Teks Ucapan.docx

  • Uploaded by: Anonymous YIY6axQ
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Teks Ucapan.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 351
  • Pages: 2
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Salam Sejahtera Salam Negaraku Malaysia Salam sehati sejiwa Salam Melaka Maju Fasa 2 Salam Jabatan Pendidikan Negeri Melaka Mendidik Daripada Hati Dgn Penuh Intergreti Yang Berusaha tetamu jemputan kita pada hari ini daripada En Mohd Sharom B Mohd Shariff Pen PPD ( Pengurusan Kemanusiaan ) drp PPD Melaka Tengah. Yang dihormati Pengerusi PIBG SK St Francis, Pn Madelina Kwah, Wakil LPS En Wee _____________, Guru Penolong Kanan HEM En Johnny Khoo, Guru Penolong Kanan Koku, En Faizal B Otthman, Para pendidik SK St Francis dan yang saya kasihi murid SK St Francis. Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran kehadrat Allah swt dengan limpah kurnianya dapat kita semua berkumpul dan meraikan sambutan Majlis Hari Raya Peringkat Sekolah buat pertama kalinya. Di sini saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada YDP PIBG, Pn Madelina serta barisan AJK PIBG yang begitu komited dalam merancang dan membantu sekolah bagi merealisasikan sambutan Hari Raya peringkat sekolah. Letih berjalan di tengah pekan, Singgah sebentar di gerai siti, Terima kasih kami ucapkan, Atas segala jasa dan bakti. Terima kasih kami ucapkan, Kerana kalian selalu membantu, Jasa dan bakti jadi taruhan, Akan dikenang setiap waktu. Terima kasih daun keladi, kerana sudi menolong kami, kalau ada kesulitan kami, Diharap sudi bantulah lagi.

Terima kasih juga kepada semua pihak yang memberi sumbangan seperti ____________________________________________________________ ____________________________________________________________ ____________________________________________________________ ____________________________________________________________ ____________________________________________________________ Terima kasih kami ucapkan. Para hadirin yang dihormati dan murid-murid, Objektif utama pihak sekolah dan PIBG melaksanakan program sebegini adalah untuk memperkenalkan kepada para pelajar sekalian kepelbagaian kaum di Malaysia dan perayaan yang di sambut oleh sesuatu etnik. Atau yg lebih tepat dan terperinici kita sebut sebagai Pepaduan Kaum. Perpaduan kaum adalah di mana semua kaum di negara ini saling bekerjasama, hormat-menghormati antara satu sama lain dalam membangunkan negara seterusnya menjadikan negara Malaysia gemilang dan terbilang. Akhir kata, sekali lagi saya merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada PIBG dan semua guru dalam menjayakan sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah pada kali ini. Tangan dihulur maaf dipinta Erat hubungan sesama kita, Semoga gembira di hari yang mulia ini, Salah dan silap harap dimaafkan, Selamat Hari raya Adilfitri Maaf Zahir dan Batin. Sekian terima kasih.

Related Documents

Teks Doa.docx
June 2020 21
Teks Pengacara
May 2020 42
Teks Sholawat.docx
June 2020 22
Teks Pengerusi
June 2020 22
Teks Negosiasi.docx
December 2019 34
Teks Merdeka.docx
December 2019 39

More Documents from "ABdul Halim"

Superheroes.docx
November 2019 17
Draft Minit Dlp.docx
November 2019 27
Pemandangan.docx
October 2019 23
Teks Ucapan.docx
October 2019 23