TEKS UCAPAN REKTOR SEMPENA MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA ANAKANAK YATIM & IBU TUNGGAL 3 NOVEMBER 2004 MASJID AL ‘ALAMI MITC, AYER KEROH
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM ASSALAMUALAIKUM WRT WBT. DAN SALAM SEJAHTERA
TERIMA KASIH SAUDARA PENGACARA MAJLIS.
TUAN YANG TERUTAMA YANG DIPERTUA NEGERI MELAKA TUN DATUK SERI UTAMA KHALIL BIN YAAKOB DAN Y. A BHG. TOH PUAN
Y. BHG. EN. GOH SENG CHONG PENGARAH URUSAN CUBIC ELECTRONICS SDN. BHD. SELAKU PENGANJUR BERSAMA MAJLIS PADA PETANG INI
Y.B. AHLI-AHLI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI MELAKA Y. BHG. AHLI-AHLI LEMBAGA PENGARAH UNIVERSITI
BARISAN PEGAWAI KANAN KUTKM DAN JUGA CUBIC ELECTRONICS SDN. BHD.
YANG DIMULIAKAN SOHIBUS SAMAHAH PROF. DATUK. DR. MOHAMMED YUSSOF B. HUSSAIN. MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN SELAKU PENCERAMAH JEMPUTAN KITA PADA MAJLIS KALI INI
Y. BHG. DATUK-DATUK, DATIN-DATIN,
1
DAIF-DAIF KEHORMAT,
YANG DIRAIKAN TETAMU ISTIMEWA PADA PETANG INI, IBU-IBU TUNGGAL DAN ANAK-ANAK YATIM DARI SEKITAR KAWASAN MELAKA TENGAH
DAN SETERUSNYA HADIRIN DAN HADIRAT YANG SAYA HORMATI SEKALIAN.
1.
TERLEBIH DAHULU MARILAH KITA SAMA-SAMA MENYATAKAN SETINGGI-
TINGGI KESYUKURAN KE HADRAT ALLAH SWT KERANA DENGAN LIMPAH KURNIA DAN INAYAHNYA KITA DAPAT BERKUMPUL DI DALAM SATU MAJLIS KEBAJIKAN TAHUNAN ANJURAN KUTKM DAN CUBIC ELECTRONICS SDN. BHD. IAITU MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA-SAMA ANAK-ANAK YATIM DAN IBU TUNGGAL SEMPENA BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK INI.
2.
BAGI PIHAK SELURUH WARGA KUTKM, SAYA INGIN MENGUCAPKAN
UCAPAN TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA DI ATAS KESUDIAN TUAN YANG TERUTAMA TUN DAN Y. A. BHG. TOH PUAN HADIR KE MAJLIS PADA PETANG INI. SESUNGUHNYA KEHADIRAN TUAN YANG TERUTAMA TUN DAN Y. A. BHG TOH PUAN AMAT BERMAKNA SEKALI BUAT KAMI SEKALIAN, KERANA SELAIN MENYERIKAN LAGI MAJLIS INI, IA JUGA MEMBUKTIKAN WUJUDNYA HUBUNGAN ERAT DAN MESRA DI ANTARA RAKYAT DAN PEMIMPIN TERTINGGI NEGERI.
TUAN YANG TERUTAMA TUN, TOH PUAN, DAN PARA HADIRIN YANG SAYA HORMATI SEKALIAN
2
3.
SEPERTI YANG KITA SEMUA SEDIA MAKLUM, BULAN RAMADHAN ADALAH
BULAN YANG PENUH KEBERKATAN. DALAM BULAN INI AMALAN KITA DIBERI GANJARAN BERLIPAT GANDA OLEH ALLAH SWT. TERUTAMANYA MALAM LAILATUL KADAR YANG LEBIH BAIK DARI SERIBU BULAN.
JUSTERU ITU,
SEBAGAI MENGAMBIL KEBERKATAN BULAN YANG MULIA INI, MAKA PIHAK KUTKM
DAN.
CUBIC
ELECTRONICS
SDN.
BHD.
MENGAMBIL
INISIATIF
MENGADAKAN MAJLIS SEUMPAMA INI. 4.
TAHUN INI JUGA ADALAH MERUPAKAN KALI KEDUA BERTURUT-TURUT
KUTKM DAN CUBIC ELECTRONICS SDN. BHD. MENGADAKANNYA. PADA TAHUN LALU MAJLIS YANG SAMA
DIADAKAN DI MASJID TUN SYED AHMAD, BUKIT
BERUANG, DENGAN MEMBABITKAN IBU-IBU TUNGGAL DAN ANAK-ANAK YATIM SEKITAR KAWASAN BERKENAAN.
5.
BERHUBUNG DENGAN HAL INI, SAYA INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN
UNTUK MERAKAMKAN UCAPAN SETINGGI-TINGGI TERIMA KASIH KEPADA CUBIC ELECTRONICS
SDN.
MENGANJURKAN
BHD.
MAJLIS
KERANA
MAHU
SEUMPAMA
INI.
BERSAMA USAHA
KUTKM
BEGINI
DALAM
SEKALIGUS
MEMANTAPKAN LAGI HUBUNGAN KERJASAMA ANTARA KUTKM DAN CUBIC ELECTRONICS YANG TELAH SEDIA TERJALIN SELAMA INI. USAHA BEGINI JUGA MENUNJUKKAN BAHAWA HUBUNGAN ANTARA UNIVERSITI DAN INDUSTRI TIDAK SEMESTINYA TERBATAS KEPADA PROGRAM AKADEMIK SEMATA-MATA TETAPI BOLEH
MELIPUTI
PELBAGAI
AKTIVITI
TERMASUK
YANG
BERBENTUK
KEMASYARAKATAN.
6.
KUTKM SEBAGAI SEBUAH UNIVERSITI TERULUNG DI NEGERI MELAKA INI
MEMPUNYAI PENYAMPAIAN
KEWAJIPAN ILMU
DAN
TANGGUNGJAWAB
PENGETAHUAN
3
SEMATA-MATA,
BUKAN MALAH
SETAKAT BOLEH
MEMAINKAN PERANAN PENTING DALAM PEMBANGUNAN MASYARAKAT DAN KEMAJUAN KOMUNITI DALAM NEGERI INI, KHUSUSNYA BAGI KAWASAN PERSEKITARAN.
7.
MAJLIS PADA PETANG INI MERUPAKAN SATU DARIPADA PELBAGAI
PROGRAM DAN AKTIVITI YANG DILAKSANAKAN OLEH UNIVERSITI BERHUBUNG DENGAN PEMBANGUNAN DAN KHIDMAT MASYARAKAT.
INSYA-ALLAH, KAMI
AKAN MENINGKATKAN LAGI USAHA UNTUK MENJADIKAN KEWUJUDAN DAN KEHADIRAN KUTKM DI NEGERI MELAKA INI DISEDARI DENGAN NYATA, PENUH BERMAKNA, DAN MENDATANGKAN BANYAK MANFAAT KEPADA SEMUA PIHAK.
TUAN YANG TERUTAMA TUN, TOH PUAN DAN PARA HADIRIN YANG SAYA HORMATI SEKALIAN.
8.
MAJLIS PADA PETANG INI DIADAKAN SEBENARNYA ADALAH UNTUK DUA
TUJUAN
UTAMA.
PERTAMANYA,
PIHAK
PENGANJUR
BERHAJAT
UNTUK
MENYAMPAIKAN SEDIKIT BANTUAN DAN SUMBANGAN KEPADA GOLONGAN YANG KURANG BERNASIB BAIK IAITU DARI KALANGAN ANAK-ANAK YATIM DAN IBU-IBU TUNGGAL. DIHARAP DENGAN BANTUAN DAN SUMBANGAN TERSEBUT, BULAN RAMADHAN DAN SETERUSNYA SYAWAL YANG MENJELANG AKAN MENJADI LEBIH BERMAKNA KEPADA MEREKA DAN DAPAT DISAMBUT DALAM SUASANA YANG LEBIH CERIA.. 9.
TUJUAN KEDUA MAJLIS DIADAKAN ADALAH SEBAGAI MAJLIS KHATAM AL-
QURAN MELIBATKAN KAKITANGAN KUTKM YANG TELAH MELUANGKAN MASA BERTADARUS AL-QURAN SEHINGGA KHATAM. INI DILAKUKAN DALAM WAKTU REHAT, SEPANJANG BULAN PUASA INI.
SYABAS DAN TAHNIAH DIUCAPKAN
KEPADA MEREKA KERANA TELAH BERJAYA MENYEMARAKKAN LAGI BULAN RAMADHAN TAHUN INI DENGAN AKTIVITI YANG BERFAEDAH.
4
10.
MALAM INI IALAH MALAM KE 21 RAMADHAN.
DENGAN ITU, SAYA
MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK MENGUCAPKAN SELAMAT MENERUSKAN IBADAH PUASA DENGAN AZAM DAN TEKAD UNTUK MENJADIKANNYA YANG TERBAIK MUNGKIN. DIHARAP KITA SEMUA DAPAT MENINGKATKAN LAGI AMALAN PADA MALAM-MALAM TERAKHIR RAMADHAN DAN SETERUSNYA MARILAH KITA SAMA-SAMA MEMOHON DOA AGAR BERKAT LATIHAN YANG KITA LALUI SEPANJANG RAMADHAN AL-MUBARAK INI AKAN MENJADIKAN KITA MANUSIA YANG LEBIH BAIK LAGI SELEPAS INI, INSYA-ALLAH.
11.
SAYA JUGA MENGHARAPKAN IA DAPAT MEMANTAPKAN LAGI HUBUNGAN
SESAMA KITA BAIK SEBAGAI RAKAN SEKERJA, SAHABAT HANDAI DAN SETERUSNYA SESAMA KITA SEBAGAI KHALIFAH DI ATAS MUKA BUMI INI UNTUK BERKERJA BERSAMA-SAMA MEMAKMURKAN BUMI ALLAH DENGAN PENUH KEIKHLASAN.
TUAN YANG TERUTAMA TUN, TOH PUAN DAN PARA HADIRIN
YANG SAYA
HORMATI SEKALIAN
12.
SAYA
TIDAK
BERCADANG
UNTUK
BERUCAP
TERLALU
PANJANG
MEMANDANGKAN MALAM INI KITA JUGA AKAN BERPELUANG MENDENGAR CERAMAH KHAS IHYA RAMADHAN YANG AKAN DISAMPAIKAN OLEH YANG DIMULIAKAN SOHIBUS SAMAHAH PROF. DATUK DR. MOHD YUSSOF HUSSAIN, MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN. SEMOGA MALAM INI KITA AKAN BERPELUANG MENAMBAHKAN LAGI IMAN DAN TAKWA KITA MELALUI CERAMAH YANG AKAN BELIAU SAMPAIKAN, INSYA-ALLAH.
5
14.
MAJLIS SEPERTI PETANG INI MERUPAKAN SALAH SATU AMALAN BAIK
YANG DISARANKAN OLEH AGAMA ISLAM. SAYA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT MENJAYAKAN MAJLIS
INI
BAIK
SECARA
LANGSUNG
MAHUPUN
TIDAK
LANGSUNG
TERUTAMANYA PIHAK CUBIC ELECTRONICS SDN. BHD. SEMOGA KERJASAMA ERAT SEPERTI YANG DITUNJUKKAN DALAM PENGANJURAN MAJLIS INI DAPAT KITA TERUSKAN LAGI DI MASA AKAN DATANG.
15.
JUGA, SEKALI LAGI SAYA MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH
KEPADA TYT TUN DAN TOH PUAN YANG SUDI BERSAMA KITA UNTUK MENYERIKAN LAGI MAJLIS.
16.
AKHIR
KATA,
SAYA
MENGAMBIL
KESEMPATAN
JUGA
UNTUK
MENGUCAPKAN SELAMAT MENERUSKAN IBADAH PUASA DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI YANG AKAN MENJELANG TIDAK LAMA LAGI.
SEKIAN, WABILLAHI TAUFIK WAL HIDAYAH WASSALAMUALAIKUM WRT. WBT.
6