Tugasan Bm Semester Januari 2009

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tugasan Bm Semester Januari 2009 as PDF for free.

More details

  • Words: 2,980
  • Pages: 19
BAHAGIAN A ( 1 ) PERKATAAN Perkataan ialah satu unit ujaran yang bebas dan mengandungi makna, yang terdiri daripada satu atau gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa. Perkataan dapat dijeniskan sebagai berikut: kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk, dan kata ganda. Kata Tunggal Kata tunggal adalah salah satu daripada bentuk perkataan di dalam Bahasa Melayu. Kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk dasar, iaitu tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar yang lain. Kata tunggal mengandungi satu suku kata atau lebih daripada satu suku kata dan ia terdiri satu morfem bebas sahaja. Perkataan yang demikian boleh masuk ke dalam ayat sebagai perkataan yang lengkap dan menjadi inti pada frasa nama. Contoh kata tunggal adalah seperti yang berikut: Bentuk Kata Tunggal Satu suku kata

Dua suku kata

Tiga suku kata

KV

-

yu

KVK

-

wang

KKKV

-

skru

KKKVK

-

skrip

V+KV

-

aku

V+VK

-

air

VK+VK

-

undi

KVK+KV

-

lampu

V+KV+V

-

usia

ISMAIL B. HAMID NO. MATRIK: 700601075065002 HBML 2103 : PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU

1

KV+V+KVK -

biawak

KVK+KV+V -

mentua

Akronim Kata akronim tergolong ke dalam kata nama tunggal. Kata nama akronim ialah perkataan yang dihasilkan melalui pencantuman bahagian-bahagian daripada serangkaian perkataan. Bahagianbahagian perkataan itu boleh terdiri daripada huruf-huruf, suku-suku kata, atau bahagianbahagian daripada perkataan. Berdasarkan cara pencantuman bahagian-bahagian perkataan itu, kata akronim boleh dibahagikan kepada sekurang-kurangnya empat jenis. a)

b)

c)

d)

Kata akronim cantuman huruf awal perkataan-perkataan LUTH

-

Lembaga Urusan Tabung Haji

ABIM

-

Angkatan Belia Islam Malaysia

Kata akronim cantuman huruf dan suku kata Proton

-

Perusahaan Otomobil Nasional

Mara

-

Majlis Amanah Rakyat

Kata akronim cantuman suku kata awal perkataan cerpen

-

cerita pendek

tadika

-

taman didikan kanak-kanak

Kata akronim cantuman bahagian awal bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian lain dalam perkataan yang mengikutinya jentolak

-

jentera tolak

purata

-

pukul rata

ISMAIL B. HAMID NO. MATRIK: 700601075065002 HBML 2103 : PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU

2

Kata Terbitan Kata terbitan ialah bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang mendapat atau menerima imbuhan, baik awalan, sisipan, akhiran atau apitan. Misalnya: mendukung

(men + dukung)

dipukul

(di + pukul)

makanan

(makan + an)

biarkan

(biar + kan)

mengakui

(meng + aku + i)

pertunjukan

(per + tunjuk + an)

gemuruh

(g + em + uruh)

Kata Majmuk Kata majmuk ialah bentuk kata yang wujud apabila dua kata dasar atau lebih dirangkaikan menjadi satu kesatuan sintaksis yang membawa makna tertentu. Misalnya: air mata meja makan kerani kanan bendahari kehormat sudut tepat Kata Ganda Kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar sama ada kata ganda tersebut diulang secara keseluruhan atau pada bahagian-bahagian tertentu, dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan. Misalnya: kanak-kanak lelaki bertubi-tubi membohong-bohongi memperkecil-kecil Kata ganda digunakan di dalam penulisan dan ayat untuk melahirkan maksud-maksud yang tertentu. Selalunya, kata ganda ini juga bertujuan untuk membawa maksud yang banyak. ISMAIL B. HAMID NO. MATRIK: 700601075065002 HBML 2103 : PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU

3

Perkataan yang digandakan perlu diletakkan tanda sempang (-). Terdapat 3 jenis kata ganda iaitu :1. Kata Ganda Penuh 2. Kata Ganda Separa 3. Kata Ganda berentak Kata Ganda Penuh Kata ganda penuh ialah proses menggandakan seluruh kata dasar tanpa sebarang perubahan bentuk. Contoh :ayat-ayat budak-budak lari-lari Kata ganda separa Kata ganda separa melibatkan suku kata pertama dalam kata dasar. Suku kata pertama perkataan yang digandakan itu mengalami perubahan menjadi vokal tengah iaitu e pepet. Contoh :langit à la-langit à lelangit siku à si-siku à sesiku kura à ku-kura à kekura Kata Ganda Berentak Pergandaan berentak ialah proses menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah Contohnya :sayur à sayur-mayur kuih à kuih-muih mandi à mandi-manda

ISMAIL B. HAMID NO. MATRIK: 700601075065002 HBML 2103 : PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU

4

KATA GANDA

Penuh

Separa

Berentak

Menggandakan keseluruhan

Menggandakan sebagaian

- Berentak pengulangan

kata dasar sama ada

kata dasar. Boleh berlaku di

mengandungi imbuhan

hadapan atau di belakang

ataupun tidak

kata dasar

Contoh; buku-buku

Contoh: lelabi

baju-baju

kekura

budak-budak

dedaun

vokal - Berentak pengulangan konsonan - Berentak bebas Contoh; hiruk-pikuk gunung-ganang

BAHAGIAN A ( 2 ) Bahan Bantu Mengajar yang akan digunakan dalam sesi pengajaran ini Bahasa melayu tahun enam ialah petikan, kad perkataan, slide Power Point, dan papan putih. Sesi pengajaran ini akan mendedahkan kepada murid-murid tentang jenis-jenis perkataan yang terdapat dalam Bahasa Melayu. Guru perlu membuat penjelasan kepada murid-murid tentang jenis-jenis perkataan tersebut kerana ia merupakan asas dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Dengan penggunaan kata yang betul akan menjadikan murid lebih mudah memahami dan meminati untuk mempelajari Bahasa Melayu. Mata Pelajaran Tahun Masa Topik

: : : :

Tajuk

:

Hasil Pembelajaran (Objektif)

:

Penerapan Nilai Penyerapan Ilmu Kemahiran Generik

: :

ISMAIL B. HAMID NO. MATRIK: 700601075065002 HBML 2103 : PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Bahasa Melayu Enam 60 minit i. Pemahaman ii. Tatabahasa i. Langkawi Pusat Pelancongan ii. Penggandaan Pada akhir pengajaran ini, murid-murid boleh; i. Menjawab soalan tentang isi sesuatu cerita. ii. Membuat rujukan untuk mendapatkan maklumat berhubung dengan maksud kata ganda. iii. Menulis jawapan pemahaman berdasarkan bahan bacaan. Menghargai keindahan alam semulajadi Geografi

5

KBKK

:

Alat Berfikir Kecerdasan Pelbagai Kemahiran Media Pengajaran

Pengalaman Sedia Ada

Langkah/ Masa (Peristiwa Pengajaran)

Set Induksi ( 5 minit ) (Menarik Perhatian) (Mengimbau Pengetahuan Sedia Ada)

i. Mengelas ii. Menyusun atur : Lembaran Pengurusan Grafik : Kecerdasan imaginasi Kecerdasan berbahasa : Menulis ayat yang mengadungi kata ganda : i. Peta ii. Gambar iii. Lembaran kerja iv. Kertas edaran : Murid-murid pernah melawat ke tempat menarik di Malaysia

Aktiviti P & P Isi

Merangsang murid-murid berhubung pengalaman mereka tentang • pengalaman makan angin

Guru

Pelajar

1. Mempamerkan peta Pulau Langkawi

1. Melihat peta dan menjawab soalansoalan yang dikemukakan oleh guru. 2. Bersoal jawab 2. Murid memberitahu dengan murid pengalaman mereka untuk berhubung dengan mendapatkan topik yang maklumat. dikemuka-kan oleh 3. Menekankan guru. pentingnya menghargai keindahan alam semulajadi

Media Pengajara n

Peta Langkawi

Kemahiran Generik

KBKK: Mentafsir

(Lampiran 1) Membuat perkaitan

Kecerdasan Pelbagai: Kecerdasan imaginasi Kecerdasan berbahasa Alat Berfikir: Soalan dan penyoalan

Langkah 1 ( 10 minit )

Aktiviti Bacaan

1. Mengedarkan petikan kepada murid.

1. Murid membaca senyap/bersuara, secara individu/ kumpulan.

Kertas edaran

KBKK:

Menjana (Lampiran 2) idea

(Menyediakan ISMAIL B. HAMID NO. MATRIK: 700601075065002 HBML 2103 : PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU

6

Bimbingan) (Menyampaikan Objektif)

2. Meminta mereka membaca petikan yang diberikan.

(Menyediakan Bahan Rangsangan)

2. Menjawab soalan guru secara lisan.

Kecerdasan Pelbagai: Kecerdasan berbahasa

3. Bersoal jawab tentang kandungan petikan yang dibaca. Langkah 3

Kata Ganda / Penggandaan:

( 10 minit )

1. Menerangkan maksud kata ganda.

Maksud Menyediakan Bimbingan Menyediakan Maklum Balas

• Jamak/banyak

1. Murid mendengar penjelasan guru tentang maksud kata ganda dan membuat catatan.

Carta

KBKK: Menjana idea

2. Memberikan contoh-contoh yang sesuai • Tunggal/Semu mengikut makna 2. Murid dengan merujuk memberikan petikan contoh-contoh lain. • Berulangulang

Kecerdasan Pelbagai: Kecerdasan berbahasa Alat Berfikir: Soalan dan Penyoalan

Langkah 4

Gerak kerja bertulis

( 20 minit ) (Menilai Pencapaian) (Pengukuhan)

Penutup

Rumusan isi pelajaran

1. Guru meminta muridmurid menjawab soalan-soalan pemahaman. 2. Guru membimbing murid-murid yang belum jelas tentang kata ganda. Guru membuat peneguhan

ISMAIL B. HAMID NO. MATRIK: 700601075065002 HBML 2103 : PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Murid menjawab soalan pemahaman.

Lembaran kerja

Kecerdasan Pelbagai: Kecerdasan berbahasa

Murid mendengar untuk memahami 7

tentang tajuk (5minit) BAHAGIAN B ( 1 ) RAGAM AYAT Ragam ayat terdiri daripada ayat aktif dan pasif. Ayat aktif Ayat aktif mengandungi kata kerja aktif yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif. Ayat aktif transitif mengandungi kata kerja transitif yang perlu diikuti oleh frasa nama atau klausa komplemen sebagai objek atau unsur penyambutnya. Kata kerja transitif mempunyai dua bentuk : yang pertama tidak menerima imbuhan ( seperti makan, minum) dan yang kedua menerima imbuhan ‘men-‘ ( seperti memanggil, melanda) Contoh : -

frasa nama sebagai objek: Guru disiplin memanggil pelajar itu. Banjir kilat melanda Kuala Lumpur.

-

ayat komplemen sebagai Pengawas memberitahu bahawa pelajar itu sudah pulang. Pengetua mengumumkan bahawa kawasan sekolah perlu dibersihkan setiap hari.

Ayat Pasif Ayat pasif ialah ayat yang dibina dengan mengutamakan objek asal sebagai pokok atau bahagian yang diterangkan. Ayat ini mempunyai kata kerja yang ditandai oleh penanda pasif seperti imbuhan ‘di-‘, ‘ter-‘, ‘ber-‘ serta ‘ke-‘dan ‘-an’. Contoh : Kain itu belum berlipat Penjenayah itu ditangkap oleh polis. -

bagi ayat pasif yang berkata kerja pasif ‘di-‘, kata sendi ‘oleh’ dan frasa nama yang berkedudukan selepas kata kerja boleh digugurkan tanpa merosakkan makna struktur ayat Contoh : Penjenayah itu ditangkap polis malam tadi.

ISMAIL B. HAMID NO. MATRIK: 700601075065002 HBML 2103 : PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU

8

Namun jika binaan ‘oleh’ dan frasa nama itu terletak jauh daripada kata kerja, maka ‘oleh’ tidak boleh digugurkan. Bagi ayat pasif dengan kata ganti diri orang pertama dan kedua, jenis kata ganti nama diri diletakkan di hadapan kata kerja dasar. Ini kerana kata ganti nama diri pertama dan kedua tidak boleh menerima kata kerja dengan imbuhan pasif ‘di-‘. Contoh : Buku itu jangan sekali-kali kau baca lagi. Ayat pasif dengan kata bantu pasif ‘kena’ pula mempunyai perkataan ‘kena’ di hadapan kata kerja dasar yang tidak menerima awalan. Contoh : Pengedar dadah itu kena tangkap.

BAHAGIAN B( 2 )

Jenis-jenis ayat Ayat Klausa Frasa Perkataan Morfem Apa itu ayat? 1.

Unit paling tinggi dalam tatabahasa. terdapat unsur-unsur seperti klausa, frasa, perkataan dan morfem – penggabungan ini yang membentuk konstruksi yang dikata ayat. [ Abdullah Hassan, 1981:179 ]

ISMAIL B. HAMID NO. MATRIK: 700601075065002 HBML 2103 : PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU

9

2.

Unit yang paling tinggi dalam skala tatatingkat nahu. (i) tidak ada unit yang lebih tinggi yang mempunyai ayat sebagai unsurnya (ii) terdiri dari klausa yang disertai dengan intonasi ayat yang lengkap, yakni dimulai dengan kesenyapan dan diakhiri dengan kesenyapan dan intonasinya menyatakan bahawa ayat itu sempurna dan selesai. [ Asmah Hj Omar, 1986:359 ] 3. Unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. (i) boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan. (ii) mengandungi intonasi yang sempurna

[ Tatabahasa Dewan, 2002:

414 ] Ayat Tunggal •

Ayat tunggal ialah ayat terbentuk daripada satu klausa, yakni ayat yang terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.



Ayat dasar juga adalah ayat tunggal, tetapi bukan semua ayat tunggal dapat dianggap sebagai ayat dasar.



Ayat dasar merupakan ayat tunggal jenis ayat penyata dalam ragam ayat aktif.



Ayat-ayat berikut ialah contoh ayat-ayat tunggal (subjek ditebalkan. Selainnya ialah predikat). Ibu negara kita Kuala Lumpur Gunung Kinabalu gunung tertinggi di Asia Tenggara Di dalam almari tali leher ayah Nama encik siapa? Berapakah keuntungan kita hari ini? Telah dinyatakan bahawa ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat. Subjek ayat tunggal boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif.



Begitu juga dengan predikat ayat tunggal boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama.

Rancangan Pengajaran

ISMAIL B. HAMID NO. MATRIK: 700601075065002 HBML 2103 : PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU

10

Mata Pelajaran

: Bahasa Melayu

Darjah

: Tahun 5 Musytari

Masa

: 60 minit

Tajuk/Topik

: Semangat Patriotik

Hasil Pembelajaran

: Di akhir pengajaran murid-murid dapat:

(Objektif)

1. Mengemukakan soalan yang bertumpu dan bercapah serta menjawabnya secara logik dan tepat 2. Membina ayat tunggal yang gramatis berdasarkan tajuk 3. Menulis jawapan pemahaman berdasarkan petikan yang

Kecerdasan Pelbagai

dibaca : Imaginasi Kecerdasan pelbagai

KBKK

: Membuat perkaitan Menjana idea

Penerapan Nilai

: Menghargai kemerdekan Mencintai negara

Penerapan Ilmu

: Kajian Tempatan

Media Pengajaran

: Lembaran Petikan (Lampiran ) Slaid power point (Lampiran Gambar(Lampiran )

Pengetahuan Sedia Ada

)

: Murid pernah menyertai sambutan Hari Kebangsaan di peringkat sekolah.

ISMAIL B. HAMID NO. MATRIK: 700601075065002 HBML 2103 : PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU

11

Langkah/Masa (Adegan

Isi Pelajaran

Strategi Pengajaran &

Media

Kemahiran

Pembelajaran

Pengajaran

Generik

pengajaran) •

Guru menunjukkan gambar

Gambar

tunggal perarakan sambutan

Slaid power point

Set Induksi

Kemerdekaan

Hari Kebangsaan dan

( 5 minit )

Tanah

bertanya murid tentang

Melayu

gambar

KBKK: Mentafsir Membuat

Soalan: Pernahkah kamu melihat

perkaitan

gambar ini? Di manakah peristiwa di dalam gambar ini? •

Kecerdasan Pelbagai:

Murid memerhati gambar dan menjawab soalan guru

Kecerdasan imaginasi Kecerdasan berbahasa Alat Berfikir: Soalan dan penyoalan

Langkah 1

Aktiviti

Murid diminta membaca

Petikan

secara senyap petikan

Menjelang

Murid membaca petikan

Kemerdekaan

(Menyediakan

secara senyap sambil

Tanah Melayu

Bimbingan)

memahaminya

(Lampiran )



Bacaan ( 15 minit ) •

ISMAIL B. HAMID NO. MATRIK: 700601075065002 HBML 2103 : PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU

KBKK: Menjana idea

12



(Menyampaikan Objektif) (Menyediakan •

Bahan

Kecerdasan

soalan bertumpu dan

Pelbagai:

bercapah berdasarkan

Kecerdasan

petikan

berbahasa

Murid cuba menjawab soalan yang dikemukakan

Rangsangan)

Langkah 3

Guru menyoal murid dengan

Ayat tunggal



( 15 minit ) •

Guru menerangkan tentang

Slaid power point

ayat tunggal.

(Lampiran

)

KBKK: Menjana idea

Murid memerhati dan mendengar penerangan guru.

Menyediakan •

Bimbingan

Guru meminta beberapa Kecerdasan

orang murid membina ayat Menyediakan

Pelbagai:

tunggal secara spontan

Maklum Balas



Beberapa orang murid

Kecerdasan

membina dan membacakan

berbahasa Alat

ayat tunggal secara spontan

Berfikir: Soalan Penyoalan

Langkah 4 ( 20 minit ) (Menilai Pencapaian)

Ayat tunggal



Petikan

Pelbagai:

Kata nama

meminta murid

am

menggariskan beberapa kata

Kecerdasan

Kata nama

nama am dan kata nama

berbahasa

khas

khas dalam petikan •

(Pengukuhan)

Kecerdasan

Dalam kumpulan guru

Murid mengecam dan menggarisi kata nama

ISMAIL B. HAMID NO. MATRIK: 700601075065002 HBML 2103 : PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU

13

dan

tersebut. •

Murid diminta membina ayat tunggal menggunakan kata nama khas seperti dalam petikan.



Wakil kumpulan membentangkan ayat tunggal yang ditulis.



Guru membetulkan kesalahan murid.



Murid diminta menyiapkan latihan membina tunggal dalam buku tulis.

Penutup

Rumusan isi pelajaran

( 5 minit)



Guru menekankan peri penting menghargai dan mempertahankan kemerdekaan

Kesimpulan Strategi Pengajaran Tatabahasa Selaras dengan konsep pendidikan bersepadu yang diamalkan di negara ini sejak tahun 1988, maka pengajaran bahasa pun tidak boleh lagi ISMAIL B. HAMID NO. MATRIK: 700601075065002 HBML 2103 : PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU

14

diajarkan menurut cara lama yang memisah-misahkan aspek-aspek yang diajarkan, misalnya antara satu kemahiran dengan kemahiran yang lain, antara kemahiran dengan sistem bahasa dan sebaliknya, serta antara kemahiran dan sistem bahasa dengan isi bahasa, terutama ilmu dan nilai. Strategi pengajaran bahasa Melayu menurut pendekatan bersepadu berasas pada strategi 2P, iaitu penggabungjalinan dan penyerapan. Secara ringkas, pengajaran tatabahasa tidak boleh dipisahkan sama sekali daripada kemahiran. Apabila tatabahasa diajarkan secara gabung jalin dengan kemahiran, maka dapatlah dielakkan pengajaran yang tertumpu semata-mata pada rumus-rumus tatabahasa sehingga menimbulkan kebosanan. Tata bahasa dapat diajarkan bersama-sama dengan aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Selain tidak membosankan, dapat pula murid memahami penggunaan tata bahasa secara fungsional dan dalam konteks yang sesuai dan wajar. Dengan perkataan lain, pendidikan bahasa di samping menitikberatkan penguasaan tata bahasa serta aspek-aspek sistem bahasa yang lain dan juga penguasaan empat kemahiran bahasa (mendengar, bertutur, membaca, dan menulis), perlu turut menekankan aspek kandungan bahasa. Melalui strategi penggabung-jalinan murid diasuhkan menguasai tatabahasa sambil melakukan aktiviti-aktiviti yang bermakna dalam kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Melalui strategi, penyerapan pula, murid dituntun menguasai tata bahasa dalam konteks yang bermakna, iaitu sambil mempelajari beraneka maklumat ilmu, hal ehwal semasa, kegiatan masa lapang, dan nilai-nilai murni. Dengan demikian, tatabahasa tidak menjadi unsur yang terasing daripada kehidupan sehingga fahamlah murid mengapa ia perlu mempelajari tatabahasa dan fahamlah juga guru mengapa ia perlu mengajarkan tatabahasa. Daripada segi pelaksanaannya, pendekatan bersepadu dalam pengajaran tata bahasa memerlukan perhatian yang sungguh-sungguh daripada segi perancangan dan pengajarannya di bilik darjah. Rujukan:

ISMAIL B. HAMID NO. MATRIK: 700601075065002 HBML 2103 : PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU

15

............... (2004), Buku Aktiviti Murid Bahasa Melayu Tahun 6, Kuala Lumpur, Penerbitan Sri Kenanga Sdn. Bhd. ………….. (1994 ) KBSM dan Strategi Pengajaran Bahasa, Edisi Baru, Siri Pendidikan Perguruan, Kuala Lumpur, Kumpulan Budiman Snd.Bhd. …………..( 1989 ) Pedagogi Bahasa, Siri Pendidikan Longmans, Selangor, Dr. Ali Mahmood et.al (2008),Pembelajaran Morfo Sintaksis Bahasa Melayu, Kuala Lumpur,Open University Malaysia Kamarudin Haji Husin, ( 1998 ), Siri Pendidikan Perguruan Pedagogi Bahasa: Perkaedahan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budimas Sdn Bhd. Kamarudin Jeon et.al, (2005), Buku Panduan Guru Bahasa Melayu Tahun 5, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka Raminah Hj. Sabran & Rahim Syam (1985). Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Rujukan laman web. http://www.pts.com.my http://www.semestian.net/ghalib/ www.tutor.com.my/tutor/archives/CADfPP/HSP/UPSR/BM/UPSR_BM

Penghargaan ISMAIL B. HAMID NO. MATRIK: 700601075065002 HBML 2103 : PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU

16

Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan rahmatNya, dapat saya menyiapkan tugasan ini. Keupayaan yang terbatas selaku manusia biasa serta cabaran dan dugaan yang dihadapi telah dilalui, meskipun memerlukan ketabahan dan kesabaran. Setinggi – tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada tutor saya iaitu En Muhaiyuddin b.Mohamed Azizi di atas segala sumbangan ilmu, kepakaran dan tenaga beliau dalam memberi tunjuk ajar, bimbingan dan nasihat sehingga saya berjaya menyempurnakan tugasan ini. Hanya Allah jua yang dapat membalas jasa baik tuan. Terima kasih yang tak terhingga juga saya ucapkan kepada rakan – rakan di Fakulti Pendidikan dan Bahasa OUM yang telah menyumbang ilmu yang tidak ternilai harganya sepanjang semester ini. Penghargaan ini juga buat keluarga tercinta kerana memahami serta membantu saya di dalam meneruskan cabaran sepanjang pengajian ini. Terima kasih.

i 1. KANDUNGAN

ISMAIL B. HAMID NO. MATRIK: 700601075065002 HBML 2103 : PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Halaman

17

Penghargaan

i

Kandungan

ii

Soalan Tugasan

iii-iv

2. TUGASAN Perkataan, Kata tunggal

1

Kata terbitan, kata majmuk, kata ganda

2-5

Bahan dan pengajaran kata ganda

5-7

Ragam ayat

8-9

Ayat tunggal

10

Rancangan Pengajaran Harian (Ayat tunggal)

11-14

Kesimpulan

15

3. RUJUKAN

16

4. Lampiran

ii

ISMAIL B. HAMID NO. MATRIK: 700601075065002 HBML 2103 : PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU

18

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

TUGASAN KURSUS HBML 2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU

NAMA: NO. MATRIKS: TUTOR:

ISMAIL B. HAMID NO. MATRIK: 700601075065002 HBML 2103 : PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU

ISMAIL BIN HAMID 700601075065002 EN. MUHAIYUDDIN B. MOHAMED AZIZI

19

Related Documents

Tugasan Bm
October 2019 23
Januari 2009
December 2019 36
Jpmorgan_6 Januari 2009
December 2019 25
Nieuwsbrief Januari 2009
April 2020 15