Teknik Menulis Item Aneka Pilhan Seni Visual

  • Uploaded by: Hassan Mohd Ghazali
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Teknik Menulis Item Aneka Pilhan Seni Visual as PDF for free.

More details

  • Words: 807
  • Pages: 5
Teknik Penulisan Item Aneka Pilihan Seni Visual Oleh: Hassan Mohd Ghazali [email protected] FSM

A. Ciri-Ciri Item Soalan Anika Pilihan 1. Bahagian-bahagian Item

Item aneka pilihan terdiri daripada: i. Polok soalan ii. Opsyen. Pokok soalan mengemukan tugasan khusus yang boleh berbentuk atau penyataan tak lengkap bagi sesuai masalah yang hendak diselesaikan. Pokok soalan boleh mempunyai rangsangan yang berupa gambar rajah, foto, graf peta, data atau petikan. Opsyen terdiri daripada distraktor, iaitu opsyen yang salah (bukan jawapan), dan kunci, iaitu opsyen yang betul (jawapan). Fungsi distraktor adalah untuk ‘mengalih perhatian’ calon yang tidak pasti jawapan. Opsyen boleh juga dibuat dalam bentuk angka, gambar rajah dan sebagainya. Contoh item anekan pilihan: Ilustrasi motif di bawah adalah satu konsep falsafah Melayu yang diutarakan oleh Nakula, motif tersebut menunjukkan

Pokok soalan

Opsyen

Ransangan

A. B. C. D.

Permulaan dari pasu Permulaan benih tertutup Permulaan dari dua benih nyata Permulaan dari satu benih nyata

Distraktor Kunci Distraktor

1

B. Perkara penting dalam menyediakan item aneka pilihan

1. Gunakan bahasa yang mudah, terus dan bebas daripada kesamaran makna. 2. Jangan sesekali menggunakan negatif berganda (negatif dalam kedua-dua pokok soalan dan opsyen). Jika calon dikehendaki menjawab dengan mengenal pasti satu opsyen yang tidak benar atau tidak betul, nyatakan opsyen itu dalam bentuk positif. 3. Elakkan ungkapan yang kabur (tidak jelas) seperti agak cantik, besar daripada….

agak lebih

4. Idea atau masalah hendaklah dipersembahkan sejelas-jelas dalam pokok soalan. Pokok soalan hendaklah seringkas yang mungkin (ayat tidak meleret-leret) tetapi mempunyai maklumat yang diperlukan oleh calon untuk menjawab soalan. 5. Elakkan membuat item soalan yang tidak mempunyai ayat lengkap. Contoh: Estetik A. B. C. D.

Kesenian Keindahan Kecantikan Kesenian dan keindahan

6. Seboleh-bolehnya elakkan membuat pokok soalan yang negarif. Meskipun respon negatif ini boleh digunakan namun hadkan bilangan item kepada minimum 10 % sahaja. Antara perkataan yang digunakan tidak, bukan dan kecuali contohnya: “ Penyataan yang manakah yang tidak benar mengenai arca luakan”

7. Soalan objektif yang menggunakan perkataan keculai atau paling atau benar atau tidak benar untuk menunjukkan kontra antara soalan dengan jawapan, hendaklah ditulis perkataan tersebut dengan huruf kecil dan bold 8. Tidak digalakkan dalam item aneka pilihan membuat soalan bertanyakan pendapat calon. Contohnya: “ Pada pendapat anda, apakah faktor utama yang menyebabkan penggunaan bahan cat minyak tidak dapat dilakukan dalam satu sesi pembelajaran” 9. Elakkan menggunakan kata-kata dalam kunci yang bersinonim atau sangat serupa dengan kata-kata dalam pokok persoalan kerana ini dapat menjadi pembayang jawapan yang betul. Contoh:

2

Agensi Kerajaan yang manakah yang bertanggungjawab terhadap Kraftangan? A. B. C. D.

Kraftangan Malaysia * Balai Seni Lukis Negara Kementerian Pelancongan Kementerian pelajaran Malaysia

10. Jangan ulang maklumat yang sama dalam setiap opsyen pada maklumat itu boleh diletakkan dalam tugasan. Contoh: Kenyataan Herbert Read tentang kesenian… A. B. C. D.

bentuk yang halus bentuk yang indah bentuk yang cantik bentuk yang menyenangkan

11. Beberapa item aneka gabungan yang salah penggunaan Contoh: Tidak selaras penyusunan Tokoh-tokoh berikut telah menyatakan bahawa seni adalah komoditi... I. John Dewey II. Herbert Read III. Feldman Burke A. B. C. D.

I sahaja III sahaja I dan II II dan III

Tidak perlu perkataan sahaja atau dan

Menggunakan perkataan Susun mengikut hierarki tahap-tahap perkembangan skema tampak yang telah dinyatakan oleh Victor Lowenfield I. II. III. IV. A. B. C. D.

Peringkat Contengan Peringkat skematik Peringkat Permulaan Realisme Peringkat Penaakulan I, II, III, IV II, I, IV, III II, I, II, IV Semua keyataan tidak benar

tidak digalakkan

3

3. Format Item Aneka Pilahan: 1. Muka huruf untuk soalan peperiksaan UPSI (ISO) mengikut kriterian berikut: i.

Font Arial saiz 11 atau Font Times New Roman saiz 12

ii. Jarak Langkau satu baris (single spacing) iii. Kaedah penaipan: Selepas koma (,) satu space bar (.) satu space bar.

2. Peruntukan masa untuk menjawab, 1.5 minit untuk menjawab satu soalan objektif. 3. Tugasan diakiri dengan tanda soal. Opsyen dimulai dengan huruf besar dan diakhiri dengan tanda noktah kerana ayat lengkap. Contoh: Tujuan utama kritikan seni dalam pengajaran dan pembelajaran ialah ? A. B. C. D.

Agar murid-murid menyedari tentang asas seni reka. Untuk membetulkan kerja-kerja seni yang dibuat oleh murid-murid. agar muri-murid sedar tentang kelemahan menghasilkan karya seni. Mengetahui dan meningkatkan keupayaan membuat tanggapan dan penilaian.

4. Tugasan diakhiri dengan tanda soal. Opsyen dimulai dengan huruf besar tetapi tidak diakhir dengan tanda noktah kerana bukan ayat lengkap Contoh: Tiga Simbol yang telah dipopularkan oleh Peirce’s dalam mengemukakan teori Semiotik ialah? A. B. C. D.

Ikon, indek dan simbol Isi, kandungan dan makna Makna, bentuk dan simbol Makna, ikon dan kandungan

5. Tugasan berbentuk penyataan tidak lengkap. Opsyen dimulai dengan huruf kecil dan tidak diakhiri dengan noktah. Contoh: Proses membina kesedaran visual dalam kreativiti pendidikan seni ialah A. B. C. D.

kesedaran terhadap unsur-unsur seni visual proses awal sebelum memulakan kerja-kerja seni visual tindakan menghalusi daya penggunaan deria agar menjadi lebih peka peringkat awal untuk menghalusi kepekaan terhadap idea untuk menghasilkan idea yang menarik

4

5

Related Documents


More Documents from "Hassan Mohd Ghazali"