Tinta Jumaat Isu 07 (02 Oktober 2009)

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tinta Jumaat Isu 07 (02 Oktober 2009) as PDF for free.

More details

  • Words: 1,985
  • Pages: 2
-Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung ( JKKK ) Kampung Saman Tuaran Sabah-

TINTA JUMAAT

“Yang Penting Tindakan, Bukan Yang Hanya Berlegar Dalam Fikiran” JKKKKS-BKA-TJ-07/901002 02 OKTOBER 2009 13 Syawal 1430 H

ISU

-DARI MATA PENA EDITORSUDAH hampir 2 minggu kita berada dalam bulan Syawal, tiba pula masa untuk anak-anak kita menghadapi peperiksaan besar dan akhir tahun. Dengan rasa kasih dan penuh tanggungjawab, JKKK Kg. Saman, menyeru pada setiap individu penduduk untuk sama-sama mendoakan kejayaan anak-anak kita, komuniti kita, bangsa kita, untuk masa depan yang lebih berwawasan dan terjamin. < Biar Sampai Jadi!> -Editor

-SAMBUT DENGAN PENUH SOPANRASULULLAH SAW pernah bersabda yang bermaksud; “Dan demi nyawaku dalam genggaman-Nya, kamu

FIRMAN ALLAH SWT:

“DAN HENDAKLAH ADA DI ANTARA KAMU SATU PUAK YANG MENYERU (BERDAKWAH) KEPADA KEBAJIKAN (MENGEMBANGKAN ISLAM), DAN MENYURUH BERBUAT SEGALA PERKARA YANG BAIK, SERTA MELARANG DARIPADA SEGALA YANG SALAH (BURUK DAN KEJI). DAN MEREKA YANG BERSIFAT DEMIKIAN IALAH ORANG-ORANG YANG BERJAYA” (SURAH ALI IMRAN, AYAT 104)

BIRO KEBUDAYAAN DAN AGAMA, JKKK KAMPUNG SAMAN Penasihat En. Jamlah B. Hj. Matullah Pengerusi Tn. Hj. Maddeli B. Madsuarin Setiausaha En. Said Bin Kani Ahli Jawatankuasa Cik. Norhayati Bt Zaini Pn. D. Khadijah Bt A.Hamzah Tn. Hj.Kadis B. Hj. Dasin Dengan Kerjasama Badan Surau Nur Iman, Kg. Jembulang, Tuaran. Editor aeSALNO

tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman sepenuhnya dan kamu tidak beriman sehingga sayangmenyayangi antara kamu. Apakah kamu suka aku tunjukkan sesuatu yang mana jika kamu membuatnya nescaya kamu akan berkasih sayang, ia adalah memberi salam di kalangan kamu”. (Hadis riwayat Muslim).

Amalan mengucapkan salam dan menjawabnya samalah seperti kita mendoakan segala kebaikan dan lindungan rahmat Allah SWT kepada orang ramai, malahan kita juga didoakan oleh orang lain agar mendapat kebaikan yang sama. Mudahnya perlakuan itu tetapi haruslah dengan penuh ikhlas, tertib, ditutur dengan jelas, dan jika melalui tulisan pula haruslah dengan ejaan yang penuh dan tepat. Oleh kerana pada bulan ini seluruh umat Islam meraikan perayaan terbesar dalam agama kita maka sewajarnya janganlah dimusnahkan dengan ucapan-ucapan yang menyakitkan hati dan perasaan orang lain, sekalipun dengan tujuan gurauan. Di samping kita meraikan dengan amalan yang bertepatan maka janganlah dicemari kesucian Hari Raya dengan perbuatan yang melanggari batasbatas syarak. Kemungkinan di kalangan kita mempunyai hasrat untuk menjemput rakan taulan, jiran, saudara mara dan tetamu istimewa dengan mengadakan rumah terbuka. Di situlah bermulanya adab sebagai tuan rumah yang wajar dijaga. Janganlah hendaknya menghidangkan hiburan melampaui batas kepada para tetamu, menggalakkan aktiviti yang melibatkan pergaulan bebas antara lelaki dan wanita tanpa batas, memperagakan pakaian yang menjolok mata serta mendedahkan aurat, menyediakan hidangan dengan juadah yang tidak halal, melakukan pembaziran ketika mengadakan rumah terbuka dan seterusnya mengasingkan antara golongan kaya dan meminggirkan golongan miskin. Hiaskanlah wajah dengan senyuman ikhlas lagi menawan agar tetamu merasa disambut dengan penuh sopan. (Utusan Online)

“YA ALLAH, TERANGKANLAH HATI ANAKANAK PENDUDUK JEMBULANG SAMAN YANG MENGHADAPI PEPERIKSAAN. PERMUDAHKANLAH BAGI MEREKA UNTUK MENJAWAB SETIAP SOALAN, SEMOGA DENGAN RAHMAT-MU, MEREKA MEMPEROLEH KEJAYAAN. AMIN.” RENUNG-RENUNGKAN….

“Lantaran Adanya Wanita, Alam Menjadi Indah, Lantaran Adanya Lelaki, Dunia Menjadi Sempurna, Lantaran Adanya Lelaki Dan Wanita, Terkadang Sempurnalah Suatu Kelemahan, Disebalik Suatu Kekuatan”

“Dan sembahlah Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan berbuat baiklah kepada kedua ibubapa, dan kaum kerabat dan anakanak yatim, dan orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka orang yang sombong dan membanggakan diri”. (SURAH AN-NISA’, AYAT 36)

-ADAB HIDUP BERJIRANHAK berjiran adalah satu perkara yang amat dititikberatkan oleh agama Islam. Dalam Islam, jiran adalah mereka yang dekat dengan rumah kita. Dalam bahasa klasik disebut, 40 buah rumah ke kanan dan 40 rumah ke kiri, 40 ke atas dan 40 ke bawah. Ukuran ini menjadi relevan dengan rumah pangsapuri dan flat pada hari ini. Malah kehidupan dalam sesebuah taman perumahan. Semua mereka itu adalah jiran anda. Sebagai jiran kita, masing-masing ada kewajipan dan ada hak. Empat asas utama hidup berjiran adalah : (1) Jangan menyakiti jiran. Dasar ini memberi erti tidak boleh sama sekali melakukan zina, mencuri, mengutuk dan mencampakkan sampah sarap ke rumah jiran. Jadi perbuatan buruk terhadap jiran anda itu amatlah salah. Melakukan zina atau melakukan pencurian terhadap jiran sepuluh kali ganda lebih buruk daripada melakukannya kepada pihak lain. Hingga hadis Bukhari ada menyebut “Tidak beriman mereka yang menyakiti jiran. (2) Setiap daripada kita wajib memelihara jiran. Sikap ini menandakan hati yang bersih. Sekali lagi Nabi s.a.w. mengingatkan “Siapa yang memenuhi hajat jirannya, Allah akan memenuhkan hajatnya.”(3)Berbuat baik kepada jiran. Dengan maksud jika jiran bergembira seperti dapat menantu, anak-anak lulus dengan baik dalam peperiksaan atau pelajaran, maka ikutlah sama memberikan tahniah dan jika mereka berduka kerana kematian keluarganya, berilah takziah, walaupun bukan seagama. Malah jika mereka ditimpai sakit ziarahilah mereka. Jika anda bertemu berilah salam atau sapalah mereka. Ertinya, jika ada keperluan mereka kepada pertolongan, mereka hendaklah dibantu. Dalam hal ini Nabi Muhammad SAW meletakkan mereka yang menghormati jiran itu sebagai tanda orang yang beriman. (4) Kata pepatah Melayu „„Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali-kali”. Memang jika diikutkan hati yang panas, apa sahaja mahu dilakukan kepada jiran yang sebegitu rupa. Tetapi Islam meletakkan mereka yang membalas kejahatan jiran dengan kebaikan sebagai kedudukan yang paling mulia. Rasulullah SAW selalu memuji orang yang berlapang dada, mudah memaafkan, memberi kepada mereka yang enggan berbuat begitu kepada kita, malah menghubung silaturrahim dengan mereka yang memutuskan silaturrahim. Membalas kejahatan dengan kejahatan akan merosakkan perpaduan. SUMBER : Abdullah Nasih

Ulhwan (Pendidikan Kanak-Kanak Dalam Islam)

Artikel Yang Pernah Diterbitkan Boleh Juga Diperolehi Di Laman Blog : BERSAMA MENJAYAKAN WAWASAN

www.kampungsaman.blogspot.com

Sebarang Komen, Cadangan & Sumbangan Karya: SMS: 013-5934110 FAX: (+6088) 794911 EMEL: [email protected]

BIRO KEBUDAYAAN & AGAMA, JKKK KG. SAMAN

ISU 07/02/10/2009 13 SYAWAL 1430 H

-PERISTIWA SYAWAL : PERANG KHANDAK / PERANG AHZAB DI MADINAH terdapat komplot yang mahu membunuh Nabi, yang digerakkan oleh orang Yahudi (Bani Nadhir). Di kala Nabi berjalan-jalan di lorong mereka, nyaris saja Nabi dapat mereka bunuh. Untung Nabi dapat mengetahui terlebih dahulu, sehingga terhindar dari bahaya. Hal ini ternyata melanggar perjanjian mereka dengan Nabi. Kerana ini, sesuai dengan perjanjian itu, maka Nabi mengeluarkan perintah agar semua bangsa Yahudi keluar dari kota Madinah dan kepada mereka diizinkan membawa semua harta benda dan kekayaan mereka. Tetapi mereka menentang perintah ini kerana merasa kuat dan mengharapkan bantuan Abdullah bin Ubay. Sesudah dikepung oleh tentera Islam, mereka menyerah kalah, dilucutkan senjata dan diusir keluar Madinah. Pengusiran ini terjadi pada bulan Rabi'ul Awal tahun ke-4 Hijrah. Dengan pengusiran ini, bergabunglah kekuatan Yahudi dengan kekuatan kaum kafir Quraisy yang ada di kota Makkah, untuk menyerang Nabi dan umat Islam. Kekuatan mereka ditambah lagi dengan bergabungnya orang Ghatafan dan Habsyi. Kota Madinah dikepung dari segala pihak oleh tentera gabungan musuh ini. Dengan nasihat Salman al-Farisi (sahabat Nabi, bangsa Parsi), Nabi memerintahkan untuk menggali parit di sekeliling kota Madinah, lebih-lebih lagi daerah yang kurang kuat pertahanannya. Satu sektor dan parit ini, diserahkan kepada Bani Quraidzah mempertahankannya. Di luar parit pertahanan itu, tampak tentera musuh berkumpul dengan khemah mereka, yang berjumlah tidak kurang dari sepuluh ribu tentera, terdiri dari kaum Quraisy, Bani Kinanah, Ghatafan, Tihamah dan Najid. Nabi hanya dapat mengumpulkan tentera dua ribu orang. Setiap tentera Islam sudah siap di pinggir parit pertahanan, mereka menanti musuh yang datang menyerang. Setiap musuh yang datang menyerang, dapat diundurkan. Akhirnya musuh mengundur diri dan mengubah cara dengan menghalang agar penduduk kota Madinah mati kelaparan. Dua puluh hari dua puluh malam lamanya halangan itu dijalankan. Kaum Muslimin mulai diserang kelaparan. Keadaan bertambah sulit bagi umat Islam, setelah pemimpin Bani Quraidzah yang bernama Ka'ab bin Asad menyeleweng dan lari ke pihak musuh, sedang dia adalah orang yang tahu benar strategi pertahanan Nabi, ramai tentera Islam yang takut dan khuatir kerana peristiwa itu. Mereka khuatirkan kalau-kalau kerana pengaruh orang orang munafik yang menyeleweng itu, teman-temannya yang lain dalam tentera Islam akan turut menyeleweng sama. Setelah lebih dua puluh hari, tentera musuh tidak tahan hati, lalu menyerbu dengan melompat parit yang agak sempit dengan kuda mereka. Ali yang berbadan kecil itu, telah dapat membunuh pemerintah tentera musuh yang bernama 'Amru bin Abdu Wid yang berbadan besar dan gemuk. Sedang Safiah, anak perempuan nenek Nabi (Abdul Muttalib), dapat menewaskan pemuka Yahudi. Kemudian, Nabi mengadakan tipu muslihat. Nu'aim adalah pemuka bangsa Ghatafan yang telah masuk Islam tetapi tidak diketahui oleh kaumnya, diutus oleh Nabi untuk menemui musuh dengan tipu muslihat. Bangsa Ghatafan (Yahudi) dihasutnya untuk tidak percaya kepada bangsa Quraisy dan sebaliknya bangsa Quraisy pun dihasutnya supaya tidak percaya kepada bangsa Ghatafan, dengan kata-katanya. Barisan musuh mulai saling mencurigai antara satu sama lain. Di kala itu turunlah angin keras, menyebabkan musuh lebih kelam-kabut takut kepada kawan sendiri. Akhirnya mereka mengundurkan diri ke kampung masing-masing. Setelah tempat itu bersih dari semua tentera musuh, Nabi berkata kepada kaum Muslimin: "Ini adalah kali penghabisan buat bangsa Quraisy menyerang kita. Mulai sekarang kita diwajibkan menyerang mereka." Sebelum sembahyang Asar di hari itu juga, di kala tentera Islam yang letih dan lesu itu sedang beristirahat, tiba tiba terdengar mu'azzin azan dengan suara yang nyaring. Kaum Muslimin lalu berkumpul mahu sembahyang. Tetapi sebelum sembahyang, mu'azzin itu menyiarkan perintah Nabi yang berbunyi: "Barangsiapa yang suka mendengar dan patuh, tidaklah ia sembahyang Asar hari ini, kecuali di tempat kediaman Banu Quraidzah." Hal ini bererti bahawa mereka di saat itu juga harus menyerang Bani Quraidzah yang telah mengkhianati kaum Islam di medan perang dan ini adalah perintah Malaikat kepada Nabi. Dua puluh lima hari lamanya Bani Quraidzah yang terdiri dari bangsa Yahudi itu dikepung dan akhirnya menyerah kalah. – Dari Ummi Munalizah

FIKIR-FIKIRKAN….

PERANG KHANDAK BERLAKU PADA BULAN SYAWAL SEHINGGA AWAL ZULKAEDAH 5H

-KESIMPULANJika kita perhatikan kepada peristiwa peperangan Ahzab ini maka perkara sama terus berulang apabila pada hari ini yahudi yang berusaha menguasai dunia terus menghasut seluruh musuh Islam untuk bersatu dalam menghadapi kemaraan Islam yang merupakan agama yang menjadi penghalang besar kepada kuffar terutama yahudi dalam meneruskan kezaliman dan penindasan demi keuntungan mereka. Dulu umat Islam boleh mendapat kemenangan ketika berhadapan dengan sekutu kuffar kerana mereka berada di bawah satu kepimpinan tetapi kini umat Islam dipecahkan dalam banyak kepimpinan mengikut bangsa dan negara. Dulu umat Islam diberikan kemenangan kerana bersatu hati menghadapi kemaraan musuh tetapi kini umat Islam diuji dengan kekalahan kerana berbalah sesama sendiri akibat terhasut dengan dakyah musuh sehingga kuffar dianggap rakan sedangkan saudara seagama dijadikan lawan. Dulu umat Islam digeruni dan dihormati kerana memiliki kuasa dan pelaksanaan semua sistem berdasarkan Islam sedangkan umat Islam kini diberi kuasa tetapi pelaksanaan sistem terus berkiblatkan barat. Oleh itu kita mesti kembali kepada kemuliaan itu dengan sama-sama bersatu di bawah payung Islam dalam membentuk komuniti terbaik.

“Memuji Seorang Sama Seorang, Itu Ampuh Namanya, -TERJEMAHAN AYAT PILIHANMengeji Di Khalayak Ramai Itu Cabaran Maknanya, Sebab SURAH AL-FAATHIR (AYAT 3-6) Itu Pujian Adalah Racun, Cacian Adalah Penawar”.

-TEKA-TEKI PILIHAN1.

Saya ada 2 hidung, 13 jari dan 48 kaki. Siapa saya?

2.

Apa benda, 1 sama dengan 1, 2 sama dengan 2, 3 sama dengan 3.

3.

Banyak-banyak kereta, kereta apa yang paling tahan?

4.

Apa benda? Biasa 1, 2, 3. Jarang-jarang sampai 9. Kadang-kadang sampai beratusratus.

5.

Kenapa anjing angkat sebelah kaki bila buang air?

3). Hai manusia, ingatlah akan nikmat Allah kepadamu. Adakah pencipta selain Allah yang dapat memberikan rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Tidak ada Tuhan (Yang berhak disembah) selain Dia. Maka, mengapa kamu berpaling (dari ketauhidan)? 4). Dan jika mereka mendustakan kamu (sesudah kamu beri peringatan), maka sungguh telah didustakan pula rasul-rasul sebelum kamu. Dan hanya kepada Allah dikembalikan segala urusan. 5). Hai manusia, sesungguhnya janji Allah adalah benar, maka sesekali janganlah kehidupan dunia memperdayakan kamu, dan sekali-kali janganlah syaitan yang pandai menipu, memperdayakan kamu tentang Allah. 6). Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh (mu), kerana sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala. JADI RAKAN KOMUNITI : Taip RKDAFTAR(jarak)NAMA(jarak)NO.IC & hantar ke 013-5934110

JAWAPAN : 1.Pembohong Besar. 2. Sifir Satu 3.Kereta Kebal 4.Channel TV 5.Kalau angkat kedua-dua belah, jatuhlah anjing tu.

*Tinta Jumaat ini diterbitkan pada setiap minggu.

-Yang Baik Jadikan Tauladan, Yang Kurang Beritahu Kami-

Related Documents