Taubat Digalakkan

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Taubat Digalakkan as PDF for free.

More details

  • Words: 285
  • Pages: 1
taubat digalakkan

satu perkara yang turut digalakkan pada ramadan adalah bertaubat dan memohon ampun kepada allah daripada sebarang kesalahan dan dosa selama ini. setiap manusia tidak terlepas daripada kealpaan dan seterusnya melakukan kesalahan yang dilarang allah. dalam hal ini, rasulullah bersabda maksudnya: �setiap anak adam tidak akan terlepas daripada melakukan dosa dan sebaik-baik orang daripada kalangan yang berdosa itu ialah yang bertaubat kepada allah.� (hadis riwayat at-tirmizi dan ibnu majah) justeru, wajar bagi setiap muslim bermuhasabah terhadap segala amalan dan seterusnya bertaubat kepada allah biarpun sekecil mana kesalahan itu. perlu diinsafi bahawa amalan bertaubat tidak boleh ditunda atau ditangguhkan kepada waktu yang lain kerana ajal maut akan datang menjemput manusia pada bilabila masa. dalam hal ini, rasulullah bersabda bermaksud: �sesungguhnya allah menerima taubat seorang hamba, selama (nyawanya) belum sampai pada kerongkong.� (hadis riwayat attirmizi) rasulullah juga bersabda bermaksud: �barang siapa bertaubat sebelum matahari terbit dari barat, nescaya allah menerima taubatnya.� (hadis riwayat muslim) perkara ini disebabkan jika matahari terbit dari barat maka, pintu taubat serta merta ditutup. as-salafu solihu mengetahui nilai taubat, lalu mereka sentiasa melakukan taubat. perkara ini kerana orang yang berakal apabila memiliki harta yang banyak, kemudian habis tanpa ada faedah yang kembali kepadanya, tentulah dia berasa sesal. begitulah umur bagaikan modul untuk membeli nikmat syurga. alangkah ruginya umur itu hilang begitu saja tanpa bertaubat. rasulullah bersabda bermaksud: �wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada allah dan memohonlah ampun kepada-nya. sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari sebanyak 100 kali.� (hadis riwayat muslim). jika rasulullah yang sudah dijanjikan syurga allah pada akhirat nanti bertaubat hingga 100 kali sehari, apatah lagi umat yang kerdil ini yang sentiasa dibayangi dosa. oleh itu, marilah kita bertaubat bersungguh-sungguh kepada allah kerana tidak ada antara kita yang tidak terlepas daripada melakukan dosa.

Related Documents

Taubat Digalakkan
November 2019 27
Ingin Taubat
October 2019 46
Taubat Nashuha
May 2020 24
Solat Taubat Penjernihan
August 2019 38