Tinta Jumaat Isu 08 (09 Oktober 2009)

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tinta Jumaat Isu 08 (09 Oktober 2009) as PDF for free.

More details

  • Words: 2,000
  • Pages: 2
-Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung ( JKKK ) Kampung Saman Tuaran Sabah-

TINTA JUMAAT

“YA ALLAH, PELIHARAKANLAH KAMPUNG KAMI AGAR SENTIASA HARMONI DAN SEJAHTERA DENGAN RAHMAT-MU” JKKKKS-BKA-TJ-08/901009 09 OKTOBER 2009 20 Syawal 1430 H

ISU

-DARI MATA PENA EDITORPUASA ENAM SUDAH KE BELUM? Tinggal hanya 10 hari lagi Syawal akan pergi, kesempatan yang diberikan ini eloklah digunakan sebaik mungkin, kerana sebenarnya tiada jaminan untuk kita sampai ke bulan Syawal yang akan datang. Sekali lagi JKKK Kg. Saman dengan rasa penuh kasih dan tanggungjawab menyeru kepada setiap penduduk untuk mendoakan kesejahteraan anak-anak kita agar sentiasa terhindar dari sebarang gejala yang tidak sihat, disamping mendoakan kejayaan mereka. <Buat Sampai Jadi!> -Editor

“YA ALLAH, TERANGKANLAH HATI ANAK-ANAK PENDUDUK JEMBULANG SAMAN YANG MENGHADAPI PEPERIKSAAN. PERMUDAHKANLAH BAGI MEREKA UNTUK MENJAWAB SETIAP SOALAN, SEMOGA DENGAN RAHMAT-MU, MEREKA MEMPEROLEH KEJAYAAN. AMIN.” SABDA RASULULLAH SAW, DIRIWAYATKAN OLEH ABDULLAH :

“BARANGSIAPA YANG MENEMUI TUKANG TILIK ATAU AHLI SIHIR ATAU BOMOH DAN BERTANYA SESUATU KEPADA MEREKA LALU DIA MEMPERCAYAI AKAN APA YANG DIKATAKAN OLEH MEREKA ITU, MAKA SESUNGGUHNYA DIA TELAH MENGGERUNKAN APA YANG TELAH DITURUNKAN KEPADA NABI MUHAMMAD SAW“ (MUSNAD ABI YA’ALA)

-KHURAFAT : AMALAN SYIRIKKHURAFAT bermaksud mana-mana ajaran, huraian atau pendapat yang bukan-bukan atau karut, dongeng, tahyul. Kepercayaan atau amalan-amalan khurafat dilihat masih subur dalam masyarakat kita pada hari ini. Antara amalan dan kepercayaan itu adalah seperti pertama, mempercayai bomoh atau dukun untuk mencapai sesuatu hajat. Sesetengah masyarakat kita di dapati ada yang menjadikan bomoh dan dukun sebagai tempat memohon dalam memenuhi sesuatu hajat. Demi cita-cita tersebut sesetengahnya telah meletakkan kepercayaan dan harapan kepada dukun dan bomoh. Keyakinan yang sebegini sebenarnya tergolong dalam pengertian menyekutukan Allah dari sudut sifat rububiyah dan sifat uluhiyah Allah SWT kerana memohon keperluan kepada makhluk. Amalan kedua ialah memakai tangkal azimat dengan keyakinan tertentu seperti menjadi kebal, pelaris perniagaan, penolak bahaya, penyembuh penyakit, penerang hati, penunduk musuh dan sebagainya. Keyakinan kepada azimat yang sedemikian boleh membawa kepada syirik terhadap Allah. Rasulullah SAW melarang keras amalan memakai tangkal azimat. Kepercayaan khurafat yang lain ialah mempercayai hari-hari tertentu contohnya

hari Rabu boleh mendatangkan keburukan kepada sesuatu pekerjaan seperti majlis kahwin, majlis pelancaran atau perasmian sesuatu program. Disebabkan yakin kepada kesialan hari-hari tersebut, maka terdapat di kalangan sesetengah masyarakat kita terpaksa menangguh atau melewatkan sesuatu pekerjaan. Sesungguhnya semua hari adalah baik dan boleh dilaksanakan apa juga pekerjaan. Adapun kegagalan, kemalangan dan keburukan yang berlaku adalah berpunca daripada kecuaian dan kelalaian kita sendiri. Dari melakukan amalan yang bukan-bukan untuk mencapai hajat, lebih senang minta terus pada ALLAH SWT.

HADIS RASULULLAH SAW : “Sesungguhnya Jampi Mentera, Tangkal Azimat Dan Ilmu Pengasih Adalah Syirik” (SUNAN ABU DAUD)

RENUNG-RENUNGKAN…. “JIKA KITA BUKAN PELITA YANG MENERANGI MALAM, MEMADAILAH JIKA KITA MENJADI KUNANG-KUNANG YANG MENEMANI MALAM”

-INTEGRITI DALAM KEPIMPINAN RASULULLAH SAWBIRO KEBUDAYAAN DAN AGAMA, JKKK KAMPUNG SAMAN Penasihat En. Jamlah B. Hj. Matullah Pengerusi Tn. Hj. Maddeli B. Madsuarin Setiausaha En. Said Bin Kani Ahli Jawatankuasa Cik. Norhayati Bt Zaini Pn. D. Khadijah Bt A.Hamzah Tn. Hj.Kadis B. Hj. Dasin Dengan Kerjasama Badan Surau Nur Iman, Kg. Jembulang, Tuaran. Editor aeSALNO

RASULULLAH SAW adalah pemimpin yang memenuhi fitrah manusia sejagat melalui sifat-sifat mulia seperti amanah, siddiq, tabligh dan fatanah. Menurut sirah, sebelum dari kerasulannya pemimpin Quraish pernah memberi gelaran 'al-Amin' kerana ketinggian sifat integriti dan akauntabiliti baginda dalam memberi perkhidmatan cemerlang kepada masyarakat. Gelaran 'al-Amin' ini telah membangkitkan rasa kasih sayang berterusan sebahagian besar masyarakat Quraish kepada Rasulullah S.A.W. Walau bagaimanapun cabaran yang dihadapi oleh baginda juga cukup hebat. Mithalnya Abu Jahal seorang pemimpin kanan Quraish, pernah menawarkan jawatan Raja, perempuan cantik, dan harta kekayaan, supaya Rasulullah S.A.W. tidak meneruskan perjuangan Islam. Namun, berdasarkan kekuatan integriti dan maruah kepimpinan Islam, maka Rasulullah S.A.W. menolak semua tawaran itu. Selain Abu Jahal, al-Qur'an juga menyebut beberapa watak kepimpinan yang tidak berintegriti sehingga merosakkan negara, memecah belahkan masyarakat, dan kesengsaraan kepada keluarga, yang akhirnya semasa di dunia lagi telah menerima balasan azab terhadap kekejaman yang dilakukannya. Watak itu ialah Fir'aun, Haman, dan Qarun. Setiap kali kita solat, kita sering membaca al-Qur'an, takbir, tasbih, syahadah dan sela-

FIKIR-FIKIRKAN….

BERSAMA MENJAYAKAN WAWASAN

“KATAKANLAH ADAKAH SAMA ORANG YANG MENGETAHUI DENGAN ORANG YANG TIDAK MENGETAHUI?”

wat kepada Nabi S.A.W. Semua ini adalah agenda Islam untuk mengukuhkan integriti umat Islam selari dengan Al-Qur'an dan As-Sunnah. Jika solat dan ibadah khusus lain yang dilaksanakan dari masa ke masa gagal membentuk kita menjadi pemimpin yang jujur, amanah, telus atau berintegriti, maka kita tergolong daripada manusia yang rugi. Integriti seorang pemimbpin berkait rapat dengan imej agama Islam dan nasib keluarga serta umatnya di dunia hingga akhirat. Lihat sahaja bukti kepimpinan Rasulullah s.a.w. yang mengasihi umatnya, sehinggakan di waktu sakaratulmaut pun baginda masih terkenang mengenai nasib umatnya di dunia ini dengan keluhan yang berat. Berulang kali Baginda menyebut umatku! umatku! umatku!. Apa yang jelas, terdapat dua perkara kita perlu sedar. Pertama, kepimpinan bukan sekadar perjanjian antara pemimpin dengan masyarakat, tetapi ia juga merupakan ikatan perjanjian antara pemimpin dengan Allah S.W.T. Kedua, kepimpinan hendaklah mementingkan keadilan dalam melaksanakan sesuatu tanggungjawab. PEMBERITAHUAN : Pihak JKKK sangat berterimakasih kepada individu yang memberi pandangan dan komen. Semoga dengan keprihatinan dan tanggungjawab setiap dari kita, akan dapat membentuk pembangunan zahir & batin yang menghampiri kesempurnaan. Teruskan memberi komen & pandangan, sebagai usaha dan tanggungjawab anda dalam memperkasakan kerohanian penduduk keseluruhan. <Siapa lagi? Kalau bukan kita> —EDITOR

Sebarang Komen, Cadangan & Sumbangan Karya: SMS: 013-5934110 FAX: (+6088) 794911 EMEL: [email protected]

BIRO KEBUDAYAAN & AGAMA, JKKK KG. SAMAN

ISU 08/09/10/2009 20 SYAWAL 1430 H

-PERISTIWA SYAWAL : PERANG HUNAIN PADA saat itu ada 12,000 tentera di bawah panji Nabi. Dari jumlah itu, 10,000 orang menyertainya dari Madinah dalam pembebasan Makkah, sedang yang 2,000 berasal dari kaum Quraisy Makkah yang baru masuk Islam, dengan Abu Sufyan sebagai pemimpinnya. Di masa itu, tentera sebesar itu hampir tak pernah ada di Tanah Arab. Namun, justeru kekuatan jumlah mereka inilah yang menjadi penyebab kekalahan awal mereka. Sebabnya, berlainan dengan di masa lalu, sekarang mereka membanggakan diri kerana jumlahnya yang besar. Akibatnya, mereka mengabaikan taktik dan prinsip-prinsip perang. Ketika para sahabat melihat jumlah tentera yang besar itu ada di antara mereka yang berkata, “Sama sekali kita tak akan kalah, kerana jumlah tentera kita jauh lebih besar daripada musuh.” Namun, ia tidak menyedari bahawa keunggulan jumlah bukanlah satu-satunya faktor penentu kemenangan, dan sesungguhnya faktor itu malah kurang penting. Ketika di medan perang, Panglima pasukan musuh, Malik, memutuskan untuk menambah bilangan tentera dan berusaha mengatasi kelemahan moral tenteranya dengan tipu daya yang licik, yakni dengan melakukan serangan mengejut dan menimbulkan kekacauan di kalangan tentera Islam, agar tentera Islam porak-peranda. Untuk mencapai tujuan itu, Malik berkhemah di hujung lembah yang mengarah ke wilayah Hunain. Kemudian ia memerintahkan semua tenteranya bersembunyi di sebalik batu-batu dan celah-celah bukit tinggi di sekitar lembah itu. Apabila tentera Islam tiba di lembah yang dalam dan panjang itu, mereka semua keluar dari tempat persembunyiannya lalu menyerang kesatuan-kesatuan tentera Islam dengan panah dan batu. Setelah itu, suatu kelompok khusus harus turun dari perbukitan secara teratur dan menyerang kaum Muslimin dengan pedang di bawah perlindungan pasukan pemanah. Nabi menyedari kekuatan dan strategi musuh. Oleh itu, sebelum meninggalkan Makkah, baginda memanggil Shafwan bin Umayyah, lalu meminjam seratus baju perang sambil menjamin pengembaliannya. Baginda sendiri memakai dua baju perang dan pelindung kepala. Sambil menunggang keldai putih yang telah dihadiahkan kepadanya, baginda bergerak maju bersama tentera Islam. Tentera Islam beristirehat malam hari dimulut lembah tadi. Sebelum fajar sepenuhnya muncul, pasukan Muslim dari suku Bani Salim tiba di jalur Lembah Hunain di bawah komando Khalid bin Walid. Ketika sebahagian besar tentera Islam masih di dalam lembah itu, tiba-tiba terdengar bunyi riuh desiran panah dan teriakan ramai pasukan musuh yang sebelumnya telah duduk menghadang di sebalik batu-batu. Ini menciptakan kegemparan luar biasa di kalangan kaum Muslimin. Panah menghujani mereka, dan sekelompok musuh menyerang di bawah lindungan para pemanahnya. Serangan mengejut ini menyebabkan kaum Muslimin bertempiaran dan mereka segera mencari perlindungan. Kekacauan dan perpecahan pun timbul. Perkembangan ini sangat menggembirakan kaum munafik yang ada di antara tentera Islam. Sebahagian berkata, “Kaum Muslimin akan melarikan diri hingga ke pesisir laut.” Seorang munafik lain mengatakan, “Sihir telah terlawan.” Yang lain bertekad untuk menghabisi Islam dalam keadaan kacau itu dengan membunuh Nabi untuk menghancurkan keimanan kepada Allah Yang Maha Esa dan kenabian Islam sekaligus. Nabi sangat terganggu oleh larinya para tentera yang merupakan penyebab utama segala kegemparan dan kekacauan itu. Baginda merasa bahawa apabila keadaan itu dibiarkan, walaupun hanya sebentar, jalannya sejarah mungkin menjadi lain; pasukan syirik akan menghancurkan tentera tauhid. Oleh itu, sambil menunggang keldainya, baginda berseru dengan suara nyaring, “Hai pembela Allah dan NabiNya! Aku hamba Allah dan Nabi-Nya.” Baginda mengucapkan kalimat ini lalu memalingkan keldainya ke medan pertempuran yang telah diduduki tentera Malik. Sekelompok orang siap berkorban, seperti Ali, Abbas, Fadhal bin Abbas, Usamah, dan Abu Sufyan bin Harits, yang tak sudi membiarkan Nabi sendirian tanpa perlindungan, juga maju bersama Nabi. Nabi meminta Abbas, bapa saudaranya, yang suaranya amat keras, untuk memanggil kembali kaum Muslimin yang bertempiaran, “Hai Ansar yang menolong Nabi-Nya! Hai kaum yang membai’at Nabi di bawah pohon syurga! Kemana kamu akan pergi? Nabi berada di sini!” Kata-kata Abbas sampai ke telinga kaum Muslimin dan merangsang semangat dan ghairah keagamaan mereka. Mereka semua segera menyambut dengan mengatakan, “Labbaik! Labbaik!” Lalu kembali dengan gagah berani bersama-sama Nabi. Seruan Abbas yang berulang-ulang, yang memberi khabar gembira tentang keselamatan Nabi, membuat orang-orang yang bertempiaran itu kembali kepada Nabi dengan rasa penyesalan dan mengatur lagi barisannya. Sesuai dengan perintah Nabi, dan untuk menghapus noda malu kerana melarikan diri itu, kaum Muslimin melakukan suatu serangan umum. Dan dalam waktu sangat singkat, mereka berhasil memukul musuh mundur atau melarikan diri. Untuk memberi semangat kepada kaum Muslimin, Nabi mengatakan, “Saya Nabi Allah dan tak pernah berdusta, dan Allah telah menjanjikan kemenangan kepada saya.” Taktik perang ini berhasil membuat para pejuang Hawazin dan Tsaqif melarikan diri ke wilayah Autas dan Nakhlah dan ke benteng Tha’if, dengan meninggalkan kaum wanita dan harta mereka serta tenteranya yang mati di medan pertempuran.

TEKA-TEKI PILIHAN

PERANG HUNAIN BERLAKU PADA 3 SYAWAL 8 H, 15 HARI SELEPAS PEMBUKAAN KOTA MEKAH

KESIMPULAN:Seperti perang Uhud, perang Hunain juga memberi pengajaran yang sangat berguna kepada umat Islam keseluruhannya. Tentera Islam yang merasa terlalu yakin dan selesa untuk berhadapan dengan musuh yang jauh lebih kecil jumlahnya, hampir saja menyebabkan mereka tersungkur ditangan tentera musuh. Dalam konteks dunia hari ini, bilangan umat Islam adalah yang paling ramai di dunia. Namun begitu, lihatlah bagaimana bangsa Yahudi memporak-porandakan kita sehingga menjadi kumpulankumpulan yang kecil dan mudah dikuasai. Secara kasar, pengajaran yang paling bernilai daripada peristiwa perang Hunain iaitu segala kelebihan dan kekuatan yang kita ada sebenarnya adalah untuk disyukuri bukan untuk menjadikan kita manusia bongkak dan takbur. FIRMAN ALLAH SWT :

“Sesungguhnya Allah telah menolong kamu (hai para mukmin) di medan peperangan yang banyak, dan (ingatlah) peperangan Hunain, iaitu di waktu kamu menjadi bongkak kerana banyaknya jumlahmu, maka jumlah yang banyak itu tidak memberi manfaat kepadamu sedikitpun, dan bumi yang luas ini telah terasa sempit olehmu, kemudian kamu lari ke belakang dengan bercerai-berai.” (AL-QASAS, AYAT 85)

-TERJEMAHAN AYAT PILIHAN-

SURAH ASY SYUURA ( AYAT 30—33 )

1.

Apa ada antara kipas dan lampu?

2.

Kenapa koboi Mexico selalu jalan ganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu). bawa gitar?

30. Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tan-

3.

Bila loceng bas ditekan, bas akan 31. Dan kamu tidak dapat melepaskan diri (dari ahzab Allah) di muka bumi, dan kamu tidak memperoleh seorang pelindung pun dan tidak pula seorang penolong selain Allah. berhenti, apa yang turun dulu?

4.

Cecair apa yang akan menjadi 32. Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah kapal-kapal (yang berlayar) dilaut seperti gunung-gunung. beku apabila dipanaskan?

33. Jika Dia mengkehendaki, Dia akan menenangkan angin, maka jadilah kapal-kapal itu terhenti di permukaan laut. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat (kekuasaan)-Nya bagi setiap orang yang banyak bersabar dan banyak bersyukur.

JAWAPAN : 1. “dan” 2. Takkan nak bawa piona pulak, besar tuh. 3. Bacaan meter bas. 4. Telur

Artikel Yang Pernah Diterbitkan Boleh Juga Diperolehi Di Laman Blog :

www.kampungsaman.blogspot.com *Tinta Jumaat ini diterbitkan pada setiap minggu.

JADI RAKAN KOMUNITI : Taip RKDAFTAR(jarak)NAMA(jarak)NO.IC & hantar ke 013-5934110

-Yang Baik Jadikan Tauladan, Yang Kurang Beritahu Kami-

Related Documents