Teks Ucapan Perasmian Ydh 2.docx

  • Uploaded by: Dalila Dylea
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Teks Ucapan Perasmian Ydh 2.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 676
  • Pages: 3
TEKS UCAPAN PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBGK KALI KE- 41 23 MAC 2019 (SABTU) DEWAN TERBUKA SK GOPENG TAMAN GOPENG BARU

Bismillahirrahmaniirahim.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Terima kasih Saudari Pengerusi Majlis.

1. Yang Berusaha, Dr. Mior Hamdan Bin Haji Ghazali, KPPD Kinta Selatan. 2. Yang Dihormati En. Mohd Faizal Bin Replis, YDP PIBG. 3. Yang Berusaha, Encik Zailan Bin Khalid, Guru Besar SK Gopeng Taman Gopeng Baru. 4. Barisan Penolong Kanan, 5. AJK PIBG, 6. Guru-guru, Tuan-Tuan dan Puan-Puan Yang Dihormati Sekalian.

Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah s.w.t. kerana dengan limpah kurnia dan izinnya dapat kita sama-sama berkumpul pada pagi yang mulia ini, sempena Majlis Mesyuarat Agung PIBGK kali ke-41 bagi Sekolah Kebangsaan Gopeng Taman Gopeng Baru. Saya merakamkan ucapan terima kasih di atas jemputan untuk hadir ke majlis hari ini dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG sekolah ini. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Penasihat dan Jawatankuasa PIBGK kerana telah dapat merancang, mengelola dan seterusnya melaksanakan mesyuarat ini.

Tuan-Tuan, Puan-Puan Yang Dihormati Sekalian

Tugas dan tanggungjawab kita sebagai ibu bapa dan guru semakin hari semakin berat di zaman yang kian mencabar ini.Ianya bukan seperti zaman ibu dan ayah kita mendidik kita dahulu. Untuk membolehkan kita mengamalkan corak didikan ibu bapa kita dan guru masa lalu bukanlah perkara mudah terutama di tahun yang mendatang ini. Di mana titik perubahan yang menjadikan tugas ibu bapa semakin sukar.

Adakah kerana zaman yang berubah atau kerana sistem pendidikan ataupun sememangnya kerana kesilapan ibu bapa masakini dalam mendidik, mengajar dan mengasuh anak-anak? Begitu juga dalam bab disiplin anak-anak kita, dari zaman pra-sekolah, sekolah rendah dan kini menempuhi alam remaja. Jika tanpa bimbingan yang sempurna bermula dari institusi keluarga dan disokong oleh sistem pendidikan dan pembangunan akhlak anak kita di sekolah, sudah tentu lagi cepat anak-anak kita terjerumus ke arah perkara yang tidak elok.

Tuan-Tuan, Puan-Puan Yang Dihormati Sekalian

Oleh disebabkan itulah, PIBG sekolah memainkan peranan yang penting dalam institusi sekolah. Ianya bertujuan untuk mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dan guru di sekolah yang berkenaan. Permuafakatan ini diharapkan dapat membina kefahaman tentang tugas dan tanggungjawab bersama dalam usaha meningkatkan mutu

pengajaran

guru-guru

dan

pembelajaran

murid

sekolah

selain

mempertingkatkan kerjasama dan perkongsian antara pihak sekolah, ibu bapa serta komuniti setempat.

Kecemerlangan sesebuah sekolah bukan sahaja bergantung kepada hebatnya guruguru mengajar, pakarnya pihak pentadbir mengurus sekolah, malahan perlu seiringan dengan kecemerlangan murid dari segi aspek akademik, sahsiah dan kokurikulum serta komitmen padu para ibu bapa dan komuniti setempat. Kita tidak boleh menyerahkan bulat-bulat urusan mendidik anak-anak kepada pihak sekolah semata-mata. Amat molek kiranya kita boleh duduk berbincang tanpa ada rasa sangsi. Dalam konteks ini pihak PIBG perlulah bersikap proaktif untuk menyumbang kearah usaha tersebut selain daripada membantu dalam kebajikan murid, guru serta pembangunan sekolah.

Tuan-Tuan, Puan-Puan Yang Dihormati Sekalian

Marilah kita renung dan fikirkan bersama. Janganlah kita alpa. Kerana cabaran anak-anak kita di masa hadapan pastinya lebih mencabar. Kalau tidak, kita yang bekalkan mereka dengan ilmu , didikan dan disiplin yang sempurna, nescaya kita akan saksikan mereka tersasar jauh dari landasan satu hari nanti.

Guru-guru di SK Gopeng Taman Gopeng Baru ini mempunyai tanggung jawab besar mengajar ilmu kepada anak-anak Tuan-Tuan dan Puan-Puan. Tetapi ianya tidak mengurangkan atau melepaskan amanah dan tanggung jawab kita sebagai ibu bapa dalam mengasuh dan mendidik mereka menjadi anak yang soleh dan solehah, menjadi orang yang berguna dunia dan akhirat. Marilah kita bimbing mereka bersama-sama.

Oleh yang demikian, ibu bapa mestilah sama-sama berperanan memperelokkan gabungan kedua-dua institusi ini dalam PIBGK SK Gopeng Taman Gopeng Baru. Semoga Allah s.w.t merahmati dan memberkati usaha dan kemampuan kita semua ibu bapa dan juga semua guru SK Gopeng Taman Gopeng baru dalam mendidik anak-anak kita cemerlang dunia dan cemerlang di Akhirat.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sebelum mengakhiri ucapan, saya sekali lagi mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan terima kasih atas jemputan ke majlis pada pagi ini. Harapan saya ialah supaya Mesyuarat Agung PIBGK Kali ke-41 ini akan dapat berjalan lancar dan teratur. Dengan harapan itu, saya dengan sukacitanya merasmikan Mesyuarat Agung PIBGK kali ke-41 Sekolah Kebangsaan Gopeng Taman Gopeng Baru bagi tahun 2019 .

Sekian, Wabillah Hitaufik Walhidayah Assalamu’alaikum warahmatullah Hi wabarakatuh.

Related Documents


More Documents from "Mortadza"