Satu Catatan Sejarah

  • Uploaded by: pbsmtmsr
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Satu Catatan Sejarah as PDF for free.

More details

  • Words: 471
  • Pages: 10
SATU CATATAN SEJARAH

• Dunant mendapati, Geneva merupakan tempat yang sangat sesuai untuk memulakan kerjakerja kemanusiannya. • The Societe Genevoise d’Utilite Publique yang dipengaruhi seorang peguam muda, Gustav Moynier telah menunjukkan minat terhadap gagasan idea Dunant. • Dunant bersama, Guillaume-Henri Dufour, Louis Appie, Theodore Mounior dan Gustav Moynier dengan segera menubuhkan Jawatankuasa Antarabangsa bagi membantu mereka yang tercedera.

• Jawatankuasa tersebut dikenali sebagai Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (International Committee of the Red CrossICRC). • Walaupun pada waktu itu berstatus sebuah pertubuhan persendirian, namun wakilwakil negara akan hadir dalam setiap persidangan mereka. • Pada 26-29 Oktober 1863, deligasi seramai 16 buah negara telah bermesyuarat di Geneva.

• Para pekerja bantuan dan alat-alat bantuan akan dilindungi oleh sebuah lambang khas: Palang Merah yang berlatar belakangkan warna putih. • Pada Februari 1864, lambang ini muncul untuk kali pertama di medan pertempuran antara Prussia dan Denmark. • ICRC telah menghantar Dr Louis Appia bertugas dengan tentera Prussia. Walau bagaimanapun di Jerman, pihak ICRC menghadapi masalah pengiktirafan rasmi.

• Ogos 1864, Kerajaan Switzerland dengan gesaan ICRC telah mengadakan sebuah persidangan diplomatik yang dihadiri oleh 12 buah negara. • Konvensyen ini cuba memperbaiki keadaan tentera yang cedera di medan pertempuran. • Pada 22 Ogos 1864 resolusi konvensyen ini telah ditandatangani oleh kesemua 12 orang wakil negara. Kemudiannya disusuli pula oleh negara-negara lain.

• Konvensyen Geneva pertama ini telah membuka satu lembaran sejarah. Sekaligus menafikan tanggapan bahawa peperangan dan undang-undang tidak boleh diselaraskan. • Dalam persidangan tersebut turut mengesyorkan satu rancangan yang istimewa untuk mendapatkan perlindungan antarabangsa bagi mereka yang tercedera, hospital tentera dan anggota-anggota perubatan.

• Syor-syor tersebut terus diterima pakai dalam konvensyen tesebut. • Pada akhir konvensyen tersebut, 10 artikel telah berjaya dihasilkan. Ini termasuklah apa yang Dunant namakan sebagai ‘keberkecualian’ . • Doktor dan nurse tidak lagi dianggap anggota kombatan dan tidak boleh ditawan. Manakala orang awam yang membantu doktor dan nurse hendaklah dihormati. • Hospital serta ambulan diiktiraf sebagai berkecuali.

• Justeru Konvensyen 1864 merupakan suatu asas yang baik terhadap kerja-kerja kemanusiaan dalam masa perang antara Peranchis dan Prussia (1870-1871), Perang Sepanyol-Amerika (1898) dan Perang Russia-Jepun (1904) • Selepas 1864, beberapa persidangan telah dijalankan. Paris (1867), Berlin (1869), Geneva (1884), Karlsrune, Rome (1892), Vienna (1897) dan St.Petersburg (1902)

• Dalam temph 10 tahun pertama, sebanyak 22 persatuan kebangsaan ditubuhkan. • Semua negara di Eropah termasuk Russia dan Turki bersetuju menerima pakai Konvensyen Geneva Pertama, 1864. • 1867, semasa perang Russia-Turki, Turki telah memaklumkan kepada ICRC untuk menggunakan lambang bulan sabit merah sebagai ganti palang merah. Kemudiannya, idea tersebut diikuti kebanyakan negaranegara Islam yang lain.

• Satu resolusi telah dicapai untuk mewujudkan pertubuhan-pertubuhan persendirian di negara masing-masing untuk membantu tugas-tugas perkhidmatan tentera. • Apa yang penting mereka ‘dikecualikan’ daripada menjadi mangsa peperangan dan mereka hendaklah berkecuali daripada menyebelahi mana-mana pihak yang bertempur dalam memberikan rawatannya. • Resolusi ini akhirnya termaktub dalam satu surat cara diplomatik.

Related Documents


More Documents from "Yamin"

Sejarah Palang Merah
November 2019 29
Satu Catatan Sejarah
November 2019 8
Uuka
November 2019 11