Karangan Syarahan

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Karangan Syarahan as PDF for free.

More details

  • Words: 364
  • Pages: 2
Soalan 3 – Tulis sebuah syarahan yang bertajuk “ Vandalisme dan Penyelesaiannya ”. Yang saya muliakan Tuan Pengerusi Majlis , barisan panel hakim yang bijaksana , dan hadirin yang saya hormati . Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan .Tajuk syarahan yang akan saya sampaikan ialah “ Vandalisme dan Penyelesaiannya ”. Para hadirin yang saya muliakan , Tahukah anda , apakah yang dimaksudkan dengan vandalisme ? Menurut Kamus Dewan , vandalisme dapat didefinisikan sebagai perbuatan membinasakan atau merosakkan harta benda awam atau persendirian . Vandalisme merupakan suatu perbuatan yang tidak bermoral dan kurang sihat . Lazimnya , perbuatan ini dilakukan oleh golongan remaja yang bermasalah . Antara contoh-contoh vandalisme ialah merosakkan pondok telefon , paip bomba serta menconteng dinding bangunan , tandas , lif , dan juga perhentian bas . Para hadirin sekalian , Banyak punca yang mengaitkan fenomena ini dengan tingkah laku remaja . Hal ini demikian kerana golongan remaja merupakan golongan yang kuat memberontak . Sebagai jalan keluar , mereka bertindak merosakkan harta benda awam bagi melahirkan perasaan tidak puas hati mereka . Golongan remaja ini biasanya terlibat dengan pelbagai gejala sosial yang kurang sihat seperti menagih dadah , merokok , mencuri , melepak , dan ponteng sekolah . Perbuatan vandalisme banyak menyusahkan pihak berkuasa dan juga masyarakat . Semua kemudahan awam yang dirosakkan memerlukan perbelanjaan yang besar untuk dibaiki atau diganti dengan yang baru . Orang ramai juga turut mengalami kesukaran untuk menggunakannya terutama ketika kecemasan .

Bagi mengatasi masalah ini , kerjasama semua pihak amatlah diperlukan . Masyarakat tidak boleh meletakkan beban ke bahu pihak berwajib semata-mata . Ibu bapa perlulah mengawasi gelagat anak-anak di samping menerapkan nilai moral dan agama kepada mereka . Para remaja harus belajar mendidik diri mereka agar benci akan perbuatan yang tidak berfaedah ini . Mereka perlu sedar tentang kepentingan menjaga harta benda awam . Hadirin yang dihormati , Pihak sekolah pula perlu mengadakan kempen antivandalisme dan menyediakan pelbagai program untuk disertai oleh para pelajar di sekolah . Dengan kerjasama semua pihak , sudah pasti gejala vandalisme akan dapat dibendung . Hadirin sekalian , Demikianlah syarahan saya untuk kali ini . Semoga perkara yang telah saya katakana dapat dijadikan pedoman . Sekian , terima kasih .

Related Documents

Karangan Syarahan
November 2019 25
Syarahan
May 2020 30
Karangan
April 2020 49
Karangan
April 2020 63
Karangan
October 2019 78
Karangan
June 2020 31