ahai Diri W M a k a l a h D w i - M i n g g u a n M e m b e n t u k A r u s T a q w a
Tahun 7 Bilangan 22 1 Zulhijjah 1421 Feb/Mac 2001
Sempena Hari Raya Adha (Korban) 1421H
Tadhiyah (Pengorbanan)
A
llah telah memikulkan ke atas umat Islam sebesar-besar dan seberat-beratnya amanah. Firman Allah Subha Nahu Wa Ta’ala; “Demikianlah Kami jadikan kamu umat pertengahan untuk menjadi saksi ke atas manusia, dan Rasul pula menjadi saksi ke atas kamu.” (Al-Baqarah: 143)
Agar mereka menunaikan amanah ini dengan sebaik-baiknya dan melaksanakan tanggungjawab, Allah Subha Nahu Wa Ta’ala telah memfardhukan jihad pada jalan-Nya, jihad dengan maknanya yang luas lagi menyeluruh sehingga dakwah terus hidup.
Eidul Adha Al-Mubarak! Daripada krew Wahai Diri.
Semoga ibadah qurban yang dilaksanakan diredhai oleh Allah Subha Nahu Wa Ta’ala
Sesiapa yang mahukan kebaikan dan islah (perubahan), keagungan dan kemuliaan tanpa jihad dan pengorbanan, maka beliau bermimpi di siang hari. © 1421|2001 Wahai Diri http://welcome.to/WahaiDiri Hantarkan cadangan dan soalan anda kepada
[email protected]
Mereka dituntut memberikan pengorbanan pada jalan Allah Subha Nahu Wa Ta’ala dengan tujuan menolong agamaNya. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah mentarbiyah para sahabatnya untuk berjihad pada jalan Allah Subha Nahu Wa Ta’ala dan mengorbankan setiap apa yang berharga dan bernilai bagi memenangkan agama ini. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam adalah imam kepada mereka dalam jihad dan pengorbanan. Sesungguhnya umat ini tidak akan baik melainkan dengan perkara yang menyebabkan umat dahulu menjadi baik, dan sekali-kali mereka tidak akan menjadi mulia melainkan dengan perkara yang menyebabkan umat dahulu menjadi mulia. Sesiapa yang mahukan kebaikan dan islah (perubahan), keagungan dan kemuliaan tanpa jihad dan pengorbanan, maka beliau bermimpi di siang hari. Sepotong syair Arab ada meyebut; “Sesiapa yang mengejar ketinggian tanpa berpenat lelah maka dia telah mensia-siakan kerjanya dalam menuntut sesuatu yang mustahil.”
Pengorbanan yang dituntut Setiap orang yang meredhai Allah Subha Nahu Wa Ta’ala sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam sebagai Nabi dan Rasul, maka dituntut darinya melakukan pengorbanan. Setiap yang bernazar dan berjanji kepada Tuhannya untuk bekerja dan berjihad untuk Islam dituntut darinya melahirkan
kesungguhan dan pengorbanan yang berharga. Hakikat ini mesti jelas dengan sejelas-jelasnya pada seorang Muslim. Menjadi kewajipan ke atasnya menyiapkan diri dan menyediakan dirinya bagi pengorbanan tersebut. Jadi apakah dia pengorbanan yang dituntut itu? “Mengorbankan jiwa, harta, masa, kehidupan dan semua perkara untuk mencapai matlamat.”
Ya, inilah pengorbanan yang dituntut daripada seorang Muslim. Inilah pengorbanan yang diseru oleh Allah Subha Nahu Wa Ta’ala dan dididik para sahabat oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Allah berfirman; “Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang Mukmin, jiwa-jiwa mereka dan harta-harta mereka dan membayarnya dengan syurga. Mereka berperang pada jalan Allah, lalu membunuh atau dibunuh. Itulah janji yang benar yang disebut di dalam kitab Taurat, Injil dan Quran. Sesiapa yang menunaikan janjinya dengan Allah, maka bergembiralah dengan janji yang kamu meterikan itu. Yang demikian adalah kemenangan yang besar.” (At-Taubah: 111)
“Beruntunglah perniagaan kamu, wahai Suhaib”
Mus’ab adalah pemuda yang kaya lagi dimanjakan keluarganya mengorbankan semua yang ada padanya dan menjadi satu tanda daripada buktibukti jihad kepada syabab (pemuda) Muslim pada setiap zaman. Begitu juga para Sahabiyat r.a. yang melakukan pengorbanan untuk Islam. Khadijah, Ummu Salamah, Ummu Sulaim, Nusaibah, Asma’ dan lainlain. Mereka semua mempunyai sikap yang telah termaklum, kehidupan yang dimakmurkan dengan melakukan pengorbanan yang bernilai. Sejarah para sahabat dipenuhi dengan kisah-kisah pengorbanan dengan harta dan jiwa demi memenangkan agama Allah. Rujukan: Pandangan Semula kepada Risalah Ta’alim, Muhammad Abdullah al Khatib
FirmanNya lagi; “Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah dengan pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipatgandakan pembayaran kepadanya dengan gandaan yang banyak.” (Al-Baqarah:245)
Apabila Abu Darda’ mendengar ayat ini, dia merasakan tidak ada pilihan lain melainkan bersedekah dengan hartanya yang paling dikasihi lagi berharga. Begitulah kita lihat tarbiyah Nabawiyah yang dinikmati oleh para sahabat secara praktikal. Abu Bakar Radhiallahu ‘Anhu telah mengorbankan dan membelanjakan seluruh hartanya. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bertanya kepadanya: “Apakah yang telah kamu tinggalkan kepada keluarga kamu?” Lalu beliau menjawab: “Aku telah tinggalkan untuk mereka Allah dan RasulNya.” Suhaib Ar-Rumi telah mengorbankan seluruh apa yang beliau miliki demi untuk menolong agama Allah. Lantas Allah menurunkan untuknya dan orang yang sepertinya ayat Al-Quran yang dapat dibaca. Firman Allah Subha Nahu Wa Ta’ala; “Dan di antara mereka ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah, dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hambaNya.” (AlBaqarah: 207)
Rasulullah Sallallahu Alaihi menyambutnya seraya bersabda; © 2000 Wahai Diri http://members.xoom.com/WahaiDiri
[email protected]
Wasallam
Mutiara Al-Quran “Daging dan darahnya (haiwan sembelihan) tiada sampai kepada Allah, tetapi taqwa daripadamulah yang sampai kepadaNya. Demikian Dia (Allah) menyerahkan haiwan untukmu, supaya kamu membesarkan Allah atas apa yang telah ditunjukkanNya kepadamu. Dan berilah khabar gembira bagi orang-orang yang berbuat kebajikan. Sesungguhnya Allah mempertahankan orang-orang yang beriman. Sesungguhnya Allah tidak mengasihi tiap-tiap orang yang khianat lagi kafir.” [Al-Hajj: 37-38] “Katakanlah: Jika sekiranya bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, saudara-mara kamu, isteri-isteri kamu, kaum keluarga kamu, harta benda yang kamu perolehi, perniagaan yang kamu takut rugi dan tempat-tempat tinggal yang kamu sukai itu lebih kamu kasihi daripada Allah, RasulNya dan berjihad pada jalanNya, maka tunggulah sehingga Allah datangkan urusanNya, kerana Allah tidak akan memimpin kaum yang fasik.” [At-Taubah: 24]