TEKS PENGACARA BENGKEL TEKNIK MENJAWAB UPSR SK KAMPONG RINCHING 2016 MASA/AGENDA KATA ALUALUAN
PENGUMUMAN Bismillahirahmanirrahim Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berusaha, Encik Razak b. Said, Guru Besar SK Kampong Rinching. Yang Dihormati, Puan ________________, dari SK ________________. Yang Berusaha, Pn. Latifah bt. Said, Guru Penolong Kanan Kurikulum, En. Joseph Lincoln a/l J. Samuel, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Pn. Jamaliah bt. Abd. Hamid, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Seterusnya, guru-guru serta murid-murid yang dikasihi sekalian. Bersyukur kita kepada Tuhan kerana dengan izin dan limpah rahmatNya, dapat kita berkumpul di sini pada pagi yang indah ini bagi mengadakan Bengkel Teknik Menjawab UPSR Kertas Matematik bagi tahun 2016.
BACAAN DOA
Untuk memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah kita memanjatkan doa ke hadrat Ilahi. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan ___________________, untuk memimpin bacaan doa. Majlis mempersilakan. (bacaan doa) Amin Ya Rabbal Alamin. Majlis mengucapkan terima kasih kepada ______________________ atas bacaan doa tadi.
UCAPAN GB/PK
Para Hadirin Sekalian, Majlis dengan sukacitanya mempersilakan Encik Razak b. Said, Guru Besar SK Kg. Rinching untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Bengkel Teknik Menjawab UPSR bagi sesi 2015. Majlis dengan penuh hormat dan takzimnya mempersilakan tuan. ( Ucapan perasmian) Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian tuan merasmikan majlis pada pagi ini. Bagi meneruskan agenda kita pada pagi ini, saya menyerahkan majlis kepada Puan __________________ dari SK ______________ yang merupakan_____________. Beliau akan meneruskan sesi pertama Bengkel Teknik Menjawab UPSR bagi subjek kertas Matematik. Dipersilakan. SESI BENGKEL
UCAPAN TERIMA KASIH
Majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan _______________________ atas perkongsian ilmu sebentar tadi. Murid-murid yang dikasihi, Diharapkan apa-apa yang disampaikan tadi dapat meningkatkan lagi pengetahuan dan ketrampilan anda semua untuk menjawab UPSR kelak dengan jayanya.
PENYAMPAIAN CENDERAMATA
Sebagai tanda penghargaan daripada pihak sekolah, majlis mempersilakan Yang Berusaha _______________ untuk menyampaikan cenderamata kepada penceramah Puan __________________________. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada Puan _________________ atas kesudian menerima cenderamata itu tadi. Majlis turut merakamkan jutaan terima kasih kepada _______________ atas kesudian menyampaikan cenderamata.
PENUTUP
Sebelum berpisah, saya memohon kemaafan atas segala kekurangan dan kekhilafan yang berlaku sepanjang majlis ini berjalan. Dengan itu, berakhirlah sudah majlis kita pada hari ini. Sekian, terima kasih.