Ru-majlis Khatam Quran

  • Uploaded by: RU
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ru-majlis Khatam Quran as PDF for free.

More details

  • Words: 422
  • Pages: 1
http://reunionumrah.blogspot.com

Majlis Bacaan (Khatam) Al’Quran, Zikir Tahlil dan Upah Umrah dibulan Ramadhan serta Wakaf Al’Quran bertempat di Masjidil Haram, Makkah Al’Mukarramah. UMRAHAJJ TRADING & SERVICES (Co. No. 001791171-V) HJ. KHAIRUL NAZWAN – 019 2266 853 Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah s.w.t.  Pada setiap tahun, kami mengumpulkan beberapa orang Qari yang terdiri dari penuntut-penuntut kuliah Tahfiz Al’Quran dari pusat-pusat pengajian Makkah untuk mengadakan bacaan tahlil dan tilawah Al’Quran sebanyak 01-40 KALI KHATAM sepanjang bulan Ramadhan. Pahalanya akan dihadiahkan kepada arwah-arwah yang telah kembali ke Rahmatullah.  Terdapat ramai di antara kita ingin menyampaikan bantuan kepada arwah ibu, bapa, suami, isteri, anak dan lain-lain tetapi tidak berupaya atau berkesempatan melakukannya. Al-Syeikh Al-Sobra Melesi ada berkata yang bermaksud: “Jika seseorang itu berniat dengan bacaannya untuk menghasilkan pahala kepada si mati atau berdoa, si mati juga umpama orang yang membacanya”.  Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud ; Dari Jabir r.a. Katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “ Satu sembahyang di Masjidil Haram lebih baik dari seratus ribu sembahyang di msjid lain”. Hassan Basri Rahimatullah, ketika mengulas hadis ini berkata: “ Berpuasa di Mekah untuk satu hari adalah sama dengan member sedekah seratus ribu dirham di tempat lain. Begitu juga dengan setiap amalan sebanyak satu dirham adalah sama dengan seratus ribu amalan yang dilakukan di tempat lain”.  Untuk makluman, wang pendapatan bacaan Al’Quran dan tahlil ini akan diberikan kepada para Qari dan ditolak kos perbelanjaan. Wang yang selebihnya akan diwakafkan di sekitar Tanah Haram dan didermakan terus kepada fakir miskin yang memerlukan. Oleh itu, selain hajat mereka yang termakbul, mereka telah membuat amal jariah yang berkekalan selama-lamanya serta mendapat pahala yang berlipat kali ganda banyaknya.  Jika tuan/puan ingin menyampaikan pahala bacaan Al’Quran, tahlil dan mewakafkan Al’Quran untuk arwah ibu, bapa, suami, isteri dan keluarga yang telah kembali ke Rahmatullah, sila isikan borang yang disertakan bersama bayaran berkadar RM10 (tahlil), RM10 (khatam bagi setiap arwah), RM50 (senaskhah wakaf Al’Quran) dan RM400 (upah umrah* untuk seorang) SEBELUM 25 Syaaban 1430H atau 16 Ogos 2009M (AHAD). Untuk keterangan lanjut, sila hubungi wakil-wakil kami yang dilantik. Sekian, wassalam. (Upah Umrah*- Sijil Upah Umrah dan air Zam-Zam akan diberikan)

Wakil Ustaz Salehuddin Ghazali En. Ahmad Zukri Aziz Pn. Wan Azamalini Wan Adnan

013 – 2356 545 019 – 3912 333 019 – 2300 333

Pembayaran Akaun Maybank (Khairul Nazwan) 1640 1604 2083 Nota : Sila email borang penyertaan bersama dengan resit transaksi ke [email protected] Nota : Sila tulis alamat dan email dengan jelas untuk penghantaran RESIT RASMI di atas penerimaan wang ini. Semoga Allah menerima amalan kita yang ikhlas. Amin.

Related Documents


More Documents from "Treska Van Mady"

Lipsu3
August 2019 48
Lipsu2
August 2019 41
Majlis Ramadhan
May 2020 22