TEKS UCAPAN PERASMIAN OLEH PENGETUA SMK TAMAN MALURI CIK HJH NUR ELISA TEE LEE HWA BERSEMPENA MAJLIS PELANCARAN MINGGU PUSAT SUMBER SEKOLAH DAN KEMPEN GALAKAN MEMBACA TAHUN 2019
Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera. Terima kasih kepada pengacara majlis pada hari ini, Yang Dihormati, Pn. Rozita Binti Hussain, Penolong Kanan Pentadbiran, En. Aminuddin Bin Jaafar, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Cik Sharifah Binti Ismail, Penolong Kanan Kokurikulum, Barisan Guru Kanan, Guru Cemerlang, Pemimpin-pemimpin pertengahan, Guru-guru, dan murid-murid SMK Taman Maluri yang disayangi sekalian. 1.
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana atas izin-Nya jua kita warga sekolah pada hari ini dapat bersama-sama menyempurnakan Majlis Pelancaran Minggu Pusat Sumber Sekolah dan Kempen Galakan Membaca bagi tahun 2019.
1|Page
TEKS UCAPAN PERASMIAN OLEH PENGETUA SMK TAMAN MALURI CIK HJH NUR ELISA TEE LEE HWA BERSEMPENA MAJLIS PELANCARAN MINGGU PUSAT SUMBER SEKOLAH DAN KEMPEN GALAKAN MEMBACA TAHUN 2019
2.
Pusat Sumber Sekolah merupakan salah satu nadi utama dalam menghasilkan
murid
yang
cemerlang
serta
menjamin
kecemerlangan sekolah. Jadi pihak sekolah telah mengambil inisiatif dengan mengadakan Minggu Pusat Sumber bertemakan ”The World Of Nature” sebagai salah satu langkah dalam memupuk sikap cinta terhadap menimba ilmu serta menggunakan pusat sumber sekolah sebagai salah satu pusat menimba ilmu dalam kalangan murid.
3.
Kempen Galakan Membaca bertujuan untuk membina tabiat membaca dan budaya cinta akan ilmu dalam semua lapisan masyarakat terutamanya golongan remaja selaras dengan hala tuju kerajaan untuk mewujudkan masyarakat yang kaya maklumat.
4.
Sempena dengan Minggu Pusat Sumber Sekolah dan Kempen Galakan Membaca ini, saya menyeru kepada semua murid dan para guru agar berkunjung ke pusat sumber sekolah dan menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh PSS sekolah ini demi memenuhi objektif program ini yang berhasrat menjadikan kempen ini sebagai ruang untuk mengisi masa senggang. Selain itu, program ini juga berperanan sebagai penggerak aktiviti galakan membaca dan memupuk minat membaca secara berterusan dan sepanjang hayat. Tidak dapat 2|Page
TEKS UCAPAN PERASMIAN OLEH PENGETUA SMK TAMAN MALURI CIK HJH NUR ELISA TEE LEE HWA BERSEMPENA MAJLIS PELANCARAN MINGGU PUSAT SUMBER SEKOLAH DAN KEMPEN GALAKAN MEMBACA TAHUN 2019
dinafikan, program ini juga berusaha menjadikan Pusat Sumber Sekolah sebagai tempat rujukan bahan bermaklumat.
5.
Sifat suka membaca ialah salah satu amalan dan seharusnya dijadikan budaya seumur hidup. Membaca adalah langkah untuk menimba ilmu, memperkayakan maklumat, ilmu pengetahuan, dan kebolehan
dalam
pelbagai
bidang.
Ilmu
pengetahuan
membolehkan kita mempertingkatkan taraf hidup, mampu berdaya saing dan bergerak maju dalam dunia kini yang semakin mencabar dan berteknologi tinggi. 6.
Kesimpulannya, tiada jalan pintas untuk kita menempa kejayaan dalam apa-apa jua bidang, melainkan dengan menyemai tabiat suka membaca dan keberanian meneroka pelbagai cabaran dalam dunia ilmu yang penuh ranjau dan duri sebelum kita dapat mengecapi kemanisan kejayaan. Justeru itu, saya sangat berharap murid-murid dan guru-guru SMK Taman Maluri dapat menanam minat membaca dalam diri masing-masing.
7.
Akhir kalam ini, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih dan syabas atas usaha gigih pengawas pusat sumber yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam menjayakan Majlis Pelancaran Minggu Pusat Sumber dan Kempen Galakan Membaca. 3|Page
TEKS UCAPAN PERASMIAN OLEH PENGETUA SMK TAMAN MALURI CIK HJH NUR ELISA TEE LEE HWA BERSEMPENA MAJLIS PELANCARAN MINGGU PUSAT SUMBER SEKOLAH DAN KEMPEN GALAKAN MEMBACA TAHUN 2019
8.
Akhir kata, saya dengan kalimah suci bismillahirrahmanirahim dan sukacitanya merasmikan Majlis Pelancaran Minggu Pusat Sumber Sekolah dan Kempen Galakan Membaca bagi tahun 2019.
9.
Sekian,
wabillahi
taufiq
walhidayah,
Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh.
4|Page