Tugasan Bm

  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tugasan Bm as PDF for free.

More details

  • Words: 4,285
  • Pages: 25
NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI

______________________________________________________________

1.0 PENGENALAN Dalam usaha kita untuk memperkasakan sastera

dan meluaskan khalayak

sastera kita tidak dapat lari dari hakikat bahawa kita perlu meneliti situasi semasa yang begitu banyak berubah yang turut menyebabkan perubahan dalam nilai, minat, sikap dan keperluan masyarakat terhadap sastera. Sastera merupakan hasil seni yang disampaikan melalui bahasa.(Hashim Awang,1985:2) Tidak keterlaluan sekiranya dikatakan sastera mampu membentuk tamadun sesuatu bangsa kerana ia bukan sahaja mempunyai hubungan rapat dengan masyarakat namun hal ini juga terlibat dengan pergolakan yang berlaku dalam masyarakat tersebut. Karya sastera membincangkan apa yang berlaku dan apa yang terlihat pada sesuatu masyarakat sambil mengemukakan sikap dan pandangan pengarangnya (Baharuddin Zainal,1975:1) Pengajaran dan pembelajaran Kesusasteraan Melayu dapat memenuhi cita-cita Falsafah Pendidikan bagi mewujudkan insan yang seimbang lagi harmonis dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. Pendidikan sastera diterapkan mulai tingkatan satu hingga tingkatan lima dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia melalui aktiviti kemahiran berbahasa, iaitu kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca, dan kemahiran menulis. (A.Ghafar Ibrahim; 2002: 25)

__________________________________________________________________ 1 HBML 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI

______________________________________________________________

2.0

KEWAJARAN PENGGUNAAN BAHAN SASTERA

Memang tidak dapat dinafikan lagi bahan sastera dapat menarik minat dan memberi kesan yang positif terhadap pembelajaran murid. Berikut adalah alasanalasan yang mewajarkan penggunaan bahan sastera dalam pendidikan.

2.1

FAKTOR KURIKULUM BAHASA MELAYU

Bidang

estetik

dalam

Kurikulum

Bahasa

Melayu

Sekolah

Menengah

menggalakkan penggunaan bahan sastera dalam pengajaran Bahasa Melayu Ini selaras dengan objektif pengajaran dan pembelajaran Kesusasteraan Melayu dalam Huraian Sukatan Pelajarannya iaitu membolehkan murid: i. memahami isi dan menganalisis aspek sastera. ii. mengapresiasi karya sastera melalui aktiviti sastera. iii. menghayati dan menghargai nilai estetik bahasa. iv. menghargai penulis dan karya yang telah dihasilkannya. 2.2

FAKTOR MENARIK MINAT

Penggunaan bahan sastera boleh menarik minat dan memberi kesan yang positif terhadap pembelajaran murid. Menurut Lutfi Abas (1987:1), terdapat beberapa kebaikan yang diperoleh melalui penggunaan bahan sastera dalam pendidikan bahasa. Antaranya termasuklah seperti yang berikut: I.

Memberikan

keseronokan

kepada

pelajar

semasa

pengajaran di dalam kelas. Ini adalah kerana karya sastera __________________________________________________________________ 2 HBML 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI

______________________________________________________________

itu adalah karya yang indah dan mempunyai huraian-huraian tentang tentang perkara yang aneh dan ajaib yang telah disusun dalam cerita begitu dan sekali gus menyeronokkan pelajar kerana kelucuannya. II.

Karya sastera itu boleh digunakan untuk mengajar Bahasa Melayu mengikut peringkat yang sesuai dengan umur, minat, tahap pemikiran dan peringkat kesukaran pelajaran. Ini terpulanglah kepada kebijaksanaan guru Bahasa Melayu untuk membuat pemilihan, penilaian dan penyesuaian bahan yang digunakan.

2.3

FAKTOR MEMUPUK MINAT MEMBACA

Menurut Subadrah Nair (1989:135) pula, penggunaan bahan-bahan sastera dalam pengajaran bacaan dan kefahaman secara langsung dapat memupuk semangat membaca di jiwa pelajar-pelajar. Oleh sebab pelajar-pelajar ingin mengetahui kesudahan sesuatu kisah atau cerita yang dibaca di dalam kelas, Mereka akan membaca novel, cerpen, drama atau prosa klasik itu dengan penuh minat di perpustakaan atau di rumah. Dalam jangka panjang, pembacaan yang luas akan menambahkan kemahiran mereka dalam aspek bacaan dan kefahaman. 2.4

FAKTOR UNTUK MEMENUHI FALSAFAH PENDIDIKAN

A.Ghafar Ibrahim, 2002 pula menyatakan pengajaran dan pembelajaran Kesusasteraan Melayu dapat memenuhi cita-cita Falsafah Pendidikan bagi

__________________________________________________________________ 3 HBML 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI

______________________________________________________________

mewujudkan insan yang seimbang lagi harmonis dari segi intelek, emosi rohani dan jasmani. Pendidikan sastera diterapkan mulai tingkatan satu hingga tingkatan lima dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia melalui aktiviti kemahiran berbahasa, iaitu kemahiran mendengar ,kemahiran bertutur, kemahiran membaca, dan kemahiran menulis. “Kita mahu melahirkan peradaban manusia, pembangunan, dan tamadun, justeru subjek kesusasteraan sendiri patut diajar kepada semua pelajar untuk semua kursus di institusi pengajian tinggi” “Bukan mengecilkan jurusan sastera, sebaliknya kita perlu melibatkan jurutera, pakar sains teknologi, arkitek, dan sebagainya supaya mempelajari bidang sastera kerana sastera perkara paling asas dalam pembangunan …” (Shamsuddin,2002:2)

2.5

FAKTOR MEMUPUK INSPIRASI Napie Mat dan Noraini Abdullah (1988), terdapat beberapa kebaikan penggunaan bahan sastera dalam pendidikan Bahasa Melayu, iaitu; i)

Bahan sastera dapat menjadi inspirasi dapat memupuk dan membina prihatin manusia kerana bahan sastera menyatakan perasaan dan membawa pembaca menghayati watak dalam sesebuah karya sastera.

ii)

Bahan sastera dapat melahirkan insan yang liberal kerana dengan mempunyai potensi mendidik, bahan sastera dapat menolong pembaca memahami kehidupan. Menurut ahli psikologi Bruno Bettelhem, karya sastera dapat membantu pembinaan sahsiah seseorang.

__________________________________________________________________ 4 HBML 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI

______________________________________________________________ iii)

Bahan

sastera

juga

merangsang

pembaca

meningkatkan

kebolehan empetik dan kreatif. iv)

Bahan sastera boleh membina perkembangan bahasa. Terdapat interaksi yang berterusan antara pembaca dengan bahasa tulisan dan lisan.

v)

Bahan sastera seperti seni yang lain, memaparkan kehidupan, menenteramkan keadaan huru-hara, menerangkan yang gelap dan mencadangkan alternatif untuk mengatasi masalah.

2.6 FAKTOR UNSUR TARIKAN Menurut Abdul Rahman Shaari pula (1994) ada beberapa alasan yang menyokong penggunaan bahan sastera dalam pendidikan bahasa sastera. Pertama, sastera adalah bentuk karya yang menggunakan bahasa secara terbaik. Laras bahasa sastera adalah salah satu daripada sejumlah laras bahasa dan jika bahan yang dipilih itu berupa karya atau sebahagian karya sastera yang bermutu, maka bahasanya terjamin. Bahan sastera memiliki daya tarikan yang dapat menanamkan dan mengekalkan minat membaca. Ini disebabkan oleh sifat karya sastera itu sendiri yang selalu nya memiliki ciri-ciri menghibur. Karya sastera yang bercorak cereka mengandungi plot yang memikat hati pembaca untuk terus menatapnya. Dalam keadaan di atas, bahan sastera adalah bahan pengajaran bahasa yang berkesan. Bahasa yang baik dan menarik akan menyebabkan timbulnya rasa bangga di hati penggunanya. Kebanggaan terhadap Bahasa Melayu adalah salah satu objektif pendidikan Bahasa Melayu. __________________________________________________________________ 5 HBML 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI

______________________________________________________________

3.0

DEFINISI BAHAN SASTERA DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Mengikut Abd. Rahman Shaari (1994) bahan sastera yang dimaksudkan

dalam sukatan pelajaran ialah puisi (lama dan baharu), cerpen, novel, drama dan hikayat (prosa lama). Menurut Dr. Ali Mahmood (2007) teknik pengajaran dan pembelajaran pula ialah lakonan, teater pembaca, teater bercerita, kerusi panas, simulasi, improvisasi dan main peranan. Teknik sangat penting untuk pengajaran dan pembelajaran kesusasteraan Bahasa Melayu yang berkesan. Aktiviti-aktiviti bagi setiap teknik tersebut akan menghidupkan suasana pengajaran dalam bilik darjah. Terdapat pelbagai teknik Penggunaan Bahan Sastera dalam Pengajaran. Antaranya, main peranan, simulasi, bercerita, lakonan, teater pembaca, teater bercerita, kerusi panas dan improvisasi. Mengikut keperluan tugasan berikut dihuraikan TIGA teknik penggunaan bahan sastera dalam pengajaran Bahasa Melayu.

3.1 TEKNIK IMPROVISASI 3.1.1 Definisi __________________________________________________________________ 6 HBML 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI

______________________________________________________________

Menurut Som Hj. Nor (1994) Improvisasi membawa maksud bertindak balas secara spontan terhadap situasi yang tidak dijangka. Improvisasi boleh dijalankan berdasarkan : i)

Situasi

ii)

Benda/alat

iii)

Watak

iv)

Petunjuk

v)

Bibliografi

3.1.2 Rancangan Aktiviti Improvisasi Berdasarkan Situasi Satu situasi diberikan kepada pelajar secara individu, pasangan atau kumpulan pelajar diminta melakonkan situasi yang diberi secara spontan. 3.1.3 Kaitan kemahiran atau aspek bahasa dengan bahan sastera yang dicadangkan oleh Kementerian Pelajaran Contoh Teknik Improvisasi berdasarkan teks Komsas Antologi Anak Laut (teks Prosa Klasik Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4 “Peminangan Puteri Gunung Ledang”

Set Induksi 1. Guru menayangkan sedutan VCD filem Puteri Gunung Ledang kepada pelajar dan mengemukakan soalan berkaitan rakaman tersebut. 2. Guru mengaitkan jawapan pelajar dengan tajuk pelajaran.

Langkah-langkah Pengajaran 3. Secara rawak guru memilih beberapa orang pelajar untuk melakonkan watak __________________________________________________________________ 7 HBML 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI

______________________________________________________________

tersebut secara teknik Improvisasi . Mereka perlu melakonkan cerita tersebut secara spontan. Watak utama tersebut ialah Sultan Mahmud, Puteri Gunung Ledang, Tun Mamat dan Perempuan Tua. 4. Pelajar berlakon. 6. Guru membahagikan pelajar kepada 5 kumpulan dengan kadar 5 orang bagi satu kumpulan.Guru meminta pelajar berbincang tentang watak dan perwatakan dalam “Peminangan Puteri Gunung Ledang” 5. Sesi pembentangan 6. Guru meminta pelajar mengenal pasti perkataan dalam bahasa istana yang terdapat dalam teks dan mencari makna dalam e-kamus. http://www.karyanet.com.my/knet/index.php?tpf=PELAJAR

7. Guru berbincang dengan pelajar tentang jawapan yang diberi Penutup 8. Guru membuat andaian Puteri Gunung Ledang menerima peminangan tersebut. Secara teknik improvisasi juga, guru meminta beberapa pelajar melakonkan watak sebagai rakyat Melaka yang menerima reaksi tentang berita peminangan tersebut (Penerapan Kemahiran Berfikir secara Kreatif) 3.1.4 Kaitan teknik dengan teori dan prinsip pembelajaran yang sesuai Teknik improvisasi secara jelas menggunakan Teori Pembelajaran Kognitif. Teori ini yang dipelopori antaranya Jean Piaget, David Ausebel, Robert Gagne, Kurt Koffka dan sebagainya. Ahli psikologi

kognitif berpendapat bahawa

pembelajaran adalah proses mental yang aktif untuk mendapatkan, menyimpan, mengingat dan menggunakan ilmu. Mereka berpendapatan bahawa ilmu pengetahuan yang diperoleh adalah hasil pembelajaran dan kuasa ilmu yang mendorong seseorang untuk belajar. __________________________________________________________________ 8 HBML 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI

______________________________________________________________

Robert M. Gagne merupakan seseorang ahli psikologi eksperimental yang berpengalaman dalam bidang penyelidikan pembelajaran serta telah terlibat dalam latihan dan masalah pendidikan yang lain. Dalam Prinsip Pembelajarannya, Gagne telah mengenal pasti lapan peringkat pembelajaran iaitu Pembelajaran Isyarat, Gerak Balas, Rangkaian Motor, Pertalian Bahasa, Diskriminasi, Konsep, Hukum dan Penyelesaian Masalah. Salah satu peringkat pembelajaran ialah Pembelajaran Pertalian Bahasa. Peringkat ini untuk menyatakan sesuatu prinsip, pelajar memerlukan kemahiran berbahasa untuk mengaitkan fakta, data dan konsep. Pertalian Bahasa merupakan satu rangkaian berbahasa. Ini memerlukan kemahiran berbahasa yang telah dipelajari dahulu. Semasa pelajar melakukan teknik improvisasi mereka perlu bertindak balas secara spontan dan kemahiran berbahasa yang dipelajari sebelum ini amat membantu mereka melaksanakan teknik ini dengan berkesan sekali gus memperoleh hasil pembelajaran dan kuasa ilmu yang mendorong seseorang untuk belajar. Ini bersesuaian dengan teknik dalam “Peminangan Puteri Gunung Ledang” di atas. 3.2 TEKNIK MAIN PERANAN 3.2.1 Definisi Main peranan merupakan satu situasi yang melibatkan pelajar memegang sesuatu peranan, sama ada sebagai dirinya sendiri atau individu lain, dan kemudian bertindak atau beraksi sebagaimana yang dikehendaki oleh situasi yang telah ditentukan. Main peranan sebagai individu lain amat sesuai dalam penyesuaian teknik penggunaan bahan sastera.

__________________________________________________________________ 9 HBML 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI

______________________________________________________________

Main peranan sebagai individu lain memerlukan pelajar memainkan peranan berdasarkan tokoh, pekerjaan , kedudukannya dalam masyarakat atau pertubuhan tertentu. Oleh kerana peranan yang diberikan berbeza dari pengalamannya yang sebenar, para pelajar

hendaklah diberi peluang menyediakan atau mendapat

maklumat yang lengkap tentang peranan tersebut sama ada memalui pembacaan atau membuat rujukan kepada sumber-sumber tertentu. Di samping itu, guru boleh juga menyediakan maklumat tersebut mengikut keperluan. 3.2.2 Rancangan Aktiviti Main peranan pekerjaan berdasarkan pekerjaan: Anda seorang inspektor polis yang sedang menyoal seorang saksi tentang kemalangan di jalan raya yang baru berlaku. Dalam kemalangan tersebut, seorang penunggang basikal telah luka parah kerana dilanggar oleh sebuah lori. Pemandu lori tersebut telah memandu dengan lajunya dan tidak berhenti di tempat kejadian itu. Saksi sedang disoal siasat itu melihat kejadian itu. Cuba sediakan beberapa soalan dan kemukakan soalan tersebut kepada saksi berkenaan.(Guru meminta seorang pelajar berperanan sebagai saksi semasa kejadian itu berlaku)

3.2.3 Kaitan kemahiran atau aspek bahasa dengan bahan sastera yang dicadangkan oleh Kementerian Pelajaran

__________________________________________________________________ 10 HBML 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI

______________________________________________________________

Contoh teknik main peranan yang menggunakan bahan sastera dalam pengajaran Bahasa Melayu adalah seperti berikut: Main Peranan dilaksanakan berdasarkan seseorang cerpen “Pusaran” .(Teks Antologi “Anak Laut” Tingkatan 4 KBSM. Set Induksi 1. Guru menayangkan slaid gambar berkaitan Binatang Kesayangan 2. Guru bersoal jawab berkenaan gambar. 3. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran. Langkah-langkah pengajaran 1. Guru membahagikan murid kepada lima kumpulan. 2. Dalam kumpulan pelajar diminta bersedia untuk melakonkan secara watak Junid iaitu watak utama dalam cerpen “pusaran” berdasarkan cerpen yang telah dibaca. 3. Guru mengedarkan kad arahan watak yang perlu dilakonkan.Pelajar melakonkan watak Junid , Tuan Haji Subki dan Mohsin setelah bersedia berdasarkan situasi sembelihan lembu kesayangan Junid “Pusaran” yang ingin dijadikan korban . 4. Murid diminta membincangkan plot dan watak & perwatakan dalam cerpen Pusaran 5. Guru meminta pelajar mempersembahkan hasil perbincangan kumpulan . 6. Menilai hasil tugasan kumpulan. 7. Guru menayangkan persembahan Power Point berkaitan plot dan watak & perwatakan 8. Guru meminta pelajar menamakan bahagian dalam plot dan nama watak berdasarkan pernyataan yang diberi. 9. Murid dibimbing untuk memberi jawapan. 10. Guru menayangkan slaid jawapan yang betul. __________________________________________________________________ 11 HBML 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI

______________________________________________________________ Penutup Guru menerapkan nilai-nilai murni kepada pelajar 3.2.4 Kaitan teknik dengan teori dan prinsip pembelajaran yang sesuai

Teknik Main Peranan juga berkaitan dengan Teori Pembelajaran Kognitif .Ahli-ahli psikologi kognitif berpendapat bahawa pembelajaran ialah suatu proses dalaman yang

berlaku dalam akal fikiran di

diperhatikan secara

mana

langsung

perkara initidak

dapat

daripada tingkah laku

manusia.Proses dalaman ini termasuk celik al, pemprosesan maklumat memori dan persepsi. Lokus pembelajaran menggunakan struktur dalaman kognitif. Tujuan adalah untuk perkembangan kapisiti dan kemahiran untuk belajar lebih baik. Teknik ini amat perkaitan dengan Prinsip Pembelajaran yang ada dalam pembelajaran secara konstruktivisme. Pendekatan ini dilaksanakan dengan memberi perhatian antaranya kepada perkara berikut •

Memberi peluang pelajar berkongsi pesepsi antara mereka



Menggalakkan pelajar menghormati pandangan alternatif rakan mereka.



Melaksanakan pengajaran berpusatkan pelajar.



Guru tidak menyampaikanmaklumat secara terus kepada pelajar.



Menggalakkan pelajar bekerja dalam kumpulan

Jelaslah di sini bahawa teknik main peranan dalam cerpen “Pusaran” ini amat bersesuaian dengan teori yang dinyatakan tersebut. Pelajar dapat membina kefahaman terhadap perkara yang dipelajari dan mewujudkan jaringan atau hubungan (dalam minda) antara idea dan fakta yang sedang dipelajari.

3.3 TEKNIK BERCERITA __________________________________________________________________ 12 HBML 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI

______________________________________________________________

3.3.1 Definisi Teknik bercerita merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan. Ini dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis di kalangan pelajar. Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak

dan

kesudahan

cerita.

Perhatian

perlu

diberi

kepada

teknik

persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata. Suara memainkan peranan yang penting. Ia harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan. Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita ialah : •

Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid. Kemudian, sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan.



Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa.



Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting.



Latih bercerita seolah-olah guru berada di hadapan murid-murid sekurangkurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini.



Guru bercerita dalam keadaan yang selesa.



Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau lain-lain Bahan Bantu Mengajar.



Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan.

__________________________________________________________________ 13 HBML 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI

______________________________________________________________ 3.3.2 Rancangan Aktiviti Dalam teknik bercerita terdapat beberapa aktiviti yang boleh dijalankan; termasuklah:

a) Guru menceritakan keseluruhan cerita dan pelajar mencatat urutan cerita b) Guru bercerita keseluruhan cerita dan pelajar menceritakan semula c) Murid mendengar rakaman sebuah cerita ( audio) dan pelajar menceritakan semula d) Guru menceritakan bahagian awal cerita dan pelajar meramalkan penyelesaiannya dan menceritakannya semula. e) Guru mengadakan teater pembaca f) Guru mengadakan teater bercerita 3.3.3 Kaitan kemahiran atau aspek bahasa dengan bahan sastera yang dicadangkan oleh Kementerian Pelajaran Teknik Bercerita berikut berdasarkan teks novel Bukit Kepong tingkatan 4 KBSM Set Induksi Guru meminta pelajar mencerita secara ringkas kerjaya seorang polis Langkah-Langkah Pengajaran 1. Guru menceritakan permulaan plot “Bukit Kepong” -Keadaan dan suasana di TM tidak aman – ancaman komunis -Othman sertai pasukan polis walaupun dihalang -Tamat latihan, berkahwin dengan Limah -Dihantar berkhidmat di Pagoh 2. Guru membahagikan pelajar kepada 4 kumpulan. Dalam kumpulan pelajar untuk berbincang tentang plot pekembangan,perumitan (konflik) puncak cerita (klimaks) dan peleraian.

__________________________________________________________________ 14 HBML 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI

______________________________________________________________

3. Guru meminta wakil kumpulan untuk menceritakan plot tadi dengan bantuan rangka cerita daripada guru. Perkembangan

Konflik

Klimaks

Peleraian

•Kesan ancaman komunis

•Peristiwa komunis

•Serangan ke atas Balai

•Balai Polis Bukit Kepong

dirasai oleh penduduk di Labis

menyerang dan membakar

Polis Bukit Kepong.

ditawan dan dibakar oleh

dan Pagoh.

bas dari Muar ke Pagoh.

pengganas komunis.

•Bukit Kepong menjadi

•Pengganas komunis telah

•Pihak komunis merancang

sasaran kerana

menyerang penduduk

sehingga menyukarkan

kedudukannya yang terpencil

kampung, orang

pasukan polis mengesan

•Semua mangsa dirawat di

dan tiada kawalan

perseorangan serta kawasan

untuk menyusun strategi.

Hospital Muar..

keselamatan yang kukuh.

estet setelah penduduk

•Limah menjadi gila setelah

kampung membunuh dua

menerima berita kematian

orang rakan mereka.

Othman.

misi serangan yang rapi

•Pasukan bantuan sampai.

•Kehidupan Othman tidak terbela setelah berhenti daripada perkhidmatan polis.

5. Pelajar mula bercerita dengan bimbingan guru. 6. Guru mengedarkan lembaran kerja dan meminta pelajar menjawab berdasarkan plot yang diceritakan oleh guru dan murid tadi. Penutup 7. Guru meminta pelajar menyenaraikan nilai-nilai murni yang ada dalam novel Bukit Kepong 3.3.4 Kaitan teknik dengan teori dan prinsip pembelajaran yang sesuai Teori Pembelajaran Sosial

amat sesuai sekali dikaitkan dengan teknik

bercerita yang dijalankan di atas. Teori ini yang diasaskan oleh Albert Bandura. Ia menyatakan bahawa faktor-faktor sosial, termasuk pemerhatian pelajar tentang tingkah laku dan pencapaian ibu bapanya , akan mempengaruhi tingkah laku pelajar tersebut. Teori Pembelajaran Sosial menganggap manusia sebagai makhluk yang aktif , berupaya membuat pilihan dan menggunakan proses-proses perkembangan untuk __________________________________________________________________ 15 HBML 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI

______________________________________________________________

memperlihatkan peristiwa serta berkomunikasi dengan orang lain. Perilaku manusia tidak ditentukan oleh kuasa dalaman dan sejarah perkembangan seseorang atau bertindak pasif terhadap pengaruh persekitaran. Manusia saling memerlukan , pengaruh-mempengaruhi antara satu sama lain. Bandura telah memperkenalkan Teori Pembelajaran Peniruan. Kajiannya bersama Walter (1963) ke atas kesan perlakuan kanak-kanak apabila mereka menonton video. Kanak-kanak tersebut cenderung untuk melakukan aksi-aksi yang dilakukan oleh orang yang mereka tonton dalam tayangan tadi. Prinsip Pembelajaran Sosial ini juga berkaitan dengan teknik bercerita. Semasa menjalankan aktiviti ini, pencerita sama ada guru atau pelajar cenderung untuk meniru perilaku pencerita yang pernah mereka saksikan sebelum ini. Proses tiruan mudah, iaitu meniru secara langsung dapat memberi satu idea kepada pencerita untuk menceritakan bahan sastera yang dikehendaki sekali gus menjayakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan. Dalam aktiviti bercerita novel Bukit Kepong tadi, guru sengaja memulakan cerita sinopsis Bukit Kepong supaya pelajar boleh meniru cara guru bercerita berdasarkan rangka cerita yang diberi oleh guru.

__________________________________________________________________ 16 HBML 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI

______________________________________________________________ 4.0

PEMILIHAN TEKNIK – MAIN PERANAN

Teknik yang dipilih adalah teknik main peranan berdasarkan buku teks “Antologi Anak Laut” yang terdapat kisah prosa klasik yang bertajuk ““Pertarungan Tuah dengan Jebat” 4.1

BAHAN PENGAJARAN

4.1.1 Sinopsis cerita PERTARUNGAN TUAH DENGAN JEBAT Cerita ini mengisahkan Hang Jebat yanng mengamuk kerana menuntut bela atas kematian Hang Tuah yang dibunuh tanpa usul periksa. Hang Jebat telah bertindak membunuh orang ramai dan menawan istana serta bermukah dengan dayang-dayang istana. Hang Tuah yang sebenarnya tidak dibunuh, tetapi hanya disembunyikan oleh bendahara.Hang Tuah yang telah dititahkan oleh sultan untuk membunuh Hang Jebat. Hang Tuah menerima tugas tersebut demi kesetiaannya kepada raja. Sebelum bertarung, Hang Jebat telah berpesan kepada Hang Tuah agar memelihara anak hasil permukahannya dengan Dang Baru sekiranya anak itu lelaki. Sekiranya anak itu perempuan, terpulanglah kepad ibunya. Pertarungan yang sengit itu berkesudahan dengan kematian Hang Jebat.

__________________________________________________________________ 17 HBML 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI

______________________________________________________________ 4.1.2 Petikan Prosa Klasik

PETIKAN PROSA KLASIK Setelah sudah maka Hang Jebat pun makan nikmat pada persantapan raja itu. Setelah sudah makan maka ia makan pada puan raja lalu ia berjalan ke muka pintu istana itu. Maka Hang Jebat pun membuka pintu istana itu sebelah; maka Hang Jebat, “Silakanlah orang kaya naik, kerana ayapan sudah hadir,’’ .Maka kata laksamana, “Aku tiada mahu naik,”.Setelah Hang Jebat mendengar kata laksamana demikian itu, maka oleh Hang Jebat dibukanya pintu sebelah lagi. Maka kata Hang Jebat, “Silakanlah orang kaya naik, pintu sudah terbuka”. Maka kata laksamana, “ Baiklah. “maka laksamana pun menyingsing tangan bajunya, seraya memekis, katanya, “ Cih, Si Jebat! Mati engkau olehku,” serta ia melompat ke atas anak tangganya itu. Maka Hang Jebat pun menghunus kerisnya lalu menikam dada laksamana; maka laksamana pun melompat ke tanah. Maka kata laksamana, “Cih, bukan laki-laki menikam mencuri!. Maka Hang Jebat pun tertawa, katanya, “Hai orang kaya, aku geram melihat engkau berdiri di atas tangga itu, tiada tertahan hatiku” . Maka kata laksamana, “ Bukan laki-laki berani. Jika hendak bertikam lagi ternama, tiada boleh kupermudah seperti lawan yang dahulu itu dan engkau saudara tua padaku tiada baik. Jika engkau hendak bertikam dengan aku, marilah naik,” Maka sahut laksamana, “ Bukalah pintu itu,” Maka kata Hang Jebat, “Nantilah aku seketika lagi, aku hendak berlangirkan kerisku”. Maka Hang Jebat pun menutup pintu istana empat puluh itu. Setelah sudah maka Hang Jebat pun menghunus kerisnya, maka ditikamnya segala perempuan isi istana yang tujuh ratus itu, seorang pun tiada tinggal.Maka darah pun seperti hujan yang lebat turun ke bawah istana.Maka laksamanapun berseru-seru, katanya, “Hai Si Jebat,pekerjaan apa kau kerjakan ini? Alangkah dosanya,” Maka sahut Hang Jebat, “Inilah pekerjaan yang sempurna .Sepala-pala jahat jangan kepalang, seperti pantun Melayu, rosak bawang ditimpa jambaknya”.Maka laksamana nerkata pula, “Hai Si Jebat, segeralah bukakan aku pintu ini”.

__________________________________________________________________ 18 HBML 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI

______________________________________________________________ 4.1.3 Slaid Set Induksi

• Apakah lihat?

yang

anda

• Nyatakan watak yang terlibat dalam ceritera tersebut? • Nyatakan konflik yang sering berlaku dalam cerita tersebut.

4.1.4 Soalan Latihan Berikan maksud bagi kata atau frasa klasik di bawah. Taip jawapan anda di kotak yang disediakan. Rujuk e- kamus dengan menggunakan kata dasar yang sesuai.

1. Persantapan 2. Ayapan 3. Memekis 4. Berlangirkan 5. Berseru-seru 6. Sepala-pala

__________________________________________________________________ 19 HBML 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI

______________________________________________________________ 4.1.5 Silang Kata Perwatakan TEKA SILANGKATA PERWATAKAN HANG TUAH DAN HANG JEBAT

T

MELINTANG 1. _______ bermain senjata. 3. Memiliki ______ ramalan 5. Kuat

D E

A

N

P A

D A I

M

L U

T

MENEGAK 2. Tidak menyimpan ______ 4. Sangat ______ kepada Sultan. 6. ______ masyarakat feudal. 7. Berpendirian _________.

A W G

H

4.1.6 Peta Minda Perbezaan Watak PETA MINDA PERBEZAAN WATAK TUAH DAN JEBAT TUAH

JEBAT

W A T A K

__________________________________________________________________ 20 HBML 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI

______________________________________________________________

4.2 LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN AKTIVITI 4.2.1 Hasil Pembelajaran Di akhir proses pengajaran dan pembelajaran pelajar dapat: Aras1 ( i ) -

Menyatakan makna kata dan maksud frasa atau rangkai kata yang sukar dalam karya dengan meneka berdasarkan konteks atau merujuk kepada kamus Aras1 ( iv )

-

membaca dengan menggunakan teknik luncuran dan imbasan untuk mendapatkan fakta yang diperlukan. Aras ( ii )

-

menjelaskan aspek watak dan perwatakan dan latar dalam karya yang sama atau karya yang berlainan.

4.2.2 Aktiviti Guru dan Pelajar Aktiviti Guru 1.

Aktiviti Pelajar

Guru mempersembahkan slaid iklan filem soalan

Hang dan

Tuah,

mengemukakan

mengaitkan

dengan

1. Pelajar

menjawab

soalan

guru

berdasar sinopsis filem Hang Tuah (rujuk 4.1.3)

pengajaran .(rujuk 4.1.3)

2.

Guru menggunakan MS PowerPoint

2. Pelajar membaca sinopsis cerita “ Pertarungan

Hang

Tuah”

__________________________________________________________________ 21 HBML 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

bagi

NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI

______________________________________________________________ bagi

menunjukkan

sinopsis

“Pertarungan Tuah dengan Jebat” dan

mengukuhkan pemahaman terhadap cerita. (rujuk 4.1.1)

meminta pelajar membacanya untuk pemahaman (rujuk 4.1.1) 3. Membaca petikan prosa klasik yang 3.

Guru

menunjukkan

prosa

dipersembahkan. Dalam kumpulan ,

klasik. Guru meminta pelajar menjawab

pelajar berbincang tentang dialog

berbincang

yang akan dilakonkan oleh ahli

tentang

petikan

dialog

yang

digunakan dan bersedia untuk aktiviti

kumpulan mereka.

teknik main peranan sebagai Tuah dan

( rujuk 4.1.2)

Jebat.

Kumpulan

yang

terbaik

melakonkan watak tersebut akan diberi hadiah. (rujuk 4.1.2) 4.

Guru

meminta

4. Pelajar mula berlakon dengan pelajar

untuk

melakonkan watak Jebat dan Tuah. 5.

menggunakan teknik main peranan 5. Pelajar mengisi peta minda yang

Guru meminta pelajar membuat peta

diberi oleh guru.

minda yang menunjukkan perbezaan

(rujuk 4.1.6)

watak

dan

Tuah

dan

Jebat

berdasarkan prosa klasik dan sinopsis. (rujuk 4.1.6) 6.

6. Pelajar mencari atau menggariskan

Guru meminta pelajar mencari atau

perkataan sukar dan mencari makna

mengariskan perkataan atau rangkai

perkataan di dalam e-kamus.

__________________________________________________________________ 22 HBML 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI

______________________________________________________________

7.

kata sukar .

http://www.karyanet.com.my/knet/index.

Guru meminta pelajar merujuk e-kamus

php?tpf=kamus_Dewan&kata_utama=S

bagi mencari makna.

ANTAP&sid=b43f21f788ce58c6aad819a

http://www.karyanet.com.my/knet/index.php?t pf=lamanutama

3f6d495ce&findd=Cari

7. Pelajar melengkapkan teka silang kata. (rujuk 4.1.5)

8.

Sebagai penutup, guru meminta pelajar melengkapkan teka silang kata. (rujuk 4.1.5)

5.0

KESIMPULAN

Pengajaran secara stereotaip akan membataskan pergerakan pelajar menyebabkan mereka kurang berminat dan cepat merasa bosan. Pelbagai aktiviti yang terdapat di atas seperti bertutur, mendengar , membaca, mencari, memadan, bergerak dan sebagainya menyebabkan pelajar menumpukan seluruh perhatian pelajar kepada aktiviti tersebut. Tambahan pula kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) yang diserapkan juga mampu memberikan satu persepsi yang menarik tentang bahan sastera. Dengan itu dapatlah merealisasikan hasrat menarik minat dan memberikan kesan positif terhadap pembelajaran pelajar.

BIBLIOGRAFI A. Ghafar Ibrahim (2002) .Menggenerasikan Sastera dalam Kalangan Pelajar . __________________________________________________________________ 23 HBML 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI

______________________________________________________________ Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Abd. Murad b. Salleh. (2002). Pelaksanaan pengajaran komponen sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu tingkatan 4: Satu kajian kes. Kuala Lumpur, Malaysia : Universiti Malaya Borhan Md. Zin. (2000). Kesusasteraan melayu sebagai komponen Bahasa Melayu: Menangani kekeliruan teknik pengajaran. Dewan Sastera, 19-21. Kementerian Pendidikan Malaysia (2005). Huraian Sukatan Pelajaran KBSM Bahasa Melayu Tingkatan 4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kesan Positif Penggunaan Bahan Drama Dalam Pengajaran Bahasa Melayu (http://cikguhalimah.googlepages.com/koleksiartikel2) Khadijah Rohani Mohd. Yunus (2007).HBEF2103 Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur : Open University Malaysia Mana Sikana (1989). Berkenanalan Dengan Drama. Petaling Jaya:Fajar Bakti Sdn. Bhd. Masharyati Musa. (2002). Komponen wajib kesusasteraan Melayu dalam Bahasa Melayu peringkat menengah atas: Satu tinjauan awal tentang teknik pengajaran. UPSI. Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir (2005). Citra Komsas. Tanjung Malim : Penerbit Universiti Sultan Idris Pusat Perkembangan Kurikulum. (2002). Laporan pelaksanaan komponen sastera dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris Tahun 2001 . Kuala Lumpur, Malaysia: Kementerian Pendidikan Malaysia

__________________________________________________________________ 24 HBML 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI

______________________________________________________________

Salbiah Ani. “Kemelut komponen sastera dalam Bahasa Melayu”. Berita Harian, Selasa 20 Mac 2001. hlm 3. Samat Buang. (1996). Pendekatan, kaedah dan teknik dalam pendidikan Bahasa Melayu menggunakan bahan sastera, Dewan Bahasa, 40 (3), 205-217. Thahir Nuruddin (2005). Kefahaman Guru Tentang Konsep Komponen Kesusasteraan Melayu Dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu. Jurnal IPBA 3(3), 49-61

__________________________________________________________________ 25 HBML 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

Related Documents

Tugasan Bm
October 2019 23
Bm
May 2020 47
Bm
May 2020 58
Bm
June 2020 31