Teks Penuh Ucapan

  • Uploaded by: Mortadza
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Teks Penuh Ucapan as PDF for free.

More details

  • Words: 1,103
  • Pages: 7
MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN 2009 JALINAN MESRA GEMILANG TERCIPTA IPG KAMPUS SARAWAK, MIRI, EASTWOOD VALLEY GOLF & COUNTRY CLUB 19 NOVEMBER 2009 BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM Y.Bhg. Dr. Zulmahari bin Hj Merawi Pengarah IPG Kampus Sarawak, Miri Y.Berusaha Puan Tumerah binti Hj Rosmin Timbalan Pengarah IPG Kampus Sarawak, Miri Puan Lany Bala Aching Ketua Pensyarah Penasihat Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sdr. Abg. Mohd Shukri bin Abg. Muis YDP Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dan Barisan Exco JPP Ketua-ketua Jabatan, para pensayarah dan staf sokongan Guru-guru Pelatih serta para hadiri yang saya hormati ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI SELAMAT SEJAHTERA

WABARAKATUH

DAN

Tuan-tuan dan puan-puan para hadirin sekelian Terlebih dahulu saya bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana dengan izinNya jua dapat saya bersama-sama tuan/puan para hadirin semua dalam Majlis Jamuan Akhir Tahun 2009 IPG Kampus Sarawak, Miri yang bertema Jalinan Mesra Gemilang Tercipta. Sekalung tahniah dan syabas kepada saudara Abg. Mohd Shukri Bin Abg. Muis, YDP Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dan Barisan Exconya JPP Sesi 2008/2009 IPG Kampus Sarawak, Miri yang telah berjaya menganjur dan mengelola Majlis Jamuan

Akhir Tahun bagi kali ini. Saya juga berterima kasih kepada Y.Bhg. Dr. Zulmahari dan seluruh warga IPG Kampus Sarawak kerana menjemput saya untuk hadir majlis ini. Para hadirin yang saya hormati sekelian Aktiviti sebegini rupa sememangnya dialu-alukan kerana ia merupakan satu cerminan awal yang memberi ruang dan peluang kepada guru pelatih mengasah bakat kepimpinan dan menunjukkan guru pelatih kita mampu menjadi pendidik yang dinamik pada masa hadapan. Aktiviti sebegini jelas dapat memupuk dan membina cirri-ciri kepimpinan yang

cukup

baik

bagi

bakal

pendidik

dalam

mengharungi

dunia

pendidikan dan cabaran dunia kehidupan sebenar.

Penganjuran aktiviti

melalui

dapat

JPP

(Jawatankuasa

Perwakilan

Pelajar)

memberikan

pengetahuan serta pendedahan dalam menjadi pengurus yang baik di samping menjadi pendidik yang gemilang lagi berhemah. Kita juga boleh melihat aktiviti sebegini dapat merapatkan ikatan silaturrahim yang telah terbina dengan lebih erat dan mesra. Oleh itu, setiap guru pelatih perlu mengambil bahagian dalam apa-apa sahaja aktiviti yang dianjurkan sama ada di peringkat BPG mahupun IPG seluruh Malaysia sebagai peluang latihan diri untuk menjadi pendidik yang mampu menjadi pengurus dan perancang yang baik. Tuan-tuan dan puan-puan para hadirin sekelian Jika kita lihat kepada perkembangan bidang pendidikan, guru merupakan akitek sosial kepada generasi masa depan. Guru juga, kita kenal sebagai pendidik dan agen perubahan dan juga penggerak utama ke arah masa depan Negara yang gemilang.

Oleh itu, sebagai pendidik, guru pelatih

seharusnya

sentiasa

menyedari

akan peranan dan tanggungjawab

masing-masing untuk melahirkan dan membangunkan insan berkualiti yang berhemah dan berwawasan.

Para hadirin sekelian Perkara yang saya sebutkan ini, bukanlah satu kerja yang mudah tetapi memerlukan komitmen yang tinggi dari semua pihak, bermula dengan Pengurusan Tertinggi, Pengarah, Timbalan Pengarah, semua pensyarah, pendidik guru dan juga para guru pelatih sendiri.

Gunakanlah segala

peluang yang tersedia untuk menimba ilmu dan memperkasakan diri dalam usaha menjadi pendidik yang gemilang. Namun, seperkara yang perlu diingat bahawa “Kejayaan Yang Kita Perolehi, Adalah Hasil Perancangan Yang Kita Buat Sendiri”. Tuan-tuan dan puan-puan para hadirin sekelian Meneliti

kepada

keperluan

kita

memenuhi

kehendak

Pelan

Induk

Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 – 2010), setiap daripada kita perlu siap-siaga untuk menjadikan diri kita sebagai pendidik yang gemilang. Guru pelatih seharusnya sentiasa mengamalkan serta menerapkan budaya-budaya iPG sebagai satu platform ke arah menjadi pendidik seimbang dalam pelbagai aspek. Tuan-tuan dan puan-puan para hadirin sekelian Budaya kecemerlangan IPG bukan sekadar sebagai satu laungan sematamasa tetapi perlulah sentiasa menjadi pegangan dalam kehidupan bakal pendidik. Konsep 1 Malaysia yang telah diilhamkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia, akan kita garap dan jadikan ia sebagai satu cabaran kita di IPG seluruh Malaysia untuk menjadi penggerak utama gagasan 1 Malaysia.

Kepelbagaian kaum, suku etnik dan kepelbagaian budaya

merupakan satu kelebihan di IPG amnya dan IPG Kampus Sarawak , Miri,

khususnya dalam menjadi model terbaik pemupukan semangat 1 Malaysia. Ini adalah kerana Kampus IPG seluruh Negara mempunyai warga pendidik guru dan guru pelatih yang kaya dengan kepelbagaian budaya dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum dan etnik.

Kita terdiri dari kaum

Melayu, Cina, India dan belasan masayarakat orang asli di Semenanjung dan puluhan suku kaum etnik di Sabah dan Sarawak. Dan, ditambah pula di IPG Kampus Sarawak, Miri, yang amat dekat dengan pedalaman Ulu Baram dan Bario, yang secara tradisinya merupakan tempat asal dan tempat tinggal Orang Ulu yang terdiri dari kaum Penan, Kayan, Kenyah, Saban, Punan dan Kelabit. Malah IPG Kampus Sarawak, Miri, merupakan satu daripada 5 kampus IPG yang melatih khusus guru pelatih dalam program ijazah sekolah rendah dalam pedagogi peribumi. Justeru itu, majlis seumpama ini, amat dialualukan sebagai platform mengeratkan silaturrahim antara seluruh warga IPG yang kepelbagaian etnik dan budaya. Di samping itu saya berharap agar semua warga IPG terutamanya guru pelatih menyedari majlis sebegini juga penting dalam usaha untuk membangunkan guru yang berkebolehan dalam pelbagai bidang, guru yang berhemah, bermasyarakat, yang ada kemahiran berhubung dengan masyarakat setempat, guru dan pendidik yang berakhlak mulia, yang ada toleransi dengan orang lain, yang menghormati dan menyayangi satu sama lain, pendidik yang dapat menyumbang kepada diri, keluarga, bangsa dan Negara. Tuan-tuan dan puan-puan para hadirin sekelian

Syabas dan tahniah saya ucapkan kerana tuan/puan telah memilih profesion guru dan pendidik sebagai pilihan utama.

Seharusnyalah

tuan/puan memperkasakan profesion keguruan dengan cara melengkapi diri dengan ilmu pengetahuan dan peningkatan profesionalisme secara berterusan serta menguasai kemahiran kompetensi, dengan memiliki sifat-sifat terpuji dan berhemah supaya tuan/puan boleh dijadikan model, contoh dan tauladan. Tuan-tuan dan puan-puan para hadirin sekelian Sebagai guru dan pendidik, tuan/puan akan dapat banyak pahala, kebaikan dan kebajikan yang tertinggi kerana sentiasa berusaha dan berjaya membangunkan insaniah dan sahsiah diri, individu manusia dan harta intelek negara. Dan selagi ilmu itu dimanfaatkan, selagi itulah kita dirahmati Allah, budi kita dikenang orang hingga ke akhir hayat sebab kita bukan

sahaja

memberi

ilmu

menjadikan

orang

pandai

tetapi

membolehkan dia bekerja dan menyumbang seumur hidup. Tuan-tuan dan puan-puan para hadirin sekelian Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah dan syabas kepada Abg Mohd Shukri b. Abg Muis, YDP dan barisan exco Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2008/2009 dan semua pihak yang menjayakan Majlis Jamuan Akhir Tahun IPG Kampus Sarawak, Miri, bagi Tahun 2009. Akhir kata, dengan meminjam slogan untuk mengaplikasikan konsep 1 Malaysia, saya ingin berpesan kepada Pengurusan Tertinggi, Pengarah, Timbalan Pengarah dan semua Pensyarah dan Pendidik IPG Kampus Sarawak, Miri, iaitu “IPG : Pelajar Harus Didahulukan, Pencapaian Harus

Diutamakan.” Semoga keperluan dan kebajikan para pelatih dapat dijaga sebaik mungkin. Dan, untuk makluman tuan/puan, saya bersama 2 orang pegawai BPG, hadir di majlis malam ini bersama seluruh warga IPG Kampus Sarawak, Miri, atas semangat untuk meraikan 2 dalam 1 iaitu:

Sekalung Budi

kepada Pengarah, Timbalan Pengarah, para Pensyarah dan semua Staf atas penghargaan jasa dan pengorbanan semua; Dan Segunung Harapan kepada setiap seorang daripada guru pelatih agar menjadi guru dan pendidik yang gemilang. Sekian Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih.

Related Documents

Teks Penuh Ucapan
June 2020 28
Teks Ucapan Gb.docx
November 2019 40
Teks Ucapan Perasmi
October 2019 37
Teks Ucapan Penutup
April 2020 30
Teks Ucapan Perasmi
April 2020 40

More Documents from "Ensiklopedia Pendidikan Malaysia"

Teks Penuh Ucapan
June 2020 28