UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA ZT1032 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA
TAJUK: TELEFON BIMBIT MENGHAKIS NILAI
SEMESTER 1 SESI 2008/2009
KUMPULAN 2 (DKG126H) PBJJ FPI (SYARIAH) PENSYARAH: USTAZ NASRUDDIN BIN YUNOS
PENGHARGAAN
i Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah (S.W.T), selawat dan salam buat junjungan besar Baginda Nabi Muhammad ( S.A.W ), kaum keluarga Baginda seterusnya kepada mereka yang menyeru kepada jalan yang benar dan berpegang teguh dengan Sunnah Rasulullah sehingga ke hari perhitungan. Setinggi-tinggi penghargaan diberikan terutamanya kepada al-Fadhil Ustaz Nasruddin bin Yunos, selaku pensyarah Tamadun Islam dan Tamadun Asia yang banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar serta sudi meluangkan masa dan tenaga untuk menyumbangkan pandangan, teguran, bimbingan sehingga kajian ini dapat disempurnakan. Sekalung terima kasih juga tidak dilupakan kepada sahabat handai dan rakan seperjuangan kami yang telah banyak memberikan sumbangan idea dan dorongan kepada kami bagi menyelesaikan tugasan ini. Dengan bantuan dan kerjasama daripada rakan sekumpulan kami ini dapat memudahkan dan mempercepatkan penyelesaian tugasan yang telah diberikan ini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat. Ribuan terima kasih juga kepada pihak perpustakaan Perpustakaan Negara serta semua kakitangan perpustakaan yang turut membantu dalam mendapatkan maklumat kajian dan rujukan bagi kajian ini. Akhir kata, jutaan kemaafan sekiranya terdapat sebarang kesilapan dalam menghuraikan setiap ulasan. Harapan kami agar penulisan ini sedikit sebanyak dapat membantu memberi kefahaman yang jelas berkaitan isu telefon bimbit menghakis nilai, khususnya kepada pelajar-pelajar dan masyarakat amnya. Sesungguhnya segala yang baik itu adalah daripada Allah S.W.T dan segala yang kurang itu datangnya daripada kelemahan diri kami sendiri. Semoga usaha yang sekecil ini diberi keberkatan oleh Allah S.W.T. InsyaAllah.. Sekian, terima kasih. KANDUNGAN
ii Halaman PENGHARGAAN
i
KANDUNGAN
ii
BAB SATU: PENDAHULUAN 1.1
Latar Belakang Masalah
1
1.2
Persoalan Kajian
2
1.3
Objektif Kajian
3
1.4
Hipotesis Kajian
3
1.5
Skop Kajian
5
BAB DUA: KAJIAN LAPANGAN 2.1
Pengenalan
6
2.2
Kaedah Kajian
6
2.3
Objektif Kajian Soal Selidik
6
2.4
Proses Perjalanan Soal Selidik 2.4.1
Penyediaan Borang
6 7
2.4.2
2.5
Borang Soal Selidik
7 iii
2.4.2.1 Bahagian A
7
2.4.2.2 Bahagian B
8
2.4.3
Pengumpulan Data Soal Selidik
8
2.4.4
Penyediaan Data Set
Kesimpulan
9 9
BAB TIGA: SEJARAH KEMUNCULAN TELEFON DAN BAIK BURUKNYA 3.1
Pengenalan Telefon
3.2
Sejarah
10
Penciptaan Telefon 10
3.2.1
Pembangunan Awal
11
3.3
Pengenalan Telefon Bimbit
12
3.4
Kebaikan Telefon Bimbit
13
3.5
Keburukan Telefon Bimbit\
14
BAB 4: LAPORAN DAN KEPUTUSAN KAJIAN 4.1
Maklumat Kajian
17
4.2
Keputusan Dan Laporan Borang Soal Selidik
18
4.2.1
Bahagian A (Latar Belakang Responden)
18
4.2.2
Bahagian B (Maklumat Terperinci Kajian)
23
4.2.2.1 Sosial
23
4.2.2.2 Ekonomi
26
4.2.2.3 Politik
29
4.3
Kesimpulan
32
BAB 5: RUMUSAN DAN PENUTUP 5.1
Rumusan
33
5.2
Pendapar Responden
35
5.3
Saranan
36
iv RUJUKAN
38
LAMPIRAN Lampiran A : Borang Kaji Selidik
40
BAB 1
1 PENDAHULUAN 1.1
Latar Belakang Masalah
Telefon bimbit merupakan peranti eletronik, mudah alih, jarak dekat yang digunakan sebagai alat perhubungan suara atau data melalui jaringan stesen pengkalan yang dikenali sebagai tapak sel. Ia turut memiliki fungsi tambahan seperti telefon, Telefon bimbit masa kini mampu membuat perkhidmatan GSM dan ciri tambahan, seperti khidmat pesanan ringkas SMS bagi perutusan teks, surat-e, penukar paket bagi capaian Internet, permainan, bluetooth, infrared, kamera dengan perakam video dan Khidmat Pesanan Multimedia (Multimedia Messaging Service – MMS’’) bagi menghantar dan menerima gambar dan LP[;’video. Kebanyakan telefon mudah alih berhubung dengan jaringan selular pada stesen pengkalan yang kemudiannya berhubung dengan jaringan telefon suis awam (public switched telephone network – PSTN).1 Seperti yang kita tahu bahawa pengguna telefon bimbit makin bertambah dari tahun ke tahun. Pelbagai masalah telah berlaku akibat disalahgunakan. Baru-baru ini, sebuah sekolah menengah di Kuala Terengganu mendapat perhatian 'lebih', gara-gara aksi panas seorang pelajar perempuan dalam klip video yang tersebar ke serata Malaysia. Klip video yang berlatarbelakangkan sebuah kelas itu menjadi pilihan lokasi penggambaran 'krew remaja' yang sepatutnya menelaah buku. Rakaman video yang dibuat menerusi telefon bimbit berkamera seperti itu sebenarnya bukan perkara baru dan tidak hanya berlaku di sekolah. Sekali-sekala, dada akhbar turut mendedahkan kes seperti ini yang berlaku di bilik sewa, taman rekreasi dan sebagainya. Suka atau tidak, ia seakan satu trend dalam era teknologi hari ini.2
Oleh yang demikian, Allah telah menjelaskan di dalam Al-Quran bahawa wajib menjauhi segala perbuatan mungkar dan mendekatkan diri dengan perkara kebaikan.
http://teknologi-maklumat.com/wiki/Telefon_bimbit Yeo Li Shian. 2008. Jenayah Telefon Bimbit. Kosmo, 31 Oktober: 20.
1 2
2 Firman Allah s.w.t. :
Maksudnya : “Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) Yang masing-masing menujunya; oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan; kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan); Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” Al-Baqarah (2): 148
Para pengkaji memilih tajuk ini kerana masih terdapat ramai masyarakat masa kini, terutamanya remaja kurang kesedaran tentang bahaya telefon bimbit dalam mempengaruhi sikap dan tindak tanduk mereka jika disalahgunakan. Ibu bapa merupakan pihak pertama yang bertanggungjawab dalam menangani masalah ini dari awal lagi. Tanpa perhatian yang sewajarnya, maka perkara yang sedemikian boleh berlaku terhadap anak-anak mereka.
1.2
Persoalan Kajian
Dalam membuat kajian ini, para pengkaji akan menjelaskan beberapa persoalan kajian berdasarkan beberapa masalah yang timbul berkaitan dengan telefon bimbit. 3 1.2.1
Bagaimanakah sejarah kewujudan telefon di dunia?
1.2.2
Apakah kebaikan dan keburukan menggunakan telefon bimbit?
1.2.3
Apakah kesannya terhadap masyarakat jika telefon bimbit disalahgunakan?
1.2.4
Apakah pendapat yang dikemukakan oleh masyarakat pada masa kini berkaitan telefon bimbit menghakis nilai?
1.3
Objektif Kajian
Bagi memastikan kajian ini berjalan dengan lancar dan mencapai tujuan yang diinginkan, para pengkaji telah menggariskan beberapa objektif kajian. Berikut adalah: (a)
Menyingkap kesan dunia tanpa batasan melalui kecanggihan dan kemajuan rangkaian telefon bimbit.
(b)
Menganalisa peratus kesan positif dan negatif penggunaan telefon bimbit yang kini mampu menghakis nilai.
(c)
Mengupas keberkesanan penggunaan telefon bimbit dalam arus pembangunan negara kini.
(d)
Mewujudkan kesedaran dan melahirkan tindakan bagi mengatasi pemasalahan yang timbul.
1.4
Hipotesis Kajian
Hipotesis kajian bermaksud satu jangkaan awal terhadap sesuatu perkara yang belum pasti kebenarannya. Ia memainkan peranan penting bagi membantu pengkaji membuktikan jangkaan-jangkaan awal yang dibuat olehnya adalah benar. Oleh itu, di dalam kajian ini, para pengkaji telah menyenaraikan beberapa hipotesis awal.
4 Melalui kesan terhadap nilai sosial masyarakat : 1) Telefon bimbit memainkan peranan yang besar di dalam mempengaruhi kehidupan masyarakat. 2) Peratusan yang sedikit terhadap penggunaan telefon bimbit untuk beramal jariah berbanding untuk perkara yang tidak berfaedah.
3) Kebanyakan rakyat di Malaysia berpendapat bahawa telefon bimbit menjadi salah satu punca keruntuhan akhlak pada masa kini.
Melalui kesan terhadap nilai ekonomi seseorang individu : 1) Telefon bimbit dapat mempengaruhi ekonomi seseorang individu sehingga ianya perlu diutamakan berbanding keperluan yang lain seperti hutang, sebagai simpanan dan lain-lain. 2) Menggunakan telefon bimbit tidak dapat membantu dalam penjimatan kos sara hidup, malah ianya akan menjadi bebanan kepada pengguna.
Melalui kesan terhadap nilai politik negara : 1) Penggunaan telefon bimbit juga membabitkan nilai politik sehingga boleh menjatuhkan kredibiliti seorang ahli politik. 2) Telefon bimbit juga boleh memberi kesan terhadap perjalanan sesebuah pilihanraya. 3) Rata-rata rakyat bersetuju bahawa maklumat politik negara boleh disebarkan melalui telefon bimbit.
5 1.5
Skop Kajian
Skop kajian dijalankan kepada beberapa skop tertentu supaya tidak bertentangan dengan objektif asal penyelidikan ini. Fokus utama penyelidikan ini adalah untuk mengkaji kesan penggunaan telefon bimbit terhadap akhlak dan sikap masyarakat. Para pengkaji juga membincangkan mengenai langkah-langkah bagi mengatasi masalah ini.
Bagi memudahkan kajian ini, pengkaji akan membuat soal selidik terhadap responden dan membuat rujukan dalam akhbar atau majalah. Seterusnya, dengan bantuan semua ahli kumpulan, para pengkaji akan mendapatkan maklumat yang lebih terperinci berkaitan telefon bimbit supaya memudahkan kajian ini dilakukan.
6 BAB 2 KAJIAN LAPANGAN 2.1
Pengenalan
Penerangan tentang penggunaan telefon bimbit boleh menghakis nilai. Dalam bab ini pula menjelaskan kaedah yang digunapakai bagi mendapatkan hasil kajian. Bagi mendapatkan hasil yang dikehendaki, kajian empirikal melalui soal selidik dijalankan.
2.2
Kaedah Kajian
Kaedah kajian yang digunakan untuk mengumpul maklumat tentang penggunaan telefon bimbit adalah melalui borang soal selidik dan sesi temubual ringkas bersama dengan pengguna-pengguna telefon bimbit.
2.3
Objektif Kajian Soal Selidik
Secara khususnya, soal selidik adalah untuk memperolehi dan mengumpul maklumat dari pengalaman responden tentang penggunaan telefon bimbit sebagai mewakili seluruh pengguna telefon bimbit di Malaysia.
2.4
Proses Perjalanan Soal Selidik
Proses perjalanan soal selidik adalah melalui penyediaan borang-borang soal selidik, pengumpulan data soal selidik dan penyediaan graf. Ini dijelaskan seperti berikut:
7 2.4.1
Penyediaan Borang
Borang disediakan daripada input kajian literatur. Kemudian, diinterpreastasi soalan dengan menekankan kesemua objektif kajian. Pecahan setiap soalan dilakukan agar kajian yang lebih terperinci dan menepati kehendak objektif. Hasil daripada objektif kemudiannya dituruti kajian literatur dan seterusnya soal selidik disediakan untuk responden yang terpilih.
2.4.2
Borang Soal Selidik
Soal selidik dilaksanakan untuk mendapatkan maklum balas daripada orang ramai terutamanya pengguna telefon bimbit, dimana kesemua adalah dari sekitar kawasan Lembah Klang. Borang soal selidik disediakan dengan pelbagai persoalan seperti jantina, umur, bangsa, taraf perkahwinan, tahap pendidikan, sektor pekerjaan, pendapatan bulanan para responden dalam penggunaan telefon bimbit. Soalan-soalan adalah berdasarkan pilihan jawapan mengikut turutan skala kepentingan menaik. Soalan-soalan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian A adalah Latar Belakang Responden dan Bahagian B adalah Maklumat Terperinci Kajian.
2.4.2.1 Bahagian A Latar Belakang Responden, iaitu bahagian ini menyatakan tentang latar belakang responden dari aspek seperti jantina, umur, bangsa, taraf perkahwinan, tahap pendidikan, sektor pekerjaan, pendapatan bulanan para responden dalam penggunaan telefon bimbit. Melalui latar belakang ini dapat dikaitkan hubungannya dengan maklumat terperinci kajian tentang pengguna-pengguna telefon bimbit dengan baik. Ini dapat membantu mengetahui dan memahami dengan jelas bentukbentuk penggunaan telefon bimbit yang sering digunakan oleh pengguna-pengguna telefon bimbit dan kesannya dalam aspek kehidupan mereka merangkumi soaial, budaya dan ekonomi. 2.4.2.2 Bahagian B Maklumat Terperinci Kajian pula adalah kebanyakan soalan-soalan disediakan berserta jawapan yang harus ditanda oleh responden berdasarkan pilihan mereka. Soalan ini kebanyakannya menjurus kepada penggunaan telefon bimbit yang merangkumi aspek sosial, ekonomi dan politik yang mana boleh menjurus kepada terhakisnya nilai ataupun tidak. Penganalisaan penggunaan telefon bimbit yang
8
efektif dapat dikenalpasti dan telah memenuhi pertimbangan dalam semua aspek yang terlibat.
2.4.3
Pengumpulan Data Soal Selidik
Pengumpulan data dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Data diperolehi daripada kajian yang dilakukan terhadap orang ramai daripada responden pengguna telefon bimbit. Kawasan kajian adalah sekitar kawasan Lembah Klang dan borang soal selidik telah diedar secara rawak terdiri daripada daerah Hulu Langat, Bangi, Serdang, UKM, UPM dan Sepang. Daerah yang
dikenalpasti tersebut menepati ciri-ciri yang
dikehendaki, iaitu corak penggunaan telefon bimbit yang berbeza dengan taraf hidup, tahap pendidikan, sektor pekerjaan dan pendapatan bulanan penggunapengguna telefon bimbit.
Hasil daripada penyediaan set borang soal selidik sebanyak 150 salinan yang telah dihantar kepada responden tersebut, dalam tempoh masa yang diberikan selama empat minggu, hanya terdapat 100 responden sahaja yang mengembalikan dan memberi jawapan menepati kehendak soalan. Selebihnya responden menghantar borang tidak lengkap, tidak mengembalikan semula, berpindah tempat kerja dan lain-lain. Kebanyakan responden adalah terdiri 9 daripada pekerja sektor awam, terutamanya guru. Ini adalah kerana guru merupakan golongan atau pihak yang banyak terdedah dengan cabaran yang berhadapan dengan remaja yang mana merupakan aset penting dalam sesebuah masyarakat yang juga merupakan bakal pemimpin masa akan datang.
2.4.4
Penyediaan Data Set
Penyediaan data set adalah dengan menggunakan perisian Microsoft Excel dan Microsoft Word . Ini bertujuan untuk menunjukkan keputusan daripada hasil kajian yang dibuat . Kaedah ini mudah digunakan serta cepat. Pengiraan dibuat secara automatik dengan memasukkan data yang hendak dianalisis.
Keputusan data juga boleh dibuat dalam bentuk graf, carta pai dan lain-lain. Tambahan pula, data diperoleh boleh dipelbagaikan cara persembahannya agar lebih menarik dan mudah difahami. Seterusnya, membolehkan para pengkaji menganalisis daripada graf dan lain-lain serta membentangkan dengan lebih berkesan.
2.5
Kesimpulan
Data yang dikumpulkan dibuat analisa dengan menggunakan kaedah yang bersesuaian dengan objektif yang hendak dicapai. Analisa data terperinci dan perbincangan hasil analisa dibincangkan dalam bab Keputusan dan Laporan.
10 BAB 3 SEJARAH KEMUNCULAN TELEFON DAN BAIK BURUKNYA 3.1
Pengenalan Telefon
Telefon berasal daripada bahasa Yunani tele bermaksud Jauh. Manakala phone pula bermaksud suara. Ia adalah alat telekomunikasi yang digunakan bagi memancar dan menerima bunyi dari segi suara dan percakapan.3 Ia boleh dilakukan pada jarak dekat, jauh atau secara bebas tanpa wayar. 3
http://ms.wikipedia.org/wiki/Telefon.
Menurut Kamus Dewan, telefon ialah alat untuk bercakap dengan orang yang jauh (dgn menggunakan tenaga elektrik dan kawat atau hubungan satelit). Ia juga bermaksud percakapan (panggilan) yg menggunakan alat tersebut. 4Seperti yang kita ketahui, sebelum alat komunikasi dicipta, manusia pada zaman dahulu meggunakan cara kuno untuk menyampaikan maklumat dan menyebarkan berita. Antara cara- cara yang digunakan oleh mereka pada masa itu ialah seperti menulis di dinding- dinding gua, menyalakan unggun api, kepulan asap, memukul gendang dan mengikat secebis kertas pada kaki burung merpati.
3.2
Sejarah Penciptaan Telefon5
Sejarah awal terciptanya sebuah telefon adalah sedikit mengelirukan apabila banyak pertikaian dan percanggahan pendapat oleh pihak – pihak tertentu yang menuntut hak paten masing – masing. Wujudnya telefon moden sekarang ini adalah hasil sumbangan dan usaha gigih banyak pihak, yang sepatutnya diberikan pengiktirafan yang selayaknya. 3.2.1
11
Pembangunan Awal6
Berikut adalah huraian secara ringkas sejarah penciptaan telefon: (a) 1849 - Antonio Meucci Mendemonstrasi suatu peranti yang kemudian dipanggil telefon kepada orang ramai di Havana. (b) 1854 - Charles Bourseul Menerbitkan suatu penerangan mengenai make-break transmiter telefon dan penerima tetapi tidak membuat sebarang instrumen kerja. Kamus Dewan. http://www.karyanet.com.my/knetbeta/index.php?tpf=kamus_Dewan&kata_utama=telefon&sid=3e9cc dd6e72294f7176dfa77174d2af1. 5 http://ms.wikipedia.org/wiki/Telefon. 6 http://ms.wikipedia.org/wiki/Telefon. 4
(c) 1854 - Meucci Mendemonstrasi telefon elekterik di New York. (d) 1860 - Johann Philipp Reis (e) 1860 - Meucci Dijangka ketika itu mendemonstrasi telefon tersebut di Staten Island. (f) 1861 – Reis Berjaya memindahkan suara secara elektrikal dengan jarak melebihi 340 kaki. Untuk lebih lanjut, lihat telefon ciptaan Reis. (g) 1871 - Meeucci Memfailkan satu paten caveat. (h) 1872 - Elisha Gray Menubuhkan Western Electric Manufactering Company. 12 (i) July 1873 - Thomas Alva Edison Menemukan rintangan yang berbeza pada grain karbon oleh kerana tekanannya tetapi terpaksa menangguhkan penyelidikannya. (j) 1874 - Gray Mendemonstrasi telefon transmiter cecairnya di Gereja Highland Park Presbyterian. (k) 2 June 1875 - Alexander Graham Bell Orang pertama memindahkan suaranya melalui telefon. (l) 1 July 1875 - Bell
Pertama kali menggunakan telefon berkebolehan dwi-arah. Kedua-dua, transmiter atau penghantar dan penerima isyarat merupakan instrumen membran yang serupa. (m)14 February 1876 - Bell Memfailkan telefon tersebut sebagai paten pertama beliau. i.
Dua jam kemudian, Grayy memfailkan paten caveatnya.
(n) 30 January 1877 - Bell Mempatenkan telefon dengan transmiter-penerima elektrodinamik.
3.4
Pengenalan Telefon Bimbit7
Teknologi telekomunikasi telah banyak mengubah gaya hidup manusia, termasuk masyarakat di negara kita. Jika satu ketika dulu telefon bimbit salah satu lambang kemewahan atau barangan eksklusif lagi berprestij, tetapi kini persepsi itu telah berubah. Telefon mudah alih atau juga dikenali sebagai telefon bimbit atau telefon 13 selular sudah menjadi keperluan harian. Bayangkan jika anda tidak memiliki telefon bimbit sekarang. Bagi sesetengah orang, mereka terasa benar sukarnya hidup tanpa peranti ranggi itu. Pelbagai syarikat telekomunikasi berlumba-lumba menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada pelanggan masing-masing. Perubahan gaya hidup kini semakin terasa apabila teknologi telekomunikasi terus berkembang dari semasa ke semasa.
Kaji selidik yang dijalankan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada awal tahun 2006 mendapati bahawa orang Melayu masih kekal sebagai pengguna telefon bimbit terbanyak. Pengurus Besar Bahagian Pembangunan Industri SKMM, Bistamam Siru Abdul Rahman berkata, kajian itu juga mendapati 53.9% pengguna perkhidmatan itu adalah kaum Melayu, diikuti Cina 32.4%, manakala India serta Bumiputera Sabah dan sarawak masing-masing 6.5% dan 6.3%. Sebanyak 57.4% pengguna telefon bimbit ialah lelaki, manakala wanita 42.6% dengan 93.7% 8. Haji Samat Buang. 2006. Telefon Bimbit Antara Keperluan Dan Gaya Hidup. Dewan Siswa Oktober: 7
daripadanya adalah rakyat Malaysia, manakala 6.3% melibatkan rakyat asing. Hal ini menunjukkan betapa besarnya pasaran telekomunikasi di Malaysia, terutamanya penggunaan telefon bimbit prabayar.
Walaupun pada mulanya kehadiran teknologi telefon bimbit atau lebih dikenali sebagai telefon selular dianggap sebagai barang mahal yang dapat dimiliki oleh mereka yang mampu sahaja, tetapi kini, semua orang dapat memiliki telefon bimbit kerana harganya yang berpatutan.
3.5
Kebaikan Telefon Bimbit8 (a)
Penguatkuasa undang-undang telah menggunakan bukti telefon bimbit dalam beberapa cara : i. Teknik triangulation : boleh digunakan bagi menunjukkan bahawa telefon bimbit seseorang berada di tempat tertentu pada masa yang tertentu. ii. NIST telah menerbitkan garis panduan dan prosedur bagi pengekalan,
penerimaan,
pemeriksaan,
analisa
dan
laporan
berkenaan maklumat digital yang ada pada telefon bimbit yang boleh didapati di NIST Publication SP800-101.
(b)
Tindak balas semasa berlakunya bencana :
i. Menu berinteraksi yang boleh dicapai melalui pelayar Web telefon memberitahu syarikat sekiranya pengguna selamat atau dalam keadaan merbahaya ii. Perkhidmatan
penyelamat
mencadangkan
pengembara
agar
membawa telefon bimbit dalam kes kecermasan sungguhpun berada dalam hutan terpencil di luar perkhidmatan selular, disebabkan isyarat telefon sel cuba menghubungi stesen pangkalan http://ms.wikipedia.org/wiki/Telefon_bimbit#Penguatkuasa_undang-undang.
8
14
mampu dikesan oleh pesawat penyelamat yang dilengkapi dengan perkakasan pengesan khas, yang terbang di atas
3.6
Keburukan Telefon Bimbit (a) Telefon bimbit biak Tumor Otak9 i. penyakit ketumbuhan (tumor) itu yang dikenali sebagai akoustik neuroma, iaitu barah pada sebelah kepala, di mana telefon bimbit selalu diletakkan, meningkat empat kali ganda sekarang. ii. Akoustik neuroma adalah tumor yang tidak bersifat barah, berlaku atas saraf yang mempunyai hubungan dengan otak dan bahagian dalam telinga. iii. Simptom awal paling biasa ialah kehilangan pendengaran 15 tapi apabila tumor itu semakin membesar, ia akan menolak ke arah tisu otak dan boleh membawa maut sekiranya tidak diberi rawatan segera.
(b) Ulama’ Saudi larang nada dering telefon bimbit azan dan ayat al-Quran10 i. Ulama’ Arab Saudi melarang laungan azan dan bacaan ayat suci alQuran dijadikan sebagai nada dering telefon bimbit kerana ia dianggap menjejaskan kesucian Islam. ii. Sheikh Saleh Al-Shamrani berkata bahawa perbuatan itu bersifat makruh apalagi jika deringan itu berlaku ketika pemiliknya berada dalam tandas atau pada premis hiburan seperti disko. iii. Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria berkata bahawa memanglah ia baik untuk umat Islam tetapi dari satu segi, jika nada dering itu didengar dalam tandas, tidak baik. Walaupun kita tidak nampak tulisan ayat al-Quran, ia tidak baik untuk didengar dalam tandas. 2004. Telefon Bimbit Biak Tumor Otak. Berita Harian, 16 Oktober. http://telefonbimbit.wordpress.com/2006/03/29/telefon-bimbit-biak-tumor-otak [29 Mac 2006]. 10 Ulama Saudi larang nada dering telefon bimbit azan, ayat al-Quran. http://telefonbimbit.wordpress.com/2006/08/29/ulama-saudi-larang-nada-dering-telefon-bimbit-azanayat-al-quran. [29 Ogos 2006]. 9
(c) Menjejaskan kualiti air mani11 i. Satu lagi kajian terbaru, di mana kajian ini adalah dari Klinik Cleveland, Center for Reproductive Medicine, mengatakan bahawa meletakkan telefon bimbit yang di dalam mod bercakap di dalam poket seluar boleh memberi kesan kepada terjejasnya kualiti air mani. ii. Sekumpulan pengkaji yang diketuai oleh Ashok Agarwal telah mengambil contoh air mani dari 32 orang lelaki dan membawanya ke makmal. Setiap contoh itu diletakkan dalam tiub kon kecil dan dibahagikan kepada 2 kumpulan, iaitu kumpulan ujian dan kumpulan kawalan.
Kumpulan kawalan tidak didedahkan kepada
emisi telefon bimbit, tetapi diletakkan dalam keadaan dan suhu yang sama dengan kumpulan ujian. Air mani kumpulan kawalan diletakkan 2.5 cm dari telefon bimbit 850mhz yang berkeadaan mod bercakap selama 1 jam. Pengkaji-pengkaji itu mengatakan bahawa 850mhz adalah frekuensi yang biasa terdapat pada telefon bimbit. iii. Secara
keseluruhan,
pengkaji-pengkaji
mendapati
bahawa
penambahan dalam tekanan oxidatif seperti penambahan nyata dalam radikal bebas dan oksidan dan pengurangan pada antioksidan. Agarwal mengatakan bahawa itu bermakna pengurangan dalam kualiti air mani tersebut. Secara purata, 85% berlaku penambahan radikal bebas pada subjek kajian itu dan telah diketahui bahawa radikal bebas adalah dihubungkait dengan pelbagai penyakit pada manusia termasuklah kanser. iv. Dalam kajian sebelumnya , Agarwal dan pasukannya itu telah menemui bahawa lelaki yang menggunakan telefon bimbit lebih dari 4 jam sehari telah nyata menurun kualiti air maninya 11
CNN. http://hikmatun.wordpress.com/2008/09/24/telefon-bimbit-boleh-menyebabkan-kanser-otakpada-kanak2-dan-menurunkan-kualiti-sperma. [24 September 2008].
16
berbanding mereka yang menggunakan telefon bimbit kurang dari 4 jam. Laporan tersebut berdasarkan dari data kajian terhadap 361 subjek. v. Kajian ini tidak semestinya membuatkan anda sudah tidak boleh meletakkan telefon bimbit anda di dalam poket lagi kerana menurut Agarwal, “Kajian kami tidak mempunyai cukup bukti bagi anda berhenti meletakkan telefon bimbit di dalam poket anda. Ada banyak perkara lagi yang perlu dibuktikan sebelum kita dapat ke peringkat itu.” katanya.
17 BAB 4 LAPORAN DAN KEPUTUSAN KAJIAN 4.1
Maklumat Kajian
Kaedah kajian yang digunakan untuk mengumpul maklumat tentang sejauh mana telefon bimbit menghakis nilai adalah melalui borang soal selidik yang diedarkan kepada 150 orang responden. Soalan-soalan ini telah dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu bahagian A tentang latar belakang responden dan bahagian B tentang maklumat terperinci kajian. Di dalam 150 orang responden ini, hanya 100 borang soal selidik dikembalikan semula. Berikut merupakan pembahagian responden mengikut peringkat umur mereka: 1- 25 orang responden yang berumur bawah 17 tahun. 2- 25 orang responden yang berumur sekitar 18 hingga 30 tahun.
3- 25 orang responden yang berumur sekitar 31 hingga 54 tahun. 4- 25 orang responden yang berumur sekitar 55 tahun dan ke atas.
Segala maklumat yang dikehendaki dari para responden telah dibina dalam bentuk soalan-soalan yang mencakupi beberapa aspek dalam bahagian B. Antaranya aspek soaial, ekonomi dan politik. Soalan-soalan ini disediakan bertujuan untuk mengetahui pandangan masyarakat umum terutama pengguna-pengguna telefon bimbit tentang sejauh mana telefon bimbit boleh menghakis nilai. Berikut merupakan soalan-soalan yang terdapat di dalam borang soal selidik yang telah diedarkan kepada responden berserta dengan laporan yang diterima.
18 4.2
Keputusan Dan Laporan Borang Soal Selidik ” TELEFON BIMBIT MENGHAKIS NILAI” 4.2.1
Bahagian A (Latar Belakang Responden) 1-
Jantina
Rajah 4.1
Jumlah Responden Mengikut Jantina
Laporan: Para responden yang menyertai kajian ini terdiri dari 50 orang lelaki dan 50 orang perempuan.
19 2-
Bangsa
Rajah 4.2
Jumlah Responden Mengikut Bangsa
Laporan: Para responden yang menyertai kajian ini terdiri dari 40% daripada golongan berbangsa melayu,30% berbangsa Cina, dan 30% berbangsa India.
3-
Status Perkahwinan
Rajah 4.3
Jumlah Responden Mengikut Status Perkahwinan 20
Laporan: Para responden yang menyertai kajian ini,20 orang ialah dari kalangan berstatus bujang dan bilangan ini sama dengan responden yang berstatus bercerai.Manakala 60 orang lagi ialah dari responden yang telah berkahwin.
4-
Umur
Rajah 4.4
Jumlah Responden Mengikut Umur
Laporan: Hasil penyertaan bagi para responden yang mengambil bahagian dalam borang soal selidik adalah seperti berikut. Mereka yang berumur 17 tahun dan ke bawah ialah sebanyak 10 orang, mereka yang berumur 18 hingga 30 tahun ialah sebanyak 40 orang dan merupakan yang tetinggi dalam katogari ini, manakala mereka yang berumur 31 hingga 54 tahun sebanyak 35 orang dan mereka yang berumur 50 tahun ke atas ialah sebanyak 15 orang.
21 5-
Tahap Pendidikan
Rajah 4.5
Jumlah Responden Mengikut Tahap Pendidikan
Laporan: Soalan bagi tahap pendidikan terbahagi kepada empat ketogari iaitu PMR dan kebawah, SPM, Diploma dan STPM, Ijazah dan ke atas. Bagi tahap PMR dan kebawah ialah sebanyak 25 orang, SPM sebanyak 35,Diploma dan STPM ialah sebanyak 20 orang, manakala Ijazah dan ke atas juga ialah sebanyak 20 orang.
6-
Pekerjaan
Rajah 4.6
Jumlah Peratusan Responden Mengikut Pekerjaan 22
Laporan:Responden dari kalangan mereka yang bekerja di sektor kerajaan ialah sebanyak 35 orang, sektor swasta ialah sebanyak 35 orang, surirumah pula sebanyak 10 orang,manakala pelajar dan yang tidak bekerja pula ialah sebanyak 20 orang.
7-
Pendapatan Bulanan
Rajah 4.7
Jumlah Responden Mengikut Pendapatan Bulanan
Laporan: Pendapatan para responden telah dibahagikan kepada 4 tahap iaitu 1500 dan ke bawah iaitu sebanyak 50 orang, 1501 hingga 3000
sebanyak
25
orang,3001
hingga
5000
orang,manakala 5001 ke atas sebanyak 10 orang.
sebanyak
15
23 4.2.2
Bahagian B (Maklumat Terperinci Kajian)
Bahagian B ini mengandungi 3 bahagian iaitu aspek Sosial, Ekonomi, dan Politik. 4.3.2.1 Sosial (a) Sejauh manakah telefon bimbit mampu mempengaruhi anda sebagai pengguna ?
Rajah 4.8
Jumlah Peratusan Pendapat Responden Tentang Pengaruh Terhadap Telefon Bimbit
Laporan: Sebanyak 80% daripada kalangan para responden mengatakan
dengan
penggunaan
telefon
bimbit
banyak
mempengaruhi diri mereka. Manakala 10% pula berpendapat
penggunaan telefon bimbit tidak banyak mempengaruhi dan begitu juga yang berpendapat hanya sedikit sahaja yang mempengaruhi.
24 (b) Pernahkah anda menggunakan telefon bimbit untuk kegiatan amal?
Rajah 4.9
Jumlah Peratusan Pendapat Responden Yang Pernah Membuat Kegiatan Amal
Laporan:
Sebanyak
70%
dari
kalangan
responden
pernah
menggunakan telefon bimbit untuk kegiatan amal manakala 30% lagi tidak.
25 (c) Adakah penggunaan telefon bimbit menjadi salah satu punca keruntuhan akhlak remaja masa kini?
Rajah 4.10
Jumlah Peratusan Pendapat Responden Tentang Punca Keruntuhan Akhlak
Laporan: Sebanyak 80% responden menyokong bahawa telefon bimbit menjadi salah satu punca keruntuhan akhlak remaja masa kini.Tiada respon yang diterima membangkang soalan ini manakala hanya 20% yang kurang pasti.
26 4.3.2.2 Ekonomi (a) Pernahkah
anda
mengutamakan
perbelanjaan
yang
berkaitan telefon bimbit berbanding perbelanjaan lain?
Rajah 4.11
Jumlah Peratusan Responden Yang Mengutamakan Perbelanjaan Telefon Bimbit
Laporan:
Sebanyak
mengutamakan
60%
perbelanjaan
dari yang
kalangan
responden
berkaitan
telefon
pernah bimbit
berbanding perbelanjaan lain. Manakala 40% yang lain mengatakan tidak.
27 (b) Jika ya, pilih sumber kewangan berikut
Rajah 4.12
Jumlah Peratusan Responden Mengikut Pilihan Sumber Kewangan
Laporan:
Sebanyak
mengutamakan
60%
perbelanjaan
dari yang
kalangan
responden
berkaitan
telefon
pernah bimbit
berbanding perbelanjaan lain. 17% daripadanya telah menggunakan sumber wang poket daripada ibubapa/ tabung simpanan sendiri, sama juga bagi mereka yang menggunakan dari sumber pinjaman pelajaran/ biasiswa/ pinjaman bank/ zakat. Manakala 66% dari kalangan responden telah memilih sumber gaji yang diperuntukkan untuk keperluan hidup/ melunaskan hutang.
28 (c) Adakah anda berpendapat bahawa dengan menggunakan telefon bimbit dapat membantu dalam penjimatan kos sara hidup?
Rajah 4.13
Jumlah Peratusan Pendapat Responden Dalam Penjimatan Kos Sara Hidup
Laporan: 20% dari kalangan responden berpendapat bahawa dengan menggunakan telefon bimbit dapat membantu dalam penjimatan kos sara hidup. 60% lagi kurang pasti manakala 20% lagi mengatakan tidak.
29 4.3.2.3 Politik (a) Adakah anda bersetuju kita penggunaan telefon bimbit boleh menjatuhkan kreadibiliti seseorang ahli politik?
Rajah 4.14
Jumlah Peratusan Pendapat Responden Tengtang Telefon Bimbit Menjatuhkan Ahli Politik
Laporan: 60% dari responden bersetuju bahawa dengan penggunaan telefon bimbit boleh menjatuhkan kreadibiliti seorang ahli potitik manakala 40% lagi mengatakan tidak.
(b) Adakah penggunaan telefon bimbit boleh memberi kesan terhadap perjalanan sebuah pilihan raya?
Rajah 4.15
Jumlah Peratusan Pendapat Responden Tentang
Telefon Bimbit Memberi Kesan Terhadap Pilihanraya Laporan:
90% dari responden
menyokong
bahawa dengan
penggunaan telefon bimbit boleh memberi kesan terhadap perjalanan sesebuah pilihan raya,manakala 10% mengatakan tidak
(c) Jika ya, apakah kesannya?
30
31
Rajah 4.16
Jumlah Peratusan Pendapat Responden Tentang Kesan Terhadap Pilihanraya
Laporan: Dari 90% yang menyokong, hanya 35% berpendapat ianya memberi kesan positif manakala 65% lagi mengatakan sebaliknya.
(d) Adakah anda bersetuju jika maklumat politik negara disebarkan melalui telefon bimbit?
32
Rajah 4.17
Jumlah Peratusan Pendapat Responden Tentang
Maklumat Politik Disebarkan Melalui Telefon Bimbit Laporan: Sebanyak 40% dari responden bersetuju jika maklumat politik negara disebarkan melalui ahli politik manakala 60% lagi mengatakan tidak.
4.4
Kesimpulan
Walaubagaimanapun, terdapat juga satu soalan yang mana telah disediakan untuk para responden tetapi bukan dalam bentuk pilihan jawapan.Soalan ini merupakan soalan tentang pendapat para responden tentang sejauhmana telefon bimbit ini boleh menghakis nilai.Rumusan daripada jawapan-jawapan yang diberi akan dijelaskan di dalam bab Rumusan, Saranan dan Kesimpulan.
BAB LIMA
33 RUMUSAN DAN PENUTUP 4.1.
Rumusan
Teknologi telekomunikasi telah banyak mengubah gaya hidup manusia, termasuk masyarakat di negara kita. Jika satu ketika dulu telefon bimbit salah satu lambang kemewahan atau barangan eksklusif lagi berprestij, tetapi kini persepsi itu telah berubah. Telefon mudah alih atau juga dikenali sebagai telefon bimbit atau telefon selular sudah menjadi keperluan harian. Bayangkan jika anda tidak memiliki telefon bimbit sekarang. Bagi sesetengah orang, mereka terasa benar sukarnya hidup tanpa peranti ranggi itu. Pelbagai syarikat telekomunikasi berlumba-lumba menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada pelanggan masing-masing. Perubahan gaya hidup kini semakin terasa apabila teknologi telekomunikasi terus berkembang dari semasa ke semasa.
Berdasarkan kepada kajian ini, para responden yang menyertai kajian ini terdiri dari 50 orang lelaki dan 50 orang perempuan. Mereka terdiri dari 40% daripada golongan berbangsa melayu,30% berbangsa Cina, dan 30% berbangsa India. Mereka terdiri daripada 20 orang dari kalangan berstatus bujang dan bilangan ini sama dengan responden yang berstatus bercerai.Manakala 60 orang lagi ialah dari responden yang telah berkahwin. Hasil penyertaan bagi para responden yang mengambil bahagian dalam borang soal selidik adalah seperti berikut. Mereka yang berumur 17 tahun dan ke bawah ialah sebanyak 10 orang, mereka yang berumur 18 hingga 30 tahun ialah sebanyak 40 orang dan merupakan yang tetinggi dalam katogari ini, manakala mereka yang berumur 31 hingga 54 tahun sebanyak 35 orang dan mereka yang berumur 50 tahun ke atas ialah sebanyak 15 orang.
Selain itu, dirumuskan bahawa soalan bagi tahap pendidikan terbahagi kepada empat ketogari iaitu PMR dan kebawah, SPM, Diploma dan STPM, Ijazah dan ke atas. Bagi tahap PMR dan kebawah ialah sebanyak 25 orang, SPM sebanyak 35,Diploma dan
STPM ialah sebanyak 20 orang, manakala Ijazah dan ke atas juga ialah sebanyak3420 orang. Responden dari kalangan mereka yang bekerja di sektor kerajaan ialah sebanyak 35 orang, sektor swasta ialah sebanyak 35 orang, surirumah pula sebanyak 10 orang,manakala pelajar dan yang tidak bekerja pula ialah sebanyak 20 orang. Pendapatan para responden telah dibahagikan kepada 4 tahap iaitu 1500 dan ke bawah iaitu sebanyak 50 orang, 1501 hingga 3000 sebanyak 25 orang,3001 hingga 5000 sebanyak 15 orang,manakala 5001 ke atas sebanyak 10 orang. Dari segi sosial, sebanyak 80% daripada kalangan para responden mengatakan dengan penggunaan telefon bimbit banyak mempengaruhi diri mereka. Manakala 10% pula berpendapat penggunaan telefon bimbit tidak banyak mempengaruhi dan begitu juga yang berpendapat hanya sedikit sahaja yang mempengaruhi. Sebanyak 70% dari kalangan responden pernah menggunakan telefon bimbit untuk kegiatan amal manakala 30% lagi tidak. Kemudian, sebanyak 80% responden menyokong bahawa telefon bimbit menjadi salah satu punca keruntuhan akhlak remaja masa kini. Tiada respon yang diterima membangkang soalan ini manakala hanya 20% yang kurang pasti.
Dari segi ekonomi, sebanyak 60% dari kalangan responden pernah mengutamakan perbelanjaan yang berkaitan telefon bimbit berbanding perbelanjaan lain. Manakala 40% yang lain mengatakan tidak. Sebanyak 60% dari kalangan responden pernah mengutamakan perbelanjaan yang berkaitan telefon bimbit berbanding perbelanjaan lain. 17% daripadanya telah menggunakan sumber wang poket daripada ibubapa/ tabung simpanan sendiri, sama juga bagi mereka yang menggunakan dari sumber pinjaman pelajaran/ biasiswa/ pinjaman bank/ zakat. Manakala 66% dari kalangan responden telah memilih sumber gaji yang diperuntukkan untuk keperluan hidup/ melunaskan hutang. Kemudian, 20% dari kalangan responden berpendapat bahawa dengan menggunakan telefon bimbit dapat membantu dalam penjimatan kos sara hidup. 60% lagi kurang pasti manakala 20% lagi mengatakan tidak. Dari segi politik pula, 60% dari responden bersetuju bahawa dengan penggunaan telefon bimbit boleh menjatuhkan kreadibiliti seorang ahli potitik manakala 40% lagi mengatakan tidak. 90% dari responden menyokong bahawa dengan penggunaan telefon bimbit boleh memberi kesan terhadap perjalanan sesebuah pilihan
raya,manakala 10% mengatakan tidak. Dari 90% yang menyokong, hanya 35% 35 berpendapat ianya memberi kesan positif manakala 65% lagi mengatakan sebaliknya. Kemudian, Sebanyak 40% dari responden bersetuju jika maklumat politik negara disebarkan melalui ahli politik manakala 60% lagi mengatakan tidak.
Sebagai kesimpulan, berdasarkan pengamatan terhadap kajian yang telah dijalankan, masyarakat perlu diberi pendedahan dan kefahaman yang meluas mengenai fungsi sebenar telefon bimbit dalam melahirkan masyarakat yang berakhlak dan bertamadun. Pihak kerajaan seharusnya mengambil langkah ini agar gejala-gejala yang tidak sihat tidak menular di negara kita yang tercinta. Sehubungan dengan itu, para pengkaji ingin berkongsi beberapa pandangan dan saranan-saranan berikut.
4.2
Pendapat Responden
Dalam mengkaji isu ini, para pengkaji ingin menyatakan beberapa pendapat responden berkaitan telefon bimbit menghakis nilai sesebuah masyarakat.
1.
Dapat memberi kesan yang buruk terhadap remaja seperti penyebaran gambargambar lucah, mesej-mesej yang boleh mendatangkan pergaduhan atau perbalahan.
Penggunaan
telefon
bimbit
dengan
tidak
terkawal
boleh
menyebabkan pembaziran. 2.
Telefon bimbit boleh memberikan nilai positif dan negatif terhadap remajaremaja pada masa kini. Ia boleh menyebabkan gejala sosial remaja meningkat dan menimbulkan pelbagai kegiatan jenayah.
3.
36
Telefon bimbit boleh menghakis nilai dengan meminta wang belanja daripada ibu bapa dan penipuan boleh berlaku. Ia juga boleh meruntuhkan akhlak seseorang jika bercerita perkara-perkara yang tidak baik.
4.
Telefon bimbit juga boleh merosakkan pemikiran remaja pada masa kini disebabkan terlalu banyak perkhidmatan hiburan disediakan dalam telefon bimbit sehingga boleh melalaikan.
5.
Boleh menjatuhkan maruah seseorang, terutamanya dalam situasi gosip dan fitnah. Jika mesej yang disebarkan berbentuk fitnah atau gosip, ia akan memalukan
orang
yang
difitnah,
seterusnya
menyebabkan
berlakunya
permusuhan dan dendam.
4.3
Saranan
Dalam mengkaji isu ini, para pengkaji ingin memberikan beberapa saranan kepada semua pihak, terutamanya remaja agar melengkapkan diri dengan akhlak yang mulia agar telefon bimbit tidak menghakis nilai mereka.
1-
Penggunaan telefon bimbit boleh menyebabkan kesan positif dan negatif, tetapi penggunaannya di kalangan kanak-kanak adalah tidak digalakkan kerana banyak perkara negatif akan berlaku jika tidak dikawal oleh ibu bapa.
2-
Ibu bapa harus memantau segala aktiviti anak mereka, terutamanya penggunaan telefon bimbit dan memberikan perhatian sepenuhnya terhadap pendidikan anakanak.agar gejala sosial tidak berlaku.
3-
Semua pihak terutamanya kerajaan harus menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk pengguna telefon bimbit yang dapat memberi faedah kepada mereka dan menyekat sebarang kegiatan-kegiatan negatif yang melibatkan telefon bimbit.
4-
Pihak kerajaan juga harus mengambil sikap prihatin terhadap para pengguna telefon bimbit dengan mengadakan kempen dan seminar berkaitan telefon bimbit yang semakin rancak pertumbuhannya, seterusnya dapat menyedarkan para pengguna.
37 5-
Majlis Fatwa Kebangsaan harus mengkaji beberapa fatwa berkaitan salahlaku penggunaan telefon bimbit yang dapat dikuatkuasakan agar pengguna tidak sewenang-wenangnya menggunakan telefon bimbit tanpa memikirkan hukumhakamnya jika disalahgunakan.
6-
Ibu bapa juga harus mengajar anak mereka cara penggunaan telefon bimbit yang betul dan sentiasa memberi nasihat agar anak-anak menggunakannya untuk perkara yang berfaedah sahaja.
7-
Pihak penguatkuasa harus sentiasa memantau kegiatan jenayah yang melibatkan telefon bimbit, terutamanya dalam kes menyebarkan SMS palsu serta memberikan hukuman dan denda yang setimpal terhadap pesalah tersebut.
Demikianlah beberapa pendapat dan saranan yang dikemukakan untuk memantapkan lagi kajian ini. Diharapkan kajian ini dapat menambah pengetahuan kepada semua golongan tentang fungsi sebenar telefon bimbit dalam mewujudkan masyarakat yang berakhlak mulia. Semoga dengan kefahaman yang jelas dan kesedaran di kalangan anggota masyarakat dapat mengurangkan permasalahan yang timbul. Akhir sekali, para pengkaji berharap agar penulisan ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada kita bersama.
38 RUJUKAN Internet http://teknologi-maklumat.com/wiki/Telefon_bimbit http://ms.wikipedia.org/wiki/Telefon. Kamus Dewan. http://www.karyanet.com.my/knetbeta/index.php?tpf=kamus_Dewan&kata_ut ama=telefon&sid=3e9ccdd6e72294f7176dfa77174d2af1.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Telefon_bimbit#Penguatkuasa_undang-undang. 2004.
Telefon
Bimbit
Biak
Tumor
Otak.
Berita
Harian,
16
Oktober.
http://telefonbimbit.wordpress.com/2006/03/29/telefon-bimbit-biak-tumorotak [29 Mac 2006]. Ulama
Saudi
larang
nada
dering
telefon
bimbit
azan,
ayat al-Quran.
http://telefonbimbit.wordpress.com/2006/08/29/ulama-saudi-larang-nadadering-telefon-bimbit-azan-ayat-al-quran. [29 Ogos 2006]. CNN. http://hikmatun.wordpress.com/2008/09/24/telefon-bimbit-boleh-menyebabkankanser-otak-pada-kanak2-dan-menurunkan-kualiti-sperma.
[24
September
2008].
Surat Khabar Yeo Li Shian. 2008. Jenayah Telefon Bimbit. Kosmo, 31 Oktober: 20.
39 Majalah Haji Samat Buang. 2006. Telefon Bimbit Antara Keperluan Dan Gaya Hidup. Dewan Siswa Oktober:
40 LAMPIRAN A
41
42
43
44
45
46