Telefon Bimbit Menghakis Nilai

  • Uploaded by: Mohd Asri Silahuddin
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Telefon Bimbit Menghakis Nilai as PDF for free.

More details

  • Words: 5,844
  • Pages: 58
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

ZT1032 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

TAJUK: TELEFON BIMBIT MENGHAKIS NILAI

SEMESTER 1 SESI 2008/2009

KUMPULAN 2 (DKG126H) PBJJ FPI (SYARIAH) PENSYARAH: USTAZ NASRUDDIN BIN YUNOS

i

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah (S.W.T), selawat dan salam buat junjungan besar Baginda Nabi Muhammad ( S.A.W ), kaum keluarga Baginda seterusnya kepada mereka yang menyeru kepada jalan yang benar dan berpegang teguh dengan Sunnah Rasulullah sehingga ke hari perhitungan.

Setinggi-tinggi penghargaan diberikan terutamanya kepada al-Fadhil Ustaz Nasruddin bin Yunos, selaku pensyarah Tamadun Islam dan Tamadun Asia yang banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar serta sudi meluangkan masa dan tenaga untuk menyumbangkan pandangan, teguran, bimbingan sehingga kajian ini dapat disempurnakan.

Sekalung terima kasih juga tidak dilupakan kepada sahabat handai dan rakan seperjuangan kami yang telah banyak memberikan sumbangan idea dan dorongan kepada kami bagi menyelesaikan tugasan ini. Dengan bantuan dan kerjasama daripada rakan sekumpulan kami ini dapat memudahkan dan mempercepatkan penyelesaian tugasan yang telah diberikan ini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat.

Ribuan terima kasih juga kepada pihak perpustakaan Perpustakaan Negara serta semua kakitangan perpustakaan yang turut membantu dalam mendapatkan maklumat kajian dan rujukan bagi kajian ini.

Akhir kata, jutaan kemaafan sekiranya terdapat sebarang kesilapan dalam menghuraikan setiap ulasan. Harapan kami agar penulisan ini sedikit sebanyak dapat membantu memberi kefahaman yang jelas berkaitan isu telefon bimbit menghakis nilai, khususnya kepada pelajar-pelajar dan masyarakat amnya. Sesungguhnya segala yang baik itu adalah daripada Allah S.W.T dan segala yang kurang itu datangnya daripada kelemahan diri kami sendiri. Semoga usaha yang sekecil ini diberi keberkatan oleh Allah S.W.T. InsyaAllah..

Sekian, terima kasih.

ii

KANDUNGAN

Halaman

PENGHARGAAN

i

KANDUNGAN

ii

BAB SATU: PENDAHULUAN

1.1

Latar Belakang Masalah

1

1.2

Persoalan Kajian

2

1.3

Objektif Kajian

3

1.4

Hipotesis Kajian

3

1.5

Skop Kajian

5

BAB DUA: KAJIAN LAPANGAN

2.1

Pengenalan

6

2.2

Kaedah Kajian

6

2.3

Objektif Kajian Soal Selidik

6

iii

2.4

2.5

Proses Perjalanan Soal Selidik

6

2.4.1

Penyediaan Borang

7

2.4.2

Borang Soal Selidik

7

2.4.2.1 Bahagian A

7

2.4.2.2 Bahagian B

8

2.4.3

Pengumpulan Data Soal Selidik

8

2.4.4

Penyediaan Data Set

9

Kesimpulan

9

BAB TIGA: SEJARAH KEMUNCULAN TELEFON DAN BAIK BURUKNYA

3.1

Pengenalan Telefon

10

3.2

SejarahPenciptaan Telefon

10

3.2.1

Pembangunan Awal

11

3.3

Pengenalan Telefon Bimbit

12

3.4

Kebaikan Telefon Bimbit

13

3.5

Keburukan Telefon Bimbit\

14

BAB 4: LAPORAN DAN KEPUTUSAN KAJIAN

4.1

Maklumat Kajian

17

4.2

Keputusan Dan Laporan Borang Soal Selidik

18

4.2.1

Bahagian A (Latar Belakang Responden)

18

4.2.2

Bahagian B (Maklumat Terperinci Kajian)

23

4.2.2.1 Sosial

23

4.2.2.2 Ekonomi

26

4.2.2.3 Politik

29

4.3

Kesimpulan

32

BAB 5: RUMUSAN DAN PENUTUP

5.1

Rumusan

33

5.2

Pendapar Responden

35

iv

5.3

Saranan

RUJUKAN

36

38

LAMPIRAN Lampiran A : Borang Kaji Selidik

40

1 BAB 1

PENDAHULUAN

1.1

Latar Belakang Masalah

Telefon bimbit merupakan peranti eletronik, mudah alih, jarak dekat yang digunakan sebagai alat perhubungan suara atau data melalui jaringan stesen pengkalan yang dikenali sebagai tapak sel. Ia turut memiliki fungsi tambahan seperti telefon, Telefon bimbit masa kini mampu membuat perkhidmatan GSM dan ciri tambahan, seperti khidmat pesanan ringkas SMS bagi perutusan teks, surat-e, penukar paket bagi capaian Internet, permainan, bluetooth, infrared, kamera dengan perakam video dan Khidmat Pesanan Multimedia (Multimedia Messaging Service – MMS’’) bagi menghantar dan menerima gambar dan LP[;’video. Kebanyakan telefon mudah alih berhubung dengan jaringan selular pada stesen pengkalan yang kemudiannya berhubung dengan jaringan telefon suis awam (public switched telephone network – PSTN).1

Seperti yang kita tahu bahawa pengguna telefon bimbit makin bertambah dari tahun ke tahun. Pelbagai masalah telah berlaku akibat disalahgunakan. Baru-baru ini, sebuah sekolah menengah di Kuala Terengganu mendapat perhatian 'lebih', gara-gara aksi panas seorang pelajar perempuan dalam klip video yang tersebar ke serata Malaysia. Klip video yang berlatarbelakangkan sebuah kelas itu menjadi pilihan lokasi penggambaran 'krew remaja' yang sepatutnya menelaah buku. Rakaman video yang dibuat menerusi telefon bimbit berkamera seperti itu sebenarnya bukan perkara baru dan tidak hanya berlaku di sekolah. Sekali-sekala, dada akhbar turut mendedahkan kes seperti ini yang berlaku di bilik sewa, taman rekreasi dan sebagainya. Suka atau tidak, ia seakan satu trend dalam era teknologi hari ini.2

1 2

http://teknologi-maklumat.com/wiki/Telefon_bimbit Yeo Li Shian. 2008. Jenayah Telefon Bimbit. Kosmo, 31 Oktober: 20.

2 Oleh yang demikian, Allah telah menjelaskan di dalam Al-Quran bahawa wajib menjauhi segala perbuatan mungkar dan mendekatkan diri dengan perkara kebaikan.

Firman Allah s.w.t. :

                      

Maksudnya : “Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) Yang masing-masing menujunya; oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan; kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan); Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” Al-Baqarah (2): 148

Para pengkaji memilih tajuk ini kerana masih terdapat ramai masyarakat masa kini, terutamanya remaja kurang kesedaran tentang bahaya telefon bimbit dalam mempengaruhi sikap dan tindak tanduk mereka jika disalahgunakan. Ibu bapa merupakan pihak pertama yang bertanggungjawab dalam menangani masalah ini dari awal lagi. Tanpa perhatian yang sewajarnya, maka perkara yang sedemikian boleh berlaku terhadap anak-anak mereka.

1.2

Persoalan Kajian

Dalam membuat kajian ini, para pengkaji akan menjelaskan beberapa persoalan kajian berdasarkan beberapa masalah yang timbul berkaitan dengan telefon bimbit.

3 1.2.1

Bagaimanakah sejarah kewujudan telefon di dunia?

1.2.2

Apakah kebaikan dan keburukan menggunakan telefon bimbit?

1.2.3

Apakah kesannya terhadap masyarakat jika telefon bimbit disalahgunakan?

1.2.4

Apakah pendapat yang dikemukakan oleh masyarakat pada masa kini berkaitan telefon bimbit menghakis nilai?

1.3

Objektif Kajian

Bagi memastikan kajian ini berjalan dengan lancar dan mencapai tujuan yang diinginkan, para pengkaji telah menggariskan beberapa objektif kajian. Berikut adalah:

(a)

Menyingkap kesan dunia tanpa batasan melalui kecanggihan dan kemajuan rangkaian telefon bimbit.

(b)

Menganalisa

peratus

kesan

positif

dan

negatif

penggunaan

telefon

bimbit yang kini mampu menghakis nilai. (c)

Mengupas

keberkesanan

penggunaan

telefon

bimbit

dalam

arus

pembangunan negara kini. (d)

Mewujudkan

kesedaran

dan

melahirkan

tindakan

bagi

mengatasi

pemasalahan yang timbul.

1.4

Hipotesis Kajian

Hipotesis kajian bermaksud satu jangkaan awal terhadap sesuatu perkara yang belum pasti kebenarannya. Ia memainkan peranan penting bagi membantu pengkaji membuktikan jangkaan-jangkaan awal yang dibuat olehnya adalah benar. Oleh itu, di dalam kajian ini, para pengkaji telah menyenaraikan beberapa hipotesis awal.

4 Melalui kesan terhadap nilai sosial masyarakat :

1) Telefon bimbit memainkan peranan yang besar di dalam mempengaruhi kehidupan masyarakat. 2) Peratusan yang sedikit terhadap penggunaan telefon bimbit untuk beramal jariah berbanding untuk perkara yang tidak berfaedah. 3) Kebanyakan rakyat di Malaysia berpendapat bahawa telefon bimbit menjadi salah satu punca keruntuhan akhlak pada masa kini.

Melalui kesan terhadap nilai ekonomi seseorang individu :

1) Telefon bimbit dapat mempengaruhi ekonomi seseorang individu sehingga ianya perlu diutamakan berbanding keperluan yang lain seperti hutang, sebagai simpanan dan lain-lain. 2) Menggunakan telefon bimbit tidak dapat membantu dalam penjimatan kos sara hidup, malah ianya akan menjadi bebanan kepada pengguna.

Melalui kesan terhadap nilai politik negara :

1) Penggunaan telefon bimbit juga membabitkan nilai politik sehingga boleh menjatuhkan kredibiliti seorang ahli politik. 2) Telefon bimbit juga boleh memberi kesan terhadap perjalanan sesebuah pilihanraya. 3) Rata-rata rakyat bersetuju bahawa maklumat politik negara boleh disebarkan melalui telefon bimbit.

5 1.5

Skop Kajian

Skop kajian dijalankan kepada beberapa skop tertentu supaya tidak bertentangan dengan objektif asal penyelidikan ini. Fokus utama penyelidikan ini adalah untuk mengkaji kesan penggunaan telefon bimbit terhadap akhlak dan sikap masyarakat. Para pengkaji juga membincangkan mengenai langkah-langkah bagi mengatasi masalah ini.

Bagi memudahkan kajian ini, pengkaji akan membuat soal selidik terhadap responden dan membuat rujukan dalam akhbar atau majalah. Seterusnya, dengan bantuan semua ahli kumpulan, para pengkaji akan mendapatkan maklumat yang lebih terperinci berkaitan telefon bimbit supaya memudahkan kajian ini dilakukan.

6 BAB 2

KAJIAN LAPANGAN

2.1

Pengenalan

Penerangan tentang penggunaan telefon bimbit boleh menghakis nilai. Dalam bab ini pula menjelaskan kaedah yang digunapakai bagi mendapatkan hasil kajian. Bagi mendapatkan hasil yang dikehendaki, kajian empirikal melalui soal selidik dijalankan.

2.2

Kaedah Kajian

Kaedah kajian yang digunakan untuk mengumpul maklumat tentang penggunaan telefon bimbit adalah melalui borang soal selidik dan sesi temubual ringkas bersama dengan pengguna-pengguna telefon bimbit.

2.3

Objektif Kajian Soal Selidik

Secara khususnya, soal selidik adalah untuk memperolehi dan mengumpul maklumat dari pengalaman responden tentang penggunaan telefon bimbit sebagai mewakili seluruh pengguna telefon bimbit di Malaysia.

2.4

Proses Perjalanan Soal Selidik

Proses perjalanan soal selidik adalah melalui penyediaan borang-borang soal selidik, pengumpulan data soal selidik dan penyediaan graf. Ini dijelaskan seperti berikut:

7 2.4.1

Penyediaan Borang

Borang disediakan daripada input kajian literatur. Kemudian, diinterpreastasi soalan dengan menekankan kesemua objektif kajian. Pecahan setiap soalan dilakukan agar kajian yang lebih terperinci dan menepati kehendak objektif. Hasil daripada objektif kemudiannya dituruti kajian literatur dan seterusnya soal selidik disediakan untuk responden yang terpilih.

2.4.2

Borang Soal Selidik

Soal selidik dilaksanakan untuk mendapatkan maklum balas daripada orang ramai terutamanya pengguna telefon bimbit, dimana kesemua adalah dari sekitar kawasan Lembah Klang. Borang soal selidik disediakan dengan pelbagai persoalan seperti jantina, umur, bangsa, taraf perkahwinan, tahap pendidikan, sektor pekerjaan, pendapatan bulanan para responden dalam penggunaan telefon bimbit. Soalan-soalan adalah berdasarkan pilihan jawapan mengikut turutan skala kepentingan menaik. Soalan-soalan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian A adalah Latar Belakang Responden dan Bahagian B adalah Maklumat Terperinci Kajian.

2.4.2.1 Bahagian A

Latar Belakang Responden, iaitu bahagian ini menyatakan tentang latar belakang responden dari aspek seperti jantina, umur, bangsa, taraf perkahwinan, tahap pendidikan, sektor pekerjaan, pendapatan bulanan para responden dalam penggunaan telefon bimbit. Melalui latar belakang ini dapat dikaitkan hubungannya dengan maklumat terperinci kajian tentang pengguna-pengguna telefon bimbit dengan baik. Ini dapat membantu mengetahui dan memahami dengan jelas bentukbentuk penggunaan telefon bimbit yang sering digunakan oleh pengguna-pengguna telefon bimbit dan kesannya dalam aspek kehidupan mereka merangkumi soaial, budaya dan ekonomi.

8 2.4.2.2 Bahagian B

Maklumat Terperinci Kajian pula adalah kebanyakan soalan-soalan disediakan berserta jawapan yang harus ditanda oleh responden berdasarkan pilihan mereka. Soalan ini kebanyakannya menjurus kepada penggunaan telefon bimbit yang merangkumi aspek sosial, ekonomi dan politik yang mana boleh menjurus kepada terhakisnya nilai ataupun tidak. Penganalisaan penggunaan telefon bimbit yang efektif dapat dikenalpasti dan telah memenuhi pertimbangan dalam semua aspek yang terlibat.

2.4.3

Pengumpulan Data Soal Selidik

Pengumpulan data dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Data diperolehi daripada kajian yang dilakukan terhadap orang ramai daripada responden pengguna telefon bimbit. Kawasan kajian adalah sekitar kawasan Lembah Klang dan borang soal selidik telah diedar secara rawak terdiri daripada daerah Hulu Langat, Bangi, Serdang, UKM, UPM dan Sepang.

Daerah

yang dikenalpasti

tersebut

menepati

ciri-ciri

yang

dikehendaki, iaitu corak penggunaan telefon bimbit yang berbeza dengan taraf hidup, tahap pendidikan, sektor pekerjaan dan pendapatan bulanan penggunapengguna telefon bimbit.

Hasil daripada penyediaan set borang soal selidik sebanyak 150 salinan yang telah dihantar kepada responden tersebut, dalam tempoh masa yang diberikan selama empat minggu, hanya terdapat 100 responden sahaja yang mengembalikan dan memberi jawapan menepati kehendak soalan. Selebihnya responden menghantar borang tidak lengkap, tidak mengembalikan semula, berpindah tempat kerja dan lain-lain. Kebanyakan responden adalah terdiri daripada pekerja sektor awam, terutamanya guru. Ini adalah kerana guru merupakan golongan atau pihak yang banyak terdedah dengan cabaran yang

9 berhadapan dengan remaja yang mana merupakan aset penting dalam sesebuah masyarakat yang juga merupakan bakal pemimpin masa akan datang.

2.4.4

Penyediaan Data Set

Penyediaan data set adalah dengan menggunakan perisian Microsoft Excel dan Microsoft Word . Ini bertujuan untuk menunjukkan keputusan daripada hasil kajian yang dibuat . Kaedah ini mudah digunakan serta cepat. Pengiraan dibuat secara automatik dengan memasukkan data yang hendak dianalisis. Keputusan data juga boleh dibuat dalam bentuk graf, carta pai dan lain-lain. Tambahan pula, data diperoleh boleh dipelbagaikan cara persembahannya agar lebih menarik dan mudah difahami. Seterusnya, membolehkan para pengkaji menganalisis daripada graf dan lain-lain serta membentangkan dengan lebih berkesan.

2.5

Kesimpulan

Data yang dikumpulkan dibuat analisa dengan menggunakan kaedah yang bersesuaian dengan objektif yang hendak dicapai. Analisa data terperinci dan perbincangan hasil analisa dibincangkan dalam bab Keputusan dan Laporan.

10 BAB 3

SEJARAH KEMUNCULAN TELEFON DAN BAIK BURUKNYA

3.1

Pengenalan Telefon

Telefon berasal daripada bahasa Yunani tele bermaksud Jauh. Manakala phone pula bermaksud suara. Ia adalah alat telekomunikasi yang digunakan bagi memancar dan menerima bunyi dari segi suara dan percakapan.3 Ia boleh dilakukan pada jarak dekat, jauh atau secara bebas tanpa wayar.

Menurut Kamus Dewan, telefon ialah alat untuk bercakap dengan orang yang jauh (dgn menggunakan tenaga elektrik dan kawat atau hubungan satelit). Ia juga bermaksud percakapan (panggilan) yg menggunakan alat tersebut. 4Seperti yang kita ketahui, sebelum alat komunikasi dicipta, manusia pada zaman dahulu meggunakan cara kuno untuk menyampaikan maklumat dan menyebarkan berita. Antara cara- cara yang digunakan oleh mereka pada masa itu ialah seperti menulis di dinding- dinding gua, menyalakan unggun api, kepulan asap, memukul gendang dan mengikat secebis kertas pada kaki burung merpati.

3.2

Sejarah Penciptaan Telefon5

Sejarah awal terciptanya sebuah telefon adalah sedikit mengelirukan apabila banyak pertikaian dan percanggahan pendapat oleh pihak – pihak tertentu yang menuntut hak paten masing – masing. Wujudnya telefon moden sekarang ini adalah hasil sumbangan dan usaha gigih banyak pihak, yang sepatutnya diberikan pengiktirafan yang selayaknya.

3

http://ms.wikipedia.org/wiki/Telefon. Kamus Dewan. http://www.karyanet.com.my/knetbeta/index.php?tpf=kamus_Dewan&kata_utama=telefon&sid=3e9cc dd6e72294f7176dfa77174d2af1. 5 http://ms.wikipedia.org/wiki/Telefon. 4

11 3.2.1

Pembangunan Awal6

Berikut adalah huraian secara ringkas sejarah penciptaan telefon:

(a) 1849 - Antonio Meucci Mendemonstrasi suatu peranti yang kemudian dipanggil telefon kepada orang ramai di Havana.

(b) 1854 - Charles Bourseul Menerbitkan suatu penerangan mengenai make-break transmiter telefon dan penerima tetapi tidak membuat sebarang instrumen kerja.

(c) 1854 - Meucci Mendemonstrasi telefon elekterik di New York.

(d) 1860 - Johann Philipp Reis

(e) 1860 - Meucci Dijangka ketika itu mendemonstrasi telefon tersebut di Staten Island. (f) 1861 – Reis Berjaya memindahkan suara secara elektrikal dengan jarak melebihi 340 kaki. Untuk lebih lanjut, lihat telefon ciptaan Reis.

(g) 1871 - Meeucci Memfailkan satu paten caveat.

(h) 1872 - Elisha Gray Menubuhkan Western Electric Manufactering Company.

6

http://ms.wikipedia.org/wiki/Telefon.

12 (i) July 1873 - Thomas Alva Edison Menemukan rintangan yang berbeza pada grain karbon oleh kerana tekanannya tetapi terpaksa menangguhkan penyelidikannya.

(j) 1874 - Gray Mendemonstrasi telefon transmiter cecairnya di Gereja Highland Park Presbyterian.

(k) 2 June 1875 - Alexander Graham Bell Orang pertama memindahkan suaranya melalui telefon.

(l) 1 July 1875 - Bell Pertama kali menggunakan telefon berkebolehan dwi-arah. Kedua-dua, transmiter atau penghantar dan penerima isyarat merupakan instrumen membran yang serupa.

(m) 14 February 1876 - Bell Memfailkan telefon tersebut sebagai paten pertama beliau. i. Dua jam kemudian, Grayy memfailkan paten caveatnya.

(n) 30 January 1877 - Bell Mempatenkan telefon dengan transmiter-penerima elektrodinamik.

3.4

Pengenalan Telefon Bimbit7

Teknologi telekomunikasi telah banyak mengubah gaya hidup manusia, termasuk masyarakat di negara kita. Jika satu ketika dulu telefon bimbit salah satu lambang kemewahan atau barangan eksklusif lagi berprestij, tetapi kini persepsi itu telah berubah. Telefon mudah alih atau juga dikenali sebagai telefon bimbit atau telefon selular sudah menjadi keperluan harian. Bayangkan jika anda tidak memiliki telefon bimbit sekarang. Bagi sesetengah orang, mereka terasa benar sukarnya hidup tanpa 7

8. Haji Samat Buang. 2006. Telefon Bimbit Antara Keperluan Dan Gaya Hidup. Dewan Siswa Oktober:

13 peranti ranggi itu. Pelbagai syarikat telekomunikasi berlumba-lumba menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada pelanggan masing-masing. Perubahan gaya hidup kini semakin terasa apabila teknologi telekomunikasi terus berkembang dari semasa ke semasa.

Kaji selidik yang dijalankan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada awal tahun 2006 mendapati bahawa orang Melayu masih kekal sebagai pengguna telefon bimbit terbanyak. Pengurus Besar Bahagian Pembangunan Industri SKMM, Bistamam Siru Abdul Rahman berkata, kajian itu juga mendapati 53.9% pengguna perkhidmatan itu adalah kaum Melayu, diikuti Cina 32.4%, manakala India serta Bumiputera Sabah dan sarawak masing-masing 6.5% dan 6.3%. Sebanyak 57.4% pengguna telefon bimbit ialah lelaki, manakala wanita 42.6% dengan 93.7% daripadanya adalah rakyat Malaysia, manakala 6.3% melibatkan rakyat asing. Hal ini menunjukkan betapa besarnya pasaran telekomunikasi di Malaysia, terutamanya penggunaan telefon bimbit prabayar.

Walaupun pada mulanya kehadiran teknologi telefon bimbit atau lebih dikenali sebagai telefon selular dianggap sebagai barang mahal yang dapat dimiliki oleh mereka yang mampu sahaja, tetapi kini, semua orang dapat memiliki telefon bimbit kerana harganya yang berpatutan.

3.5

Kebaikan Telefon Bimbit8

(a)

Penguatkuasa undang-undang telah menggunakan bukti telefon bimbit dalam beberapa cara :

i. Teknik triangulation : boleh digunakan bagi menunjukkan bahawa telefon bimbit seseorang berada di tempat tertentu pada masa yang tertentu.

8

http://ms.wikipedia.org/wiki/Telefon_bimbit#Penguatkuasa_undang-undang.

14 ii. NIST telah menerbitkan garis panduan dan prosedur bagi pengekalan,

penerimaan,

pemeriksaan,

analisa

dan

laporan

berkenaan maklumat digital yang ada pada telefon bimbit yang boleh didapati di NIST Publication SP800-101.

(b) Tindak balas semasa berlakunya bencana :

i. Menu berinteraksi yang boleh dicapai melalui pelayar Web telefon memberitahu syarikat sekiranya pengguna selamat atau dalam keadaan merbahaya ii. Perkhidmatan

penyelamat

mencadangkan

pengembara

agar

membawa telefon bimbit dalam kes kecermasan sungguhpun berada dalam hutan terpencil di luar perkhidmatan selular, disebabkan isyarat telefon sel cuba menghubungi stesen pangkalan mampu dikesan oleh pesawat penyelamat yang dilengkapi dengan perkakasan pengesan khas, yang terbang di atas

3.6

Keburukan Telefon Bimbit (a) Telefon bimbit biak Tumor Otak9

i. penyakit ketumbuhan (tumor) itu yang dikenali sebagai akoustik neuroma, iaitu barah pada sebelah kepala, di mana telefon bimbit selalu diletakkan, meningkat empat kali ganda sekarang. ii. Akoustik neuroma adalah tumor yang tidak bersifat barah, berlaku atas saraf yang mempunyai hubungan dengan otak dan bahagian dalam telinga. iii. Simptom awal paling biasa ialah kehilangan pendengaran tapi apabila tumor itu semakin membesar, ia akan menolak ke arah tisu

9

2004. Telefon Bimbit Biak Tumor Otak. Berita Harian, 16 Oktober. http://telefonbimbit.wordpress.com/2006/03/29/telefon-bimbit-biak-tumor-otak [29 Mac 2006].

15 otak dan boleh membawa maut sekiranya tidak diberi rawatan segera.

(b) Ulama’ Saudi larang nada dering telefon bimbit azan dan ayat al-Quran10 i. Ulama’ Arab Saudi melarang laungan azan dan bacaan ayat suci alQuran dijadikan sebagai nada dering telefon bimbit kerana ia dianggap menjejaskan kesucian Islam. ii. Sheikh Saleh Al-Shamrani berkata bahawa perbuatan itu bersifat makruh apalagi jika deringan itu berlaku ketika pemiliknya berada dalam tandas atau pada premis hiburan seperti disko. iii. Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria berkata bahawa memanglah ia baik untuk umat Islam tetapi dari satu segi, jika nada dering itu didengar dalam tandas, tidak baik. Walaupun kita tidak nampak tulisan ayat al-Quran, ia tidak baik untuk didengar dalam tandas.

(c)

Menjejaskan kualiti air mani11

i. Satu lagi kajian terbaru, di mana kajian ini adalah dari Klinik Cleveland, Center for Reproductive Medicine, mengatakan bahawa meletakkan telefon bimbit yang di dalam mod bercakap di dalam poket seluar boleh memberi kesan kepada terjejasnya kualiti air mani.

ii. Sekumpulan pengkaji yang diketuai oleh Ashok Agarwal telah mengambil contoh air mani dari 32 orang lelaki dan membawanya ke makmal. Setiap contoh itu diletakkan dalam tiub kon kecil dan dibahagikan kepada 2 kumpulan, iaitu kumpulan ujian dan 10

Ulama Saudi larang nada dering telefon bimbit azan, ayat al-Quran. http://telefonbimbit.wordpress.com/2006/08/29/ulama-saudi-larang-nada-dering-telefon-bimbit-azanayat-al-quran. [29 Ogos 2006]. 11 CNN. http://hikmatun.wordpress.com/2008/09/24/telefon-bimbit-boleh-menyebabkan-kanser-otakpada-kanak2-dan-menurunkan-kualiti-sperma. [24 September 2008].

16 kumpulan kawalan.

Kumpulan kawalan tidak didedahkan kepada

emisi telefon bimbit, tetapi diletakkan dalam keadaan dan suhu yang sama dengan kumpulan ujian. Air mani kumpulan kawalan diletakkan 2.5 cm dari telefon bimbit 850mhz yang berkeadaan mod bercakap selama 1 jam. Pengkaji-pengkaji itu mengatakan bahawa 850mhz adalah frekuensi yang biasa terdapat pada telefon bimbit. iii.

Secara

keseluruhan,

pengkaji-pengkaji

mendapati

bahawa

penambahan dalam tekanan oxidatif seperti penambahan nyata dalam radikal bebas dan oksidan dan pengurangan pada antioksidan. Agarwal mengatakan bahawa itu bermakna pengurangan dalam kualiti air mani tersebut. Secara purata, 85% berlaku penambahan radikal bebas pada subjek kajian itu dan telah diketahui bahawa radikal bebas adalah dihubungkait dengan pelbagai penyakit pada manusia termasuklah kanser. iv.

Dalam kajian sebelumnya , Agarwal dan pasukannya itu telah menemui bahawa lelaki yang menggunakan telefon bimbit lebih dari 4 jam sehari telah nyata menurun kualiti air maninya berbanding mereka yang menggunakan telefon bimbit kurang dari 4 jam. Laporan tersebut berdasarkan dari data kajian terhadap 361 subjek.

v.

Kajian ini tidak semestinya membuatkan anda sudah tidak boleh meletakkan telefon bimbit anda di dalam poket lagi kerana menurut Agarwal, “Kajian kami tidak mempunyai cukup bukti bagi anda berhenti meletakkan telefon bimbit di dalam poket anda. Ada banyak perkara lagi yang perlu dibuktikan sebelum kita dapat ke peringkat itu.” katanya.

17 BAB 4

LAPORAN DAN KEPUTUSAN KAJIAN

4.1

Maklumat Kajian

Kaedah kajian yang digunakan untuk mengumpul maklumat tentang sejauh mana telefon bimbit menghakis nilai adalah melalui borang soal selidik yang diedarkan kepada 150 orang responden. Soalan-soalan ini telah dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu bahagian A tentang latar belakang responden dan bahagian B tentang maklumat terperinci kajian. Di dalam 150 orang responden ini, hanya 100 borang soal selidik dikembalikan semula. Berikut merupakan pembahagian responden mengikut peringkat umur mereka:

1- 25 orang responden yang berumur bawah 17 tahun. 2- 25 orang responden yang berumur sekitar 18 hingga 30 tahun. 3- 25 orang responden yang berumur sekitar 31 hingga 54 tahun. 4- 25 orang responden yang berumur sekitar 55 tahun dan ke atas.

Segala maklumat yang dikehendaki dari para responden telah dibina dalam bentuk soalan-soalan yang mencakupi beberapa aspek dalam bahagian B. Antaranya aspek soaial, ekonomi dan politik. Soalan-soalan ini disediakan bertujuan untuk mengetahui pandangan masyarakat umum terutama pengguna-pengguna telefon bimbit tentang sejauh mana telefon bimbit boleh menghakis nilai. Berikut merupakan soalan-soalan yang terdapat di dalam borang soal selidik yang telah diedarkan kepada responden berserta dengan laporan yang diterima.

18 Keputusan Dan Laporan Borang Soal Selidik ” TELEFON BIMBIT MENGHAKIS NILAI”

4.2.1

Bahagian A (Latar Belakang Responden)

1-

Jantina

60 50

50

50 40 Jumlah

4.2

Lelaki

30

Perempuan

20 10 0 Jantina

Rajah 4.1

Jumlah Responden Mengikut Jantina

Laporan: Para responden yang menyertai kajian ini terdiri dari 50 orang lelaki dan 50 orang perempuan.

19 2-

Bangsa 45 40 35 30 25 20 15 10 5 0

40 30

30

Jumlah

India Cina

Bangsa

Rajah 4.2

Jumlah Responden Mengikut Bangsa

Laporan: Para responden yang menyertai kajian ini terdiri dari 40% daripada golongan berbangsa melayu,30% berbangsa Cina, dan 30% berbangsa India.

3-

Status Perkahwinan

20

20

60

Rajah 4.3

Jumlah Responden Mengikut Status Perkahwinan

20 Laporan: Para responden yang menyertai kajian ini,20 orang ialah dari kalangan berstatus bujang dan bilangan ini sama dengan responden yang berstatus bercerai.Manakala 60 orang lagi ialah dari responden yang telah berkahwin.

4-

Umur 45

40

40

35

35

< 17

30

18-30

Jumlah

25 31-54

20 15

15 > 55

10

10 5 0 Tahun

Rajah 4.4

Jumlah Responden Mengikut Umur

Laporan: Hasil penyertaan bagi para responden yang mengambil bahagian dalam borang soal selidik adalah seperti berikut. Mereka yang berumur 17 tahun dan ke bawah ialah sebanyak 10 orang, mereka yang berumur 18 hingga 30 tahun ialah sebanyak 40 orang dan merupakan yang tetinggi dalam katogari ini, manakala mereka yang berumur 31 hingga 54 tahun sebanyak 35 orang dan mereka yang berumur 50 tahun ke atas ialah sebanyak 15 orang.

21 5-

Tahap Pendidikan 40

35

35 30

25

25

Jumlah

20

20

PMR DAN KE BAWAH SPM

20 DIPLOMA DAN STPM IJAZAH DAN KE ATAS

15 10 5 0 Tahap Pendidikan

Rajah 4.5

Jumlah Responden Mengikut Tahap Pendidikan

Laporan: Soalan bagi tahap pendidikan terbahagi kepada empat ketogari iaitu PMR dan kebawah, SPM, Diploma dan STPM, Ijazah dan ke atas. Bagi tahap PMR dan kebawah ialah sebanyak 25 orang, SPM sebanyak 35,Diploma dan STPM ialah sebanyak 20 orang, manakala Ijazah dan ke atas juga ialah sebanyak 20 orang.

6-

Pekerjaan Pekerjaan

Pelajar, 20 Kerajaan, 3 5

Surirumah, 10

Swasta, 35

Rajah 4.6

Jumlah Peratusan Responden Mengikut Pekerjaan

22 Laporan: Responden dari kalangan mereka yang bekerja di sektor kerajaan ialah sebanyak 35 orang, sektor swasta ialah sebanyak 35 orang, surirumah pula sebanyak 10 orang,manakala pelajar dan yang tidak bekerja pula ialah sebanyak 20 orang.

7-

Pendapatan Bulanan >5001

10

3001-5000

15

1501-3000

25

<1500

50

Pendapatan Bulanan 0

20

40

60

Jumlah

Rajah 4.7

Jumlah Responden Mengikut Pendapatan Bulanan

Laporan: Pendapatan para responden telah dibahagikan kepada 4 tahap iaitu 1500 dan ke bawah iaitu sebanyak 50 orang, 1501 hingga 3000

sebanyak

25

orang,3001

hingga

5000

orang,manakala 5001 ke atas sebanyak 10 orang.

sebanyak

15

23 4.2.2

Bahagian B (Maklumat Terperinci Kajian)

Bahagian B ini mengandungi 3 bahagian iaitu aspek Sosial, Ekonomi, dan Politik.

4.3.2.1 Sosial (a) Sejauh manakah telefon bimbit mampu mempengaruhi anda sebagai pengguna ?

10

Sederhana

10

Pendapat

Sedikit

Banyak

80

0

Rajah 4.8

20

40

60 Peratus

80

100

Jumlah Peratusan Pendapat Responden Tentang Pengaruh Terhadap Telefon Bimbit

Laporan: Sebanyak 80% daripada kalangan para responden mengatakan

dengan

penggunaan

telefon

bimbit

banyak

mempengaruhi diri mereka. Manakala 10% pula berpendapat penggunaan telefon bimbit tidak banyak mempengaruhi dan begitu juga yang berpendapat hanya sedikit sahaja yang mempengaruhi.

24 (b) Pernahkah anda menggunakan telefon bimbit untuk kegiatan amal?

80

70

70

Peratus

60 50 40

30

30 20 10 0 Ya

Tidak Pendapat

Rajah 4.9

Jumlah Peratusan Pendapat Responden Yang Pernah Membuat Kegiatan Amal

Laporan:

Sebanyak

70%

dari

kalangan

responden

pernah

menggunakan telefon bimbit untuk kegiatan amal manakala 30% lagi tidak.

25 (c) Adakah penggunaan telefon bimbit menjadi salah satu

Peratus

punca keruntuhan akhlak remaja masa kini? 90 80 70 60 50 40 30 20 10 0

80

20 0 Ya

Tidak Pendapat

Kurang Pasti

Rajah 4.10 Jumlah Peratusan Pendapat Responden Tentang Punca Keruntuhan Akhlak

Laporan: Sebanyak 80% responden menyokong bahawa telefon bimbit menjadi salah satu punca keruntuhan akhlak remaja masa kini.Tiada respon yang diterima membangkang soalan ini manakala hanya 20% yang kurang pasti.

26 4.3.2.2 Ekonomi

(a) Pernahkah

anda

mengutamakan

perbelanjaan

yang

berkaitan telefon bimbit berbanding perbelanjaan lain?

Tidak 40%

Ya 60%

Rajah 4.11 Jumlah Peratusan Responden Yang Mengutamakan Perbelanjaan Telefon Bimbit

Laporan:

Sebanyak

mengutamakan

60%

perbelanjaan

dari yang

kalangan

responden

berkaitan

telefon

pernah bimbit

berbanding perbelanjaan lain. Manakala 40% yang lain mengatakan tidak.

27

66

17

Pinjaman pelajaran/biasisw a/pinjaman bank/zakat

17

Gaji yang diperuntukkan untuk keperluan hidup/melunaska n hutang

70 60 50 40 30 20 10 0

Wang poket dari ibubapa/tabung simpanan sendiri

Peratus

(b) Jika ya, pilih sumber kewangan berikut

Sumber Kewangan

Rajah 4.12 Jumlah Peratusan Responden Mengikut Pilihan Sumber Kewangan

Laporan:

Sebanyak

mengutamakan

60%

perbelanjaan

dari yang

kalangan

responden

berkaitan

telefon

pernah bimbit

berbanding perbelanjaan lain. 17% daripadanya telah menggunakan sumber wang poket daripada ibubapa/ tabung simpanan sendiri, sama juga bagi mereka yang menggunakan dari sumber pinjaman pelajaran/ biasiswa/ pinjaman bank/ zakat. Manakala 66% dari kalangan responden telah memilih sumber gaji yang diperuntukkan untuk keperluan hidup/ melunaskan hutang.

28 (c) Adakah anda berpendapat bahawa dengan menggunakan telefon bimbit dapat membantu dalam penjimatan kos sara hidup?

Pendapat

Tidak Membantu

20

Kurang pasti

60

Boleh membantu

20

0

20

40 Peratus

60

80

Rajah 4.13 Jumlah Peratusan Pendapat Responden Dalam Penjimatan Kos Sara Hidup

Laporan: 20% dari kalangan responden berpendapat bahawa dengan menggunakan telefon bimbit dapat membantu dalam penjimatan kos sara hidup. 60% lagi kurang pasti manakala 20% lagi mengatakan tidak.

29 4.3.2.3 Politik

(a) Adakah anda bersetuju kita penggunaan telefon bimbit boleh menjatuhkan kreadibiliti seseorang ahli politik?

Tidak 40% Ya 60%

Rajah 4.14 Jumlah Peratusan Pendapat Responden Tengtang Telefon Bimbit Menjatuhkan Ahli Politik

Laporan: 60% dari responden bersetuju bahawa dengan penggunaan telefon bimbit boleh menjatuhkan kreadibiliti seorang ahli potitik manakala 40% lagi mengatakan tidak.

30 (b) Adakah penggunaan telefon bimbit boleh memberi kesan

Peratus

terhadap perjalanan sebuah pilihan raya? 100 90 80 70 60 50 40 30 20 10 0

90

10

Ya

Tidak Pendapat

Rajah 4.15 Jumlah Peratusan Pendapat Responden Tentang Telefon Bimbit Memberi Kesan Terhadap Pilihanraya

Laporan:

90% dari responden menyokong bahawa dengan

penggunaan telefon bimbit boleh memberi kesan terhadap perjalanan sesebuah pilihan raya,manakala 10% mengatakan tidak

31 (c) Jika ya, apakah kesannya? 70 60

Peratus

50 40 30 20 10 0 Positif

Negatif Pendapat

Rajah 4.16 Jumlah Peratusan Pendapat Responden Tentang Kesan Terhadap Pilihanraya

Laporan: Dari 90% yang menyokong, hanya 35% berpendapat ianya memberi kesan positif manakala 65% lagi mengatakan sebaliknya.

32 (d) Adakah anda bersetuju jika maklumat politik negara disebarkan melalui telefon bimbit? 70 60 Peratus

50 40 30 20

60 40

10 0 Bersetuju

Tidak Bersetuju Pendapat

Rajah 4.17 Jumlah Peratusan Pendapat Responden Tentang Maklumat Politik Disebarkan Melalui Telefon Bimbit

Laporan: Sebanyak 40% dari responden bersetuju jika maklumat politik negara disebarkan melalui ahli politik manakala 60% lagi mengatakan tidak.

4.4

Kesimpulan

Walaubagaimanapun, terdapat juga satu soalan yang mana telah disediakan untuk para responden tetapi bukan dalam bentuk pilihan jawapan.Soalan ini merupakan soalan tentang pendapat para responden tentang sejauhmana telefon bimbit ini boleh menghakis nilai.Rumusan daripada jawapan-jawapan yang diberi akan dijelaskan di dalam bab Rumusan, Saranan dan Kesimpulan.

33 BAB LIMA

RUMUSAN DAN PENUTUP

4.1.

Rumusan

Teknologi telekomunikasi telah banyak mengubah gaya hidup manusia, termasuk masyarakat di negara kita. Jika satu ketika dulu telefon bimbit salah satu lambang kemewahan atau barangan eksklusif lagi berprestij, tetapi kini persepsi itu telah berubah. Telefon mudah alih atau juga dikenali sebagai telefon bimbit atau telefon selular sudah menjadi keperluan harian. Bayangkan jika anda tidak memiliki telefon bimbit sekarang. Bagi sesetengah orang, mereka terasa benar sukarnya hidup tanpa peranti ranggi itu. Pelbagai syarikat telekomunikasi berlumba-lumba menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada pelanggan masing-masing. Perubahan gaya hidup kini semakin terasa apabila teknologi telekomunikasi terus berkembang dari semasa ke semasa.

Berdasarkan kepada kajian ini, para responden yang menyertai kajian ini terdiri dari 50 orang lelaki dan 50 orang perempuan. Mereka terdiri dari 40% daripada golongan berbangsa melayu,30% berbangsa Cina, dan 30% berbangsa India. Mereka terdiri daripada 20 orang dari kalangan berstatus bujang dan bilangan ini sama dengan responden yang berstatus bercerai.Manakala 60 orang lagi ialah dari responden yang telah berkahwin. Hasil penyertaan bagi para responden yang mengambil bahagian dalam borang soal selidik adalah seperti berikut. Mereka yang berumur 17 tahun dan ke bawah ialah sebanyak 10 orang, mereka yang berumur 18 hingga 30 tahun ialah sebanyak 40 orang dan merupakan yang tetinggi dalam katogari ini, manakala mereka yang berumur 31 hingga 54 tahun sebanyak 35 orang dan mereka yang berumur 50 tahun ke atas ialah sebanyak 15 orang.

34 Selain itu, dirumuskan bahawa soalan bagi tahap pendidikan terbahagi kepada empat ketogari iaitu PMR dan kebawah, SPM, Diploma dan STPM, Ijazah dan ke atas. Bagi tahap PMR dan kebawah ialah sebanyak 25 orang, SPM sebanyak 35,Diploma dan STPM ialah sebanyak 20 orang, manakala Ijazah dan ke atas juga ialah sebanyak 20 orang. Responden dari kalangan mereka yang bekerja di sektor kerajaan ialah sebanyak 35 orang, sektor swasta ialah sebanyak 35 orang, surirumah pula sebanyak 10 orang,manakala pelajar dan yang tidak bekerja pula ialah sebanyak 20 orang. Pendapatan para responden telah dibahagikan kepada 4 tahap iaitu 1500 dan ke bawah iaitu sebanyak 50 orang, 1501 hingga 3000 sebanyak 25 orang,3001 hingga 5000 sebanyak 15 orang,manakala 5001 ke atas sebanyak 10 orang.

Dari segi sosial, sebanyak 80% daripada kalangan para responden mengatakan dengan penggunaan telefon bimbit banyak mempengaruhi diri mereka. Manakala 10% pula berpendapat penggunaan telefon bimbit tidak banyak mempengaruhi dan begitu juga yang berpendapat hanya sedikit sahaja yang mempengaruhi. Sebanyak 70% dari kalangan responden pernah menggunakan telefon bimbit untuk kegiatan amal manakala 30% lagi tidak. Kemudian, sebanyak 80% responden menyokong bahawa telefon bimbit menjadi salah satu punca keruntuhan akhlak remaja masa kini. Tiada respon yang diterima membangkang soalan ini manakala hanya 20% yang kurang pasti.

Dari segi ekonomi, sebanyak 60% dari kalangan responden pernah mengutamakan perbelanjaan yang berkaitan telefon bimbit berbanding perbelanjaan lain. Manakala 40% yang lain mengatakan tidak. Sebanyak 60% dari kalangan responden pernah mengutamakan perbelanjaan yang berkaitan telefon bimbit berbanding perbelanjaan lain. 17% daripadanya telah menggunakan sumber wang poket daripada ibubapa/ tabung simpanan sendiri, sama juga bagi mereka yang menggunakan dari sumber pinjaman pelajaran/ biasiswa/ pinjaman bank/ zakat. Manakala 66% dari kalangan responden telah memilih sumber gaji yang diperuntukkan untuk keperluan hidup/ melunaskan hutang. Kemudian, 20% dari kalangan responden berpendapat bahawa dengan menggunakan telefon bimbit dapat membantu dalam penjimatan kos sara hidup. 60% lagi kurang pasti manakala 20% lagi mengatakan tidak.

35 Dari segi politik pula, 60% dari responden bersetuju bahawa dengan penggunaan telefon bimbit boleh menjatuhkan kreadibiliti seorang ahli potitik manakala 40% lagi mengatakan tidak. 90% dari responden menyokong bahawa dengan penggunaan telefon bimbit boleh memberi kesan terhadap perjalanan sesebuah pilihan raya,manakala 10% mengatakan tidak. Dari 90% yang menyokong, hanya 35% berpendapat ianya memberi kesan positif manakala 65% lagi mengatakan sebaliknya. Kemudian, Sebanyak 40% dari responden bersetuju jika maklumat politik negara disebarkan melalui ahli politik manakala 60% lagi mengatakan tidak.

Sebagai kesimpulan, berdasarkan pengamatan terhadap kajian yang telah dijalankan, masyarakat perlu diberi pendedahan dan kefahaman yang meluas mengenai fungsi sebenar telefon bimbit dalam melahirkan masyarakat yang berakhlak dan bertamadun. Pihak kerajaan seharusnya mengambil langkah ini agar gejala-gejala yang tidak sihat tidak menular di negara kita yang tercinta. Sehubungan dengan itu, para pengkaji ingin berkongsi beberapa pandangan dan saranan-saranan berikut.

4.2

Pendapat Responden

Dalam mengkaji isu ini, para pengkaji ingin menyatakan beberapa pendapat responden berkaitan telefon bimbit menghakis nilai sesebuah masyarakat.

1.

Dapat memberi kesan yang buruk terhadap remaja seperti penyebaran gambargambar lucah, mesej-mesej yang boleh mendatangkan pergaduhan atau perbalahan.

Penggunaan

telefon

bimbit

dengan

tidak

terkawal

boleh

menyebabkan pembaziran.

2.

Telefon bimbit boleh memberikan nilai positif dan negatif terhadap remajaremaja pada masa kini. Ia boleh menyebabkan gejala sosial remaja meningkat dan menimbulkan pelbagai kegiatan jenayah.

36 3.

Telefon bimbit boleh menghakis nilai dengan meminta wang belanja daripada ibu bapa dan penipuan boleh berlaku. Ia juga boleh meruntuhkan akhlak seseorang jika bercerita perkara-perkara yang tidak baik.

4.

Telefon bimbit juga boleh merosakkan pemikiran remaja pada masa kini disebabkan terlalu banyak perkhidmatan hiburan disediakan dalam telefon bimbit sehingga boleh melalaikan.

5.

Boleh menjatuhkan maruah seseorang, terutamanya dalam situasi gosip dan fitnah. Jika mesej yang disebarkan berbentuk fitnah atau gosip, ia akan memalukan

orang

yang

difitnah,

seterusnya

menyebabkan

berlakunya

permusuhan dan dendam.

4.3

Saranan

Dalam mengkaji isu ini, para pengkaji ingin memberikan beberapa saranan kepada semua pihak, terutamanya remaja agar melengkapkan diri dengan akhlak yang mulia agar telefon bimbit tidak menghakis nilai mereka.

1-

Penggunaan telefon bimbit boleh menyebabkan kesan positif dan negatif, tetapi penggunaannya di kalangan kanak-kanak adalah tidak digalakkan kerana banyak perkara negatif akan berlaku jika tidak dikawal oleh ibu bapa.

2-

Ibu bapa harus memantau segala aktiviti anak mereka, terutamanya penggunaan telefon bimbit dan memberikan perhatian sepenuhnya terhadap pendidikan anakanak.agar gejala sosial tidak berlaku.

3-

Semua pihak terutamanya kerajaan harus menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk pengguna telefon bimbit yang dapat memberi faedah kepada mereka dan menyekat sebarang kegiatan-kegiatan negatif yang melibatkan telefon bimbit.

37 4-

Pihak kerajaan juga harus mengambil sikap prihatin terhadap para pengguna telefon bimbit dengan mengadakan kempen dan seminar berkaitan telefon bimbit yang semakin rancak pertumbuhannya, seterusnya dapat menyedarkan para pengguna.

5-

Majlis Fatwa Kebangsaan harus mengkaji beberapa fatwa berkaitan salahlaku penggunaan telefon bimbit yang dapat dikuatkuasakan agar pengguna tidak sewenang-wenangnya menggunakan telefon bimbit tanpa memikirkan hukumhakamnya jika disalahgunakan.

6-

Ibu bapa juga harus mengajar anak mereka cara penggunaan telefon bimbit yang betul dan sentiasa memberi nasihat agar anak-anak menggunakannya untuk perkara yang berfaedah sahaja.

7-

Pihak penguatkuasa harus sentiasa memantau kegiatan jenayah yang melibatkan telefon bimbit, terutamanya dalam kes menyebarkan SMS palsu serta memberikan hukuman dan denda yang setimpal terhadap pesalah tersebut.

Demikianlah beberapa pendapat dan saranan yang dikemukakan untuk memantapkan lagi kajian ini. Diharapkan kajian ini dapat menambah pengetahuan kepada semua golongan tentang fungsi sebenar telefon bimbit dalam mewujudkan masyarakat yang berakhlak mulia. Semoga dengan kefahaman yang jelas dan kesedaran di kalangan anggota masyarakat dapat mengurangkan permasalahan yang timbul. Akhir sekali, para pengkaji berharap agar penulisan ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada kita bersama.

38 RUJUKAN

Internet

http://teknologi-maklumat.com/wiki/Telefon_bimbit http://ms.wikipedia.org/wiki/Telefon.

Kamus Dewan. http://www.karyanet.com.my/knetbeta/index.php?tpf=kamus_Dewan&kata_ut ama=telefon&sid=3e9ccdd6e72294f7176dfa77174d2af1.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Telefon_bimbit#Penguatkuasa_undang-undang.

2004.

Telefon

Bimbit

Biak

Tumor

Otak.

Berita

Harian,

16

Oktober.

http://telefonbimbit.wordpress.com/2006/03/29/telefon-bimbit-biak-tumorotak [29 Mac 2006].

Ulama

Saudi

larang

nada

dering

telefon

bimbit

azan,

ayat al-Quran.

http://telefonbimbit.wordpress.com/2006/08/29/ulama-saudi-larang-nadadering-telefon-bimbit-azan-ayat-al-quran. [29 Ogos 2006].

CNN. http://hikmatun.wordpress.com/2008/09/24/telefon-bimbit-boleh-menyebabkankanser-otak-pada-kanak2-dan-menurunkan-kualiti-sperma.

[24

2008].

Surat Khabar

Yeo Li Shian. 2008. Jenayah Telefon Bimbit. Kosmo, 31 Oktober: 20.

September

39 Majalah

Haji Samat Buang. 2006. Telefon Bimbit Antara Keperluan Dan Gaya Hidup. Dewan Siswa Oktober:

40 LAMPIRAN A

41

42

43

44

45

46

Related Documents


More Documents from ""