Teks Ucapan Majlis Khatam Al.docx

  • Uploaded by: nisah
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Teks Ucapan Majlis Khatam Al.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 577
  • Pages: 4
TEKS UCAPAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN SKBK 2018-MANISAH

Yang berusaha, Encik Hamdan Bin Saleh, Guru Besar Sekolah Kebangsaan LKTP Bukit Kuantan, Yang dihormati, En Mohamad Busu bin Umat, yang Dipertua PIBG Sk LKTP Bukit Kuantan Yang dihormati, Puan Che Mas Bt Awang, Penolong Kanan Pentadbiran, Pn Nor Khairiah Bt Sulaiman, Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid, En Ahmad Sobri Bin Ishak, Penolong Kanan Ko-Kurikulum,

Rakan-rakan guru yang saya sayangi, seterusnya

Yang dikasihi, anak-anak murid dari Pra Sekolah hinggalah tahun 6 sekalian..

....‫أهال و سهال و مرحبا بكم إلى مجليس ختم القرءان‬

Sirih berlipat sirih pinang, Sirih dari Pulau Mutiara, Pemanis kata selamat datang, Awal bismilah pembuka bicara.

Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Tinggi kerana dengan limpah dan izin-Nya jua, dapat kita dipertemukan dalam Majlis Khatam Al-Quran ini. Mudah-mudahan hasrat untuk melahirkan generasi yang cintakan al-Qur’an dapat direalisasikan melalui program-program sebegini.

Untuk pengetahuan hadirin, Majlis Khatam Al-Quran pada hari ini merupakan langsungan daripada program tadarus Al-Quran yang melibatkan semua murid-murid Sekolah Kebangsaan LKTP Bukit Kuantan.

Semoga majlis seperti ini dapat menyemai rasa kecintaan yang mendalam terhadap kalam Allah dan seterusnya mengangkat martabat Al-Quran ke tahap tertinggi dan dijadikan petunjuk utama dalam melahirkan insan yang cemerlang di dunia dan akhirat. Sesuai dengan firman Allah yang berbunyi: “Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat lurus (agama Islam) dan memberikan berita yang menggembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar” Surah al-Isra':9 Hadirin hadirat yang dirahmati Allah, Al-Quran diturun sebagai penyuluh, Membaca dikurnia pahala dan juga rahmat, Angkat doa jari sepuluh, Doa minta biar selamat. Untuk keberkatan dan kesejahteraan majlis, dipersilakan Al-fadhil Ustaz Zubir Bin Mohamad untuk memimpin bacaan doa.

#########

Amin..ya rabbal alamin. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas pimpinan bacaan doa itu tadi..Semoga majlis kita mendapat keberkatan dan lindungan Allah SWT.

Hadirin sekalian,

Seterusnya majlis mempersilakan Yang berusaha, Encik Hamdan Bin Saleh, Guru Besar Sekolah Kebangsaan LKTP Bukit Kuantan, untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.....Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

#########

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas ucapan alu-aluan sebentar tadi.

Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Khatam Al-Quran kita pada hari ini.Namun, majlis kita masih belum selesai.

Acara seterusnya ialah penyampaian hadiah khatam al-Quran bagi muridmurid yang telah selesai mengkhatam Al-Quran. Majlis dengan berbesar hati mempersilakan Pn Che mas Bt Awang, mengiringi Yang berusaha En Hamdan Bin Saleh, Guru Besar Sekolah Kebangsaan LKTP Bukit Kuantan untuk upacara penyampaian hadiah. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

-Sila baca Lampiran -

Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Yang berusaha En Hamdan Bin Saleh atas kesudian menyempurnakan penyampaian sijil sebentar tadi.

Sebagai tanda hati ikhlas daripada pihak majlis, dipersilakan Yang berusaha En Hamdan Bin Saleh menyampaikan cendera hati kepada Al-fadhil Ustaz Zubir Bin Mohamad dan En Fairuz Bin Kamarudin, Khalifah Majlis Khatam Al-Quran pada hari ini .Dipersilakan.

#########

Terima kasih diucapkan kepada Yang berusaha En Hamdan Bin Saleh atas kesudian menyampaikan hadiah sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat yang dimuliakan Bunga melur bunga kenanga Cantik disusun penyeri anjung Al-Quran bagaikan intan permata Al-Quran dijunjung umat disanjung Bunga mawar cantik berseri Mekar disirami si embun pagi Majlis Khatam Al-Quran mengundur diri Semoga tahun hadapan berjumpa lagi. Alhamdulillah. Dengan Bacaan Khatam Al Quran sebentar tadi maka berakhirlah majlis kita pada pagi ini . Sekalung budi penghargaan terima kasih pihak majlis kalungkan kepada semua jemputan dan hadirin sekalian kerana sudi hadir ke majlis pada pagi ini. Akhir kalam, marilah kita tutup majlis ini dengan sama-sama membaca Surah Al-Asr. Sekian. WABILLAHI TAUFIQ WAL HIDAYAH WASSALAMUALAIKUM W.RT.

Related Documents


More Documents from "Mortadza"