Teori Kecerdasan Triarchic Sternberg

  • Uploaded by: ABANG ISAIFUDDIN BIN ABANG NORAN
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Teori Kecerdasan Triarchic Sternberg as PDF for free.

More details

  • Words: 2,072
  • Pages: 12
1.0

Pengenalan Dalam kehidupan sehari-hari kita seringkali mendengar orang berbicara mengenai

kecerdasan sebagai faktor yang menentukan berjaya atau tidaknya pelajar di sekolah. Walter B. Kolesnik (1979) di dalam bukunya “Learning Educational Applications” mengatakan: “In most cases there is a fairly high correlation between one’s IQ, and his scholastic success. Usually, the higher a person’s IQ, the higher the grades he receives”1

Sternberg pernah menyebut “Traditional education tends to ‘shine the spotlight’ on certain children almost all of the time, and on other children almost none of the time2”. Perkara seperti ini kerap terjadi dalam sistem pendidikan tradisional yang mana pelajar lebih cenderung untuk memberi perhatian kepada pelajar yang bernasib baik dan kurang merawat pelajar yang lemah dan kurang bernasib baik.

Pengetahuan mengenai tingkat kemampuan intelektual pelajar akan membantu pengajar menentukan apakah pelajar mampu mengikuti pelajaran yang diberikan, serta meramalkan berjaya atau gagalnya pelajar yang bersangkutan dengan bila telah mengikuti pelajaran yang diberikan.

Meskipun demikian, perlu diingat bahawa prestasi pelajar tidak semata-mata

ditentukan oleh tingkat kemampuan intelektualnya. Faktor-faktor lain seperti motivasi, sikap, kesihatan fizikal dan mental, keperibadian, ketekunan dan lain-lain perlu ditimbangkan sebagai faktor-faktor lain yang turut mempengaruhi prestasi.

Terdapat banyak pengertian mengenai kecerdasan. Beberapa ahli menekankan fungsi kecerdasan adalah untuk membantu penyesuaian diri seseorang terhadap lingkungan. Beberapa ahli lainnya menekankan struktur kecerdasan dengan menggambarkan sebagai suatu kecekapan. 2.0

Kecerdasan Menurut Kamus Dewan 2000: diertikan sebagai kesempurnaan akal

(untuk berfikir, mengerti dan lain) seperti kepandaian, kecerdikan dan 1

Drs. Slameto, Belajar Dan Faktor-faktor yang mempengaruhinya, Edisi Ketiga, 1995, Rineka Cipta, Jakarta, muka surat 128 2

Kamarudin Hj Husin, Pedagogi Asas Pendidikan, 2004, Kayazano Enterprise, Kuala Lumpur, muka surat 266

keintelekualan. Definisi kecerdasan yang terawal di Amerika Syarikat adalah berkaitan dengan prestasi individu dalam skala kecerdasan stanford-Binet, iaitu satu ujian kecerdasan individu yang dikembangkan oleh Lewis Terman. Kanak-kanak yang mendapat markah 140 atau lebih dianggap sebagai kanak-kanak pintar cerdas.

Mengikut pengertian tradisional, kecerdasan meliputi kemampuan membaca , menulis dan menghitung sebagai aspek yang diketengahkan melalui keterampilan kata dan angka yang menjadi fokus dalam pendidikan formal di sekolah dan mengarahkan seseorang untuk mencapai kejayaan dala bidang akademik.

Manakala pandangan baru memberikan definisi

bahawa ada lagi kecerdasan yang lain seperti bakat, ketajaman pengamatan sosial,

hubungan

sosial

dan

kematangan

emosional

yang

harus

dikembangkan.

Pada 1981 sebuah penelitian dilakukan oleh Sternberg dan rakanrakannya. Penelitian ini ditentukan untuk mengetahui perilaku apa yang dianggap menurunkan kecerdasan oleh masyarakat awam. Penelitian ini menghasilkan tiga kategori kecerdasan iaitu kecerdasan verbal, praktis, dan sosial. Bila melihat pada ketiga kategori tersebut maka kebanyakan ujian kecerdasan lebih mengukur kategori pertama, kecerdasan verbal. Sekalipun dipandang sebagai pengukur kemampuan mental secara umum, sebenarnya ujian kecerdasan lebih memfokuskan pada satu bentuk kecerdasan yang spesifik, iaitu kecerdasan akademik atau verbal.

2.1

Pengukuran kecerdasan (The measurement of intelligence)

Kemajuan dalam teknologikecerdasan telah menghasilkan kemajuan dalam instrumen baru untuk menguji kebolehan-kebolehan yang tertentu yang dikesan melalui teori.

Teori

kecerdasan triarchic juga telah memberikan sumbangan dalam pengujian kecerdasan ini. Sternberg triarchic ability test (STAT) mengukur tiga bentuk kecerdasan yang dikenalpasti dalam modelnya3.

Ujian ini sangat berguna untuk mengenalpasti tahap-tahap pelajar bagi setiap tiga kecerdasan. Hal ini akan membolehkan kurikulum di sekolah boleh dijalankan berdasarkan kekuatan pelajar terbabit disamping meningkatkan pembelajaran dan prestasi sekolah.

3.0

Latarbelakang Robert Sternberg Robert J. Sternberg dilahirkan pada 8 Disember 1949 di Pennsylvania.

Beliau berkerakyatan Amerika. Bidang yang diceburi beliau adalah sebagai psychometrician dan merupakan Dekan bagi Fakulti Seni dan Sains di Universiti Tufts.

Beliau adalah bekas professor dalam psikologi dan

pendidikan di Universiti Yale. Sumbangannya begitu banyak kerana pernah 3

Michael W. Passer / Ronald E. Smith, Psychology the science of mind and behavior, 3rd Edition, McGraw Hill International Edition, 2007, muka surat 325

mengarang 600 buah buku dan artikel selain dari menerima banyak anugerah.

Sternberg mempunyai Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Yale

dan mendapat PhD daripada Universiti Stanford.

Tesis beliau diselia oleh

Gordon Bower.

4.0

Teori kecerdasan Triarchic Sternberg Ahli psikologi dari Universiti Yale, Robert Sternberg, menganggap kecerdasan adalah sesuatu

yang bersangkut paut dengan pemprosesan maklumat. Dia mengkaji bagaimana maklumat mengalir ke dalam diri kita dan bagaimana maklumat ini berubah mengikut keperluan lingkungan kita. Analisis yang dilakukannya akhirnya muncul sebagai model kecerdasan bercabang tiga (triarchic). Cabang-cabang yang dinyatakannya adalah kecerdasan analitik (componential intelligence), kecerdasan pengalaman (experiential intelligence) dan kecerdasan praktikal (contextual intelligence). Sternberg mengakui bahawa seseorang individu tidak semestinya mempunyai satu sahaja kecerdasan yang disebutkannya. Ada individu yang mempunyai integrasi ketiga-tiga cabang kecerdasan ini dengan menunjukkan tahap kecerdasan yang tinggi.

4.1

Kecerdasan Analitik (Componential Intelligence) Kecerdasan seseorang individu dalam bidang akademik bolehlah dipanggil sebagai

kecerdasan analitik. Kecerdasan menganalisis merupakan ciri utama kecerdasan ini. Ada diantara pelajar yang dikatakan mempunyai kecerdasan luar biasa sehinggakan dinaikkan beberapa gred dalam persekolahannya (sistem persekolahan Barat).

Menurut Sternberg, aspek kemahiran

memproses maklumat (componential) menyatakan bahawa proses kognitif bertanggungjawab terhadap tingkah laku kecerdasan4.

Kecerdasan analitik digunakan untuk mengenali dan

memecahkan masalah, merumuskan strategi, menyusun dan menyampaikan maklumat. 4

Ramlah Jantan, Psikologi Pendidikan Pendekatan Kontemporari, 2002, McGraw-Hill, Malaysia, muka surat 82

Perilaku kecerdasan analitik (Componential Intelligent Behavior). Sub teori ini menekankan pada struktur dan mekanisme yang mendasari perilaku cerdas. Di dalamnya terdapat tiga komponen pemprosesan data iaitu belajar melakukan

sesuatu,

merencanakan

apa

yang

akan

dilakukan,

dan

bagaimana melakukan hal tersebut. Orang yang tergolong dalam bentuk ini umumnya akan meraih nilai yang tinggi dalam ujian kecerdasan, tapi kurang kreatif dan kurang dapat berfikir kritis. Kecerdasan analitik melibatkan tindakan menganalisis, membanding serta menilai. Sebagai contohnya, pelajar membuat latihan Matematik. Di dalam proses menyelesaikan masalah Matematik, pelajar akan menganalisis maklumat yang diberikan.

Kemudian membuat gerak kerja penyelesaian

mengikut formula tertentu.

4.2

Kecerdasan Pengalaman (Experiental Intelligence) Kecerdasan ini bolehlah dijelaskan ertinya dengan kreativiti. Kecerdasan ini bolehnya

dilihat sebagai kebolehan untuk mengatasi situasi baru lantas mempelajari dari situasi tersebut. Dalam erti kata yang lain, individu yang berpengalaman akan lebih cekap dalam memproses maklumat dalam situasi baru. Perilaku kecerdasan pengalaman (Experiential Intelligent Behavior). Sub teori ini menunjukkan bahwa perilaku yang cerdastidak akan selalu sama, seiring dengan perkembangan waktu. Kemampuan ini sangat ketara ketika seseorang harus menghadapi suatu hal baru atau harus menghadapi sesuatu persoalan secara spontan. Mereka yang memiliki karakteristik seperti

ini

mungkin

tidak

dapat

mencapai

nilai

tinggi

dalam

ujian

kecerdasan, namun sering merupakan orang yang kreatif dalam menghadapi hidup. Kecerdasan pengalaman berlaku apabila kita mencipta, umpamanya menghasilkan puisi, mencipta permainan baru, menghasilkan lukisan dan sebagainya. Pengajaran dan penilaian kreatif harus membolehkan pelajar mendefinisikan masalah disamping memastikan pelajar dapat menyelesaikan masalah dengan baik dan boleh mengutarakan idea-idea mereka.

Sebagai contoh, jika pelajar diberi suatu tugasan baru yang mempunyai kaitan dengan mereka, pelajar-pelajar yang mempunyai kecerdasan yang tinggi dalam kecerdasan pengalaman akan dapat belajar dengan cepat, menggunakan strategi yang sesuai secara automatik dan cekap tanpa membuang masa.

4.3

Kecerdasan Praktikal (Contextual Intelligence) Ada sesetengah orang yang mampu mengadaptasi diri mereka di dalam apa sahaja situasi

yang dituntut dalam lingkungan mereka. Mereka yang mempunyai kecerdasan ini pandai mengorak langkah untuk berjaya di dalam hidup. Malahan mereka juga dapat bertahan dalam hidup kerana berjaya untuk mengatasi perubahan. Perilaku

kecerdasan

praktikal

(Contextual

Intelligent

Behavior).

Kecerdasan ini meliputi adaptasi dengan lingkungan, pemilihan lingkungan yang lebih optima daripada yang dimiliki sekarang, menata lingkungan yang ada agar sesuai dengan keterampilan, minat dan nilai yang dimiliki. Kemampuan

ini

memungkinkan

seseorang

untuk

menyatu

dengan

lingkungan dengan mengubah orang, lingkungan, atau keduanya. Dengan kata lain kemampuan untuk menyesuaikan diri dengan dunia.

Kecerdasan praktikal berlaku apabila kita menggunakan ataupun mengaplikasikan apa yang telah dipelajari ke dalam konteks dunia yang sebenar. Sebagai contoh, Ali belajar bahasa Inggeris di dalam kelas. Apabila Ali pergi melancong di luar negara, beliau menggunakan bahasa Inggeris tersebut untuk berinteraksi dengan orang-orang di tempat berkenaan.

5.0

Metakomponen, komponen prestasi dan komponen perolehan ilmu pengetahuan Ketika mana Gardner memberikan penekanan terhadap kecerdasan pelbagai, Sternberg

pula cuba untuk mengenengahkan teori kecerdasan triarchic (R.J. Sternberg, 1985, 1988, 1996, 1999). Mengikut teori triarchic, kecerdasan mengandungi tiga aspek, yang mana berkait dengan kecerdasan kepada dunia dalam, kepada pengalaman dan kepada dunia luar.

Kecerdasan

memberikan tiga jenis illustrasi berkenaan dengan komponen pemprosesan maklumat5 iaitu: (1) Metakomponen (metacomponents) – proses tertinggi yang digunakan untuk merancang,

memantau dan menilai penyelesaian masalah.

Metakomponen merupakan

proses khas di dalam minda kita yang di digunakan di dalam penyelesaian

masalah

dan

proses

membuat

keputusan

yang

melibatkan sebahagian besar dari pengurusan minda kita. Ia akan memberitahu kita bagaimana untuk bertindak. Metakomponen ini juga dikenali dengan nama homunculus. (2) Komponen prestasi (performance components)– proses yang digunakan

untuk mengimplimentasikan arahan daripada metakomponen 5

Robert J. Sternberg, Psychology in search of human mind, 3rd Edition, 2001, Harcourt College Publishers, muka surat 316

(3) Komponen perolehan ilmu pengetahuan (knowledge-acquisition components)– proses

yang digunakan untuk mempelajari bagaimana hendak menyelesaikan masalah mengikut keutamaan. Sebagai contohnya jika anda disuruh untuk membuat satu kertas ujian penggal sekolah. Untuk memastikan tugasan ini dapat dilakukan kita memerlukan tiga komponen ini. Anda akan menggunakan metakomponen untuk menentukan tajuk, merangka pelan, memantau penulisan, dan menilai sejauh mana kerja yang dihasilkan itu bertepatan dengan matlamat yang dimaksudkan. Anda akan menggunakan komponen perolehan ilmu pengetahuan (knowledgeacquisition components ) untuk membuat kajian bagi mempelajari topik. Selain itu, anda akan menggunakan komponen prestasi (performance components )untuk penulisan yang sebenar. Secara praktikalnya, tiga komponen ini berlaku serentak dan bukannya secara berasingan. Sebelum memulakan menulis kertas ujian tersebut, pada mulanya kita harus menentukan suatu tajuk dan kemudiannya membuat beberapa kajian. Keadaan yang sama juga berlaku apabila anda merancang untuk menulis kertas tersebut.

Keadaan mungkin berubah ketika mana

memperolehi maklumat terbaru. Keadaan boleh berubah disebabkan tidak cukup maklumat pada sesuatu aspek dalam pemilihan tajuk yang memaksa untuk mengubah penekanan anda. Perancangan anda juga boleh berubah jika terdapat beberapa aspek dalam penulisan tersebut berjalan lebih lancar berbanding dengan yang lain.

6.0

Mendedahkan kecerdasan analitik, pengalaman dan praktikal pelajar: Aplikasi Kecerdasan Triarchic di sekolah Teori triarchic Sternberg bolehlah digunakan serta diaplikasikan di sekolah. Ini adalah

bertujuan untuk meneroka kecerdasan yang terdapat dalam diri pelajar. Sebagai contoh, perkara ini telahpun diakui di sekolah yang terletak di utara Carolina (Hunter Elementary Talented and Gifted Magnet School)6.

Apabila teori Triarchic diserap ke dalam kurikulum, instruksionaldan juga kepada penilaian, guru-guru mula melihat bagaimana pelajar-pelajarnya “bijak” tanpa disedari melalui sistem persekolahan yang konvensional ataupun biasa.

Usaha yang berterusan untuk

meningkatkan prestasi sekolah akhirnya memberikan hasil yang memberangsangkan.

Dalam beberapa tahun, peningkatan telahpun berlaku dari pelbagai sudut seperti peningkatan dalam skor markah pelajar serta membina keyakinan yang tinggi dalam diri guru. Antara pencapaian yang terbaik ialah merapatkan jurang prestasi diantara pelajar yang majoriti dan pelajar minoriti.

6

Lynn English, Uncovering students’ analytic, practical and creative intelligences: One school’s application of Sternberg’s Triarchic Theory, January 1998 (http://findarticles.com/p/articles/mi_m0JSD/is_1_55/ai_77195567/pg_3?tag=content ;col1)

6.1

Kelebihan pengajaran yang berasaskan pengajaran triarchic7 •

Membolehkan pelajar memusatkan keupayaannya kepada kekuatan dan membaik pulih atau mencuba mengatasi masalah



Membolehkan pelajar mengekod bahan-bahan pengajaran secara lebih mendalam, meluas dan dihurai dengan baik



Memotivasi atau merangsangkan pelajar dengan cara yang lebih sesuai



Menyediakan pelajar lebih baik untuk keperluan-keperluan pekerjaan yang sebenar

6.2

7.0

Kelemahan pengajaran yang berasaskan pengajaran triarchic8 •

Skor ujian merugikan



Amat sukar untuk dilaksanakan



Melibatkan terlalu banyak masa



Hanya sesuai untuk pelajar-pelajar yang bernasib baik (gifted students)



Guru mesti mengajar melalui cara-cara yang selesa bagi pelajar

Pandangan Al-Farabi mengenai intelek

7

Kamarudin Hj Husin, Pedagogi Asas Pendidikan, 2004, Kayazano Enterprise, Kuala Kumpur, muka surat 269 8

ibid, muka surat 269

Selanjutnya, dalam Risâlah fî Ma`âni al-Aql (Risalah tentang MaknaMakna Intelek), Al-Farabi menjelaskan istilah intelek dalam enam pengertian.

Intelek

yang

diungkap

Aristoteles

dalam

Kitâb

al-Akhlâq

(Nichomachean Ethic) sebagai “Intelek praktis hasil pergumulan panjang manusia yang memberinya kesadaran tentang tindakan yang patut dipilih atau dihindari. Dalam klasifikasi diatas, intelek jenis ini masuk kategori daya berfikir praktis. Aristoteles sendiri menyebutnya dengan istilah phronesis (kebijaksanaan praktis).

Phronesis atau kebijaksanaan praktis adalah kemampuan bertindak berdasarkan pertimbangan baik buruk ketika menghadapi pilihan-pilihan. Orang

yang

mempunyai

phronesis

akan

mengerti

bagaimana

harus

bertindak secara tepat. Kebijaksanaan praktis ini, menurut Aristotles, tidak dapat diajarkan tetapi boleh dikembangkan atau dilatih dengan cara dibiasakan.9.

8.0

Bibliografi

Buku

9

Jurnal “Psikoislamika”, Fakultas Psikologi Universitas Islam Negeri (UIN) Malang, Indonesia, Vol. 2, No. 1, Januari 2005

Drs. Slameto, Belajar dan Faktor-Faktor Yang Mempengaruhinya, Edisi Ketiga, 1995, Rineka Cipta, Jakarta Kamarudin Hj Husin, Pedagogi Asas Pendidikan, 2004, Kayazano Enterprise, Kuala Kumpur Michael W. Passer / Ronald E. smith, Psychology The Science Of Mind And Behavior, 3rd Edition, McGraw Hill International Edition, 2007 Ramlah Jantan, Psikologi Pendidikan Pendekatan Kontemporari, 2002, McGraw-Hill, Malaysia Robert J. Sternberg, Psychology in Search Of Human Mind, 3rd Edition, 2001, Harcourt College Publishers Internet Lynn

English,

Uncovering

students’

analytic,

practical

and

creative

intelligences: One school’s application of Sternberg’s Triarchic Theory, January 1998 (http://findarticles.com/p/articles/mi_m0JSD/is_1_55/ai_77195567/pg_3?tag=c ontent;col1) Jurnal “Psikoislamika”, Fakultas Psikologi Universitas Islam Negeri (UIN) Malang, Indonesia, Vol. 2, No. 1, Januari 2005

Related Documents


More Documents from ""