Selamat pagi dan salam sejahtera. Yang berusaha, En. Azmi bin wahid, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sayong Pinang, Yang dihormati En faizal Anuar bin Mohd Sani,Guru Pen Kanan Kurikulum, Puan Rozalita binti Khalid,Guru Pen Kanan HEM, En. Abdul Halim bin Roseli, Guru Pen Kanan Kokurikulum, rakan-rakan guru serta murid-murid yang dikasihi sekalian. Selamat datang ke Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan peringkat SK Sayong Pinang. Samasama kita panjatkan rasa syukur kerana dapat kita berkumpul pagi ini untuk bersama-sama menyambut bulan kemerdekaan yang ke-61 peringkat sk sayong pinang tahun 2018. Semoga penyatuan tekad dan semangat ini senantiasa diiringi dengan kedamaian dan keamanan yang berpanjangan. Hadirin sekalian, Hakikatnya, sambutan kemerdekaan ini diadakan sebagai tanda semua guru dan anak-anak didik di sekolah ini bersama melangkah seiring menggenggam iltizam menjadi warganegara yang patriotik. Dengan tema "Sayangi MalaysiaKu" , secara rasminya menunjukkan Malaysia akan meraikan ulangtahun yang ke-61 , sekaligus menjadi lambang kematangan negara di bawah kepimpinan yang mantap, berinovasi serta berwawasan yang boleh disaksikan menerusi pembangunan, kecemerlangan dan kemakmuran yang dikecapi secara berterusan. Sempena bulan kemerdekaan kali ke-61 ini, pihak sekolah akan menganjurkan pelbagai aktiviti menarik bersempena bulan yang penuh bersejarah ini.Sebagai contoh,pertandingan mewarna,pertandingan melukis poster,perarakan merdeka dan kuiz merdeka. Baiklah,tanpa membuang masa, majlis diteruskan dengan ucapan En Azmi bin Wahid, Guru Besar SK Sayong Pinang, sekaligus merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Malaysia yang ke-61 peringkat SK Sayong Pinang. Dipersilakan.... Terima kasih atas ucapan perasmian itu tadi. Hadirin sekalian, Bagi memeriahkan majlis pada hari ini, majlis diteruskan dengan nyanyian 2 buah lagu. Lagu pertama adalah lagu “Kita Punya Malaysia” yang merupakan lagu tema bersempena sambutan kemerdekaan yang ke -61 dan lagu yang kedua adalah lagu Jalur Gemilang. Dengan nyanyian itu tadi,sekian sahaja Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan pada kali ini. Mohon maaf andai ada salah dan silap. Sama-sama kita berdoa agar kita terus merasai nikmat kesejahteraan dan keselamatan yang berterusan, terhindar dari segala keburukan agar kita terus dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara tercinta ini. Sekian, terima kasih.