Teori Group.docx

  • Uploaded by: umadevi vasuthevan
  • 0
  • 0
  • July 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Teori Group.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 889
  • Pages: 5
TUJUAN KAJIAN Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap amalan kepimpinan kontigensi guru besar sekolah kebangsaan di Daerah Johor Bahru. Kajian ini juga untuk mengetahui adakah terdapat perbezaan amalan kepimpinan kontigensi mengikut faktor demografi responden iaitu guruguru sekolah kebangsaan di Daerah Johor Bahru.

OBJEKTIF KAJIAN Untuk mencapai tujuan kajian diatas, dua objektif telah dirangka untuk dicapai; 1. Mengenalpasti tahap amalan kepimpinan kontigensi guru besar sekolah kebangsaan di Daerah Johor Bahru. 2. Mengetahui perbezaan amalan kepimpinan kontigensi guru besar sekolah kebangsaan mengikut faktor demografi guru di Daerah Johor Bahru.

KERANGKA KONSEP

Rajah 1: Kerangka Konsep Kajian

Berdasarkan Rajah 1, kajian ini merangkumi dua pemboleh ubah iaitu pemboleh ubah bebas dan pemboleh ubah bersandar. Pemboleh ubah bebas adalah mengenai demografi guru-guru,

manakala pemboleh ubah bersandar merupakan tahap amalan kepimpinan kontigensi guru besar sekolah kebangsaan di Daerah Johor Bahru. Terdapat tiga aspek demografi guru iaitu jantina, kelayakan akademik dan tempoh perkhidmatan. Sementara itu, terdapat tiga dimensi dalam kepimpinan kontigensi guru besar iaitu hubungan pemimpin, struktur tugas dan kuasa pemimpin. Dalam kajian ini amalan kepimpinan kontigensi guru besar bersandar kepada factor demografi.

KAJIAN LITERATUR

Teori kontigensi menumpukan pengaruh persekitaran. Teori ini berkait dengan gaya kepimpinan yang keberkesanan disebabkan oleh beberapa aspek persekitaran. Antaranya keadaan persekitaran adalah struktur tugas yang dijalankan, kualiti perhubungan pemimpin dan ahli, kedudukan kuasa pemimpin, kejelasan peranan ahli, norma-norma kumpulan, perolehan maklumat, penerimaan kepimpinan dan kematangan ahli.

Menurut Fielder

“the performance of the group is contingen upon both the

motivasional system of the leader and the degree to which the leader has control and influence in a particular situation, the situational favorableness” (Fiedler, 1974:73). Ini bermaksud prestasi pekerja bergantung kepada motivasi dan gaya kepimpinan yang digunakan oleh pemimpin untuk mempengaruhi serta mengawal orang bawahanya.

Gary (2011) menyatakan klasifikasi dalam kepemimpinan situasional iaitu menekankan kepentingan faktor-faktor kontekstual seperti sifat pekerjaan yang dilaksanakan oleh unit pemimpin, sifat lingkungan luaran dan tingkah laku para pengikut. Teori-teori dalam ini sering diidentifikasi ke dalam teori kontigensi yang dapat dikontraskan dengan teori universal tentang kualiti umum kepemimpinan yang efektif. Dalam kepemimpinan situasional, perilaku pemimpin yang tepat adalah bervariasi bergantung terhadap situasi yang dihadapi. Indikatornya adalah ; (1) Tuntutan tugas (task requirtment), (2) Harapan dan perilaku rakan kerja (peers’expectation and bevavior), sifat, budaya dan dasar organisasi (Suwatno dan Priansa, 2011).

Model kepemimpinan kontigensi Fiedler menjelaskan bagaimana situasi hubungan antara kepemimpinan efektif dengan ukuran ciri yang disebut nilai LPC (Least Preferred Coworker) rakan sekerja yang paling tidak disukai (Yukl, 2005:251). Teori kontingensi Fiedler menunjukkan hubungan antara orientasi pemimpin atau gaya dan prestasi kumpulan pekerja yang berbeza dalam sesuatu situasi.

Teori ini berdasarkan pada penentuan gaya pemimpin (hubungan atau tugas), unsurunsur situasi (hubungan pemimpin-anggota, tugas struktur, dan kuasa pemimpin), dan orientasi pemimpin yang didapati paling efektif disebabkan situasi berubah dari rendah ke tinggi. Fiedler menyatakan bahwa tugas pemimpin berorientasi lebih efektif dalam situasi kawalan rendah manakala hubungan pemimpin lebih efektif dalam situasi kawalan sederhana. Pendekatan kontigensi diperlukan untuk membentuk sistem pengurusan yang efektif. Penggunaan aspek kontigensi dalam kepimpinan dapat meningkatkan prestasi organisasi kerana menunjukkan dapatan yang positif daripada organisasi (Siti Zulaikha, 2006). Amalan kepimpinan situasional yang lebih efektif dapat meningkatkan prestasi pekerja. Pemimipin yang membimbing dan mengetahui kompetensi pekerja dapat membentuk situasi organisasi yang lebih selesa serta dapat mencapai matlamat organisasi (Vicky, 2016).

Keberkesanan pemimpin ditentukan oleh interaksi antara tingkah laku pemimpin dan pengendalian pemimpin dalam setiap situasi. Tingkah laku pemimpin dibahagikan kepada 4 aspek antaranya menunjukkan perhatian terhadap orang bawahan, mengarahkan orang bawahan, peranan orang bawahan dalam mengambil keputusan dan menentukan tujuan kajian yang boleh dicapai (House,1971).

Prestasi kerja yang efektif bergantung kepada kesesuaian gaya pemimpin dalam berinteraksi dengan orang bawahan dan bagaimana ia mempengaruhi pemimpin tersebut (Robbinson, 2007). Hubungan antara pemimpin dengan pekerja merupakan konstruk yang paling penting dalam model kontigensi kerana ia menentukan sesuatu situasi dalam organisasi

(Thoba, 2008). Menurut Juniman pula organisasi yang berkualiti hanya dibentuk jika pemimpin menerapkan gaya kepimpinan berorientasikan struktur tugas.

Kepemimpinan situasional atau model kontigensi adalah suatu pendekatan terhadap gaya kepemimpinan yang menyatakan pemimpin memahami perilakunya, sifat-sifat orang bawahannya dan sesuatu situasi sebelum menggunakan gaya kepemimpinan tersebut. Faktor yang menentukan seseorang menjadi pemimpin yang efektif adalah dengan kepemimpinan situasional. Seseorang pemimpin situasional harus menyesuaikan diri dengan situasi yang berlaku dalam organisasi mereka secara makro ataupun mikro. Seorang pemimpin harus mampu mengenal lingkungan organisasi luaran serta dalaman (Lugas, 2015).

Pemimpin memerlukan tingkah laku atau gaya kepimpinan yang berbeza untuk menguruskan sesuatu organisasi. Gaya kempimpinan pula harus bersesuaian dengan situasi yang dihadapi. Oleh itu, model kontigensi atau teori situasional diamalkan bagi mengendalikan situasi tertentu (Yukl, 2009).

RUJUKAN

Fisher, G Joseph, 1998, Contingency Theory, Management Control System and Firm Outcomes: Past

Results and Future Directions, Behavioural Research in

Accounting Vol. 10. Outley, David, 1980, The Contingency Theory of Management Accounting: Achievement and Prognosis, Accounting and Organization Society 5. Lidya. 2013. Gaya Kepemimpinan Transformasional, Transaksional, Situasional, Pelayanan Dan

Autentik. Jurnal EMBA. Vol.1 No.4. Hal. 2233-2244.

Yukl, G. A. (2002). Leadership in organizations (5th edition). Upper Saddle River, NJ: Prentice

Hall.

Spendlove, M. (2007). Competencies for effective leadership in higher education, International Journal of Educational Management, 24(5), 407-417. Norazizah Che Mat. 2018. Reka Bentuk Model Kepimpinan Berkesan Institusi Pendidikan Tinggi Majlis Amanah Rakyat. Fakulti Pendidikan,Universiti Malaya. Abdul Ghani Abdullah, Abd. Rahman Abd. Aziz, & Mohammed Zohir Ahmad. (2008). Gaya gaya

kepimpinan dalam pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn.

Bhd. Harris, A. (2008). Distributed Leadership in schools: Developing the leaders of tomorrow. London:

Routledge & Falmer Press

Related Documents

Teori
October 2019 61
Teori
May 2020 46
Teori
June 2020 35
Teori
June 2020 40
Teori
June 2020 37
Teori
November 2019 59

More Documents from ""