Nasi Tomato Bahan-bahan 3 cawan (cawan rice cooker) beras basmati - dibasuh bersih-bersih dan di toskan sehingga kering airnya 3 sudu makan tomato puree } bahan2 ini boleh ditambah atau dikurangkan 1 senduk kecil tomato soup } mengikut selera kita sedikit minyak sapi sedikit minyak masak sedikit daun pudina sedikit garam Bahan-bahan dikisar - campur semua sekali dan blend 5 ulas bawang putih 7 ulas bawang merah sedikit halia Bahan-bahan tumis sedikit buah pelaga sedikit kulit kayu manis sedikit bunga lawang sedikit bunga cengkih Bahan-bahan hiris Sebiji bawang besar Cara memasak 1. Beras yang telah ditoskan tadi dimasukkan ke dalam rice cooker. 2. Panaskan minyak sapi dan minyak di dalam periuk. Tumiskan bahan tumis dan bahan hiris. Bila telah kuning, masukkan bahan kisar. Tumis sampai naik
bau. 3. Masukkan tomato puree dan tomato soup. Kacau sampai naik minyak. 4. Masukkan 5-6 cawan air (cawan rice cooker) dan biarkan ia mendidih. 5. Bila telah mendidih, masukkan garam dan daun pudina. 6. Masukkan bahan yang mendidih ini ke dalam rice cooker yang mengandungi beras. 5. Masaklah seperti biasa. 7. Bila telah masak, kacau supaya warna merahnya sekata.