Soalan 1 : Jenis-jenis ayat majmuk
2.0 JENIS – JENIS AYAT MAJMUK
3
Soalan 1 : Jenis-jenis ayat majmuk
2.1 AYAT MAJMUK PANCANGAN
“Menurut
Abdullah
Hassan
(2008),
Ayat
majmuk
pancangan
didefinisikan sebagai menggabungkan dua atau lebih klausa. Klausa- klausa itu tidak sama taraf. Dalam ayat majmuk yang dihasilkan, perlu ada klausa utama dan juga perlu ada klausa, atau klausa- klausa pancangan. Klausa pancangan itu disisipkan ke dalam klausa utama. Ada tiga kaedah Klausa pancangan itu disisipkan ke dalam Klausa utama“. Ini bermakna dalam ayat berkenaan terdapat satu klausa bebas atau ayat utama (ayat induk) dan satu atau lebih klausa tak bebas atau ayat kecil lain yang dipancangkan di dalam ayat induk dan menjadi sebahagian daripada ayat induk itu. Ayat kecil dipancangkan di dalam ayat utama dengan menggunakan kata hubung seperti yang, bahawa, kerana, jika, apabila, sungguhpun dan sebagainya. Dalam bahasa Melayu, ayat majmuk pancangan dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu :1) Ayat Relatif 2) Ayat Komplemen 3) Ayat Keterangan
4
Soalan 1 : Jenis-jenis ayat majmuk
2.2 AYAT RELATIF
Ayat relatif terdiri daripada satu klausa bebas atau ayat utama dan satu atau lebih klausa terikat atau ayat kecil . Dalam bahasa Inggeris, istilah relatif bermakna bersaudara. Dengan demikian, klausa relatif tersebut adalah bersaudara dengan kata nama dalam subjek atau predikat dalam klausa utama. Klausa relatif atau bersaudara itu dipancangkan atau dimasukkan klausa utama selepas ganti nama. Kemudian, kata nama subjek dalam klausa pancangan itu ditukar kepada ganti nama yang. Ayat relatif juga merupakan ayat kecil dipancangkan ke dalam subjek ayat utama atau predikat ayat utama dengan menggunakan kata hubung yang, bahawa, kerana, jika, apabila, sungguhpun dan sebagainya. Contoh proses pancangan berlaku: 1. Contoh Pertama : Saya membeli buku yang berwarna biru itu •
Ayat majmuk ini asalnya terdiri daripada dua klausa (ayat) iaitu : Pertama : Saya membeli buku itu Kedua: Buku itu berwarna biru. Kemudian, kedua- dua klausa ini digabungkan menjadi seperti berikut, Saya membeli buku itu + Buku itu berwarna biru. 5
Soalan 1 : Jenis-jenis ayat majmuk
Dalam bahasa Melayu apabila ada dua klausa seperti ini digabungkan , maka wujudnya klausa pertama (utama) dan klausa kedua yang bersaudara atau menerangkannya. Ini bermakna klausa kedua adalah relatif dengan klausa pertama. Dalam keadaan ini,klausa relatif itu dipancangkan ke dalam klausa utama selepas kata nama yang bersaudara dengannya. Contoh dapat dilihat klausa relatif itu dipancangkan ke dalam klausa utama. Saya membeli kereta (kereta itu berwarna putih) itu.
Oleh sebab kata nama objek dalam klausa utama adalah serupa dengan kata nama subjek dalam klausa relatif, maka ganti nama subjek klausa relatif itu digantikan dengan kata nama yang. Perkataan
yang
menghubungkan
klausa
relatif
yang
dipancangkan itu dengan klausa utama, seperti : Saya membeli kereta (yang berwarna putih) itu. Hasilnya adalah ayat majmuk seperti berikut: Saya membeli kereta yang berwarna putih itu. Ayat pancangan itu dipancangkan ke dalam klausa utama selepas kata nama inti, sebelum kata tugas tunjuk itu. Saya membeli kereta yang berwarna putih itu. [ betul ] Saya membeli kereta itu yang berwarna putih [ salah ] Ini adalah kerana, klausa relatif itu bersaudara dengan kata nama sahaja, bukan dengan seluruh frasa subjek berkenaan. 2. Contoh kedua
6
Soalan 1 : Jenis-jenis ayat majmuk
i.
Atan yang cepat naik angin menampar budak yang suka mengintai orang kampung itu.
ii.
Atan menampar budak itu.
iii.
Atan cepat naik angin.
iv.
Budak itu suka mengintai orang kampung. Ayat (iii) dipancangkan kepada subjek ayat utama dalam ayat (i) dan ayat (iv) dipancangkan kepada objek ayat utama. Kesimpulannya, ayat (1) terdiri daripada satu ayat utama dan dua ayat kecil yang dipancangkan ke dalam ayat utama.
3. Contoh ketiga : i.
Ahmad membeli novel Samad Said yang baru dipasarkan.
ii.
Ahmad membeli novel Samad Said.
iii.
Novel Samad Said baru dipasarkan.
Ayat (iii) telah dipancangkan dalam objek ayat utama dan dijadikan ayat kecil dengan menggugurkan Novel Samad Said dan penggunaan kata yang.
Kesimpulannya, penanda relatif ialah yang. Namun, dalam bahasa Melayu perkataan yang bukan sahaja digunakan sebagai penanda relatif, tetapi digunakan juga sebagai nama yang digugurkan daripada frasa nama + yang seperti contoh :
7
Soalan 1 : Jenis-jenis ayat majmuk
a) Orang yang rajin dan berusaha selalunya berjaya. Yang rajin dan berusaha selalunya berjaya. b) Baju yang hijau itu warna kegemaran saya. Yang hijau itu warna kegemaran saya. c) Bangunan yang tinggi itu bangunan Bank Negara. Yang tinggi itu bangunan Bank Negara.
2.3 AYAT KOMPLEMEN
Ayat majmuk komplemen ialah ayat utama yang dipancangkan dengan ayat kecil yang seterusnya menjadi komplemen kepada ayat utama. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim: 2004: 241), kata hubung, pancangan komplemen berfungsi menghubungkan satu klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada satu klausa utama. Dua contoh kata komplemen yang sering digunakan ialah "bahawa" dan "untuk". Dalam bahasa Inggeris perkataan komplemen bermakna pelengkap. Oleh sebab itu klausa komplemen adalah klausa yang dipancangkan ke dalam klausa utama bagi melengkapkan klausa tersebut. Klausa komplemen ini dipancangkan ke dalam klausa utama dengan menggunakan kata hubung seperti: bahawa, untuk, demi, yang, agar. supaya, semoga, setelah. Kata hubung ini juga dipanggil Kata hubung komplemen. Bagi ayat- ayat yang mengandungi kata hubung komplemen bahawa pada kedudukan objek, pengguguran kata komplemen tersebut dibenarkan 8
Soalan 1 : Jenis-jenis ayat majmuk
selagi tidak menjejaskan ayat. Namun, pada kedudukan frasa nama kata komplemen untuk tidak boleh digugurkan. Seperti ayat berikut: 1) Untuk Ali melakukannya sangat sukar. Ali melakukannya sangat sukar. 2) Dia mengetahui bahawa Ahmad telah hilang. Dia mengetahui Ahmad telah hilang. 3) Bahawa ekonomi negara telah merosot adalah kurang tepat. Ekonomi Negara telah merosot adalah kurang tepat. Diagram : (a) Dia menerangkan sesuatu. (ayat induk) (b) Murid itu sakit. (ayat komplemen)
Dia
FN
S
Ayat Pertama
P Kata Kerja
Ayat Kedua
Menerangkan
( Objek )
Bahawa 9
Murid itu sakit
Soalan 1 : Jenis-jenis ayat majmuk
Ayat Dia menerangkan sesuatu telah dipancangkan ke dalam ayat Murid itu sakit untuk melengkapi kata kerja dalam ayat tersebut. Hubungan seperti ini, yang berbeza daripada hubungan relatif , disebut hubungan komplemen. Pembentukan ayat-ayat majmuk komplemen biasanya disertai penggunaan beberapa perkataan tertentu yang digunakan sebagai kata komplemen untuk menandakan hubungan ini. Terdapat dua komplemen dalam bahasa Melayu, iaitu bahawa dan untuk. Perhatikan contoh-contoh di bawah: Dia mengetahui bahawa Ahmad telah pergi. Untuk Ali melakukannya amat sukar. Sungguh mustahil untuknya melarikan diri. Dalam bahasa Melayu, terdapat tiga jenis ayat komplemen iaitu: 1) Ayat komplemen frasa nama 2) Ayat komplemen frasa kerja 3) Ayat komplemen frasa adjektif 1) Ayat komplemen frasa nama 1.1Frasa nama boleh berada pada empat tempat dalam ayat, iaitu sebagai subjek, predikat, objek tepat dan objek sipi. Namun, ayatayat komplemen jenis frasa nama hanya dapat menduduki dua tempat iaitu sebagai ayat komplemen frasa nama subjek dan ayat komplemen frasa nama objek tepat seperti berikut : 1.1.1 Ayat komplemen frasa nama subjek •
Bahawa bahasa Melayu bahasa ibunda memanglah jelas.
•
Untuk dia mendapat kejayaan dalam peperiksaan itu memang sukar.
•
Bahawa cerita itu menyeramkan tidak benar.
•
Dakwaan bahawa Ali membunuh telah mendapat liputan meluas di media.
10
Soalan 1 : Jenis-jenis ayat majmuk
•
Amat penting untuk kita menyedari kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa usaha. Walaupun susunan ayat- ayat di atas ialah ayat songsang, namun bahagian- bahagian yang condong tetap merupakan subjek.
2) Ayat komplemen frasa nama objek tepat 2.1
Objek dalam ayat boleh wujud sebagai objek tepat kata kerja transitif atau sebagai objek sipi, tetapi ayat komplemen boleh wujud hanya sebagai objek tepat sahaja. Contoh : •
Kerajaan menikmati
mengumumkan pemberian
bahawa subsidi
rakyat
akan
berikutan
harga
minyak dinaikkan secara mendadak. •
Berita TV3 itu menyebut bahawa semua penumpang kapal terbang Boeing 474 terselamat.
•
Mereka menyedari bahawa kehidupan mereka belum terbela sepenuhnya.
•
Yang dituduh mengakui bahawa dia yang melakukan rompakan di kedai emas tersebut. Dalam ayat- ayat di atas ayat komplemen berfungsi sebagai objek tepat kata kerja transitif pada ayat induknya.
3) Ayat komplemen frasa kerja 3.1Frasa kerja dalam ayat boleh terdiri daripada kata kerja tak transitif, iaitu yang diikuti bukan oleh kata nama tetapi oleh keteranganketerangan lain yang bertujuan melengkapkan frasa tersebut. Ada ayat- ayat komplemen yang berfungsi sebagai pelengkap kepada kata kerja ini, yang bukan frasa nama. Sekali imbas ayat- ayat ini seolah-olah ayat komplemen frasa nama objek, tetapi hakikatnya tidak, oleh sebab ayat- ayat tersebut tidak boleh mengalami proses
11
Soalan 1 : Jenis-jenis ayat majmuk
pasif, iaitu bagi menentukan frasa nama objek. Oleh itu ayat- ayat itu digolongkan ke dalam jenis ayat- ayat komplemen frasa kerja. Contohnya :•
Ahmad berpendapat bahawa ladang kelapa sawit itu tidak patut dibangunkan perumahan.
•
Penceramah itu berfahaman bahawa pembangunan negara seiring dengan kepesatan ekonomi.
•
Puan Fatimah beranggapan bahawa suaminya telah melupakan tanggungjawab terhadap anak-anaknya.
•
Saya berpendapat bahawa cadangan itu boleh diterima.
•
Murid itu berasa bahawa nasihat guru disiplinnya itu benar.
4) Ayat komplemen frasa adjektif 4.1 Frasa adjektif boleh menjadi unsur predikat sesuatu ayat. Begitu juga ayat komplemen boleh terdiri daripada ayat komplemen adjektif, iaitu yang merupakan ayat kecil yang dipancangkan ke dalam ayat induk. Tetapi, jumlah ayat jenis ini dalam bahasa Melayu amat terhad. Ini dapat dilihat menerusi contoh berikut: •
Saya amat percaya bahawa saya akan cemerlang dalam peperiksaan.
•
Pelajar itu sedar bahawa mereka harus berjaya dalam peperiksaan.
•
Dia sangat yakin bahawa anaknya akan berjaya.
•
Mereka sangat insaf bahawa mereka itu serba kekurangan.
12
Soalan 1 : Jenis-jenis ayat majmuk
2.4 AYAT KETERANGAN
Ayat majmuk keterangan ialah ayat majmuk yang terdiri daripada satu ayat induk dan satu ayat kecil atau lebih yang bertugas sebagai keterangan kepada predikat. Contoh : (i)Pemain hoki negara gagal kerana tidak bersedia. (ii) Bayi itu menangis kerana ia lapar. (iii) Dia bukan majikan saya ketika saya bekerja dahulu. •
Ayat kecil dalam ayat majmuk keterangan menerangkan kata kerja dalam ayat utama.
13
Soalan 1 : Jenis-jenis ayat majmuk
•
Contoh- contoh dia atas menunjukkan bahawa ayat majmuk tersebut mempunyai dua ciri iaitu pertama, adanya ayat induk dengan satu ayat kecil atau lebih yang tidak dapat berdiri sendiri, dan kedua, oleh sebab adanya kata hubung yang menghubungkaitkan ayat induk dengan ayat- ayat kecil seperti ketika, kerana, semasa, sewaktu, dan sekiranya. Ayat- ayat kecil ini merupakan ayat keterangan. Hubungan antara ayat- ayat ini dapat diringkaskan seperti berikut : Ayat induk+ Kata hubung + Ayat keterangan
•
Namun, kedudukan ayat keterangan ini tidak tetap, boleh hadir di belakang ataupun di hadapan ayat induk. Ini dapat dilihat menerusi contoh berikut : a) Kerana tidak bersedia pemain hoki negara gagal. b) Kerana ia lapar bayi itu menangis. c) Ketika saya bekerja dahulu dia bukan majikan saya.
Jenis – Jenis Ayat Keterangan Ianya dapat dibahagikan kepada sembilan jenis iaitu : 1) Keterangan musabab 2) Keterangan akibat 3) Keterangan syarat 4) Keterangan waktu 5) Keterangan pertentangan 6) Keterangan harapan 7) Keterangan cara 8) Keterangan tujuan 9) Keterangan perbandingan 1. Keterangan musabab 14
Soalan 1 : Jenis-jenis ayat majmuk
1.1.Keterangan
musabab
dapat
diertikan
sebagai
unsur
yang
menerangkan sebab berlakunya sesuatu kejadian atau perbuatan. Kata hubung keterangan musabab yang digunakan adalah seperti kerana, lantaran, dan oleh sebab. 1.2. Sebagai contoh : Saya tidak dapat hadir kerana saya tidak sihat. Oleh sebab mereka datang lewat mereka tidak dibenarkan masuk ke dewan peperiksaan. Pelajar itu cemerlang lantaran usaha yang bersungguhsungguh. Saya tidak dapat hadir kerana saya tidak sihat. Oleh sebab dia memandu terlalu laju, Aman menerima lima saman.
2. Keterangan akibat 2.1 Keterangan akibat didefinisikan sebagai unsur yang menerangkan kesan atau hasil sesuatu perbuatan. Kebiasaannya, kata hubung adalah seperti hingga dan sehingga. 2.2Sebagai contoh : Pelajar itu berusaha bersungguh- sungguh sehingga ia berjaya. Ia menjerit terlalu kuat hingga serak suaranya. 3. Keterangan syarat 3.1Keterangan syarat ialah unsur yang menerangkan tuntutan yang mesti dipenuhi. Kata hubung keterangan syarat adalah seperti sekiranya, andai kata, jikalau, jika dan kalau
15
Soalan 1 : Jenis-jenis ayat majmuk
3.2 Sebagai contoh : Sekiranya
saya
lulus
peperiksaan
ini
saya
akan
mengadakan kenduri kesyukuran. Andai
kata
mereka
bertindak
kita
akan
bertahan
bersungguh- sungguh. Jika diizinkan Allah saya akan berkunjung lagi ke Melaka tempat bersejarah ini. Siti akan ikut serta kalau ayah membenarkannya. 4. Keterangan waktu 4.1Keterangan waktu ialah unsur yang menerangkan masa sesuatu perbuatan atau kejadian. Kata hubung keterangan waktu adalah seperti sejak, semenjak, sementara, tatkala, dan ketika 4.2 Sebagai contoh : Polis segera tiba setelah mendapat maklumat tentang pergaduhan itu. Sementara menunggu jagung masak petani itu menanam tebu. Tatkala hujan membasahi bumi mereka masih di sawah. Ketika masih kecil dahulu saya selalu menolong ibu membuat kuih di dapur. 5. Keterangan pertentangan 5.1Keterangan pertentangan ialah unsur yang menerangkan sesuatu perbuatan atau kejadian yang berlawanan. Kata hubung keterangan pertentangan adalah seperti walaupun, meskipun, kendatipun, biarpun, walau bagaimanapun, namun, sekalipun dan sedangkan. 5.2 Sebagai contoh: Sekalipun dia sudah lanjut usia, dia masih bersemangat ingin menyambung pelajarannya ke peringkat ijazah. 16
Soalan 1 : Jenis-jenis ayat majmuk
Meskipun hari sudah lewat pemuda itu masih enggan berganjak daripada kedai tersebut. Mereka berpindah juga ke bandar sedangkan hati mereka masih di kampung. Kendatipun polis itu telah
terkena peluru, dia terus
melawan perompak.
6. Keterangan harapan 6.1Keterangan harapan merupakan
unsur yang menerangkan sesuatu
perbuatan atau kejadian yang dihajati. Kata hubung keterangan harapan ini adalah seperti supaya, agar, semoga, moga- moga, dan kalau- kalau. 6.2 Sebagai contoh : Supaya suasana menjadi aman damai mereka bersetuju dengan cadangan ketua kampung itu. Kita mesti bertolak ansur agar semua pihak berpuas hati. Cuba berusaha dahulu, kalau- kalau kita berjaya menyelesaikan masalah ini. 7. Keterangan cara 7.1Keterangan cara dapat diertikan sebagai unsur yang menerangkan gaya atau kaedah sesuatu perbuatan atau kejadian berlaku. Kata hubung keterangan cara ialah dengan 7.2 Sebagai contoh : Dengan memberanikan hati Anita nekad terjun daripada kapal ke dalam laut Pemuda itu datang dengan menaiki kapal terbang
17
Soalan 1 : Jenis-jenis ayat majmuk
Dia
menangkap
tikus
itu
dengan
menggunakan
perangkap tikus Mereka ke sekolah dengan menaiki bas 8. Keterangan tujuan 8.1Keterangan tujuan ialah unsur yang menerangkan maksud bagi sesuatu perbuatan atau kejadian. Kata hubung keterangan tujuan adalah seperti untuk, demi, dan bagi 8.2 Sebagai contoh : Para pelajar berusaha bersungguh- sungguh untuk berjaya di dalam peperiksaan Demi
menyatukan
rakyat
yang
berbilang
kaum,
Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat ditubuhkan Udara yang bebas daripada pencemaran amat diperlukan bagi menjamin kehidupan manusia, haiwan dan tumbuhtumbuhan
9. Keterangan perbandingan 9.1Keterangan perbandingan dapat didefinisikan sebagai unsur yang menerangkan
kejadian
yang
menjadi
persamaan.
Kata
hubung
keterangan perbandingan adalah seperti, macam, seolah- olah, seakanakan, ibarat, bagaikan, dan bak 9.2 Sebagai contoh : Hatinya pilu seperti dihiris pisau Ali bermimpi seolah- olah berada di alam kayangan Hidupnya amat bertuah ibarat bulan jatuh ke riba
18
Soalan 1 : Jenis-jenis ayat majmuk
Kedua mempelai itu bagaikan cincin dengan permata, sama cantik sama sepadan Dia terdiam bagai mulutnya terkunci rapat Pemuda itu sering termenung macam pungguk merindui bulan Kesimpulannya, ayat majmuk keterangan dibina untuk pelbagai tujuan dengan menggunakan kata hubung- kata hubung yang tertentu mengikut kesesuaian penggunaannya di dalam konteks ayat.
19