Tugasan 2.docx

  • Uploaded by: im fad
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tugasan 2.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,325
  • Pages: 8
Penulisan Esei II Tugasan 2: hurai dan banding bezakan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. 1.0 Pengenalan Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik merupakan pelbagai cara yang digunakan oleh guru untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dengan berkesan. Hakikatnya, keempat-empat elemen ini tidak boleh digunakan secara berasingan dalam proses PdP sebaliknya, perlulah disepadukan bagi membantu guru mencapai objektif pembelajaran. 2.0 Definisi Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), pendekatan merujuk kepada perihal mendekati atau mendekatkan, kaedah (cara atau langah-langkah) yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan tugas manakala strategi pula bermakna rancangan teratur yang memperhitungkan pelbagai faktor untuk mencapai matlamat atau kejayaan. Kaedah bermaksud cara atau peraturan membuat sesuatu, terutamanya yang bersistem. Lebih spesifik lagi, kaedah mengajar merupakan cara mengajar yang berdasarkan prinsip-prinsip tertentu. Teknik pula didefinisikan sebagai kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan lukisan. Dalam konteks pendidikan, pendekatan merangkumi cara mendekati sesuatu. Sebagai contoh, jika objektif pembelajaran ditentukan untuk sesuatu proses PdP, maka pendekatan yang digunakan adalah merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajar untuk mencapai objektif tersebut. Selain itu, strategi dalam PdP merupakan suatu kemahiran merancang dan menguruskan kaedah dan teknik pengajaran untuk mencapai objektif pembelajaran. Kaedah pengajaran pula ialah cara yang digunakan untuk mengelolakan dan menggunakan teknik, isi pelajaran dan alat bantu mengajar (ABM) untuk mencapai objektif pembelajaran manakala teknik pengajaran merupakan satu kemahiran atau cara melaksanakan penyampaian bahan pengajaran kepada murid dari segi langkah-langkah dalam aktiviti PdP. Menurut Shahabuddin, Rohizani & Mohd Zohir (2007), keempat-empat konsep berlaku serentak semasa menentukan sesuatu sesi PdP. Sebagai contoh, ketika mengajar, guru menggunakan pendekatan konsep daripada konkrit kepada abstrak. Pendekatan sebegini boleh dikategorikan sebagai pendekatan deduktif. Semasa melaksanakan PdP berdasarkan pendekatan yang telah dipilih, guru juga perlulah menggunakan kaedah yang sesuai digunakan terutamanya dalam PdP bahasa Melayu. Langkah seterusnya yang perlu dilakukan oleh guru Nur Fahimah binti Patlillah

Penulisan Esei II ialah merancang teknik yang komplemen dengan kaedah tadi. Shahabuddin, Rohizani & Mohd Zohir (2007) turut menambah bahawa strategi pula merupakan usaha dalam mengenal pasti dan memilih kaedah dan teknik yang sesuai bagi memenuhi pendekatan yang telah ditentukan.

Rajah 1. Hubungkait pendekatan, strategi, kaedah dan teknik. Rajah di atas menunjukkan bahawa pendekatan merangkumi kesemua strategi, kaedah dan teknik yang akan digunakan oleh guru dalam sesi PdP manakala teknik pula merupakan komponen yang paling akhir sekali dalam pelaksanaan PdP. 3.0 Pendekatan Kamarudin Husin (1988) dalam Nur Anis Nabila, Nur Ezzatul Ameera & Siti Hawa Saadah (2013) melihat pendekatan sebagai satu kumpulan andaian yang saling berkait tentang hakikat bahasa, hakikat pengajaran bahasa dan hakikat pembelajaran bahasa.

Rajah 2. Contoh pendekatan PdP BM

Nur Fahimah binti Patlillah

Penulisan Esei II Pendekatan induktif merupakan PdP yang bermula daripada sesuatu yang spesifik kepada yang lebih umum, kebiasaannya dimulakan dengan guru memberi contoh kemudian diikuti dengan generalisasi. Pendekatan ini sangat sesuai sekiranya objektif pembelajaran yang ingin dicapai ialah murid dapat memahami proses sesuatu konsep itu diperoleh. Sebagai contoh, guru mengajar murid membina ayat mudah terlebih dahulu, kemudian menerangkan rumus ayat iaitu subjek + predikat = ayat. Pendekatan deduktif pula adalah berlawanan dengan pendekatan induktif. Pendekatan ini bermula dengan sesuatu yang umum kemudian bercambah menjadi perkara yang spesifik. Pendekatan ini selari dengan prinsip ansur maju kerana penggunaan pendekatan sebegini harus mengikut langkah demi langkah. Sekiranya ada langkah yang ditinggalkan, maka penguasaan konsep murid-murid akan menjadi lemah kerana mereka gagal mengaitkan konsep dengan contoh yang sesuai. Misalnya, guru menerangkan huruf vokal sebagai bunyi bersuara dan kemudian memberikan contoh huruf ‘a’, ‘e’, dan ‘i’. Selain itu, pendekatan yang berpusatkan murid, guru, bahan dan tema juga boleh dilaksanakan dalam PdP bahasa Melayu. Tambahan lagi, PdP mata pelajaran Bahasa Melayu (BM) diajar berdasarkan tema. Melalui pendekatan ini, ilmu daripada mata pelajaran dan disiplin ilmu lain lebih mudah diserapkan dan kosa kata bertambah serta dapat dikembangkan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2015). 4.0 Strategi Kemahiran merancang dan menguruskan kaedah dan teknik pengajaran untuk mencapai objektif pembelajaran dikenali sebagai strategi. Bertepatan dengan ciri-ciri Pendidikan Abad Ke-21, strategi yang digunakan oleh guru dan murid juga sudah berubah.

Rajah 3. Contoh strategi PdP BM Nur Fahimah binti Patlillah

Penulisan Esei II Strategi-strategi seperti yang ditunjukkan di atas membantu guru dalam melaksanakan PdP yang dapat menarik minat murid. Hal ini demikian kerana, kesemua strategi tersebut mengambil kira tahap kecerdasan dan minat murid. Misalnya, strategi didik hibur dan kecerdasan pelbagai yang menjadikan PdP lebih menyeronokkan. Dalam PdP bahasa Melayu, didik hibur merupakan strategi yang sangat berkesan kerana murid dapat mempraktikkan bahasa Melayu dengan tatabahasa dan seni bahasa yang tepat dalam aktiviti didik hibur.

Rajah 4. Didik Hibur

Rajah 5. Pembelajaran Koperatif

Nur Fahimah binti Patlillah

Penulisan Esei II

Rajah 6. Pembelajaran Berasaskan Projek

Rajah 7. Pembelajaran Luar Bilik Darjah (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2016) 5.0 Kaedah Kaedah ialah satu siri tindakan yang sistematik dengan tujuan mencapai objektif pembelajaran. Sehubungan itu, kaedah lebih bersifat jangka pendek dan menyokong pendekatan yang telah dipilih. Kaedah yang digunakan juga berbeza mengikut mata pelajaran yang diajar. Contohnya, kaedah PdP bahasa Melayu seperti kaedah tatabahasa terjemahan tidak sesuai digunakan dalam PdP mata pelajaran Matematik.

Nur Fahimah binti Patlillah

Penulisan Esei II

Rajah 8. Contoh kaedah PdP BM 6.0 Teknik Teknik ialah satu muslihat atau taktik yang digunakan oleh guru untuk mencapai hasil segera yang maksima pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu (Kamaruddin Husin, 1986).

Rajah 9. Contoh teknik PdP BM Susan (2012) mencadangkan beberapa aktiviti yang boleh dilaksanakan berdasarkan teknik bercerita seperti ‘beg cerita’, ‘cerita kumpulan’ dan ‘berbual dengan boneka’. Bagaimanapun, cara seseorang guru memanfaatkan teknik PdP BM itu sebenarnya bergantung kepada kreativiti guru dan kemampuan murid untuk melaksanakan sesuatu aktiviti. 7.0 Banding beza Secara keseluruhannya, pendekatan, strategi, kaedah dan teknik merupakan keempatempat komponen yang sama penting kedudukannya dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Namun begitu, terdapat perbezaan yang ketara antara kesemua komponen ini. Nur Fahimah binti Patlillah

Penulisan Esei II Dari segi konsep, pendekatan merupakan cara mencapai sesuatu objektif pembelajaran, strategi merujuk kepada langkah untuk mencapai objektif tersebut manakala kaedah pula ialah cara yang teratur, kemas dan sistematik dalam mendekati objektif pelajaran. Pada masa yang sama, teknik bergantung kepada kemahiran guru untuk mengendalikan kaedah PdP. Penerangan yang lebih terperinci boleh dilihat daripada rajah di bawah:

Rajah 10. Perbezaan pendekatan, strategi, kaedah & teknik

Di samping itu, contoh-contoh bagi setiap pendekatan, strategi, kaedah dan teknik juga adalah berbeza. Pendekatan termasuklah induktif, deduktif dan elektik manakala strategi terbahagi kepada beberapa kemahiran seperti kemahiran berfikir, kemahiran belajar cara belajar dan pembelajaran koperatif. Aplikasi kaedah dalam PdP BM pula ialah kaedah terus, ajuk hafaz dan kod-kognitif manakala teknik tertumpu kepada latih tubi, bercerita, tunjuk cara dan drama. Jaringan Ilmu Pendidikan Maktab Perguruan Tawau Sabah (MPTS) (t.t) telah memberikan satu analogi yang sangat menarik untuk memudahkan pemahaman guru mengenai konsep pendekatan, strategi, kaedah dan teknik ini. Mari kita andaikan kesemua

Nur Fahimah binti Patlillah

Penulisan Esei II konsep PdP ini dalam satu sesi memasak. Sebagai contoh, pendekatan-pendekatan memasak ikan yang kita boleh gunakan ialah seperti pendekatan Timur atau pendekatan Barat. Pendekatan Barat mengutamakan nilai kalori, nilai makanan dari segi zat dan ciri-ciri makanan seimbang manakala pendekatan Timur pula lebih kepada rasa seperti rupa makanan. Begitu juga dengan konsep strategi. Sekiranya kita ingin memasak seekor ikan yang agak besar, strategi memasak perlu dirancang supaya faedah dapat diperoleh dengan menggunakan masa, tenaga serta sumber yang paling minimum. Dalam hal ini kita perlu merancangkan kaedah dan teknik yang boleh digunakan untuk memasak ikan tersebut. Jika kaedah dalam PdP adalah seperti kaedah bahasa komuniti dan kaedah tatabahasa terjemahan, maka kaedah dalam masakan dapat disamakan dengan kaedah menggoreng, merebus atau memanggang. Untuk menggoreng ikan, beberaapa kemahiran khusus perlulah dikuasai supaya ikan yang dapat digoreng dengan betul. Kemahiran itulah yang disebut sebagai teknik. Sehubungan itu, kaedah sebenarnya mempunyai teknik-teknik yang tertentu yang perlu diikut secara tertib. Maka, setiap teknik adalah berbeza untuk setiap kaedah yang berlainan. 8.0 Kesimpulan Kesimpulannya, terdapat pelbagai komponen dalam pelaksanaan PdP. Malah, dalam setiap komponen itu juga terdapat beberapa contoh yang pelbagai. Guru haruslah memahami dengan lebih mendalam tentang setiap komponen supaya kesemua komponen tersebut dapat digunakan dengan bijak dalam memastikan kelancaran proses PdP.

Nur Fahimah binti Patlillah

Related Documents

Tugasan%20pdpp.docx
November 2019 18
Tugasan Ma
May 2020 17
Tugasan 2
June 2020 19
Tugasan 1
October 2019 38
Tugasan 1
May 2020 19
Tugasan Vb
May 2020 27

More Documents from ""