-Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung ( JKKK ) Kampung Saman Tuaran Sabah-
TINTA JUMAAT
“YA ALLAH, PELIHARAKANLAH KAMPUNG KAMI AGAR SENTIASA HARMONI DAN SEJAHTERA DENGAN RAHMAT-MU” JKKKKS-BKA-TJ-11/901030 30 OKTOBER 2009 11 Zulkaedah 1430 H
ISU
-DARI MATA PENA EDITOR“BILA Izrail Datang Memanggil….” Masih terngiang bait-bait lagu “Selimut Putih” alunan Ustaz Akhill Hayy di pelusuk cuping telinga editor. Terdetik dalam hati, sudah cukupkah amal selama ini untuk terlepas dari siksaan kubur? Justeru dengan kesempatan kali ini, TJ ingin membawa pembaca untuk sama-sama bermuhasabah diri untuk kesejahteraan hakiki di akhirat nanti, dan terus bersama untuk memperbaiki nilai hidup komunti kita. Bekerjalah seakan kamu hidup selamanya, dan beribadatlah kamu seakan kamu mati keesokannya!!! -Editor
“YA ALLAH, TERANGKANLAH HATI ANAK-ANAK PENDUDUK JEMBULANG SAMAN YANG MENGHADAPI PEPERIKSAAN. PERMUDAHKANLAH BAGI MEREKA UNTUK MENJAWAB SETIAP SOALAN, SEMOGA DENGAN RAHMAT-MU, MEREKA MEMPEROLEH KEJAYAAN. AMIN.”
-RENUNGI KEHIDUPAN, INGATI KEMATIANRASULULLAH SAW BERSABDA:
"SESUNGGUHNYA KUBUR ITU, ADALAH SINGGAHAN PERTAMA KE AKHIRAT, SEKIRANYA SINGGAHAN ITU TERSELAMAT, MAKA PERJALANAN SELEPAS DARIPADA ITU LEBIH MUDAH LAGI. DAN JIKA TIDAK SELAMAT, MAKA PERJALANAN SELEPAS ITU ADALAH LEBIH SUKAR LAGI”. (RIWAYAT ATTARMIZI)
BIRO KEBUDAYAAN DAN AGAMA, JKKK KAMPUNG SAMAN Penasihat En. Jamlah B. Hj. Matullah Pengerusi Tn. Hj. Maddeli B. Madsuarin Setiausaha En. Said Bin Kani Ahli Jawatankuasa Cik. Norhayati Bt Zaini Pn. D. Khadijah Bt A.Hamzah Tn. Hj.Kadis B. Hj. Dasin Dengan Kerjasama Badan Surau Nur Iman, Kg. Jembulang, Tuaran. Editor aeSALNO
BERSAMA MENJAYAKAN WAWASAN
SETIAP yang bernyawa pasti akan mati, begitu jugalah dengan manusia tiada seorang pun boleh lari dari ajalnya yang telah ditetapkan oleh Allah SWT, di mana bila ajal seseorang itu telah sampai malaikat Izrail tetap akan mencabut nyawanya tidak kira di mana seseorang itu berada. Sebagaimana Firman Allah dalam surah alJumu’ah ayat 8, yang bermaksud : "Katakan (wahai
Muhammad) sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan nyata, lalu ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya). Begitulah apabila
Dari Abu Laits, Sesiapa yang ingin selamat di dalam kubur, maka harus melazimi antaranya: 1. Menjaga Sembahyang Lima Waktu 2. Banyak Bersedekah 3. Banyak Membaca Al-Quran 4. Memperbanyakkan Tasbih (Subhanallah
5.
walhamdulillah wala ilahailallah wallahuakbar walahaula wala quwata illa billah) Menjaga Kencing. (Rasulullah SAW pernah bersabda, bersih-bersihlah kamu daripada kencing sebab umumnya siksa kubur itu kerana kencing. (Yakni hendaklah dicuci kemaluan sebersih-bersihnya) wALLAHualam
nyawa seseorang telah terpisah daripada jasadnya, maka tinggallah segala apa yang dimilik sama ada ahli keluarga, saudara mara dan harta benda yang akan diwarisi oleh kaum keluaga. Jasad yang terbujur kaku akan diurus dan dihantar ke kubur untuk dikebumikan. Pada saat itu, terpisahlah ia ke alam lain iaitu alam kubur atau alam barzakh sementara menunggu hari pembalasan di akhirat. Para alim ulama pernah berkata, kehidupan di dunia yang sementara ini, kadang-kadang menjadikan manusia lupa tentang kehidupan di alam akhirat yang kekal abadi. Maka kehidupan di dunia ini dianggap sebagai godaan terbesar yang boleh memesongkan manusia dari mengingati Allah SWT, kecuali bagi orang-orang yang berjaya mengurus kehidupan mereka dengan ketakwaan kepada Allah SWT, yang mana ketakwaan tersebut menjadi jambatan emas menuju ke syurga. Persoalannya, mengapa Islam menyuruh umatnya untuk sentiasa mengingati mati?. Pertama, di antara sebab kenapa Islam menganjurkan umatnya supaya mengingati mati ialah, kerana manusia yang sentiasa mengingati mati akan dapat mendidik jiwanya menjadi randah diri, tidak resah gelisah, tidak lupa diri dan sombong bahkan bersedia untuk menempuh kehidupan yang kekal abadi di akhirat. Kedua, mengingati mati adalah suatu kejadian yang pasti akan dialami oleh setiap manusia dan mati juga suatu perkara yang tidak dapat dihindarkan walau dengan apa cara sekalipun dan ianya pasti berlaku ke atas setiap diri manusia. Namun begitu, mengingati mati itu, bukanlah bermaksud memaksa diri untuk segera mati atau sengaja mendedahkan diri kepada kematian. Ketiga, mengingati mati menjadikan diri seseorang itu lebih bersedia dan merancang kehidupan sebelum mati dan dapat mengingatkan dirinya untuk berhadapan dengan mati, dengan itu dia terdorong untuk meningkatkan ketakwaan dengan memperbanyakkan amal
ibadah sebagai bekalan untuk bertemu dengan Allah SWT. Sebaliknya, bagi orang yang melupakan tentang kematian merupakan kesuatu perbuatan yang tidak dapat diterima akal dan termasuk di kalangan orang yang tidak bijak merancang masa depan, kerana sesungguhnya dengan mengingati kematian itu memberi kesedaran dan peringatan tentang kehidupan di dunia yang dilaluinya dan kehidupan di akhirat yang bakal ditempohi. Apabila seseorang telah disemadikan jasadnya di dalam kubur, pastinya ia keseorangan, tiada lagi kawan-kawan, tiada lagi ahli keluarga, tiada lagi tempat untuk mengadu dan memohan pertolongan. Bagi orang yang beriman kehidupan mereka di alam kubur dipenuhi dengan segala macam kenikmatan kurniaan Allah SWT. Sebaliknya bagi orang yang syirik, kufur dan ingkar terhadap suruhan dan perintah Allah sudah pasti seksaan dan azab kubur diterima sebagai tanda hukuman yang akan diterima di hari akhirat. Oleh itu, sebelum jasad diusung ke tanah perkuburan dan disemadikan disana, marilah kita memperkasakan diri dengan keimanan yang mantap dan ketakwaan yang sebenarbenarnya kepada Allah SWT. Di samping kita juga berdoa supaya kita termasuk di kalangan orang-orang yang soleh yang sentiasa memperbanyakkan amal ibadah tanpa jemu dan putus asa yang mana bekalan amal soleh sahajalah yang dapat menyelamatkan manusia dari azab kubur dan seksaan di akhirat. Janganlah kita menjadi seperti orang yang hanya mengaku beriman di mulut sahaja sedangkan di dalam hati masih kufur kepada Allah dengan perilaku seharian seolaholah mempersenda-sendakan ajaran Islam.
FIKIR-FIKIRKAN….
RENUNG-RENUNGKAN….
“Jangan Biarkan Perahu Hanyut Tak Berpenghuni Nanti Hanyutnya Tidak Singgah Ke Pelabuhan”
“Orang Yang Hebat Akan Sentiasa Bertindak Sebelum Berkata, Dan Akan Berkata Selaras Dengan Tindakannya”
Sebarang Komen, Cadangan & Sumbangan Karya: SMS: 013-5934110 FAX: (+6088) 794911 EMEL:
[email protected]
BIRO KEBUDAYAAN & AGAMA, JKKK KG. SAMAN
ISU 11/30/10/2009 11 ZULKAEDAH 1430 H
-RASUAH : MEWARISKAN PEMIMPIN YANG TIDAK BERKUALITI JAWATAN pemimpin adalah satu tanggungjawab yang berat. Ia bukan suatu status yang direbut bagi mendapatkan sanjungan dan keistimewaan tertentu. Oleh sebab itu, Islam menegaskan bahawa jawatan kepimpinan tidak boleh ditagih-tagih mengikut desakan naluri dan nafsu semata-mata. Bahkan, dalam proses pemilihan pemimpin atau pentadbir hendaklah dilakukan dengan adil yang berasaskan kepada kelayakan, karisma dan ciri kepimpinan seperti bertaqwa, berakhlak tinggi, bertanggungjawab, sabar, boleh merancang dan bijak melaksanakan tugas. Allah s.w.t telah mengingatkan bahawa kepimpinan yang paling berkesan ialah kepimpinan melaui teladan sebagaimana yang dicontohi oleh Rasulullah s.a.w. Firman Allah SWT dalam surah At-Taubat ayat 128: ”Sesungguhnya telah
manakala mereka yang tidak berduit terhalang walaupun mempunyai karisma dan benar-benar layak menjadi pemimpin. Keadaan ini jika terjadi merupakan satu kerugian besar kepada agama, negara dan masyarakat. Isu-isu politik wang di kalangan pemimpin ini akan menyukarkan usaha untuk menyatu padukan umat Islam di negara ini. Kita perlu ingat bahawa kelemahan kepimpinan Islam menyebabkan pihak tertentu mengambil peluang memperhebatkan tekanan yang mencabar institusi Raja sebagai ketua agama Islam, mempertikai Islam dalam perlembagaan, dan pelaksanaan undang-undang Islam di negara ini.
Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan bahawa satu ketika datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri, Abdul Rahman bin Samurah telah ditegur oleh Rasulullah s.a.w: yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahanmu, Maksudnya : ”Wahai Abdul Rahman bin Samurah, janganlah
yang sangat inginkan kebaikan bagimu, (dan) amat belas lagi engkau meminta diangkat menjadi penguasa di suatu wilayah. penyayang kepada orang yang beriman” Ayat tadi mengajar kita Kerana jika yang demikian diberikan kepada engkau lantaran bahawa pemimpin yang bersikap belas kasihan, penyayang, prihatin permintaan, nescaya engkau dibiarkan, tidak diberi pertolongan. terhadap kebajikan rakyat adalah bukti ketinggian iman mereka. Justeru, Tetapi jika diberikan kepada engkau bukan kerana engkau mimbar ingin mengingatkan bahawa memegang kuasa melalui memintanya, nescaya engkau diberi pertolongan” kemenangan politik wang hanya memberi keseronokan sementara waktu untuk diri sendiri dan beberapa kerat kuncu-kuncu mereka, tetapi RAKAN KOMUNITI (belia & remaja amat digalakkan): memberi kesan penderitaan jangka panjang kepada negara dan rakyat RK DAFTAR(jarak)NAMA(jarak)NO.IC & HANTAR KE jelata. Kita perlu insaf dan sedar bahawa budaya politik wang akan 013-5934110 mewariskan pemimpin yang tidak berkualiti dan tidak berintegriti. Selain *Satu cara untuk melibatkan diri anda dalam hal pengurusan komuniti itu, amalan politik wang akan menutup proses demokrasi secara sihat Jembulang Saman keseluruhan. kerana orang yang berduit sahaja berpeluang menjadi pemimpin besar,
-PERISTIWA ZULKAEDAH : BAI’AH AR RIDHWANMENGIKUT ahli sejarah Islam diantaranya Ibn Athir yang mencatit di dalam kitabnya Al-Kamil Fi At-tarikh , Jilid 2, Hlm 86-87 Rasulullah SAW telah keluar dari Madinah berangkat ke Mekah bersama-sama dengan sahabatnya dari kaum Muhajirin, Ansor dan kabilah-kabilah arab lain seramai 1400 orang. Iaitu pada bulan Zulkaedah dengan tujuan untuk mengerjakan ibadat umrah. Baginda membawa bersamanya 70 ekor unta untuk korban. Rombongan Nabi SAW ini berjalan dan sam[ai di AlHudaibiyah kemudian berhenti di situ. Mengikut ahli sejarah Islam, Ibn Hisyam yang tercatit di dalam kitabnya ; Sirah Nabi, Jilid 3 , Hlm 365-367, Rasulullah SAW telah berusaha untuk memberitahu kepada orang-orang Quraisy di Mekah itu bahawa kedatangan baginda bersama rombongannya untuk menziarah rumah suci Kaabah dan bukan untuk berperang. Baginda telah memanggil Saidina Umar Al-Kattab untuk membawa pesanan baginda kepada orang-orang Quraisy itu maka jawab Saidina Umar : "Wahai Rasulullah SAW, saya khuatir orang-orang Quraisy akan mengambil tindakan ke atas saya. Kerana tidak ada di Mekah ini Bani Adi bin Kaab yang akan melindungi saya. Orang Quraisy amat tahu bahawa saya memusuhi dan bertindak ke atas mereka. Oleh itu saya cadangkan lelaki yang lebih layak membawa pesanan ini ialah Saidina Othman bin Affan”. Maka Rasulullah SAW menjemput Saidina Othman dan memberi pesanan itu. Saidina Othman pergi ke Mekah. Apabila ke Mekah beliau berjumpa dengan Aban bin Said bin Al-Ass untuk meminta perlindungan (Jiwa) ketika menjalankan tugas itu. Selepas itu Saidina Othman berjumpa dengan Abu Sufian dan pembesar-pembesar Quraisy yang lain serta menyampaikan pesanan Rasulullah SAW itu. Setelah selesai Saidina Othman menyampaikan pesanan tersebut maka kata Abu Sufian : "Jika kamu ingin tawaf maka tawaflah". Maka kata Saidina Othman : "Aku tidak akan tawaf
TEKA-TEKI PILIHAN 1.
Satu benda dari tiga bahan. Satu lurus, satu lagi bengkokbengkok, satu lagi lipat-lipat. Apa benda ni?
sebelum Rasulullah SAW tawaf”. Dalam suasana demikian tersebarlah berita bahawa Othman telah dibunuh oleh orang-orang Quraisy. Maka berita itu sampai kepada Rasulullah SAW dan pengikutnya. Mengikut ahli tafsir Abi Ja’afar Muhammad bin Jurair At-Tabari di dalam kitabnya , Jami’ Al-bayan Juzu’ 26, Hlm 85-86 : Rasulullah SAW memanggil semua pengikut-pengikutnya mengadakan bai’ah Ar-Ridhwan di bawah pohon kayu yang bernama Samrah. Mengikut ahli tafsir Abi Abdullah bin Muhammad bin Ahmad Al-Ansari Al-Qurtubi di dalam kitabnya, Al-Jami’ Al-Ahkam AlQuran, Juzu’ 6 Hlm 274-275 : Orang Islam yang melakukan Bai’ah Ridhwan itu seramai 1,400 atau 1,500 orang semuanya menyahut persetiaan tersebut. Mengikut ahli tafsir Ibnu Khathir di dalam kitabnya Tafsir Al-Quran Al-'Azim, Juzu' 4 , Hlm 186-188 Rasulullah SAW telah menepuk dua tangan baginda dengan menyeru : Kamu adalah sebaik-baik manusia di muka Bumi Hari ini, tidak dimasukkan ke dalam Neraka seorang pun mereka yang membuat bai’ah di bawah pohon ini."Berita Rasulullah SAW membuat bai'ah Ar-ridhwan itu sampai kepada orang-orang musyrikin Quraisy. Maka mereka itu amat gerun dengan perpaduan orang Islam yang menyokong Rasulullah SAW yang tidak berbelah bagi lagi.
APA ITU “BAI’AH”?
Baiah dari segi bahasa bermaksud janji setia. Manakala dari segi istilah pula membawa makna janji setia yang dilakukan antara orang mukmin dengan satu pihak yang lain samada Rasulullah SAW atau pimpinan dalam mendokong suatu kewajipan agama. Setelah kita meyakini pemimpin kita dengan menepati konsep wala’ yang ditetapkan oleh syarak, maka wajib kita memberi bai’ah kepadanya samaada secara langsung atau secara tidak langsung.
SURAH AT TAGHAABUN, (AYAT 11-15)
-TERJEMAHAN AYAT PILIHAN-
11. Tidak ada suatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, nescaya dia akan member petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. 12. Dan taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul, jika kamu berpaling maka sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan (amanat Allah) dengan tenang.
2.
Kalau kapal layar menghala ke timur, asapnya menghala 13. (Dialah) Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Dan hendaklah orang-orang mukmin bertawakkal kepada Allah saja. kemana?
3.
Banyak-banyak mi, mi apa jadi musuh bagimu, maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka; dan jika kamu memaafkan dan tidak meyang lagi sejuk, lagi besh? marahi serta mengampuni (mereka) maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayng.
4.
Banyak-banyak sungai, sun- 15. Sesungguhnya hartamu dan anak-anakmu hanyalah cubaan (bagimu); Di sisi Allah lah pahala yang besar. gai mana paling berat?
14. Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya di antara isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang men-
Semua Individu (Khususnya Belia) Adalah Digalakkan Untuk Menyuarakan Pendapat Dan Pandangan Untuk Terlibat Secara Langsung Dalam Soal Pengurusan Kampung :
www.kampungsaman.blogspot.com
JAWAPAN : 1. Atap nipah 2. Kapal Layar Mana Ada Asap 3. MIlo Ais 4. Sungai Besi Kat Selangor!
*Tinta Jumaat ini diterbitkan pada setiap minggu.
-Yang Baik Jadikan Tauladan, Yang Kurang Beritahu Kami-