Tugasan 2 - Penulisan Esei.docx

  • Uploaded by: Lorraine Lee
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tugasan 2 - Penulisan Esei.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,048
  • Pages: 4
1.0 Pengenalan Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat yang majmuk iaitu kaum majoritinya adalah Melayu, Cina dan India. Setiap kaum mempunyai latar belakang dan budaya yang tersendiri. Dengan ini, kaum-kaum ini telah mempengaruhi pembentukan ketamadunan Malaysia. Tamadun didefinisikan sebagai cara hidup yang serba berkemajuan atau peradaban dalam Kamus Pelajar Bahasa Melayu Edisi Kedua (2008). Oleh itu, hal yang akan dibincangkan adalah pengaruh tamadun Melayu, Cina dan India dalam pembentukan ketamadunan Malaysia khususnya dari segi sosio budaya, ekonomi dan pendidikan. 2.0 Sosio budaya Kini, masyarakat mempunyai banyak pilihan jenis makanan dan minuman. Pelbagai jenis makanan ditawarkan seperti makanan segera dari luar negera. Makanan segera merupakan makanan yang cukup digemari kerana makanan ini praktikal dan sesuai dengan keadaan masyarakat pada era globalisasi yang cukup sibuk. Atas sebab globalisasi inilah munculnya rantaian makanan segera seperti McDonald’s, Texas Chicken dan Burger King di Malaysia. Oleh sebab pengaruh tamadun Melayu di Malaysia, rantaian makanan segera ini menawarkan makanan halal sahaja kepada masyarakat Malaysia kerana penganut agama Islam hanya boleh makan makanan yang halal sahaja. Hal ini dapat melahirkan masyarakat Malaysia yang memahami akan budaya dan larangan agama-agama yang terdapat di Malaysia. Antara pengaruh tamadun India dan Cina dalam pembentukan ketamadunaan Malaysia adalah kedatangan agama Hindu dan Buddha. Namun, kesan pengaruh Hindu Buddha hanya pada lapisan atas, iaitu golongan bangsaan sahaja, tidak menyerap kepada segenap lapisan masyarakat Melayu (Azhar, 2004). Dengan ini, wujudlah bahawa sultan atau raja berada pada kedudukan yang tertinggi dalam sistem pemerintahan Malaysia. Ini adalah disebabkan oleh pengaruh Hindu Buddha atas konsep dewaraja. Kita dapat melihatkan pengekalan kepercayaan ini dengan merujuk kepada Rukun Negara iaitu Taat kepada Raja dan Negara. Dengan ini, rakyat Malaysia akan mempunyai rasa hormat kepada tanah air sendiri dan akan bertoleransi antara satu sama lain bagi menjamin keamaanan negara. 3.0 Ekonomi Di era penjajahan British di Tanah Melayu, teknik perlombongan bijih timah dari China dan ladang getah dari India telah dibawa masuk dengan membawa masuk orang-orang Cina dan India ke Tanah Melayu (Adibah, Mohd. Fauzi, Noor Sham & Siti Nor Baya, 2008). Mereka dibawa

masuk sebagai buruh di lombong-lomgbong biji timah dan juga di ladang-ladang getah. Kemudian, orang-orang Cina dan India telah mendapat taraf kerakyatan dan menjadi warganegara Malaysia sebelum kemerdekaan (Azhar, 2004). Dengan itu, budaya dan tamadun bangsa Cina dan India juga telah berkembang di Malaysia. Tempat kediaman, kemudahan dan taraf hidup antara masyarakat Melayu, Cina dan India berbeza atas sebab pekerjaan mereka yang berbeza. Pada masa itu, masyarakat Cina terkumpul di bandar bekerja sebagai peniaga dan pelombong bijih timah (Damia Noraini, 2012). Masyarakat India tinggal di ladang getah sebagai penoreh getah. Masyarakat Melayu pula tetap kekal dalam kegiatan pertanian seperti penanaman padi dan perikanan menetap di kawasan pertanian dan pinggir laut. Menurut Nina Farzuin (2017), Timbalan Ketua Pengarah Dasasr dan Operasi, Lembaga Getah Malysia (LGM), Suarni Sumormo melaporkan bahawa pada tahun 2016, industri getah telah menyumbangkan pendapatan kepada lebih 450,000 keluarga pekebun kecil sekali gus dianggarkan lebih kurang dua juta orang yang bergantung pada pendapatan daripada hasil getah. Industri getah dikenali sebagai Industri Strategik Negara adalah kerana ia menyediakan pendapatan kepada kelompok besar masyarakat terutamanya di luar bandar (Nina Farzuin, 2017). Tamadun Melayu, Cina dan India telah memberikan sumbangan yang tersendiri terhadap sektor ekonomi dalam pembentukan ketamadunan Malaysia dan masyarakat Malaysia perlu hargai usaha yang dicurahkan oleh setiap pihak bagi memajukan ekonomi negara. 4.0 Pendidikan Orang Cina juga banyak mencapai kemajuan dalam bidang matematik. Penggunaan sempoa (abacus) disebut buat pertama kali pada kurun ke-2 dalam karya ahli matematik Xu Yue, walaupun alat itu tidak digunakan secara meluas sehingga masa yang lebih lewat (Mohd Razimi, 2013). Pada hari ini, penggunaan sempoa ada dalam kandungan pengajaran dan pembelajaran seawal Tahun Satu pendidikan sekolah rendah. Mohd Razimi (2013) turut menyatakan bahawa kebanyakan matematik Cina terkandung dalam karya agong jiuzhang suanshu (Sembilan Bab Matematik) oleh Zhang Cang (kurun ke-2SM). Di dalam buku ini terdapat misalnya catatan mengenai kuantiti negatif. Ahli matematik Cina juga mengenalpasti nilai pi (π), sistem pecahan dan sistem perpuluhan. Perkara-perkara ini telah diterapkan dalam matapelajaran Matematik dan juga Matematik Tambahan di peringkat sekolah menengah. Terbukti kesemua kemajuan dalam bidang matematik ini kekal digunakan sehingga hari ini. Pengaruh Hindu yang datang daripada tamadun India telah banyak mempengaruhi ilmu dari segi bahasa di Malaysia (Ahmad Nasir, 2017). Kesusasteraan India yang mantap dan banyak mengandungi unsur bahasa yang menarik menjadi sumber perkembangan ilmu pegetahuan

sekitar kawasan Asia Tenggara. Penggunaan bahasa dari bahasa hindu banyak dijadikan asas kepada kesusasteraan India. Menurut sejarah Asia, Orang India dianggarkan datang ke Asia Tenggara adalah pada sekitar kurun pertama Masihi. Pada zaman ini, penyebaran tamadun India begitu berkembnag sehinggakan kebanyakkan kawasan sekitar Asia Tenggara menerima pengaruh India. Pengaruhnya boleh dilihat dalam konteks penggunaan bahasa Melayu pada zaman empayar Srivijaya. Batu bersurat yang dijumpai di sekitar Palembang (kurun ke-7M), Talang Tuwo (684M) dan di Pulau Bangka (686M) menunjukkan bukti bahawa terdapat kira-kira 70% kosa kata bahasa Melayu kuno dan 30% lagi kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit. bahasa Melayu memang mempunyai banyak persamaan dengan bahasa Sanskrit (Ghazali, 2001). Contoh perkataan bahasa Melayu yang sama seperti perkataan bahasa Sanskrit, ‘sepuluh’, ‘datang’ dan ‘agama’. 5.0 Penutup Kesimpulannya, tamadun Melayu, Cina dan India banyak memberikan kesan dan pengaruh kepada masyarakat di Malaysia. Tamadun-tamadun ini kaya dengan pelbagai adat budaya dan keseniaan yang masih diguna pakai sehingga masa kini. Secara signifikannya, tamadun-tamadun ini yang sudah lama bertapak di Malaysia sejak pembetukan ketamadunannya telah mempengaruhi corak kehidupan masyarakat tempatan. Hal ini demikian kerana unsur ketamadunan Melayu, Cina dan India sememangnya sinonim dengan budaya Asia yang penuh keunikkan dan nilai estetika yang tinggi. Dengan ini, masyarakat Malaysia yang bertoleransi dan saling memahami adat budaya pelbagai kaum dapat dilahirkan.

Rujukan Ahmad Nasir Mohd Yusoff (2017). Tamadun india 8m interaksi. Diperoleh daripada https://issuu.com/ahmadnasirmohdyusoff/docs/tamadun_india_m8_interaksi Ahmad Kamil Mohamed (2007). Ancaman makanan segera. Sinar Harian. Diperoleh daripada http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0221&sec=Rencana&pg=re_01 Azhar Hj. Mad. Aros (2004). Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS). Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Aziah Tajudin & Mohd. Fazli Tajuid (2008). Kamus pelajar bahasa Melayu (2 ed.). Kuala Lumpur: nd

Dewan Bahasa dan Pustaka. Damia Noraini (2012). Keadaan masyarakat di tanah Melayu semasa penjajahan. Diperoleh daripada https://www.slideshare.net/nordamia81/keadaan-masyarakat-di-tanah-melayusebelum-dan-selepas-penjajahan Ghazali Darusalam, G. (2001). Tamadun Islam dan Tamadun Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd. Mohd Razimi Husin (2013). Tamadun Islam dan tamadun Asia (TITAS). Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Nina Farzuin MD Sharom (2017). Nafas baharu penoreh getah. Sinar Harian. Diperoleh daripada http://www.sinarharian.com.my/nasional/nafas-baharu-penoreh-getah-1.635397

Related Documents

Tugasan 2
June 2020 19
Tugasan 2
May 2020 15
Tugasan 2
May 2020 18
Tugasan 2
October 2019 28

More Documents from "siti nur"