Pembelajaran Koperatif.docx

  • Uploaded by: Dalila Dylea
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pembelajaran Koperatif.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 203
  • Pages: 1
Apakah sebab-sebab penggunaan Pembelajaran Koperatif tidak berjaya diimplementasikan di dalam sebuah bilik darjah? Bincangkan. Menurut Johnson et. al., (1998), Pembelajaran Koperatif merupakan nadi kepada pembelajaran berasaskan masalah. Ianya juga merupakan pembelajaran koloboratif yang menekankan pembelajaran secara semulajadi, tidak seperti pembelajaran latihan yang mempunyai struktur dan sasaran pembelajaran yang jelas dan kuat.

Justeru itu, guru memainkan peranan penting dalam melaksanakan pembelajaran koperatif. Jika guru kurang pengetahuan dan kurang jelas mengenai pelaksanaan Pembelajaran Koperatif di dalam bilik darjah ianya sudah pasti akan menyumbang kepada kegagalan penggunaan Pembelajaran Koperatif di dalam sebuah bilik darjah. Faktor kedua yang dirasakan menyumbang kepada kegagalan Pembelajaran Koperatif di dalam kelas adalah dari segi saiz kelas. Saiz kelas yang mempunyai terlalu ramai pelajar akan menyebabkan aktiviti dijalakan agak sukar untuk guru kawal. Pembahagian kumpulan yang besar sebagai contoh 7 atau 8 orang murid akan membuatkan pelajar kurang fokus terhadap aktiviti dan ianya juga akan memberi masalah untuk memastikan semua murid melibatkan diri serta menyumbang idea dalam aktiviti yang dijalankan. Selain daripada saiz kelas, faktor masa juga merupakan salah satu kekangan dalam melaksanakan Pembelajaran Koperatif. Ini adalah disebabkan oleh keperluan guru untuk menghabiskan silibus dalam satu-satu subjek serta kekurangan masa untuk membuat perancangan aktiviti dan melaksanakan aktiviti tersebut dalam satu-satu masa pembelajaran.

Related Documents

Pembelajaran
June 2020 29
Pembelajaran
June 2020 31
Pembelajaran
June 2020 30
Pembelajaran Pengayaan
June 2020 17

More Documents from "mestika"