Teori

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Teori as PDF for free.

More details

  • Words: 1,933
  • Pages: 14
E.L. Thorndike menggabungkan pendapat Herbart tentang association dengan dapatan ahli fisiologi dengan mengatakan terdapat perhubungan (connection) antara unit fizikal dengan unit mental ketika pembelajaran. Dapatan kajian terhadap tingkah laku kucing yang dikurung, telah membawa beliau kepada mengutarakan: a. Teori Pembelajaran Connectionism (S-R Theory). Menurut teori ini perhubungan S-R terbentuk pada sistem deria hasil tindakan asal yang bersifat cuba jaya. Bila diletakkan dalam keadaan yang sama, proses pemikiran sebenarnya adalah mengikut aliran perhubungan deria yang telah terbentuk. Tindakan yang ditunjukkan adalah pembelajaran hasil pemikiran itu. b. Undang-undang Pembelajaran (Laws of Learning) i. Undang-undang Kesediaan - perlu ada struktur neuron dan synaps bagi membolehkan connection - berlakunya connection dalam keadaan struktur bersedia akan menghasilkan tindakan yang menyenangkan - berlakunya connection dalam keadaan tidak bersedia akan menghasilkan tindakan yang tidak menyenangkan ii. Undang-undang Latihan/Ulangan - lebih banyak kali berlaku hunungan S-R, semakin kuat hubungan berkenaan (semakin diingat) iii. Undang-undang Kesan - gerakbalas sesuatu perhubungan S-R menjadi semakin kuat jika diikuti sesuatu yang menggembirakan dan sebaliknya jika diikuti kesakitan. Namun pandangan Thorndike tidak memberi ruang untuk menyatakan sesuatu organisma mempunyai tujuan dalam melakukan sesuatu (purposive behaviour). ` (Psikologi Purposif menganggap tindakan setiap manusia dan haiwan adalah kerana mencuba mencapai sesuatu. Dengan itu, kita boleh mengagak tindakannya dengan tepat jika kita boleh menjangka apakah yang hendak dicapainya) I. P. Pavlov menunjukkan bahawa pelaziman klasik berlaku apabila sesuatu rangsangan akan menimbulkan gerakbalas yang khusus. Gerakbalas yang ditunjukkan merupakan pembelajaran dari timbulnya rangsangan. Behaviouris Tulen J.B. Watson menolak kaitan mental dalam pendapat Thorndike dan cuba mengutarakan teori yang lebih berdasarkan perubahan tingkahlaku sepenuhnya dan yang boleh dijawab berdasarkan konsep fizik dan kimia semata-mata.

Behaviouris seperti beliau mengatakan manusia sebagai satu badan yang selfmaintaining yang terdiri dari sistem penerima (reseptor - organ sensori), pengalir (conductor-neuron), organ pengubah-aliran (switching organs - brain & spinal ccord) dan afektor (otot) yang menggerakkan organ-organ yang pengerak (tulang), pembekal (usus) dan pengawal (kelenjar). Kumpulan behaviouris itu mencadangkan gantian rangsangan ‘stimulus substitution’ sebagai asas pembelajaran. Menurut pandangan ini, ganjaran boleh digantikan dengan arahan yang sesuai cth: Mengajar anjing berdiri dengan mengunjukkan daging serta berkata ‘up’, lama-kelamaan daging boleh digantikan dengan perkataan ‘up’ bagi mendapatkan gerakbalas yang sama. Mereka juga menolak psikologi purposif. Mereka mengatakan bahawa apa yang difikir dan mahukan oleh pemikiran dalaman tidak ada kaitan dengan pembelajaran. Sebaliknya pembelajaran berlaku apabila terdapat rangsangan yang mencukupi yang akhirnya akan sentiasa menghasilkan gerakbalas yang diharapkan. Pembelajaran sepatutnya dilihat keseluruhannya dari gerakbalas yang ditunjukkan hasil rangsangan yang diberikan. Pandangan mereka tentang psikologi mental sama seperti pandangan seorang doktor modem terhadap seorang dukun.

Module 2: Perspektif Behaviorisme dan Pembelajaran b) Teori Pelaziman Cuba Jaya (Thorndike) SOALAN: a) Apakah ciri-ciri utama teori pelaziman cuba jaya? b) Berikan contoh aplikasi teori pelaziman cuba jaya dalam kehidupan seharian? Teori Pelaziman Cuba Jaya (Theory of Trial and Error Conditioning ) oleh E. L. Thorndike Thorndike (1874-1949), seorang ahli psikologi Amerika, mendapat ijazah kedoktoran (PhD) pada usia 24 tahun dan mula mengajar di Teachers' College, Columbia University. Beliau tidak begitu setuju dengan teori pelaziman klasik yang diperkenalkan oleh Ivan Pavlov. Beberapa tahun sebelum Pavlov, Thorndike (1874-1949) menjalankan kajian dan menguatarakan apa yang dinamakan 'pembelajaran cuba jaya' (trial and error learning). Baginya, prinsip asas pembelajran ialah pengaruh ganjaran dan denda dan organisme akan membuat sesuatu yang akan membawa keseronokan. Sebaliknya, organisme berkenaan akan mengelakkan melakukan sesuatu yang membawa kesakitan atau membahayakan diri. Menurutnya, ganjaran mendorong organisme mengulangi seusatu gerak balas manakala denda pula boleh menyekat organisme daripada melakukan sesuatu gerak balas. Dialah pengasas awal teori Rangsangan-Gerak Balas (R-G) atau StimulusResponse (S-R). Dengan perkataan lain, organisme mengaitkan Gerak Balas tertentu dengan Rangsangan tertentu. Thorndike melabelkan jenis pembelajaran ini sebagai 'Pembelajaran Instrumental atau Operan' yang diperluaskan kemudian oleh B.F. Skinner.

Eksperimen Thorndike Thorndike menjalankan berbagai eskperimen dengan menggunakan suatu alat yang direka bentuk dan dipanggil 'puzzle box.' Manakala Pavlov menggunakan anjing, Thorndike kerap menggunakan kucing. Dia mengurung seekor kucing yang lapar dalam puzzle box yang mempunyai kunci. Jika kucing itu akan cuba dengan mencakar peti itu dan jika ia berjaya menekan kunci peti itu, pintu akan terbuka dan kucing itu akan dapat keluar ke arah makanan yang disediakan. Thorndike telah perhatikan behawa kucing itu telah melakukan bermacam-macam tindakan (proses cuba-jaya) untuk keluar hinggalah haiwan itu tertekan kunci dan pintu terbuka. Masa yang diambil oleh kucing itu untuk membuka pintu puzzle box dicatat. Beberapa jam kemudian kucing yang lapar itu dimasukkan ke dalam peti yang sama. Kali ini, haiwan itu berjaya menekan kuci pntu dalam masal yang lebih singkat berbanding dengan percubaan pertama. Kucing itu dikatakan telah menguasai atau belajar. Iaitu, organisme itu telah mempelajari gerak balas yang betul untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

1) Hukuman Kesediaan (Law of Readiness) Organisme bersedia bertindak ====> Organisme bertindak ====> Organisme puas Organisme bersedia bertindak ====> Organisme TIDAK bertindak ====> Organisme kecewa

Organisme TIDAK bersedia bertindak ===== Organisme dipaksa bertindak ====> Organisme kecewa 2) Hukum Latihan (Law of Exercise) Kaitan antara R-G akan menjadi lebih kuat sekiranya organisme melakukan atau melatih seberapa kerap yang boleh. Jika latihan berkurangan, kaitan R-G akan mula menjadi lemah. 3) Hukum Kesan (Law of Effect) Ikatan antara R-G akan bertambah kukuh jika terdapat kesan yang memuaskan apabila sesuatu gerak balas dihasilkan. Iaitu, ganjaran bertindak menguatkan kaitan R-G. Sekiranya, organisme mengalami keadaan yang tidak selesa akhibat daripada tindakannya, kaitan R-G akan menjadi lemah.

Edward Lee Thorndike 1874 - 1949 Berdasarkan kajian-kajian yang dijalankan (pada 1913, 1932, 1933), Thorndike mencadangkan prinsip-prinsip berikut mengenai pembelajaran: RUJUKAN: Connectionism (R-G Asas Teori Thorndike) E.L. Thorndike (1874 - 1949) Teori Thorndike dan Aplikasi dalam Pembelajaran. Bagaimana teori Thorndike cuba menerangkan pembelajaran manusia?

Teori-Teori Cadangan Thorndike Latar belakang Thorndike dan teori-teori yang diperkenalkan. Major Phenomenon of Classical Conditioning Baca bahagian bertajuk 'Thorndike & the Law of Effect' Kemunculan Perspektif Behaviorisme Setiap hari kita cuba menjelaskan tingkahlaku orang yang kita tahu. Kita tanya, "Mengapa Kumar memutuskan hubungan dengan Shanti?" "Mengapa ahli parliamen itu menerima rasuah?". Mungkin kita menjawab Kumar merasa terancam dengan kebolehan academik Shanti. Ahli parliamen itu seorang yang tamak. Walau pun kita tidak boleh nampak Kumar terancam atau ahli parliamen itu tamak kita gunakan tingkahlaku mereka untuk menerangkan tindakan mereka. Bagaimana pun ahli psikologi seperti Watson, Tolman, Guthries, Thorndike dan Skinner tidak setuju dengan membuat inferen tentang kewujudan sesuatu tingkahlaku atau kelakuan. Menurut mereka, kita tidak boleh memutuskan Kumar 'terancam' kerana tinkahlaku tersebut tidak boleh dilihat. Cuma kita boleh melihat Kumar memutuskan hubungan dengan Shanti dan kita tidak boleh buat apa-apa inferen selain daripada itu. Inilah yang menjadi pegangan perspektif behaviorisme, kajian harus menumpukan kepada kaitan antara rangsangan dan gerak balas (R-G) dan gerak balas itu mesti boleh dilihat berlaku dan direkod. J.B. Watson (1878-1958) Watson digelar sebagai 'bapa behaviorisme'. Beliau sangat terpengaruh dengan hasil kerja Pavlov dan menerima pelaziman klasik sebagai cara penting pembelajaran berlaku. Oleh kerana dia mengutamakan tingkahlaku yang boleh diperhatikan, beliau mengaitkan segala tingkahlaku dengan pergerakan. Contohnya, dia sifatkan 'perasaan' sebagai pergekaran otot-otot dalam perut dan 'percakapan' sebagai pergerakan otot-otot dalam tekak.

Eksperimen yang jalankan dengan seorang bayi bernama 'Albert'. Watson memakai topeng untuk menakutkan Albert. Seorang bayi bernama Albert didedahkan kepada seekor tikus. Bayi itu bermain dengan haiwan itu tanpa menunjukkan apa jua ketakutan. Dalam situasi yang berlainan, Albert diberikan tikus yang sama, tetapi kali ini ia diikuti dengan satu bunyi kuat. Setiap kali tikus itu diberikan kepada Albert, bunyi kuat itu terdengar yang membuat bayi itu gelisah dan menangis. Kemudian tikus itu diberikan kepada Albert, tanpa bunyi kuat bayi itu enggan menyentuh tikus itu dan terus menangis. Apakah telah terjadi? Rujukan: Conditioned Emotional Reactions oleh J.B.Watson & Rosalie Rayner (1920) Baca tentang eksperimen ke atas 'Albert'. Behaviorism - The modern note in psychology oleh J.B. Watson (1929)

PPEC1104 Psychology of Learning Sarjana Muda Kaunseling

Module 2: Perspektif Behaviorisme dan Pembelajaran a) Pelaziman Klasik SOALAN: a) Apakah yang dimaksudkan dengan pelaziman klasik? b) Apakah prinsip-prinsip yang terlibat dengan pelaziman klasik c) Berikan contoh aplikasi prinsip pelaziman klasik dalam kehidupan seharian. Pada awal tahun 1900an, seorang ahli fisiologi Rusia bernama Ivan Pavlov menjalankan satu siri percubaan secara sistematik dan saintifik dengan tujuan mengkaji bagaimana pembelajaran berlaku pada sesuatu organisme. Pavlov mengasaskan kajiannya pada 'hukum perkaitan' (Law of Association) yang di utarakan oleh ahli falsafah Yunani awal seperti Aristotle. Menurut pendapat ini, sesuatu organisme akan teringat sesuatu kerana sebelum ini organisme berkenaan telah mengalami sesuatu yang berkaitan. Contohnya, apabila kita melihat sebuah kereta mewah, kita mungkin membuat andaian pemandu itu adalah seorang kaya atau seorang terkemuka. Andaian ini bergantung kepada pengalaman kita yang lampau. Eksperimen Menunjukkan Pelaziman Klasik Berdasarkan hukum perkaitan ini, Pavlov mencadangkan bahwa proses asas pembelajaran ialah pembentukan perkaitan antara RANGSANGAN (R) dan sesuatu GERAK BALAS (G). Pavlov cuba membuktikan teori pembelajaran ini dengan menjalankan kajian ke atas anjing (lihat peralatan eksperimen di sebelah). Dia dapati bahawa apabila anjing melihat bekas dengan makanan, air liur haiwan

itu keluar. Dia membuat kesimpulan bahawa anjing tersebut telah 'belajar' mengaitkan bekas makanan yang dilihat dengan makanan yang akan diberikan kelak. Pavlov melanjutkan kajiannya dengan menguji hipotesis bahawa sesuatu organisme boleh diajar bertindak dengan pemberian sesuatu rangsangan. Peralatan Eksperimen Pavlov Sebelum Pelaziman RTT (makanan) >>>>>>> GTT (keluar air liur) RT (loceng) >>>>>>> Tak ada GT (air liur tidak keluar) Semasa Pelaziman RT (loceng) + RTT (makanan) >>>>> GTT (keluar air liur) Selepas Pelaziman RT (loceng) >>>>>>>>> GT (keluar air liur) _________________________________________________ Kunci: RTT = Rangsangan Tak Terlazim (Unconditioned Stimulus) RT = Rangsangan Terlazim (Conditioned Stimulus) GTT = Gerak Balas Tak Terlazim (Unconditioned Response) GT = Gerak Balas Terlazim (Conditioned Response) Apakah kesimpulan yang dapat dibuat daripada kajian Pavlov? 1) Penguasaan (Acquisition) Penguasaan atau bagaimana organisme mempelajari sesuatu gerak balas atau respons baru berlaku berperingkat-peringkat. Juga lebih kerap organisme itu mencuba, lebih kukuh penguasaan berkenaan. 2) Generalisasi (Generalisation) Dalam eksperimennya, Pavlov juga telah menggunakan bunyi loceng yang berlainan nada, tetapi anjing itu masih mengeluarkan air liur. Ini menunjukkan bahawa sesuatu organisme yang telah terlazim dengan dikemukakan sesuatu rangsangan tak terlazim (RTT seperti loceng) juga akan menghasilkan gerak balas terlazim (GT = keluar air liur) walau pun rangsangan itu berlainan atau hampir sama (iaitu, nada loceng yang berlainan). Dengan perkataan lain, organisme itu dapat membuat generalisasi bahawa bunyi yang berlainan atau hampir sama mungkin diikuti dengan gerak balas (makanan). 3) Diskriminasi (Discrimination)

Pvlov juga dapati bahawa apabila dia menukar nada bunyi loceng, anjing itu masih mengeluarkan air liur. Bila nada bunyi loceng itu jauh berbeza daripada bunyi loceng yang asal, anjing berkenaan tidak mengeluarkan air liur. Ini menunjukkan bahawa organisme berkenaan dapat membezakan atau mendikriminasi antara rangsangan yang dikemukakan dan memilih untuk tidak bertindak atau bergerak balas. Iaitu, sesuatu organisme berkebolehan untuk bergerak balas kepada sesuatu rangsangan tetapi tidak kepada rangsangan yang lain. 4) Penghapusan (Extinction) Sekiranya sesuatu rangsangan terlazim (loceng) tidak diikuti dengan rangsangan tak terlazim (makanan), lama kelamaan organisme itu tidak akan bergerak balas. Iaitu, gerak balas berperingkat-peringkat terhapus. Ivan Petrovich Pavlov (1849 - 1936)

RUJUKAN: Berikut ini adalah beberapa website yang menerangkan dengan lebih lanjut tentang pelaziman klasik. Siapakah Ivan Pavlov? Biografi Pavlov Pada pendapat anda, apakah kaitan antara bidang fisiologi dengan psikologi pembelajaran? Classical Conditioning Artikel ini menerangkan secara mudah pelaziman klasik. Berikan contoh-contoh bagaimana pelaziman klasik berlaku dalam kehidupan seharian? Conditioning and Learning Baca bahagian pertama tentang isu-isu pembelajaran dan penerangan tentang pelaziman klasik. Aplikasi Pelaziman Klasik dalam Kehidupan Seharian Using Classicial vs Operant Conditioning Disenaraikan ialah 8 jenis tingkahlaku. Anda dikehendaki mengenal pasti sama ada tingkahlaku-tingkahlaku tersebut adalah pelaziman klasik atau pelaziman operan. Classical conditioning could link disorders and brain dysfuntion, reseachers suggest. Beth Azar, APA Monitor Online.

Cuba Ujian Kendiri Ini: Self-Quiz on Conditioning

Classical Conditioning Apakah tingkahlaku yang terlazim? Bagaimana mempertingkatkan tingkahlaku melalui pelaziman klasik? Bagaimana mengurangkan kewujudan tinkahlaku melalui melazimin klasik? Apakah peranan pelaziman klasik dalam kehidupan seharian dan situasi pendidikan? Topik Module 1: Sejarah Module 3: Pelaziman Operan Module 4: Pembelajaran Sosial / Pemerhatian

Related Documents

Teori
October 2019 61
Teori
May 2020 46
Teori
June 2020 35
Teori
June 2020 40
Teori
June 2020 37
Teori
November 2019 59