Secara etimologinya, drama berakarkan perkataan kuno Greek ‘dran’ yang bermakna melakonkan serta melakukan aksi (Etymonline, n.d.). Hal ini selaras dengan pendapat Aristotle dalam Abdul Rahman (1987) yang merumuskan drama sebagai set aksi yang ditiru berdasarkan kecenderungan semula jadi manusia. The Encyclopedia Americana (n.d.) mendefinisikan drama sebagai aksi dalam bentuk kesusateraan yang ditafsir oleh audiens. Sebagai tambahan, aksi tersebut dilakukan berdasarkan jalan cerita yang berkonflik oleh pelakon-pelakon yang menjiwai watak. Drama juga ditakrifkan berdasarkan fungsinya seperti yang dikemukakan oleh E.M. Forster bahawa drama merupakan alat pencerminan keadaan sosial dan politik semasa (Zarrilli, McConachie, Williams & Sorgenfrei, 2010). Antara komponen pembinaan drama termasuklah peniruan untuk tujuan hiburan, plot yang lengkap, aksi fizikal dan mental, dialog yang diujar serta watak yang dipegang oleh pelakon (Shivanji University, 2015). Secara keseluruhannya, penulis menyimpulkan drama sebagai cabang seni halus yang mempamerkan keadaan sebenar kehidupan melalui lakonan dan sering dilaksanakan dengan tujuan-tujuan tertentu. Saglamoz dalam Isyar dan Akay (2017) menekankan bahawa drama dalam pendidikan mampu memperkembang kemahiran insaniah dan membawa hiburan kepada murid-murid. Kemampuan murid untuk mempelbagaikan dan meluahkan emosi juga terlatih melaluinya (Ustundag, 1997). Hasil tulisan ini telah menyelusuri sejarah perkembangan drama di dunia Barat dan Timur dari Zaman Perkembangan Awal hingga Zaman Moden meliputi aliran dan jenis drama. Sejarah perkembangan drama kanak-kanak di Malaysia juga didalami dan disokong dengan contoh drama kanak-kanak yang terkemuka.
Drama.
(n.d.).
In
Online
Etymology
Dictionary
(Etymonline).
Retrived
from
https://www.etymonline.com/word/drama Drama.
(n.d.).
In
The
Encyclopedia
Americana.
Retrived
from
https://archive.org/details/encyclopediaame11unkngoog/page/n362 Shivanji University. (2015). Understanding drama (special english): B.A. Part- III. Kolhapur: Shivanji University.