TEKNOLOGI BARU DALAM SENI VISUAL Oleh:
Hassan Mohd Ghazali Pensyarah Kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak e-mail:
[email protected].
1. Pengenalan: Topik ini lebih tertumpu kepada perbincangan penggunaan teknologi baru dalam penghasilan karya-karya seni visual. Teknologi dalam penghasilan karya seni visual lebih tertumpu pada penggunaan bahan elektronik dan perkomputeran. Tumpuan pembentang ini adalah berkisar kepada pengkaryaan yang menggunakan teknologi yang bukan konvensional sifatnya, seperti lazim digunakan dalam karya catan, cetakan dan kraf. Perbincangan ini adalah sekadar pendedahan untuk melihat bahawa dunia kini tidak terlepas dengan perubahan demi perubahan yang mencetuskan idea baru dalam perkembangan seni visual. Sejak mulanya revolusi perusahaan sekitar tahun 1830an lagi maka tercetusnya revolusi baru dalam seni visual dengan pengenalan kamera atau rakaman gambar. Cetusan ini telah membuahkan satu paradigma baru dalam seni visual sama ada dari segi penggunaan bahan tersebut dan idea melalui teknologi. 2. Era Globalisasi Seperti diungkapkan di atas, era globalisasi merupakan era baru dalam dunia hari ini. Istilah “globalisasi” atau dunia tanpa sempadan telah dicetuskan melalui era dunia teknologi maklumat dan kamunikasi. Istilah ini adalah dari cetusan dunia barat dan merupakan satu ‘projek’ negara-negara barat terhadap spekulasi ekonomi dan politik (2001). Namun begitu era ini terpaksa kita telan bersama dengan membawa pandangan mesej yang tersirat untuk menemukan suatu idea dan pemikiran yang baru. Karya seni tidak terlepas dari pelukan era globalisasi ini. Lantaran itu para pengkarya dan seniman tempat juga mengikut arus ini untuk membentuk imejan yang bercirikan teknologi baru dalam penghasilan karya. Kalau diterjemahkan kata-kata Deepak Nayyar dalam bukunya bertajuk Globalisation, The Past in our Present (1997) yang menyanggah dasar sistem dalam WTO (World Trade Organization) yang asemetri: “ Dapat dilihat bahawa rangka kerja institusi globalisasi amat bercirikan asimetri yang ketara. Dari satu segi globalisasi menganggap sempadan negara tidak perlu diambil kira untuk membenarkan aliran dagangan dan aliran modal. Akan tetapi untuk aliran teknologi dan aliran buruh ia perlu pula dibatasi. Ini bermakna Seminar sehari Seni Visual 15 Mac 2005 – IKIP Kuantan Pahang. Hassan Mohd Ghazali. UPSI.
1
negara-negara membangun perlu membuka pintu pasaran untuk modal dan dagangan dari Utara berjalan secara bebas tetapi negara maju pula tidak perlu memberi ekses teknologi kepada negara membangun. Begitu juga negara-negara membangun perlu menerima pergerakan modal tetapi negara maju tidak pula perlu membuka pintu mereka kepada aliran buruh. Asimetri ini, terutamanya di antara modal yang bebas masuk dan buruh yang tidak bebas menyeberangi sempadan negara, perlu saya tekankan, merupakan inti ketidakadilan di dalam peraturan permainan globalisasi pada abad ke 20 “. Kenyataan ini sengaja saya masukkan dalam esei ini agar kita yang terlibat dalam aliran kesenian dan kreativiti akan melihat bahawa era ini ada agenda politiknya dari kuasa barat. Maka dalam mencetuskan idea dalam karya yang melihat kepada era globalisasi kita juga akan merasai sensitivitinya. Idea bahawa kuasa dan pengaruh ekonomi, mulai dari sekarang, akan bergantung pada teknologi serta komitmen-komitmen ‘high-tech’, bermakna bahawa negara-negara yang dapat menyesuaikan diri secara realistik dengan tuntutan-tuntutan teknologi jugalah yang akan dapat memainkan peranan dalam menentukan konteks budaya global yang baru (2000) Sesungguhnya dalam era ini cabaran para pengkarya dalam mempersembahkan bentuk dan makna dalam karya adalah sungguh mencabar. Dilihat beberapa karya dalam teknologi baru, cetusan ini bermula apabila Nam June Paik seorang pemuzik, sainstis, jurutera dan pelukis menghasilkan sebuah karya yang dianggap pengasas kepada teknologi baru. Karya awalnya bertajuk ‘Global Groove’ (1960). Memperlihatkan suatu teknik yang menarik dengan menggunakan persembahan seni melalui video yang ditayangkan melalui layar televisyen. Kemudian dalam tahun 1982 beliau meneruskan penerokaan yang lebih menarik dengan karya instalasi melalui teknik media baru iaitu bertajuk TV Buddha. Karya ini menggambarkan sebuah arca buddha berhadapan dengan tv dan kamera. Dalam karya ini June telah menggunakan kesan cahaya, bunyi (muzik) dan ruang. Para pengkritik seni sependapat bahawa karya beliau talah meneroka satu dimensi baru dalam dunia seni visual. Sekitar awal 1990 komputer menjadi alat yang sungguh berguna kepada manusia. Sistem komputer telah direka kepada penggunaan cip yang kecil dengan kuasa yang besar telah menyemarakkan lagi penggunaan komputer dalam karya seni. Pada tahun1973 Ed Emshwiller merupa pengasas kepada seni menggunakan komputer video. Karya beliau pertama bertajuk SCAPE-MATE telah menunjukkan suatu penggerakan imej dengan lenggok tarian dengan skema warna kehijauan. Pergerakan yang memakan masa 30 minit memberi kesan dramatik dalam karyanya,
Seminar sehari Seni Visual 15 Mac 2005 – IKIP Kuantan Pahang. Hassan Mohd Ghazali. UPSI.
2
Sebenarnya peringkat awal penggunaan teknologi baru ini adalah dipelopori oleh ahli sains atau jurutera yang terlibat secara langsung dengan media elektronik seperti video, komputer, televisyen dan perfileman. Mereka mula meneroka dan mendapatkan imejan yang menampakkan kesan kreativiti dan kelangsungan terus menjadi sebagai karya seni visual dalam dunia yang baru. 2. Perkembangan Teknologi Baru: Perkembangan teknologi baru dalam seni visual mula diperkenalkan sejak zaman mulanya seni itu bertamadun, namun demikian dalam penulisan ini, penulis akan memulakan perkembangan itu apabila mulanya era perkembangan revolusi perusahaan di Perancis, iaitu mula kamera direka yang dikenali sebagai kamera ‘abscura’. Sebenarnya apabila mula kamera direka dan digunakan, para pelukis telah mula menghasilkan bentuk karya yang baru. Mulanya era impresionis dan era modenisme dalam pengkaryaan seni visual. Ini menunjukkan bahawa perkembangan teknologi baru telah mula mencetuskan satu penerokaan baru kepada seniman dan pengkarya. Justeru perkembangan ini sungguh menarik kerana pada era itu pun pelukis telah mula menyedari bahawa kepentingan dan kelebihan teknologi baru telah memberi impak kepada penghasilan karya. Perkembangan dunia teknologi mula dirasai, pengkarya mula sedikit demi sedikit menerima teknologi ini sebagai bahan kepada penghasilan karya dalam seni visual. Karya awal fotografi bertajuk Le Boulevard Du Temple dalam tahun 1893 karya Louis Jacques Mande Daguerre telah menunjukkan suatu pemandangan di sebuah bandar di Jerman. Karya ini jelas menunjukkan teknik dan kesan yang menarik. Pengkarya dapat menyalami konsep pengkaryaan dalam sebuah karya seni. Paling penting karya ini telah menunjukkan kesan sejarah dan kesan sosial dalam gambaran seni. Selanjutnya, perkembangan penghasilan teknologi baru dalam seni visual. Cetusan fotografi membawa kepada media teknologi baru yang lain iaitu wayang gambar atau filem, video dan seterusnya komputer. Penggunaan komputer dalam pengkaryaan seni visual menjadi lebih bersemarak apabila komputer menjadi keperluan dan lebih mudah didapati dalam pasaran. Tambahan pula dengan harga yang boleh dibeli menjadikan teknologi ini lebih mudah diterokai dan digunakan. Dalam era globalisasi dan Teknologi maklumat dan komunikasi, penggunaan teknologi baru dalam menggerakkan bidang seni visual semakin terserlah. Perkembangan teknologi komputer yang begitu cepat secara langsung mencabar pemikiran para karyawan untuk terus berkarya dan berinteraksi dengan bahan. Kalau dulunya kita hanya memperkatakan karya 2D dan 3D tetapi kini kita terpaksa wujudkan satu bentuk kelompok media yang dikenali sebagai ‘Time space’, 4D, ‘Elektronik Art’, ‘Computer Art’, ‘video art’ atau ‘Digital Art dan lain-lain makna yang sesuai.
Seminar sehari Seni Visual 15 Mac 2005 – IKIP Kuantan Pahang. Hassan Mohd Ghazali. UPSI.
3
Merujuk di negara ini, perkembangan teknologi baru dalam wadah seni visual lebih dekat kita melihat bahawa suatu perkembangan yang cukup menarik. Pengkarya telah berani memaparkan permasalahan berkarya dengan pendekatan yang baru. Sama ada mengeksploitasi bahan dan melemparkan suatu idea baru dalam persembahan. Nama pengkarya seperti Ismail Zain, Hasnol J. Saidon dan beberapa pelukis yang tidak disebukan nama telah mula menjadikan teknologi baru sebagai media untuk mengetengahkan ‘subjek matter’ yang relevan. Dilihat dari sudut sejarah perkembangan awal, sejak 1983 seorang pensyarah reka bentuk industri ITM (Sekarang UiTM) Kamarulzaman Md Isa telah mempamerkan sebuah karya di luar lingkaran karya biasa dengan menggunakan komputer sebagai bahan. Pada peringkat awal beliau telah menggunakan bahasa pengaturcaraan BASIC di atas pelantar komputer Apple IIe dengan kapasiti RAM 64kb menghasilkan karya imejan. Setahun kemudian beliau mengeksploitasi lagi dengan menggunakan komputer di atas pelantar ‘Commodore 64 dan menghasilkan karya ‘self portrait’ dengan pencetak ‘dot matrix’. Pada tahun 1987 Beliau terus mencuba dengan menggunakan teknologi yang lebih tinggi kuasa iaitu Komputer Commodore Amiga 1000 yang mempunyai kuasa 500kb iaitu Karya tersebut bertajuk ‘Cini’ dan ‘Tribute to Bapak’. Pameran Digital Collage pada tahun 1988 merupakan pameran sepenuhnya dihasilkan menggunakan imej berkomputer melalui cetakan dot matric oleh Ismail Zain. Beliau juga dikatakan perintis awal yang berani membuat pameran perseorangan dengan menggunakan teknologi baru melalui eksperimentasi. Cetakan-cetakan menggunakan komputer dalam karya-karya bertajuk Digital Collage memperlihatkan kesediaan beliau menerima dan meraikan pengaruh-pengaruh dan imej-imej budaya yang dapat dari mana-mana tamadun manusia pada masa lampau. Menurut Redha Piyadasa dalam katalog Rupa Malaysia (2000) menyatakan, Ismail Zain menekankan pengalaman-pengalaman baru bersifat global dan pasca-modenis berhubung dengan ruang yang perlu difahami dan ditangani dengan serius oleh pelukis masa depan. Sekitar akhir tahun 1990an dan awal 2000 memperlihatkan eksploitasi karya menggunakan teknologi baru menjadi lebih gemilang. Kemunculan Hasnul Jamal Saidon yang mengutarakan karya dalam bentuk elektronik dan memperhebatkan dengan idea E-art telah meletakkan dunia seni teknologi baru di negara ini semakin bersemarak. Beberapa pelukis lagi yang terus dengan menggunakan teknologi baru dalam penghasilan karya tidak dapat penulis sebutkan. (Hanya ditunjukkan dalam slaid sahaja).
Seminar sehari Seni Visual 15 Mac 2005 – IKIP Kuantan Pahang. Hassan Mohd Ghazali. UPSI.
4
6. Penutup Era Teknologi maklumat dan Komunikasi kemudian dengan kemunculan dunia Globalisasi tanpa sempadan yang dicetuskan telah memberi implikasi dalam dunia karya seni visual. Perkembangan ini perlu di garap oleh para seniman dan pencinta seni dalam suasana yang positif kerana, perkembangan ini akan terus melanda kita dengan tidak boleh ditahan. Dengan pengaruh elektronik yang sungguh kuat pada generasi baru secara langsung akan mencorakkan dunia tanpa sempadan dalam penghasilan karya semada dari segi bahan, idea dan teknik.
Rujukan Buku: Duane and Preble S, (1994). Art Forms (5th College Publishers.
Edition), New York: Harper Collings
Smolucha, L. (1996). The Visual Art Companion, New Jersey: Prentice Hall. Ocvirk, O.G., Stinson, R.E., Vigg, P.R., Bone, R.O., & Sayton, D.L. (1999) Art Fundamentals: Theory and Practice (8th Edition). New York: McGraw-Hill. Redha Piayadasa (2000). Rupa Malaysia meninjau Seni Lukis Moden Malaysia, Kuala Lumpur: Balai Seni Lukis Malaysia. Hasnul Jamal Saidon (1997). Pameran Seni Elektronik Pertama, Kuala Lumpur: Balai Seni Lukis Malaysia. Redman S. A (1999). Taking The Leap Into New Media . Ohio: North Light Books.
Seminar sehari Seni Visual 15 Mac 2005 – IKIP Kuantan Pahang. Hassan Mohd Ghazali. UPSI.
5