-Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung ( JKKK ) Kampung Saman Tuaran Sabah-
TINTA JUMAAT
“YA ALLAH, PELIHARAKANLAH KAMPUNG KAMI AGAR SENTIASA HARMONI DAN SEJAHTERA DENGAN RAHMAT-MU” JKKKKS-BKA-TJ-10/901023 23 OKTOBER 2009 04 Zulkaedah 1430 H
ISU
-DARI MATA PENA EDITORPIHAK editor merealitikan permintaan dan cadangan dari individu yang prihatin agar diterbitkan juga satu lampiran khas yang memberi panduan wuduk dan solat serta bacaan doa dan surah dalam tulisan rumi. Terima kasih & tahniah kepada yang memberi pandangan dan pendapat, kerana masih ada rasa tanggungjawab untuk kepentingan bersama. Kampung antara amanat dari Allah yang dipertanggungjawabkan kepada kita untuk dijaga dan dipelihara. Rapatkan syaf dan bergeraklah bersama-sama, siapa lagi kalau bukan kita? -Editor
“YA ALLAH, TERANGKANLAH HATI ANAK-ANAK PENDUDUK JEMBULANG SAMAN YANG MENGHADAPI PEPERIKSAAN. PERMUDAHKANLAH BAGI MEREKA UNTUK MENJAWAB SETIAP SOALAN, SEMOGA DENGAN RAHMAT-MU, MEREKA MEMPEROLEH KEJAYAAN. AMIN.”
RASULULLAH SAW BERSABDA: “SESIAPA YANG MENJAGA SOLAT, NESCAYA SOLAT ITU MENJADI CAHAYA, PEMBELA, DAN PENYELAMATNYA DI HARI KIAMAT. MANAKAL MEREKA YANG TIDAK MENJAGANYA TIDAK AKAN MENDAPAT CAHAYA, PEMBELA DAN PENYELAMAT. BAHKAN MEREKA AKAN DILETAKKAN BERSAMA -SAMA DENGAN QARUN, FIR’AUN, HAMAN DAN UBAY BIN KHALAF” (IMAM AHMAD) BIRO KEBUDAYAAN DAN AGAMA, JKKK KAMPUNG SAMAN Penasihat En. Jamlah B. Hj. Matullah Pengerusi Tn. Hj. Maddeli B. Madsuarin Setiausaha En. Said Bin Kani Ahli Jawatankuasa Cik. Norhayati Bt Zaini Pn. D. Khadijah Bt A.Hamzah Tn. Hj.Kadis B. Hj. Dasin Dengan Kerjasama Badan Surau Nur Iman, Kg. Jembulang, Tuaran. Editor aeSALNO
BERSAMA MENJAYAKAN WAWASAN
-“PERINTAHKAN KELUARGAMU DAN UMATMU MENDIRIKAN SOLAT!”ALLAH SWT telah mewajibkan solat fardhu lima kali sehari semalam sebagai jadual Allah untuk memberi peluang kepada manusia mengingati dan tidak melupaiNya. Apabila kita ingat, bererti kita sentiasa dekat kepada Allah SWT yang memberi jaminan bahawa kita berada dalam zon selamat dan mendapat rahmat daripada-Nya. Kekuatan solat ini akan menentukan kualiti keIslaman dan prestasi kecintaan kita kepada Allah SWT serta mengukur pematuhan kita kepada syariat Islam. Kelemahan kita dalam menjaga kualiti solat akan menjerumuskan diri sebagai manusia yang rugi. Justeru, betapa besar pengaruh solat terhadap kualiti keIslaman ini, maka di sini ingin diingatkan bahawa solat adalah penanda aras kekuatan agama, akhlak, kunci pintu syurga dan amal yang paling mulia. Tertegaknya solat bermaksud tertegaklah agama, dan terabainya solat adalah meruntuhkan agama. Dengan demikian, kekuatan akar umbi perlu adakesungguhan melakukan solat bermula dari rumah. Umat Islam dan jemaah sekalian digalak memulakan amalan solat semasa berumur tujuh tahun. Apabila telah berumur sepuluh tahun, maka menjadi kewajipan ibu bapa atau penjaga menyuruhnya bersolat. Kalau ingkar mengerjakannya, maka diharuskan memukul sehingga perintah ini ditunaikan. Firman Allah SWT dalam Surah Thahaa ayat 132: Maksudnya: “Dan perintahkanlah
keluargamu serta umatmu mengerjakan solat, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertakwa”. Demikianlah tingginya kewajipan seorang muslim terhadap ibadah solat. Solat adalah amanah Allah SWT. Sekiranya kita memelihara solat, nescaya kita sentiasa dipelihara oleh Allah SWT, manakala jika kita mengabaikannya, maka kita tergolong orang yang rugi. Persoalan besar timbul ialah, apakah rahsia di sebalik perintah solat yang begitu kuat ini?. Antara lain, faedahnya ialah untuk kepentingan dan menjamin keselamatan umat manusia itu sendiri. Solat adalah benteng diri daripada melakukan maksiat dan kemungkaran. Ini bermakna, muslim yang istiqamah solatnya akan menjadi insan berakhlak mulia, hidup dipenuhi amal soleh, bersifat amanah, berintegriti tinggi, dan berjiwa tawadhuk. Walaubagaimanapun berdasarkan pemerhatian, mereka yang mengabai dan meringan-ringankan pelaksanaan solat ini cenderung menjadi seorang yang rosak akhlak, bergelumang dengan maksiat, kejam, dan mengamalkan sifat keji sehingga mengancam
kesejahteraan dirinya dan masyarakat. Satu peringatan penting, bahawa melakukan dosa besar bukan sahaja kerana berzina, mencuri, minum arak, menderhakai ibu bapa, tetapi termasuk juga perbuatan mengabai atau meninggalkan solat yang amat dimurkai Allah SWT dan sangat dahsyat azabnya di dunia dan di akhirat kelak. Ini telah dijelaskan oleh Nabi SAW dalam salah satu gambaran azab sewaktu peristiwa Israk dan Mikraj di mana orang yang meninggalkan solat memukul kepalanya sehingga hancur berulang-ulang kali. Selain itu, Allah SWT akan mencampakkan golongan ini ke dalam neraka Saqar. Firman Allah SWT dalam surah alMuddaththir ayat 43: Maksudnya: “Apakah yang
menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar? Orang yang bersalah itu menjawab: Kami tidak termasuk orang yang mengerjakan solat.”
Sekiranya kita dimurkai oleh Allah SWT, siapakah lagi yang boleh kita harapkan untuk menyelamatkan kita di akhirat kelak?. Lupakah kita tentang ingatan Rasulullah SAW. supaya tidak mengabaikan solat di saat akhir hayat Baginda?. Begitu juga kisah ambil berat Saidina „Umar bin al-Khattab tentang solat walaupun dalam keadaan tidak sihat akibat ditikam oleh Abu Lu‟lu‟ah alMajusi, tetapi apabila mendengar seruan solat, beliau segera bangun mendirikannya. Maka di sini, para pemimpin masyarakat perlu sedar betapa pentingnya untuk menyediakan ruang atau tempat yang selesa untuk menggalakkan masyarakat di bawah jagaan kita segera patuh mengerjakan solat. Sumbangan kita menggalakkan solat atau menyediakan kemudahan tempat solat yang selesa adalah dianggap sebagai langkah mendekati Allah SWT. Nasihat editor, samasama kita muhasabah diri untuk solat yang berkualiti.
SEKSAAN KERANA MENINGGALKAN SOLAT 1. Kuburnya menjadi sempit hingga tulang rusuk berselisih. 2. Diseksakan dalam kubur oleh ular yang dinamakan Asy-Syujaa` Al-Aqra di mana dua mata ular itu daripada api dan kuku-kukunya drp besi manakala panjang kukunya adalah sehari perjalanan. 3. Diseksakan oleh Allah dengan cara dihelakan mukanya ke Neraka Jahannam. 4. Allah akan memandangnya dengan pandangan marah sewaktu dia dihisabkan maka akan gugurlah daging-daging mukanya.
FIKIR-FIKIRKAN….
RENUNG-RENUNGKAN….
“DIDIKLAH ANAK-ANAKMU ITU BERLAINAN DENGAN KEADAAN KAMU, KERANA MEREKA DIJADIKAN TUHAN UNTUK ZAMAN YANG BUKAN ZAMAN KAMU”
“MANUSIA BIASANYA LEBIH MENGHARGAI SESUATU YANG SUKAR DIPEROLEHI TETAPI SERING MELUPAI NIKMAT YANG TELAH TERSEDIA”
Sebarang Komen, Cadangan & Sumbangan Karya: SMS: 013-5934110 FAX: (+6088) 794911 EMEL:
[email protected]
BIRO KEBUDAYAAN & AGAMA, JKKK KG. SAMAN
ISU 10/23/10/2009 04 ZULKAEDAH 1430 H
-SELSEMA BABI : SATU PERINGATAN DARI ALLAH SWT DUNIA hari ini seringkali dikejutkan dengan pelbagai ancaman wabak penyakit. Beberapa tahun lalu kita dikejutkan dengan ancaman Selsema Burung, JE, Denggi, Chikungunya, dan HIV. Kini sekali lagi dunia berdepan dengan wabak yang menakutkan iaitu Wabak Selsema Babi. Wabak Selsema Babi adalah kombinasi daripada tiga virus iaitu Virus Selsema Burung, Virus Selsema Manusia dan Virus Selsema Babi. Virus ini menyerang sistem pernafasan disebabkan oleh virus selsema jenis A (H1N1) yang mula dikesan sejak 1988. Wabak ini mudah berjangkit melalui sentuhan langsung dengan babi atau pemindahan virus selsema babi kepada manusia dan manusia sesama manusia. Kesan yang dikenal pasti apabila suhu badan melebihi 37.8 darjah celsius, sakit badan, batuk, berhingus, bersin, sesak nafas, hilang selera makan, muntah, dan cirit birit. Al-Qur‟an banyak memberi amaran kepada manusia yang mengkufuri dan melakukan maksiat kepada Allah SWT dengan pelbagai ancaman. Antara ancaman tersebut ada yang berbentuk kesengsaraan di dunia dan ada yang berbentuk kesengsaraan di akhirat. Di antara kesengsaraan di dunia ialah seperti bencana alam, peperangan, kemalangan, dan serangan wabak penyakit. Persoalan besar yang timbul ialah apakah perkaitan antara pengharaman babi dengan wabak yang dahsyat ini?. Benarkah virus boleh berubah dalam bentuk yang lebih bahaya pada babi?. Menurut pengkaji, kumankuman virus daripada babi ini mampu berubah menjadi lebih berbahaya dari semasa ke semasa. Justeru sejak dulu lagi, Al-Qur‟an telah memperingatkan sebanyak empat kali tentang pengharaman babi yang akan membinasakan kehidupan manusia. Allah SWT mengharamkan sesuatu perkara mempunyai hikmah yang tertentu. Antaranya, bertujuan membuktikan
“Diharamkan kepadamu (memakan) bangkai, dan darah, dan daging babi dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain selain Allah SWT, dan yang mati tercekik, dan mati dipukul, dan mati jatuh, dan mati ditanduk, dan yang mati di makan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih, dan disembelih di atas nama berhala; dan (diharamkan) kamu mengundi nasib dengan anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan yang fasik.” (Surah Al-Maidah, Ayat 3) perhambaan diri kepada Allah SWT dan menyelamatkan manusia daripada kerosakan. Menurut kajian saintis, memakan daging babi menyebabkan seseorang boleh dihinggapi hampir 70 jenis penyakit. Sebagai muslim, kita mestilah berusaha mematuhi segala perintah Allah SWT dan meninggalkan segala larangan-Nya di samping memperbanyakkan doa dan munajat kepada AllaH SWT dalam menghadapi apa jua ancaman dan musibah. Yakinlah bahawa Islam adalah agama Allah yang benar, memenuhi keperluan fitrah setiap manusia. Oleh itu, pengharaman Islam terhadap babi, arak, zina, rasuah, judi dan sebagainya adalah untuk menjaga maslahah nyawa dan kehidupan manusia seluruhnya. Sama-sama kita beringat. waALLAHualam.
-ZULKAEDAH : SEBAGAI BULAN PERDAMAIAN DAN PERSAUDARAANadalah bulan persaudaraan dan perdamaian. Masyarakat kafir Quraisy
Sabda Rasulullah SAW : “Sesungguhnya zaman itu berputar menangguhkan permusuhan dan peperangan di bulan haram maka kita
sejak awal waktu Allah menjadikan langit-langit dan bumi. Satu tahun mengandungi dua belas bulan ini, darinya empat bulan haram, tiga dari empat bulan ini berturut-turutan iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram dan satu bulan berasingan ialah Rejab di antara JamadilAkhir dan Sya'aban”. Riwayat Abu Bakrah
ZUL ertinya "yang empunya". Qa'dah ertinya "duduk". Ini membawa erti bahawa bulan Zulkaedah ialah bulan untuk berehat-rehat. Sejak dari dahulu lagi, sebelum kedatangan Islam, masyarakat Arab telah mengiktiraf bahawa Zulkaedah adalah satu bulan daripada empat bulan yang mulia dan diharamkan berperang. Maka masyarakat Arab jahiliah tidak keluar berperang pada bulan ini. Selain Zulkaedah, bulan Zulhijjah, Muharram dan Rejab juga adalah bulan haram ( bulan yang dimuliakan dan diharamkan berperang ). Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah SAW mengekalkan kemuliaan empat bulan haram ini, mengekalkan namanya dan mengharamkan berperang padanya. Bersempena inilah dinamakan ia dengan "Zulkaedah". Bulan Zulkaedah adalah satu dari empat bulan haram. Bulan haram adalah bulan yang amat dimuliakan. Bulan haram
RAKAN KOMUNITI (belia & remaja amat digalakkan): RK DAFTAR(jarak)NAMA(jarak)NO.IC & HANTAR KE
013-5934110
*Satu cara untuk melibatkan diri anda dalam hal pengurusan
komuniti Jembulang Saman keseluruhan.
TEKA-TEKI PILIHAN
sebagai umat Islam hendaklah lebih menghormati bulan-bulan haram ini. Eratkan silaturrahim, yang bermusuh, damaikanlah, yang berdendam, berlapanglah dan yang renggang, rapatkanlah, InsyaAllah hidup penuh berkat dan harmoni. Tiada ibadah khusus dalam bulan Zulkaedah. Bulan Zulkaedah adalah bulan permulaan musim haji. Namun begitu sebahagian besar ulamak mengatakan bahawa umrah adalah lebih afdhal di bulan Zulkaedah berdasarkan Rasulullah SAW mengerjakan umrah-umrah beliau di bulan Zulkaedah dan haji tamattu' juga dimulakan di bulan Zulkaedah. ANTARA PERISTIWA PENTING DALAM BULAN ZULKAEDAH
(DIBINCANGKAN SATU PERSATU SEPANJANG ZULKAEDAH)
1) Peperangan Bani Quraizah Berlaku pada tahun ke 5 H. Setelah tentera Ahzab telah ditewaskan maka malaikat Jibril AS telah memberitahu Rasulullah SAW bahawa Allah SWT telah memerintahkan nabi agar pergi ke perkampungan Bani Quraizah. 2) Perjanjian Hudaibiyah Peristiwa ini terjadi pada bulan Zulkaedah, penghujung tahun ke 6 H. Antara sebab berlaku Perjanjian Hudaibiyah tersebut, Nabi SAW mengumumkan kepada kaum muslimin keinginan baginda Rasulullah SAW untuk berangkat pergi ke Mekkah bagi melaksanakan satu lagi ibadah iaitu dengan menunaikan ibadah umrah. 3) Baiah Ar-Ridhwan Peristiwa ini berlaku sebelum terjadinya Perjanjian Hudaibiyah, Rasulullah SAW telah mengutus Usman RA ke Makkah untuk membahas masaalah mengapa rombongan Rasulullah SAW dihalang dari memasuki Makkah untuk mengerjakan umrah.
SURAH AL-ISRAA’, (AYAT 78-81)
-TERJEMAHAN AYAT PILIHAN-
78. Dirikanlah solat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam (dan dirikanlah pula
1.
Hitam dan berpeluh. Apa tu?
2.
Apa ni, Ada 3 kepala, 6 mata 79. Dan pada sebahagian malam hari bersembahyang tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah dan 8 kaki ?
3.
Binatang apa yang bertelur dan beranak? Kira dua alam 80. Dan katakanlah : “Ya Tuhan-ku, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah (pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi Engkau kekualah.
4.
Kenapa penggali kubur, gali 81. Dan katakanlah : “Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap”. Sesungguhnya yang kubur tak pakai selipar?
solat) subuh. Sesungguhnya solat subuh itu disaksikan (oleh malaikat).
tambahan bagimu: mudah-mudahan Tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.
saan yang menolong”.
batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.
Semua Individu (Khususnya Belia) Adalah Digalakkan Untuk Menyuarakan Pendapat Dan Pandangan Untuk Terlibat Secara Langsung Dalam Soal Pengurusan Kampung :
www.kampungsaman.blogspot.com
JAWAPAN : 1. Semut Hitam Tengah Berjoging. Ha..ha.. 2. Koboi naik kuda bawa ayam. Muhehehe 3. Siput Babi. 4. Kalau guna selipar, bila nak siap? Gna cangkul lah!
*Tinta Jumaat ini diterbitkan pada setiap minggu.
-Yang Baik Jadikan Tauladan, Yang Kurang Beritahu Kami-