Taubat -satu Catatan

  • Uploaded by: adam
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Taubat -satu Catatan as PDF for free.

More details

  • Words: 510
  • Pages: 2
E

B

A H A N

T

B

A C A A N

A Z K I R A H

T AUBAT: SEBUAH CATATAN PINGGIR Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Semoga Allah mengurniakan selawat dan salam ke atas Rasulullah s.a.w., kaum keluarganya dan para sahabat. Pembunuh 100 nyawa Dia sudah membunuh seratus nyawa. Yang unik, seluruh mangsanya adalah kanakkanak dan remaja lelaki. Dan lebih unik, pembongkaran rahsia mengenai tragedi kematian tersebut dibuat oleh pembunuhnya sendiri melalui sebuah surat yang ditujukan buat seorang editor sebuah akhbar tempatan di Pakistan. Iqbal (seindah nama penyair terkenal Iqbal) akhirnya dihadapkan di mahkamah (pada tahun 2000) yang antara lain telah menjatuhkan hukuman bunuh sampai mati, dipotong jasadnya sebanyak 100 kerat di hadapan keluarga para mangsa si mati… Peristiwa tersebut mengimbaui hadith berikut yang bermaksud: “Daripada riwayat Abu Sa’id al-Khudri r.a. ia berkata, Nabi s.a.w. bersabda, Di kalangan orang-orang sebelum kalian, ada seorang lelaki yang telah membunuh 99 orang, kemudian dia bertanya tentang penduduk bumi yang paling berilmu. Dia ditunjukkan kepada seorang rahib (pendeta), dia pun mendatangi rahib tersebut dan mengatakan bahawa dia telah membunuh 99 orang, apakah dia boleh bertaubat (dan diterima taubatnya) ? Rahib itu menjawab, Tidak! Mendengar jawaban rahib itu, dia segera membunuhnya, sehingga lengkaplah 100 orang yang telah dia bunuh. Kemudian dia bertanya-tanya lagi tentang penduduk bumi yang paling pintar.Ada yang menunjukkan kepada seorang yang alim (pandai). Dia datangi orang pandai tersebut dan mengatakan, bahawa dirinya telah membunuh 100 orang. Apakah dia masih layak bertaubat ? Orang alim itu menjawab, Ya! Siapa yang bisa menghalangi antara dia dengan taubat ? Pergilah ke negeri Anu. Di sana, orang-orang beribadah kepada Allah. Beribadahlah kepada Allah bersama mereka, jangan pulang ke negerimu, karena negerimu itu negeri yang teruk. Orang itu pun berangkat, TAUBAT: SEBUAH CATATAN PINGGIR_________________________________

sampai ketika dia sampai di pertengahan jalan, maut menjemputnya. Malaikat rahmat dan malaikat azab (siksa) saling berbantah mengenainya. Malaikat rahmat berkata, dia datang dalam keadaan bertaubat dan menghadapkan hatinya kepada Allah, sementara itu malaikat azab mengatakan, dia belum sempat melakukan perbuatan baik sama sekali. Lalu datanglah seorang malaikat dalam bentuk manusia. Malaikat-malaikat yang sedang berbantah itu mengangkatnya sebagai penengah di antara mereka. Malaikat dalam bentuk manusia itupun berkata, Ukurlah jarak di antara dua negeri. Ke negeri mana dia lebih dekat, maka ke sanalah dia digolongkan. Para malaikat itu mengukurnya. Ternyata mereka dapati orang itu lebih dekat ke negeri yang dituju (negeri yang baik, tempat beribadah), maka malaikat rahmatlah yang berhak mengambilnya.” (HR Muslim) Hadith di atas tentunya ingin mengingatkan betapa orang yang dianggap jahat malah disumpah seranah di sisi manusia (mungkin seperti Iqbal) tidak mustahil adalah yang paling baik dan mulia di sisi Allah berbanding diri sendiri (lihat juga Lampiran 1). Entah sudah sekian ramai manusia menjadi objek penilaian dan muhasabah. Ini termasuklah para pemimpin yang digelar nanar dan sasar, megalomania lagi haprak (tanpa menafikan yang zalim tetap zalim). Benarlah kata pepatah Melayu: kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak. Menunjuk seseorang hanya dengan sebatang jari, sedang empat jari yang lain menunjuk ke arah diri sendiri.

Related Documents

Taubat -satu Catatan
May 2020 10
Satu Catatan Sejarah
November 2019 8
Ingin Taubat
October 2019 46
Satu
November 2019 58
Taubat Digalakkan
November 2019 27
Taubat Nashuha
May 2020 24

More Documents from "abu abdirrahman"