Teks Siri Bicara Bahasa Bil.docx

  • Uploaded by: Hui Fong Goh
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Teks Siri Bicara Bahasa Bil.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,053
  • Pages: 3
Makalah yang saya kritikan ialah Siri Bicara Bahasa Bil. 17 tulisan Abdul Rahman Ya’Kub (2004). Konteks makalah ini menerangkan tentang Peranan Bahasa Melayu Dalam Pembinaan Tamadun Tinggi. Objektif kajian adalah memahamkan pembaca tentang bahasa, khususnya bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, dan bahasa ilmu serta peranan bahasa Melayu dalam pembinaan tamadun (Haji Awang, 2014). Tambahan pula, penulis harap semua pihak akan berusaha untuk mempertahankan bahasa Melayu melalui teks ini. Untuk mencapai objektif ini, penulis telah menjelaskan maksud bahasa Melayu, masa muncul bahasa dan cara perkembangan sehingga menjadi wahana atau pembinaan tamadun tinggi. Pada awalnya, bangsa Melayu yang dikenali sebagai rumpun Austronesia menuturkan dan menggunakan bahasa Melayu. Abdul Rahman Ya’kub (2004) menyatakan bahawa berdasarkan kajian ilmiah, nenek moyang bangsa Melayu telah wujud sejak beberapa ribu tahun sebelum Masihi. Abdul Rahman Ya’kub (2004) percaya bahawa kedatangan Islam membawa rupa dan jiwa baharu bagi bangsa melayu sebagai titik tolak terbentuknya tamadun tinggi. Abdul Rahman Ya’kub (2004) merumuskan bahawa ciri asas tamadun tinggi ialah tiga aspek utama pemikiran, iaitu aspek ontology, aspek aksiologi, dan aspek epistemologi. Selain menjadi bahasa ilmu, falsafah, pemikiran ,undang-undang, ketatanegaraan, seni sastera dan pensejarahan, bahasa Melayu ialah bahasa dalam bidang perhubungan diplomatik dan lingua franca. Alat penyebaran bahasa Melayu iaitu tulisan Jawi yang diambil daripada huruf Arab dan disesuaikan serba sedikit dengan keperluan bahasa Melayu (Abdul Rahman Ya’kub, 2004). Pada pendapat saya, konteks teks ini ada berkaitan dengan takjuk teks ini, iaitu Peranan Bahasa Melayu Dalam Pembinaan Tamadun Tinggi. Contohnya, Peranan bahasa Melayu dalam pembentukan tamadun telah mula dikesan pada sekitar abad ke-7 Masihi apabila bahasa Melayu menjadi bahasa kerajaan Sriwijaya yang luas jajahan takluknya hingga ke Sri Langka (Abdul Rahman Ya’kub, 2004). Selain itu, tek siri bicara bahasa ini dinyatakan dengan banyak jelas. Apabila membaca teks ini, pembaca akan lebih memahami dan mudah menanggap. Pada mulanya, menerangkan konsep dan definisi bahasa dan tamudun dulu. Contohnya, Abdul Rahman Ya’kub (2004) Bahasa Melayu pada tahap awalnya dikenal sebagai bahasa Melayu purba. Abdul Rahman Ya’kub (2004) mencadangkan bahawa tamadun tinggi, ialah tamadun yang bersumberkan prinsip dan ketetapan Ilahi yang qat’i. seterusnya , dalam teks ini ada memberi banyak contoh yang berkaitan. Misalnya, teks ini memberi contoh huruf Arab seperti penambahan huruf pa, ga, ca, nga dan nya. Teks ini juga memberi banyak contoh nama besar yang diiktiraf oleh sarjana sedunia dalam bidang Pengajian Melayu sebagai pendukung tamadun Melayu dalam bidang ilmu dan persuratan,

iaitu Hamzah Fansuri, Nuruddin al-Raniri, Syamsuddin al-Sumaterani, Abdul Rauf Singkel, Abdul Samad al-Falambani, Syeikh Daud al-Fatam, Arsyad al-Banjari, Tun Seri Lanang, Raja Ali Haji, Abdullah Munsyi (Abdul Rahman Ya’kub, 2004). Selain itu, saya suka membaca teks ini kerana teks ini menggunakan bahasa formal yang tepat. Teks ini tidak menggunakan bahasa slanga atau bahasa sehari-hari. Husin Fateh Din (2016) menyatakam bahawa sebuah penulisan yang mempunyai kejelasan akan menggunakan bahasa formal untuk menerangkan pendapat sendiri dengan merujuk kepada pandangan orang lain. Contoh ayat yang terdapat dalam teks ini : ‘’ Dalam bidang epistemologi pula, Islam memperkenalkan pengertian ilmu dan sumber ilmu. ‘’ (Abdul Rahman Ya’kub, 2004). Ayat ini menggunakan bahasa formal yang tepat, bergaya formal dan bukan peribadi, pembinaan ayat yang jelas dan tepat. Contoh penggunaan bahasa tidak formal dalam ayat ini ialah : ‘’ Islam memperkenalkan ilmu punya pengertian dan ilmu punya sumber dekat bidang epistemologi . ‘’ Ayat yang kedua dikatakan ayat yang menggunakan bahasa tidak formal. Hal ini kerana bahasa yang digunakan ialah bahasa sehari-hari yang kita bergual dengan orang lain pada kehidupan kita. Seterusnya, penulis teks ini menggunakan tatabahasa yang amat tepat untuk menghasilkan sebuah teks ini. Tatabahasa merupakan undang-undang yang perlu dipatuhi. Kesalahan tatabahasa dalam sebuah penulisan akan menggangu kelancaran pembaca untuk membaca habis penulisan. Contohnya imbuhan perkataan. Pengimbuhan ialah cara mengembangkan kata dasar dengan menggunakan imbuhan (Abdullah Hassan, 1980). Contoh ayat dari teks bicara ini : ‘’Saya perlu menegaskan bahawa ketinggian tamadun Melayu pada zaman sesudah kedatangan Islam itu dimungkinkan oleh adanya alat penyebaran bahasa Melayu yang berkesan.’’ (Abdul Rahman Ya’kub, 2004). Perkataan menegaskan yang asal perkataannya ialah tegas. Sebab tambah me di depan kerana ia merupakan kata kerja. Pada pendapat saya, penulis teks telah menggunakan struktur penulisan yang baik dan kelihatan cemas. Dengan struktur penulisan yang baik ini, selepas baca, saya telah memahami isi teks dengan cepat dan jimat masa. Hal ini kerana teks ini mempunyai pemerengganan yang berkesan. Dengan perenggan yang berperanan secara logik, teks ini membantu pembaca mengikuti hujahan, isitu dengan menunjukkan pergerakan satu isi

kepada satu isi yang lain. Dalam teks ini , satiap perenggan ada ciri kesatuan, iaitu isi menunjuk kepada satu hal atau satu idea sahaja dalam satu perenggan (husin Fateh Din, 2016). Contohnya, dalam teks ini ada tiga bahagian yang jelas, iaitu pengenalan isi, isi penulisan dan penutup. Pengenalan isi teks ini menghuraikan apa yang akan terang dalam isi yang berikutnya dalam bentuk persoalan. Contohnya, apakah bahasa Melayu? Bilakah bahasa itu muncul? Isi penulisan pula menerangkan tentang peranan bahasa Melayu dalam pembinaan tamadun tinggi. Penutup teks ini penulis telah mengemukakan harapan dan cadangannya. Di samping itu, teks bicara bahasa ini selalu menggunakan penanda wacana, penanda wacana merupakan kata atau frasa untuk menyambung antara kata dengan kata, frasa dengan frasa, ayat dengan ayat, perenggan dengan perenggan, bab dengan bab, dan jilid dengan jilid (husin Fateh Din, 2016). Jadi, teks ini menjadi ringkas, padat, dan mudah difahami. Hal ini telah membolehkan pembaca mengetahui bahawa penulis akan beralih kepada isi yang lain. Contohnya, dalam ayat ‘’ bilakah bahasa itu mula muncul dan bagaimanakah bahasa itu berkembang sehingga dapat menjadi wahana atau pembinaan tamadun tinggi ?’’ (Abdul Rahman Ya’kub, 2004).

Dalam ayat ini terdapat ‘dan’ , ‘atau’ , dua penanda wacana,

fungsinya ialah mengambung dua ayat untuk menjadi satu ayat supaya lebih ringkas dan tepat. Pada pendapat saya, antara kelemahan teks ini ialah teks ini tidak mengandungi rajah untuk menjadi rujukan. Kalau sebuah teks mempunyai banyak rajah untuk rujukan, pembaca boleh lebih memahami teks itu. Hal ini menjadi proses membaca dengan lebih berkesan dan cepat. Di samping itu, teks ini menjadi pembaca semakin bosan apabila membaca kerana dalam teks ini semuanya perkataan sahaja tidak ada sesuatu gambar untuk rujukan. Keseluruhannya, pada pendapat saya, saya berasa teks bicara bahasa ini ialah sebuah teks yang sangat baik. Hal ini kerana teks ini menyatakan dengan lebih jelas, dan teks ini menggunakan bahasa formal, penanda wacana dan struktur ayat teks sangat baik. Teks ini hanya ada satu kelemahan iaitu tidak ada gambaran untuk rujukan. (1001 patah perkataan )

Related Documents


More Documents from "zuhadisaarani"

Muka+depan+edup3073.docx
December 2019 24
Esei.docx
December 2019 16
Penulisan Akademik.docx
December 2019 6
Kertas Kerja Latest.docx
December 2019 4
Senarai Rujukan.docx
December 2019 9