KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN SIMULASI Mata Pelajaran : Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tema
: Penyelesaian Konflik
Tajuk
: Sikap Asertif Saya
Bahan
: Gambar atau tayangan video tentang situasi di simpang empat jalan raya, kad tugasan.
Aktiviti: Fasilitator ( guru ) mengedarkan Kad Tugasan 1 kepada beberapa pelajar yang sudah dipilih. Setiap pelajar membaca dan menghayati peranan masing-masing seperti di dalam kad tugasan. Pelajar-pelajar yang terpilih melakukan simulasi. Pelajar-pelajar yang lain meramalkan akibat dari tindakan yang bertentangan ( positif atau negatif ) dengan apa yang disimulasikan oleh rakan mereka. Pelajar membuat rumusan aktiviti simulasi dalam setiap kes- “Apakah sikap asertif saya” dalam setiap situasi. Kad Tugasan 1 Anda ( Pelajar A ) dan kawan anda ( Pelajar B ) menunggang motosikal ke sekolah. Suatu hari anda dan kawan anda sudah lewat untuk ke sekolah. Anda sampai di satu persimpangan empat yang mempunyai lampu isyarat. Lampu isyarat di laluan anda menunjukkan warna merah. Anda hanya tinggal lima minit lagi sedangkan anda masih lagi 15 km dari sekolah. Kawan anda yang menjadi pembonceng menjadi batu api dan mendesak anda supaya melanggar lampu isyarat. Tunjukkan apa tidakan yang harus anda buat. ( Seorang pelajar memainkan peranan pelajar A dan seorang lagi menjadi pelajar B ).