Transkrip.docx

  • Uploaded by: Cool Geetha
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Transkrip.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 924
  • Pages: 5
LAMPIRAN Sangeetha

: Selamat pagi tuan.

Encik Saminathan

: Selamat pagi.

Sangeetha

: Saya ingin menemubual tuan atas tujuan mendapatkan tunjuk ajar motivasi mengenai pengamalan nilai murni dalam kehidupan seseorang individu. Apakah pendapat tuan tentang kepentingan Pendidikan Moral dalam kehidupan seseorang?

Encik Saminathan

: Pendidikan moral sangat penting dalam kehidupan seseorang individu. Moral merupakan tunjang bagi kejayaan seseorang individu. Seseorang individu perlu mempunyai nilai-nilai murni dalam keidupan agar disanjung tinggi oleh masyarakat.

Sangeetha

: Apakah pendapat tuan mengenai remaja pada masa kini dengan pengamalan nilai-nilai murni dalam kehidupan?

Encik Saminathan

: Remaja pada masa kini kurang mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan. Mereka lebih mementingkan kebebasan dan tidak terikat norma-norma kehidupan. Contohnya, remaja pada masa kini kurang menghormati orang tua, ingkar perintah ibu bapa dan sebagainya.

Sangeetha

: Apakah cara yang boleh dilaksanakan supaya remaja pada masa kini dapat mengikuti nilai-nilai moral dalam kehidupan mereka?

Encik Saminathan

: Peranan ibu bapa, guru, rakan sebaya dan media massa sangat penting menangani isu moral dalam kalangan remaja pada masa kini. Ibu bapa perlu mendidik anak mereka dengan sempurna dan ibu bapa juga harus menjadi teladan yang baik kepada anak-anak mereka supaya mereka dapat mengamalakan nilai-nilai positif. Hal ini kerana melentur buluh

biarlah dari rebungnya. Selain itu, peranan guru amatlah penting di sekolah. Remaja pada masa kini lebih meluangkan masa di sekolah berbanding dengan rumah. Guru perlu mengenali masalah-masalah yang dihadapi oleh seseorang remaja dan mencuba untuk menyelesaikan masalah tersebut. Kebanyakkan remaja segan untuk mengkongsi masalah yang dihadapi. Sebagai seorang guru saya mengambil insiatif dalam menangani masalah tersebut. Apabila seseorang guru mengambil berat dengan anak muridnya maka murid tersebut akan dirinya dihormati dan disayangi dan ini membantu remaja tersebut untuk mengamalkan nilai-nilai moral dalam kehidupannya. Di samping peranan rakan sebaya, saya juga mengkongsikan teknik-teknik yang digunakan dengan rakan sekerja saya dalam menangani isu moral dalam kalangan remaja. Rakan sebaya merupakan seseorang yang berada bersama dengan kita sewaktu keadaan susah dan senang. Sangeetha

: Apakah faktor yang mengakibatkan remaja pada masa kini cenderung terhadap gejala - gejala negatif?

Encik Saminathan

: Menurut saya dalam mengejar dunia kemewahan ibu bapa terlalu materialistik dalam mendirikan dan menjalankan sesebuah keluarga. Ini menyebabkan mereka tidak akan mendapat kasih sayang yang secukupnya kasih sayang berbanding dengan anak – anak yang diasuh dan dibesarkan oleh ibu bapa dengan penuh kasih sayang. Hal ini menyebabkan mereka tidak mempedulikan perkembangan anak-anak mereka dengan masyarakat luar. Hal ini menyebabkan mereka pengaruh dengan perbuatan - perbuatan negatif yang terdapat di sekeliling mereka kerana mereka tidak tahu membezakan yang buruk dan baik. Sebagai seorang guru , boleh mencurahkan kasih sayang yang sepenuhnya yang

mereka tidak dapat di keluarga dengan mengetahui masalah mereka dan membantu anak murid saya untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka. Sangeetha

: Di negara kita terdapat sekolah vernakular dan sekolah wawasan. Sekolah vernakular merupakan sekolah yang mempunyai kaum murid yang sama agama. Keutamaan pendekatan yang digunakan mengikut kepada bahasa dominan yang terdapat dalam sekolah tersebut. Manakala dalam sekolah wawasan pula tiga buah sekolah yang berlainan bahasa akan digabungkan di bawah satu kawasan. Sekolah wawasan dapat mewujudkan perpaduan antara kaum dan juga boleh menyebabkan perselisihan faham antara satu sama lain. Pada pendapat encik, apakah masalah moral yang boleh berlaku dan apakah cara yang diaplikasikan oleh encik sebagai seorang guru dalam menangani isu ini untuk di sekolah?

Encik Saminathan

: Pada pendapat saya sekolah wawasan merupakan satu konsep yang baik dalam usaha memperkasakan perpaduan antara kaum di sekolah tetapi kemungkinan besar masalah-masalah sosial boleh berlaku antara murid dengan murid, guru dengan murid yang berlainan agama dan sebagainya. Hal ini kerana sekolah wawasan tiga buah sekolah perlu mengkongsikan kemudahan yang disediakan seperti kantin dan padang sekolah. Dari situlah masalah akan muncul. Oleh itu peranan sebagai guru sangat penting dalam menangani masalah ini. Guru dari ketigatiga sekolah tersebut perlu mengadakan rundingan dan rundingan

tersebut harus adil dan saksama serta tidak berat sebelah kepada manamana pihak. Di samping itu, sebagai seorang guru, perlu mendidik anak muridnya dengan menekankan nilai bertolak ansur, tolong-menolong antara satu sama lain. Apabila seseorang guru mendidik anak muridnya dengan nilai-nilai moral maka terbentuklah seorang insan yang bermoral dari segi fizikal, emosi, rohani dan intelek. Maka individu tersebut akan dipandang mulia oleh masyarakat. Sangeetha

: Apakah pandangan encik mengenai kasih sayang terhadap anggota keluarga?

Encik Saminathan

: Keluarga merupakan sesuatu organisasi yang penting dalam membentuk seseorang individu. Kasih sayang terhadap anggota keluarga sangat penting supaya mereka tidak terciri dari keluarga dengan melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak baik. Kasih sayang boleh dicurahkan melalui sambutan hari-hari istimewa agar mereka rasa diri mereka dihargai akan menyumbang lebih banyak untuk mengekalkan keharmonian keluarga.

Sangeetha

: Alam merupakan khazanah yang dikurnikan oleh tuan kepada manusia untuk menjalankan kehidupan mereka dengan sempurna tetapi terdapat segelintir masyarakat yang kurang mengambil insiatif tentang pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar antaranya membuang membuang sampah di sungai, menebang kotor tanpa had, pelepasan asap yang bertoksid dari kilang dan sebagainya. Sebagai seorang insan yang bermoral bagaimanakah perkara-perkara ini dipandang dan adakah perbuatan sebegini perlu diambil tindakan serta apakah tindakan yang

akan dilakukan oleh encik ? Encik Saminathan

: Perbuatan sebegini berlaku disebabkan oleh sikap manusia yang tidak bertanggungjawab. Masyarakat pada masa kini kurang rasa peranan mereka dalam menjaga alam sekitar. Nilai-nilai moral seperti cinta akan alam sekitar perlu dipupuk dalam kalangan masyarakat. Penaakulan moral sangat penting dalam perkara ini.

Sangeetha

: Sekiranya encik berhadapan dengan seorang budak yang ingin melanjutkan pelajaran tetapi keadaan keluarganya

Sangeetha

: Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada encik kerana sudi meluangkan masa bersama saya untuk berkongsi pandangan encik tentang penaakulan moral, emosi moral dan tindakan yang dilakukan oleh encik.

Encik Saminathan

: Terima kasih.

More Documents from "Cool Geetha"

Tugasan 1.docx
April 2020 2
Transkrip.docx
April 2020 2
Bencana.docx
April 2020 2
Solar-tree.docx
June 2020 9