Manfaatkan Khutbah Jumaat

  • Uploaded by: Abd Rashid bin Abdul Halim/Jaafar
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Manfaatkan Khutbah Jumaat as PDF for free.

More details

  • Words: 839
  • Pages: 4
Manfaatkan Khutbah Jumaat - Artikel ini tersiar dalam Berita Harian (22 Mei 2009) dengan tajuk – Pengisian,teknik sampai khutbah perlu berkesan pikat jemaah. Khutbah jumaat wajar dimanfaatkan sebaiknya sesuai dengan kefardhuannya keatas seluruh umat Islam lelaki yang sudah akil baligh. Ianya perlu dijadikan sebagai medan muhasabah mingguan yang berkesan. Mesej yang disampaikan biarlah berpijak dibumi yang nyata, segar, padat dan penuh penghayatan. Peluang dakwah secara lisan ini amat berharga andai ia diolah dan dan disampaikan dengan pendekatan serta pengisian yang mantap. Dua aspek perlu diberi perhatian jika khutbah jumaat itu mahu dimanfaatkan sepenuhnya, Pertamanya, setiap hadirin atau sidang jumaat mesti hadir awal dan mendengar khutbah jumaat sepenuhnya, dan keduanya, penyampaian dan pengisiannya mestilah menarik dan menyentuh persoalan yang relevan dan semasa. Umumnya, penyampaian khutbah hari ini berada pada tahap yang kurang memuaskan. Khutbah yang disampaikan gagal menarik perhatian khalayak pendengar wajib yang terdiri dari pelbagai lapisan umur. Setiap hadirin yang datang ke masjid pada hari jumaat fokusnya ialah untuk menunaikan sembahyang jumaat dan bukannya untuk mendengar khutbah. Sebab itulah, setiap hari jumaat walaupun azan telah dilaungkan, khutbah mula dibacakan, masjid masih tidak penuh, amat jelas sekali kekosongan masjid di awal khutbah jumaat diperdengarkan. Masjid hanya akan terisi penuh bila sembahyang hendak dilaksanakan. Maknanya, ramai sekali ahli jamaah yang tidak mendengar khutbah sepenuhnya atau langsung tidak mendengar khutbah jumaat. Firman Allah dalam Surah al-Jumaah ayat 9 yang bermaksud, Wahai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan sembahyang pada hari jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingati Allah, dan tinggalkanlah jualbeli. Yang demikian itu lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui. Ayat tersebut menegaskan apabila masuknya waktu jumaat atau azan dilaungkan, maka setiap hadirin sepatutnya sudah berada di masjid, untuk melaksanakan fardhu jumaat yang bermula dengan khutbah jumaat dan disusuli dengan sembahyang jumaat. Semua pekerjaan keduniaan mesti ditinggalkan sebagaimana disebutkan dalam ayat tersebut dengan membawa contoh jualbeli. Seruan untuk menyegerakan hadir ke masjid, sebaik

azan dilaungkan, jelas menunjukkan setiap hadirin mesti mendengar khutbah jumaat dan memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap apa yang disampaikan oleh khatib. Betapa pentingnya penumpuan dan fokus terhadap khutbah jumaat sehinggakan setiap sidang jumaat ditegah dari bercakap-cakap sebagaimana Nabi s.a.w memperingatkan kita dalam hal ini dalam sabdanya yang bermaksud : ”Apabila kamu berkata kepada temanmu,

ketika

imam

sedang

berkhutbah

”diamlah

engkau”,

Maka

sesungguhnya kamu sudah tidak dapat pahala jumaat”.

Aspek kedua yang perlu diperbaiki untuk memanfaatkan sepenuhnya khutbah jumaat ialah dari segi pengisian dan penyampaiannya. Selama ini khutbah jumaat seringkali menjadi ubat mujarab untuk melelapkan mata, sebaik khatib memulakan khutbahnya, maka akan kelihatan sidang jumaat terangguk-angguk melayan tidur, malah ada yang sampai berdungkur. Lena itu pastinya akan tersedar bila kalimat penyudah khutbah kedengaran. Andai khutbah jumaat 10 atau 15 minit maka selama itulah sidang jumaat melelapkan mata. Amat sedikit benar yang betul-betul memberikan tumpuan terhadap apa yang disampaikan oleh khatib. Suasana tidak sihat sebegini amat wajar diubah, demi memartabatkan khutbah jumaat sebagai salah satu wacana berkesan untuk memperbaiki masyarakat Islam yang kini terpalit dengan pelbagai permasalahan. Pertamanya, pengisian khutbah jumaat perlu diperhalusi sebaiknya oleh pihak-pihak berkenaan, agar apa yang disampaikan setiap minggu melalui mimbar benar-benar menyentuh dan menyedarkan sidang jumaat. Pengisian khutbah mestilah berasaskan peringatan al-Quran dalam ayat 9 dan 10, Surah al-Jumuah, iaitu seruan supaya sentiasa mengingati Allah atau dengan kata lain mengajak masyarakat supaya sentiasa bersensitiviti tinggi terhadap Islam atau agama dan menjauhi dari didominasi oleh bisikan dunia yang melampau. Persoalan-persoalan semasa yang berlaku, baik dari segi sosial, ekonomi, moral mesti disentuh dan diberikan cadangan penyelesaian berpaksikan ajaran Islam. Contohnya, persoalan salah laku jenayah, budaya rempit, gejala sosial, rasuah atau politik wang, budaya terlalu memuja hiburan dan yang seumpama dengannya mesti disentuh, dikupas dan diterangkan bagaimana penyelesaiannya berpandukan Islam. Persoalan remeh temeh mesti dielakkan dari dijadikan pengsian khutbah jumaat. Sebelum ini pernah khutbah membicarakan tentang kebaikan memakan ulam dan buah-buahan tempatan, atau pernah juga ada khutbah yang membicarakan tentang pertanian sawah padi sedangkan

ianya dibaca di tengah-tengah bandar besar. Nabi pernah mengingatkan kita dalam hadisnya yang bermaksud, ”Berilah khutbah kepada manusia berdasarkan tahap pemikiran mereka”. Keduanya, penyampaian khutbah juga perlu ditingkatkan. Khutbah jumaat bukanlah ucapan biasa, sebaliknya ia merupakan ucapan yang penting, kerana dari segi feqahnya, dua khutbah jumaat itu menggantikan dua rakaat sembahyang zohor. Malah, khatib juga disyaratkan dalam keadaan wuduk sebagaimana ketika bersembahyang, ini menggambarkan khutbah itu mesti disampaikan dengan penuh penghayatan, hati yang bulat kerana Allah dan bukannya sekadar hanya membaca teks khutbah secara sambil lewa dan meleret-leret. Persoalan teknik dan teknikal penyampaian khutbah ini perlu sangat diperbaiki. Dari segi teknik, nada penyampaian khutbah yang sama dari awal hingga akhir pasti membosankan sidang jumaat, sebutan-sebutan ayat-ayat Al-Quran dan Hadis mestilah jelas dan betul. Persoalan teknikal seperti mutu pembesar suara yang baik, liputannya pula mestilah memenuhi ruang yang diduduki oleh sidang jumaat, perlu diambil kira sebagai usaha untuk memantapkan media khutbah jumaat ini dan seteruskan memaksimakan manfaatnya. Kegagalan untuk memanfaatkan khutbah jumaat pastinya lama-kelamaan akan memberi kesan juga kepada kehadiran orang ramai ke masjid pada hari jumaat. Langkah-langkah yang dicadangkan perlu diperhatikan dan dan diperhalusi agar ianya dapat diperbaiki dan dilakukan penambaikan segera. Disediakan oleh ; Abd Rashid Abdul Halim Pensyarah, UniKL-Malaysian Spanish Institute Kulim, Kedah.

Related Documents

Khutbah Jumaat
May 2020 23
Khutbah Jumaat
June 2020 18
Khutbah Jumaat
June 2020 18

More Documents from ""

Mark Sheet.pdf
June 2020 7
Research_paper.pdf
August 2019 29
April 2020 30
Ei 500 User Manual
July 2020 27