Tugasan 1.docx

  • Uploaded by: Cool Geetha
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tugasan 1.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 443
  • Pages: 2
TUGASAN 1 Huraikan maksud moral dalam Pendidikan Moral. Dengan menggunakan contoh - contoh yang sesuai anda dikehendaki menjelaskan jenis-jenis nilai dalam Pendidikan Moral.

Moral merupakan perkataan yang berasal Bahasa Latin yang bererti tingkah laku. Pendidikan Moral sangat penting kepada manusia dalam menjalankan kehidupan seharian.Moral merupakan nilai positif yang dimiliki oleh seseorang individu.Individu yang tidak memiliki moral digelar sebagai amoral. Menurut George Lundberg semua objek mempunyai nilai dan manusia bertindak terhadap objek itu supaya dapat mengekalnya atau menambah hak kepunyaan individu. Seseorang individu yang yang mengamalkan nilai-nilai murni akan dipandang mulia oleh masyarakat sekeliling. Moral didefinisikan sebagai suatu etika yang harus dipatuhi oleh insan yang digelar sebagai manusia di dunia. Menurut Chaplin (2006) moral yang sesuai dengan aturan yang mengatur hukum sosial atau adat atau perilaku. Menurut Hurlock (1990) moral adalah sopan santun, kebiasaan, adat istiadat dan aturan perilaku yang telah menjadi kebiasaan bagi anggota suatu budaya. Terdapat beberapa jenis nilai yang perlu dipatuhi antaranya nilai instrumental, nilai intrinsik, nilai subjektif, nilai objektif, nilai relatif dan nilai mutlak. Pengamalan nilai-nilai ini seseorang individu dapat meningkatkan keperibadian sendiri dan juga mampu menjadi contoh yang kepada orang lain. Nilai instrumental bermaksud suatu nilai asas yang perlu dimiliki atau tidak oleh seseorang individu dengan tujuan mencapai sesuatu matlamat, hasrat dan sebagainya. Nama lain bagi nilai instrumental ialah nilai ekstrinsik. Contohnya, Neela memberi gula-gula kepada adiknya. Tujuan Neela adalah supaya adiknya dapat meningkatkan bakat dia dalam mewarna.Nilai intrinsik didefinisikan sebagai penerimaan atau tolakan tanpa mengambil tahu kesannya. Hal ini boleh menjadi kesan positif atau negatif kepada orang lain. Contohnya pihak polis merotan murid yang mengedar dadah kerana kewajipannya dari segi undang-undang dan bukan atas tujuan membendung kes dadah. Nilai subjektif merupakan sesuatu fakta berdasarkan pandangan atau pendapat orang lain. Contohnya, Hari melanjutkan pelajaran di luar negara atas permintaan ibu bapanya tetapi dia tidak menyukainya dan menganggap pembaziran sumber kewangan. Nilai objektif dimaksudkan sebagai perkara yang diterima atau ditolak tanpa mengambil tahu baik dan buruk serta bebas pandangan. Contohnya, penderaan kanak-kanak adalah satu perbuatan yang patut dihapuskan.

Nilai relatif ditakrifkan sebagai nilai yang diterima oleh segelintir masyarakat dan juga ditolak oleh masyarakat lain mengikut adat resam, budaya, agama, kepercayaan dan lain-lain. Contohnya masyarakat Melayu boleh mengahwini empat orang isteri tetapi masyarakat India tidak mengizinkan perkahwinan sebegitu.Nilai mutlak adalah suatu nilai yang tidak bergantung atau terikat kepada sesebuah masyarakat.Contohnya, badan yang sihat adalah badan yang tidak berpenyakit. Konkluksinya, nilai-nilai murni sangat penting dalam diri seseorang manusia demi menjalankan kehidupan. Seseorang insan yang mengamalkan nilai-nilai murni, etika kehidupan dan berbudi bahasa akan dipandang sanjung oleh masyarakat di sekeliling. Hal ini dapat meningkatkan nama baik diri, keluarga dan negara. Oleh itu semua pihak harus berhasrat untuk mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan mereka.

Related Documents

Tugasan%20pdpp.docx
November 2019 18
Tugasan Ma
May 2020 17
Tugasan 2
June 2020 19
Tugasan 1
October 2019 38
Tugasan 1
May 2020 19
Tugasan Vb
May 2020 27

More Documents from ""

Tugasan 1.docx
April 2020 2
Transkrip.docx
April 2020 2
Bencana.docx
April 2020 2
Solar-tree.docx
June 2020 9