mekanikal 6. Mekanik Jentera Am 7. Kejuruteraan Elektrik ( Jurutera Elektrik ) 8. Juruteknik Elektrik 9. Penjaga Elektrik 10. Kejuruteraan Kimia ( Jurutera Kimia ) 11. Pembantu Kejuruteraan Kimia ( Pembantu Teknik ) 12. Juruteknik Kejuruteraan Kimia 13. Kejuruteraan Elektronik ( Jurutera Elektronik) 14. Jurutera Kawalan Kualiti

3.1.1 Kejuruteraaan Awam (Jurutera Awam) Jurutera awam merancang, mengurus, mereka bentuk, menyelia pembinaan dan penyelenggaraan pelbagai perkhidmatan umum, komersil, binaan serta kemudahan perusahaan. Berkemahiran menyelesaikan masalah seperti pengetahuan tentang kerja-kerja SEM 2’ JUNE 08

Page 4

KAUNSELING GUNAAN (SKC 5213)

2008

pembinaan. Melibatkan lawatan ke tapak binaan menjalankan tinjauan, memperolehi contoh batu-batan dan tanih untuk dianalisa bagi memastikan sesuatu projek selamat serta mengambil kira penganggaran kos dan menolong menentukan supaya projek tersebut selesai dalam jangkamasa yang ditetapkan. Keterangan Tugas Menjalankan penyelidikan serta membangunkan teori dan kaedah yang baru; Memberi nasihat dan mereka bentuk struktur seperti jambatan, empangan, jalanraya, lapanganterbang, landasan keretapi, saluran paip gas/air, sistem pembuangan sampah, bangunan industri dll; Menentukan dan menetapkan kaedah, bahan dan kualiti piawaian binaan serta mengarahkan kerja pembinaan; Mewujudkan sistem kawalan untuk memastikan kecekapan fungsi struktur serta keselamatan dan perlindungan alam sekitar; Mengurus penghantaran bahan binaan, loji, peralatan dan buruh yang diperlukan bagi projek pembinaan; Mengenalpasti dan mentadbir kontrak serta mengesahkan kerja disiapkan mengikut jasfikasi yang ditetapkan; Mewujudkan hubungan teknik dan perundingan dengan pakarpakar yang berkaitan; Menyelia pengujian dan pertauliahan kerja yang telah disiapkan. Pekerjaan Yang Dikelas Di Bidang Ini Di Antaranya: SEM 2’ JUNE 08

Page 5

KAUNSELING GUNAAN (SKC 5213)

2008

jurutera awam jurutera awam pembinaan bangunan jurutera awam lebuh raya dan jalan raya jurutera awam geoteknik jurutera awam pembinaan jambatan jurutrra awam pengairan jurutera awam hidraulik jurutera awam kumbahan dan sanitari

Kelulusan Ijazah dalam kejuruteraan awam

Prospek Kerjaya Disektor awam mereka boleh meningkat ke gred tingkatan tertinggi dan ke Jawatan Utama Sektor Awam. Disektor swasta pula mereka boleh jadi Ketua Bahagian, Pakar Perunding dan membuka Firma perundingan kejuruteraan. Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Tersebut Diantaranya :1. Universiti Malaya 2. Universiti Teknologi Malaysia 3. Universiti Teknologi Mara 4. Universiti Sains Malaysia 5. Universiti Putra Malaysia SEM 2’ JUNE 08

Page 6

KAUNSELING GUNAAN (SKC 5213)

2008

6. Universiti Malaysia Sarawak 7. Universiti Malaysia Sabah 8. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia 9. Institut Teknologi Tun Hussein Onn 10. Kolej Tunku Abdul Rahman

Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Swasta Yang Menyediakan Kursus Tersebut Diantaranya :1. Universiti Tenaga Nasional 2. Adorna Institute Of Technology 3. Brickfields College & Country Heights Education Sdn Bhd 4. Institut Teknologi Pertama 5. Inti College 6. Kolej Ikram 7. L & G - Twintech Institute Of Technology 8. Sepang Institute Of Technology Dll

Syarat-Syarat Kemasukan SPM atau setaraf sekurang-kurang 5 kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Fizik dan Matematik Tambahan ATAU lulus STPM grad E dalam Kertas Am, Matematik, Fizik atau berkaitan..

3.1.2 Pembantu Kejuruteraan Awam (Pembantu Teknik)

SEM 2’ JUNE 08

Page 7

KAUNSELING GUNAAN (SKC 5213)

2008

Menjalankan tugas-tugas teknik dibawah arahan am, penyeliaan atau panduan Jurutera Awam, arkitek atau juruukur atau mengikut teknik kejuruteraan awam yang sudah ditetapkan dalam perancangan dan penyeliaan kerja pembinaan berkaitan dengan struktur kejuruteraan awam.dengan menyumbangkan terhadap perancangan dan perlaksanaan projek-projek kejuruteraan awam.

Keterangan Tugas Membantu dalam penyiasatan ditapak binaan; Mengambil dan merekod ukuran; Menguji sampel tanah dan menyediakan laporan; Membantu penyediaan rekabentuk dan spesifikasi untuk pembinaan; Memeriksa dan menguji bahan pembinaan yang diterima dari pembekal; Menentukan kuantiti dan kualiti bahan pembinaan mengikut piawaian; Membantu penyediaan jadual kerja. Memeriksa kerja-kerja pembinaan yang sedang dijalankan agar

spesifikasi dipatuhi;.

Menyelesaikan masalah yang berbangkit. Menganggar kuantiti dan kos bahan pembinaan dan buruh yang

diperlukan

Pekerjaan Yang Dikelas Di Bidang Ini Antaranya: penyelia tapak kerani tapak bina

Kelulusan Memiliki Diploma Kejuruteraan Awam SEM 2’ JUNE 08

Page 8

KAUNSELING GUNAAN (SKC 5213)

2008

Prospek Kerjaya Disektor awam peluang pekerjaan adalah baik. Mempunyai peluang kenaikan pangkat ke tingkatan kanan, tinggi dan sekiranya berminat untuk melanjutkan pelajaran keperingkat ijazah mereka layak ke jawatan jurutera dan seterusnya kejawatan yang lebih tinggi. Mereka boleh bekerja di Jabatan Kerja Raya, Jabatan Parit dan Saliran, Jabatan Penerbangan Awam, Lembaga Pelabuhan dan agensi-agensi lain. Disektor swasta pekerjaan ini terdapat di firma-firma juruperunding dan syarikat-syarikat yang berasaskan kerja-kerja kejuruteraan awam seperti pembinaan bangunan, jalanraya, empangan, pelabuhan, projek-projek perumahan dan lain-lain. Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Tersebut Diantaranya:1. Universiti Teknologi Malaysia 2. Universiti Teknologi Mara 3. Politeknik-Politeknik (Jabatan Pendidikan) 4. Kolej Tunku Abdul Rahman 5. Institut Teknologi Tun Hussein Onn Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Swasta Yang Menyediakan Kursus Tersebut Diantaranya:1. Inti College 2. Kolej Ikram 3. L & G - Twintech Institute Of Technology Syarat-Syarat Kemasukan SPM/SPMV sekurang-kurang 5 kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris ,Matematik, Matematik Tambahan, Fizik SEM 2’ JUNE 08

Page 9

KAUNSELING GUNAAN (SKC 5213)

2008

atau mata pelajaran sains yang lain.

3.1.3 Juruteknik Awam Juruteknik awam, biasanya dibawah arahan dan penyeliaan jurutera awam, arkitek atau juruukur, menjalankan tugas teknik yang menyumbangkan kepada perancangan dan perlaksanaan projek pembinaan dan kejuruteran awam, termasuk reka bentuk, pembinaan, operasi, penyelenggaraan dan pembaikan bangunan serta struktur lain seperti sistem bekalan air dan kumbahan, jambatan, jalan raya, empangan dan lapangan terbang.

Keterangan Tugas Menjalankan atau membantu dalam ujian terhadap tanah dan bahan binaan yang dilakukan di luar atau di makmal. Memberikan bantuan teknik berhubung dengan pembinaan bangunan dan struktur lain serta kaji ukur atau penyediaan laporan kaji ukur. Mewakili arkitek bangunan dan jurutera awam ditapak pembinaan bagi memastikan pematuhan spesifikasi reka bentuk dan pengekalan piawaian yang diperlukan keatas bahan dan kerj. Menggunakan pengetahuan teknik berhubung dengan prinsip dan amalan bangunan dan kejuruteraan awam untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang timbul semasa menjalankan kerja. Membantu dalam penyediaan anggaran kuantiti serta kos bagi bahan dan buruh yang diperlukan untuk projek;. Mengelola penyelenggaraan dan pembaikan. Menjalankan tugas-tugas berkaitan. Menyelia pekerja lain. SEM 2’ JUNE 08

Page 10

KAUNSELING GUNAAN (SKC 5213)

2008

Pekerjaan Yang Dikelas Dibidang Ini Diantaraanya: penyelia kerja juruteknik kaji ukur penganggar

Kelulusan Lulus SPM/SPMV kepujian Bahasa Malaysia, matematik dan lulus sains. Lulus sijil dari politeknik/SKM lebih berfaedah.

Prospek Kerjaya Prospek kerjaya untuk juruteknik awam amat cerah di Malaysia yang menuju matlamat Wawasan 2020 berikutan peningkatan keperluan jawatan tersebut akibat daripada perkembangan sektor pembinaan, pembuatan, pembangunan dan pelaburan yang lebih tinggi. Seiring dengan kemajuan teknologi. Disektor awam mereka boleh meningkat ke tingkatan kanan, tertinggi. Boleh meningkat kejawatan yang lebih tinggi seperti Pembantu Jurutera dan Jurutera dengan meningkatkan pengetahuan iaitu melanjutkan pelajaran ke IPTA samaada sepenuh masa, luar kampus atau melalui pengajian jarak jauh. Di Sektor Awam pekerjaan ini terdapat di Jabatan Kerja Raya dan lain jabatan yang berkaitan dengan pembinaan dan bangunan. Disektor Swasta pekerjaan ini kebanyakan terdapat di syarikat-syarikat pembinaan yang terlibat dengan pembinaan projek perumahan, SEM 2’ JUNE 08

Page 11

KAUNSELING GUNAAN (SKC 5213)

2008

jalaraya,jabatan dan infrastruktur dan lain-lain. Perancangan Kerjaya Sebagai Juruteknik Awam SPM/SPMV

--------->POLITEKNIK (SIJIL)

---------->JURUTEKNIKAWAM

3.1.4 Kejuruteraan Mekanikal ( Jurutera Mekanikal ) Jurutera mekanikal menjalankan tugas penyelidikan, memberi nasihat dan mereka bentuk mesin-mesin pengeluaran, jentera, loji, peralatan perindustrian. Membangunkan sistem perindustrian serta memberi nasihat serta mempastikan sistem tersebut berfungsi. Membuat kerjakerja penyelenggaraan dan pembaikan jika perlu. Mengkaji dan memberi nasihat berhubung dengan aspek teknologi bahan, produk, proses serta prosedur penyelenggaraaan yang tertentu.

Keterangan Tugas Memberi nasihat dan mereka bentuk jentera dan alat bagi kerja-kerja pembuatan, perlombongan, pembinaan, pertanian dan perindustrian yang lain; Memberi nasihat serta mereka bentuk motor dan enjin stim dan pembakaran dalaman, mesin, enjin bukan elektrik yang lain yang digunakan untuk pendorongan lokomotif, kenderaan, pesawat udara atau untuk menghidupkan jentera perindustrian dan jentera-jentera lain; Memberi nasihat dan mereka bentuk badan, struktur utama, kerangka kapal, pesawat udara, kenderaan darat dan peralatan pesawat udara lain. Memberi nasihat dan mereka bentuk sistem gantungan, brek, komponen-komponen lain;

SEM 2’ JUNE 08

Page 12

KAUNSELING GUNAAN (SKC 5213)

2008

Memberi nasihat dan mereka bentuk sistem, peralatan pemanasan, pengalihudaraan serta penyejukan; Memberi nasihat dan mereka bentuk bahagian bukan elektrik bagi perkakas atau produk seperti pemprosesan data, komputer, kamera, projektor dll; Menentukan dan memeriksa kaedah pengeluaran atau pemasangan serta cara kerja bagi mesin, jentera, perkakas, motor, enjin pertanian, loji peralatan atau sistem perindustrian; Mewujudkan piawaian dan prosedur kawalan, mengesan dan memperbaiki bagi memastikan mesin, jentera, perkakas, motor, enjin serta loji, peralatan atau sistem perindustrian berfungsi dengan cekap dan selamat; Mengatur serta mengarah penyelenggaraan dan pembaikkan mesin, jentera, perkakas, motor, enjin serta loji, peralatan atau sistem perindustrian yang sedia ada; Mengkaji serta memberi nasihat berkaitan aspek teknologi bahan, produk atau menentukan proses; Mengekalkan hubungan teknik dan perundingan dengan pakarpakar lain yang berkaitan; Menyelia pekerja yang berkaitan. Pekerjaan Yang Dikelas Di Bidang Ini Antaranya: Jurutera Jentera Dan Perkakas Perindustrian Jurutera Kuasa Nuklear Jurutera Pemanasan, Pengalihanudara, Penyamanan Udara Dan Penyejukan

SEM 2’ JUNE 08

Page 13

KAUNSELING GUNAAN (SKC 5213)

2008

Jurutera Kenderaan /Automotif Jurutera Mekanik/Aeronautik Jurutera Marin dll

Kelulusan Ijazah Kejuruteraan Mekanikal atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. Prospek Kerjaya Di sektor awam pekerjaan ini terdapat di Lembaga Letrik Negara, Jabatan Kerja Raya, Syarikat Telekom Malaysia dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta jabatan -jabatan lain yang terlibat dengan pembinaan dan bangunan.

Di sektor awam mereka juga boleh meningkat ke gred tingkatan tertinggi hingga ke jawatan Pengarah, Pengurus dan Pengurus Besar. Bagi yang berminat untuk menjadi Pensyarah di Universiti-Universiti atau lain-lain institusi pengajian tinggi mereka perlu mendapat kelulusan tambahan seperti Ijazah Sarjana atau Ijazah Kedoktoran dalam bidang berkaitan. Di sektor swasta peluang pekerjaan dan prospek kerjaya untuk jawatan ini adalah baik. Mereka boleh meningkat kejawatan yang lebih tinggi seperti Pengurus Bahagian Kejuruteraan, Ketua Bahagian Kejuruteraan dan juga Pengurus Besar. Mereka juga boleh mendirikan perniagaan sendiri atau menjadi juruperunding kepada agensi atau lain-lain badan berkanun. SEM 2’ JUNE 08

Page 14

KAUNSELING GUNAAN (SKC 5213)

2008

Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Tersebut Diantaranya:1. Universiti Malaya 2. Universiti Kebangsaan Malaysia 3. Universiti Teknologi Malaysia 4. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia 5. Universiti Teknologi Mara 6. Universiti Sains Malaysia 7. Universiti Putra Malaysia 8. Universiti Malaysia Sarawak 9. Institut Teknologi Tun Hussein Onn 10. Kolej Tunku Abdul Rahman

Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Swasta Yang Menyediakan Kursus Tersebut Diantaranya:1. Universiti Tenaga Nasional 2. Universiti Teknologi Petronas 3. Universiti Multimedia Malaysia 4. Brickfields College & Country Heights Education Sdn Bhd 5. Institut Teknologi Pertama 6. Kolej Ikram 7. Inti College 8. Kolej Linton 9. L & G Twintech Institute Of Technology 10. Sepang Institute Of Technology Dll SEM 2’ JUNE 08

Page 15

KAUNSELING GUNAAN (SKC 5213)

2008

Syarat-Syarat Kemasukan SPM atau setaraf sekurang-kurang 5 kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Fizik dan Matematik Tambahan atau lulus STPM gred E dalam Kertas Am, Matematik, Fizik atau berkaitan.

3.1.5 Juruteknik Mekanikal Juruteknik mekanikal menjalankan tugas teknik biasanya dibawah arahan dan penyeliaan jurutera mekanikal yang meyumbang kepada reka bentuk, pembangunan, pembuatan, pembinaan, pemasangan, penyelenggaraan dan pembaikan loji dan peralatan yang berfungsi secara mekanik.

Keterangan Tugas Membantu dalam kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan berkenaan dengan perkakas mesin, enjin kenderaan, pesawat, pemasangan, pemanasan, pengalihudaraan dan penyejukan serta loji dan peralatan lain yang berfungsi secara mekanik;. Mereka bentuk dan menyediakan susun atur pemasangan mesin dan jentera. Menyediakan anggaran terperinci kuantiti serta kos bahan dan buruh yang diperlukan bagi pembuatan dan pemasangan. Membantu dalam penyeliaan teknik berkenaan dengan jentera serta prinsip dan amalan kejuruteraan mekanik supaya dapat mengenalpasti dan menyelesaikan masalah yang timbul semasa menjalankan kerja. Membantu dalam SEM 2’ JUNE 08

Page 16

KAUNSELING GUNAAN (SKC 5213)

2008

pembangunan serta mengawasi perlaksanaan piawaian dan prosedur keselamatan bagi kerja kaji ukur marin berhubung dengan badan, peralatan dan muatan kapal. Menjalankan kerja-kerja berkaitan serta menyelia pekerja-pekerja lain.

Pekerjaan Yang Dikelas Di Bidang Ini Antaranya: Juruteknik Motor Dan Enjin Juruteknik Kereta Juruteknik Aeroangkasa Atau Aeronautik Jeruteknik Sistem Dan Peralatan Penyejukan Dan Penyaman Udara Juruteknik Marin Juruteknik Penganggar/Mekanik Juruteknik Ujian Mekanik Jentera Am

Kelulusan Lulus SPM/SPMV dengan kepujian Bahasa Malaysia serta lulus matematik dan mata pelajaran sains.

Prospek Kerjaya Disektor awam pekerjaan ini terdapat di Jabatan Kerja Raya, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Kementerian Kesihatan dan SEM 2’ JUNE 08

Page 17

KAUNSELING GUNAAN (SKC 5213)

2008

jabatan-jabatan lain yang terlibat dengan pembinaan dan bangunan. Disektor awam mereka juga boleh meningkat ke tingkatan kanan, tinggi dan kejawatan yang lebih tinggi. Sesaorang juruteknik boleh melanjutkan pelajaran ke IPTA/IPTS peringkat diploma atau ijazah bagi melayakkannya memohon ke jawatann yang lebih tinggi.

Pusat-Pusat Latihan Yang Menyediakan Kursus Tersebut: Politeknik Di Bawah Kementerian Pendidikan Institut Latihan Jabatan Tenaga Rakyat Institut Latihan Belia Negara Institut Kemahiran Mara/Pusat Giat Mara

Syarat-Syarat Kemasukan SPM/SPMV lulus Bahasa Malaysia, Matematik dan Sains

Perancangan Kerjaya Sebagai Juruteknik Mekanikal

SPM/SPMV

-------------> IKM -------------> ------------- IKBN -------------> -------------> POLITEKNIK (SIJIL) -------------> JURUTEKNIK -------------> ILJTR ------------->

…………………………………. SEM 2’ JUNE 08

Page 18

KAUNSELING GUNAAN (SKC 5213)

2008

3.2 BIDANG PERUBATAN 3.2.1 Doktor Perubatan Doktor Perubatan menentukan jenis penyakit dan merawat pesakit dengan menggunakan perubatan sistem saintifik. Mereka memeriksa pesakit dengan menggunakan stethoskop, alat pengukur tekanan darah dan lain-lain alat perkakas perubatan bergantung kepada tandatanda yang ditunjukkan oleh pesakit dan mengadakan ujian klinikal xray dan ujian histo-pathologikal untuk menentukan jenis penyakit dengan betul. Mereka mengesyorkan penggunaan ubat berdasarkan keputusan pemeriksaan serta meminta nasihat doktor-doktor atau pakar lain jika perlu. Mereka menjalankan rawatan dan pembedahan kecil dan menasihatkan pesakit tentang cara-cara rawatan serta memberikan dadah dan ubat bius jika perlu. Mereka menyimpan rekod pesakit-pesakit yang dirawatnya, jenis penyakit dan rawatan yang diberikan kepada pesakit.

Keterangan Tugas SEM 2’ JUNE 08

Page 19

KAUNSELING GUNAAN (SKC 5213)

2008

Memeriksa pesakit untuk menentukan keadaan penyakit; Menjalankan pemeriksaan perubatan dan membuat diagnosis; Menentukan ubat dan rawatan bagi penyakit, gangguan atau kecederaan yang telah didiagnosis; Memberi rawatan perubatan atau pembedahan khas bagi jenisjenis penyakit, gangguan atau kecederaan yang tertentu; Memberi nasihat mengenai penyakit dan menggunakan kaedah dan rawatan ubat pencegahan; Mengambil bahagian dalam pembangunan dan pelaksanaan undang-undang dan peraturan kesihatan awam bagi melindungi dan mempertingkatkan kesihatan umum; Mengajar penuntut perubatan dan penuntut sains kesihatan yang lain, pakar perubatan dan profesional kesihatan yang lain; Menyediakan dokumen dan laporan saintifik; Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan; Menyelia pekerja lain.

Pekerjaan Yang Dikelaskan Dibidang Ini Diantaranya: Doktor Perubatan Pakar Bedah Pakar Questetik

SEM 2’ JUNE 08

Page 20

KAUNSELING GUNAAN (SKC 5213)

2008

Pakar Psikiatri Pakar Oftamologi Pakar Kardiologi Obstetrision Dan Pakar Ginakologi Pakar Neurologi Ahli Farmasi Doktor Haiwan Doktor Pergigian

Kelulusan Ijazah dalam ilmu perubatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta telah berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia.

Prospek Kerjaya Di sektor awam pekerjaan ini terdapat di hospital-hospital dan klinik di seluruh negara. Di sektor swasta pekerjaan ini terdapat di hospital-hospital swasta dan klinik-klinik dan bagi mereka yang telah disahkan oleh panel perubatan bolehlah membuka kliniknya sendiri.

Seorang Doktor Perubatan juga boleh melanjutkan pelajarannya dengan pengkhususan dalam bidang-bidang tertentu seperti pakar SEM 2’ JUNE 08

Page 21

KAUNSELING GUNAAN (SKC 5213)

2008

bedah, pakar saraf, pakar telinga, hidung, kerongkong dan lain-lain. Institusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Tersebut :Selepas lulus MBBS mereka perlu menamatkan setahun Kursus Klinikal sebelum berdaftar sepenuhnya dengan Majlis Perubatan. Latihan dalam bidang perubatan boleh didapati dari Institut Pengajian Tinggi Sektor Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Sektor Swasta (IPTS). Universiti Malaya Universiti Kebangsaan Malaysia Universiti Sains Malaysia Universiti Putra Malaysia Universiti Islam Antarabangsa Universiti Malaysia Sarawak

Institusi Pengajian Tinggi Swasta Yang Menyediakan Kursus Tersebut:-

Sedaya College, International Medical University (IMU)

Syarat-Syarat Kemasukan SPM atau setaraf termasuk sekurang-kurang 5 kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Biology, Physics, Chemistry, Matematik

SEM 2’ JUNE 08

Page 22

KAUNSELING GUNAAN (SKC 5213)

2008

sekurang-kurangnya 2 Prinsipal B dalam Biology, Chemistry dan Physics dalam STPM atau setaraf. 3.2.2 Doktor Pergigian Doktor Pergigian menggunakan pengetahuan sains perubatan untuk mengesan, mencegah dan merawat penyakit-penyakit pergigian, kecederaan dan kecacatan bentuk pada gigi, gusi dan struktur mulut yang berkaitan serta memprekripsikan ubat dan melakukan tindakan pencegahan.

Keterangan Tugas Memeriksa gigi, gusi, rahang dan tisu mulut yang lain dengan menggunakan peralatan pergigian dan x-ray. Membuat diagnosis, memberi nasihat mengenai pergigian dan memberi rawatan pergigian yang diperlukan. Membersih, menampal lubang dan mencabut gigi yang rosak atau cacat. Membuat inai dan korona buatan untuk menggantikan gigi; Merekabentuk, membuat dan memasang gigi palsu penuh dan sebahagian, ortodontik dan alat pergigian lain serta menjalankan kerja pemasangan titian gigi. Memberi rawatan pembedahan, perubatan dan rawatan lain bagi penyakit dan gangguan pergigian atau mulut tertentu. Menganjurkan program umum bagi mengekalkan atau mempertingkatkan piawaian kesihatan mulut dan penjagaan kesihatan pergigian. Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan dan menyelia pekerja lain.

Pekerjaan Yang Dikelas Di Bidang Ini Di Antaranya: SEM 2’ JUNE 08

Page 23

KAUNSELING GUNAAN (SKC 5213)

2008

Doktor Pergigian Pakar Pedodontik Pakar Prostodontik Pakar Periodontik Pakar Ortodontik Doktor Pergigian, Pembedahan Mulut

Kelulusan Ijazah dalam ilmu pergigian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta diterima berdaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia.

Prospek Kerjaya Di sektor awam pekerjaan ini terdapat di hospital-hospital dan pusatpusat kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan dan kor perubatan dan pergigian Angkatan Tentera dan universiti-universiti.

Di sektor swasta pekerjaan ini terdapat di hospital-hospital dan klinikklinik swasta. Doktor Pergigian juga boleh membuka klinik pergigian persendirian. Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Tersebut : 1. Universiti Malaya SEM 2’ JUNE 08

Page 24

KAUNSELING GUNAAN (SKC 5213)

2008

2. Universiti Kebangsaan Malaysia 3. Universiti Sains Malaysia

Syarat-Syarat Kemasukan SPM atau setaraf dengan 5 kepujian termasuk Bahasa Malaysia, Biologi, Fizik, Kimia, Bahasa Inggeris. STPM atau setaraf dengan sekurang-kurangnya Gred E dalam kertas am dan lulus penuh dalam Biologi, Kimia dan Fizik dan lulus penuh dalam salah satu daripada Ekonomi, Pengajian Perniaggan, Perakaunan, Matematik dan Komputer.

3.2.3 Doktor Haiwan Doktor Haiwan terlatih dan berkelayakan secara perubatan. Mereka akan membuat diagnosis dan mempreskripsikan rawatan perubatan atau pembedahan bagi penyakit dan kecederaan haiwan. Mereka memberi nasihat kepada tuan punya haiwan, menghapuskan haiwan yang sakit atau tidak diperlukan, memberi imunisasi melawan virus am dan penyakit bakteria serta menjalankan pemeriksaan bedah siasat.

Keterangan Tugas Menjalankan pemeriksaan dan membuat diagnosis terhadap penyakit atau kecederaan haiwan. Melakukan rawatan pembedahan atau perubatan veterinary. Memberikan perkhidmatan obstetrik kepada SEM 2’ JUNE 08

Page 25

KAUNSELING GUNAAN (SKC 5213)

2008

haiwan. Memeriksa ternakan tenusu dan ternakan lain serta menginokulasi haiwan untuk mencegah penyakit. Memberi nasihat berkaitan kebersihan, makanan, pembiakan dan penjagaan haiwan; Memeriksa kualiti, kebersihan dan keselamatan makanan yang dibuat seluruhnya atau sebahagiannya daripada bahan mentah berpunca daripada haiwan untuk dijadikan makanan manusia. Membantu dalam epidemiologi, radiology dan pengawasan lain berkaitan kesihatan haiwan. Menjalankan bedah siasat untuk menentukan punca kematian. Menyediakan dokumen dan laporan saintifik. Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan dan menyelia pekerja lain.

Pekerjaan Yang Dikelas Di Bidang Ini Di Antaranya: Pakar Veterinar Pakar Bedah, Veterinar Pakar Veterinar, Kesihatan Awam

Kelulusan Ijazah Doktor Perubatan Veterinar atau Ijazah dalam ilmu Perubatan Veterinar atau dalam bidang Sains Veterinar yang diiktiraf setaraf dengannya dan berdaftar di bawah Akta Doktor Veterinar 1974.

Prospek Kerjaya Di sektor awam pemegang ijazah Doktor Perubatan Veterinar boleh memasuki perkhidmatan veterinary yang terlibat dalam kesihatan SEM 2’ JUNE 08

Page 26

KAUNSELING GUNAAN (SKC 5213)

2008

umum veterinary dan pengeluaran ternakan. Peluang pekerjaan sebagai pegawai penyelidik terdapat di pertubuhan-pertubuhan penyelidikan perubatan, universiti, MARDI dan beberapa projek usahasama di bidang ternakan antara perbadanan kemajuan negeri dengan pertubuhan-pertubuhan swasta seperti Johor Tenggara, DARA Beef, Pahang Beef.

Di sektor swasta pula terdapat peluang pekerjaan sebagai pegawai haiwan, pegawai analisa projek, pengurus, pegawai penyelidik dan yang berkelayakan boleh menjalankan perusahaan atau perniagaan veterinar sendiri.

Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Tersebut : Universiti Putra Malaysia Di luar negara contohnya United Kingdom pemegang ijazah veterinar boleh menjadi ahli Royal College of Veterinary Surgeons dan seterusnya menjadi Doktor Haiwan.

Syarat-Syarat Kemasukan SPM atau setaraf dan kepujian dalam Kimia, lulus STPM dengan sekurang-kurangnnya Gred E dalam Biologi. 3.2.4 Ahli Farmasi Ahli Farmasi terlibat dalam pembancuhan dan pembekalan ubatubatan mengikut priskripsi doktor atau formula yang tertentu. Mereka SEM 2’ JUNE 08

Page 27

KAUNSELING GUNAAN (SKC 5213)

2008

menggunakan konsep dan teori farmaseutikal dalam penyediaan serta pendispensan ubat-ubatan dan dadah serta menjalankan penyelidikan mengenai pengeluaran, penyimpanan, kawalan kualiti dan pengedaran dadah dan bekalan yang berkaitan

Keterangan Tugas Menyediakan atau mencegah penyediaan ubat-ubatan mengikut preskripsi pengamal perubatan, pergigian dan veterinar atau formula yang ditentukan. Menyemak preskripsi untuk menentukan dos yang dicadangkan tidak melebihi hadnya dan arahan difahami oleh pesakit serta memberi nasihat mengenai kemungkinan ketidaksesuaian dan kontraindikasi dadah. Mendispens ubat-ubatan dan dadah di hospital atau menjualnya di farmas. Menyimpan fail preskripsi dan merekod keluaran narkotik, racun dan dadah yang membentuk tabiat.Menasihati pesakit mengenai padanan generik dan kos terendah bagi dadah;. Mengadakan piawaian bagi dadah yang digunakan dalam farmaseutikal. Menguji dadah untuk menentukan identity, ketulenan, kekuatan dan keselamatannya. Menjalankan penyelidikan untuk membangunkan atau mempertingkatkan produk farmaseutikal, kosmetik dan kimia yang berkaitan. Menentukan pembungkusan yang paling sesuai bagi bahan perubatan untuk mengelak daripada kerosakan serta memudahkan penyimpanan dan pengedaran. Menjual dadah yang tidak dipreskripsi, bekalan bilik pesakit, kelengkapan dandanan diri, kosmetik dan barangan komersial yang lain. Menyediakan dokumen dan laporan saintitik. Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan dan Menyelia pekerja lain. SEM 2’ JUNE 08

Page 28

KAUNSELING GUNAAN (SKC 5213)

2008

Pekerjaan Yang Dikelaskan Dibidang Ini Diantaranya: Ahli Farmasi Ahli Farmasi, Perindustrian Ahli Farmasi, Runcit Ahli Farmasi, Hospital

Kelulusan Ijazah dalam bidang farmasi atau kelayakan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan telah berdaftar dengan Lembaga Farmasi Malaysia.

Prospek Kerjaya Di sektor awam ahli farmasi terdapat di jabatan-jabatan kerajaan di bawah Kementerian Kesihatan seperti di hospital-hospital dan dispensari. Pekerjaan ini juga terdapat di institut pengajian tinggi seperti universiti-universiti dan hospital pengajian. Mereka yang tekun dan mempunyai pengalaman berpeluang dinaikkan ke pangkat yang lebih tinggi.

Di sektor swasta pekerjaan ini terdapat di industri-industri farmasi yang terlibat dalam pengeluaran dan pengedaran atau penjualan ubatubatan di hospital swasta

SEM 2’ JUNE 08

Page 29

KAUNSELING GUNAAN (SKC 5213)

2008

Latihan Intitusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Tersebut :1. Universiti Malaya 2. Universiti Kebangsaan Malaysia 3. Universiti Sains Malaysia

Syarat-Syarat Kemasukan SPM atau setaraf dengan kepujian dalam Bahasa Malaysia dan STPM atau setaraf sekurang-kurangnya Gred E dalam kertas am dan 2 subjek lain, atau Gred E dan Gred R dalam 2 subject lain (lulus dalam Biologi dan Kimia pada peringkat STPM).

3.2.5 Doktor Sakit Puan

Keterangan Tugas Menentukan jenis penyakita dan merawat kesakitan pada bahagian anggota kelamin permpuan. Memeriksa badan dan menentukan jenis penyakit yang dihidapi. Melakukan ujian rawatan kecil dengan pemeriksaan histopathologikal. Memberi rawatan penyakit atau melakukan pembedahan.

Kelulusan Yang Diperlukan Ijazah doktor perubatan (MBBS) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta telah berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia. SEM 2’ JUNE 08

Page 30

KAUNSELING GUNAAN (SKC 5213)

2008

Prospek Kerjaya Peluan pekerjaan dan prospek kerjaya adalah baik sama ada di sektor awam ataupun swasta. Mereka boleh membuka klinik sendiri setelah berkhidmat dengan kerajaan atau hospital swasta. Di sektor awam mereka boleh meningkat ke peringkat JUSA (Jawatan Utama Sektor Awam). Mereka juga boleh menjadi pakar perunding.

Institusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Tersebut :1. Universiti Malaya 2. Universiti Teknologi Malaysia 3. Universiti Sains Malaysia 4. Universiti Putra Malaysia 5. Universiti Islam Antarabangsa 6. Universiti Malaysia Sarawak Institusi Pengajian Tinggi Swasta Yang Menyediakan Kursus Tersebut: Sedaya College, International Medical Universiti

Syarat-Syarat Kemasukan SPM atau yang setaraf dan sekurang-kurangnya mendapat 5 kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Biologi, Fizik, Kimia, Matematik atau

Sekurang-kurangnya mendapat 2 prinsipal B dlm mata pelajaran biologi, kimia fizik dalam STPM atau yang setaraf.

SEM 2’ JUNE 08

Page 31

KAUNSELING GUNAAN (SKC 5213)

2008

……………………………………..

3.3. BIDANG PERGURUAN Keterangan Kerja Profesional perguruan menjalankan tugas bagi membentuk perkembangan kanak-kanak dari aspek fizikal, intelek, emosi dan rohani atau pun mengajar teori dan amali satu disiplin atau lebih pada peringkat pendidikan yang berlainan, menjalankan penyelidikan dan mempertingkatkan atau membangunkan konsep, teori dan kaedah operasi berkenaan dengan disiplin tertentu serta menyediakan kertas-kertas dan buku ilmiah. Pekerjaan Yang Tergolong Atau Di kelaskan Dalam Bidang Perguruan Seperti Berikut :Professional perguruan universiti, politeknik dan pendidikan tinggi, Profesional perguruan prauniversiti dan pendidikan menengah, Profesional perguruan pendidikan khas dan profesional perguruan yang tidak dikelaskan dimana-mana.

Keterangan Tugas Perguruan Mereka bentuk dan mengubah suai kurikulum serta menyediakan kursus pengajian mengikut keperluan, Memberi SEM 2’ JUNE 08

Page 32

KAUNSELING GUNAAN (SKC 5213)

2008

kuliah dan mengadakan tutorial, seminar dan seksi makmal,. Merangsang perbincangan dan pemikiran bebas dikalangan pelajar, Menyelia kerja uji kaji dan amali yang di jalankan oleh pelajar jika perlu, Mentadbir, menilai dan memeriksa tugasan dan kertas peperiksaan, Mengarah penyelidikan yang dibuat oleh pelajar selepas ijazah atau kakitangan lain jabatan berkenaan, Menyelidik dan membangunkan konsep, teori dan kaedah operasi bagi kegunaan dalam lapangan perindustrian dlln. Menyedia buku , kertas atau artikel ilmiah, Menghadiri seminar dan persidangan. Membantu dalam aktiviti kokurikulam, Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan dan menyelia pekerja lain.

Kelulusan Yang Diperlukan Diploma perguruan lepasan Maktab Perguruan dan Universiti.

Prospek Kerjaya Peluang pekerjaan bagi guru adalah baik, dimana guru berkelulusan Maktab yang berpengalaman berpeluang di naik pangkat kejawatan Guru Besar, Penolong Kanan Sekolah, Pengelola Sekolah-Sekolah atau Pegawai Pelajar. Selain daripada itu guru juga berpeluang meningkat kerjayanya melalui 1. Melanjutkan pelajaran ke Universiti dan memohon dilantik sebagai guru siswazah, 2. Menghadiri kursus tambahan 1 tahun di maktab perguruan dalam bidang khas selepas 5 tahun mengajar, SEM 2’ JUNE 08

Page 33

KAUNSELING GUNAAN (SKC 5213)

2008

3. Mengadiri kursus yang berkaitan di dalam atau luar negeri.

Bagi guru iswazah pula peluang dinaikan pangkat ke tingkatan kanan dan seterusnya ke gred tingkatan tertinggi. Mereka juga boleh menyertai kursus ijazah lanjutan seperti sarjana, dan doktor falsafah dalam bidang pendidikan. Dengan kelulusan tambahan mereka boleh menjadi pensyarah di Maktab perguruan atau kenaikan pangkat seperti pengetua sekolah, maktab dan pengarah pelajaran. Sekiranya anda mempunyai kelulusan dan kualiti peribadi yang di perlukan anda patut mencuba kerjaya yang mulia ini. Institut Pengajian Tinggi/Maktab Yang Menyediakan Kursus Tersebut :Universiti Teknologi Mara (guru seni lukis), Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia , 30 buah Maktab Perguruan di seluruh Malaysia.

Syarat Kemasukan Maktab Perguruan / Universiti Teknologi Mara SPM/MCE/SPVM atau kelayakan yang di iktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. Memiliki kepujian Bahasa Malaysia SEM 2’ JUNE 08

Page 34

KAUNSELING GUNAAN (SKC 5213)

2008

atau kelulusan yang setaraf, mempunyai 3 kepujian dalam satu peperiksaan dan kepujian mata pelajaran kursus yang dipohon dan umur tidak melebihi 27 tahun. Universiti - Mempunyai pelajaran asas SPM/MCE, lulus STPM dengan 2 mata pelajaran di peringkat prinsipal dan lulus kertas am atau Ijazah Sarjana Muda. 5. KESIMPULAN

Peluang-peluang pekerjaan lazimnya diiklankan secara online dan di akhbar-akhbar utama dan agensi-agensi Kerajaan. Tersenarai di bawah adalah pautan-pautan kepada portal pencarian pekerjaan dan juga peluang di agensi-agensi Kerajaan seperti Bursa Buruh Elektronik, yang disenggara oleh Kementerian Sumber Manusia, Jawatan-jawatan Kosong dalam Sektor Kerajaan, JobsDB.com dan JobStreet.com. Bagi yang sedang mencari peluang pekerjaan dalam Kerajaan, mereka boleh melayari laman Suruhanjaya Perkhidmatan Awam untuk mengetahui tatacara dan borang-borang permohonan yang berkaitan. Sepintas lalu seolaholah amat mudah untuk mencari peluang kerja memandang dunia tanpa sempadan sekarang. Namun demikian ribuan graduan gagal mendapat

kerja dalam tempoh enam bulan pertama selepas tamat pengajian. Ramai terpaksa memilih kerja yang bukan dikategorikan sebagai kerjaya dan bukan bidang kepakaran mereka. Setiap tahun, ketika musim graduasi di seluruh negara, sekitar puluhan ribu penuntut bergraduasi. Ini bererti peluang untuk mendapat kerjaya impian amat sukar kerana anda terpaksa ‘bertanding’ dengan ramai orang.Statistik menunjukkan sesetengah ‘kerjaya impian’ tinggal impian semata-mata kerana terlalu ramai yang berminat dengan kerjaya itu. Dalam hal ini perlu mereka harus mengetahui formula yang SEM 2’ JUNE 08

Page 35

KAUNSELING GUNAAN (SKC 5213)

2008

bijak dan tepat untuk mencari peluang kerja yang yang sesuai dengan kelayakan mereka.

RUJUKAN:

1. Sidek Mohd. Noah (2002) Perkembangan Kerjaya Teori dan Praktis, UPM. 2. HTTP://WWW.MOHR.GOV.MY/JCS/CIC/INDEX.HTML 3. HTTP://WWW.SPA.GOV.MY/PORTAL/PAGE?_PAGEID=53,130

9644&_DAD=PORTAL&_SCHEMA=PORTAL 4. HTTP://WWW.GOV.MY/MYGOV/BM/MISC/JOBVACANCY

SEM 2’ JUNE 08

Page 36

Related Documents

Tugasan Kaunseling Kerjaya
October 2019 44
Kaunseling
October 2019 41
Kaunseling
October 2019 55
Kaunseling
June 2020 29
Memilih Kerjaya
June 2020 15
Pengenalan Kaunseling
October 2019 50

More Documents from ""