Takrif Negara Bangsa

  • Uploaded by: bibi
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Takrif Negara Bangsa as PDF for free.

More details

  • Words: 987
  • Pages: 3
TAKRIF NEGARA BANGSA Negara bangsa terbentuk apabila manusia berkongsi sejarah, kebudayaan serta bahasa yang sama dan seterusnya menghasilkan satu identiti. Hal ini jelas dapat dilihat di negara bangsa England, Perancis. Sungguhpun begitu, terdapat negara bangsa yang tidak mempunyai persamaan ras, kebudayaan, dan bahasa. Negara bangsa boleh ditakrifkan sebagai negara yang ditubuhkan berasaskan kepada bangsa yang serumpun, serta mempunyai tradisi yang sama. Ia sepatutnya sebuah negara yang merdeka dan daulat. Kepentingannya diutamakan dari segala kepentingan yang lain di kalangan warganegaranya. Penubuhan negara bangsa dianggap sebagai kemuncak kepada perkembangan peribadi sesebuah negara. Negara bangsa juga boleh ditakrifkan sebagai sebuah negara yang bebas daripada konsep empayar dan berada di bawah kedaulatan raja mutlak. Setiap negara bangsa mempunyai penduduk yang berteraskan satu bangsa, bahasa, kesusasteraan dan satu kesedaran kebangsaan. Raja mempunyai hak untuk mengisytiharkan perang, mengenakan cukai, mentadbir dan menguatkuasakan undang-undang. Negara bangsa juga boleh disebut sebagai monarki kebangsaan. SEJARAH KEMUNCULAN NEGARA BANGSA England Negara bangsa di England terbentuk dengan kemunculan Dinasti Tudor (1458-1603) iaitu apabila Henry VII berjaya menamatkan kekacauan yang berlaku akibat Perang Bunga Ros. Peperangan ini berlaku selama 30 tahun. Ia menyebabkan kedudukan golongan bangsawan lemah dan membuka ruang untuk raja dan rakyat merampas kuasa. Henry VII telah mengambilalih kuasa dari Richard III (raja terakhir keluarga White Rose). Beliau telah meluluskan undang-undang menentang pemakaian pakaian khas, pengekalan tentera persendirian dan pemakaian lambang kuasa sendiri sebagai amalan golongan bangsawan. Beliau juga menggunakan Majlis Dirajanya sebagai mahkamah baru untuk berurusan dengan hal-hal harta benda dan keadaan yang mengganggu ketenteraman awam. Majlis ini pada mulanya dianggap sebagai alat untuk mengukur kedudukan raja dan berjaya mewujudkan keamanan dan keadilan. Ia juga memperlihatkan Henry VII sebagai pemimpin yang mulia walaupun beliau mempunyai peribadi yang tidak baik. Perancis Negara bangsa Perancis dimulakan oleh Louis XI yang memerintah antara tahun 1461 hingga 1483 dan diteruskan oleh penggant-penggantinya. Beliau telah membina pasukan tentera diraja bagi menumpaskan pencerobohan yang menggunakan golongan bangsawan untuk memberontak. Pada tahun 1519, Perancis berjaya memperluaskan kekuasaannya ke atas gereja melalui perundingan dengan Pope Lee X. Beliau juga bersetuju menerima pendapatan gereja Perancis dan raja-raja Perancis akan mengawal gereja kebangsaan. Sepanyol Negara bangsa di Sepanyol terbentuk ekoran daripada penyatuan 2 kerajaan iaitu Kerajaan Aragon dan Castrie. Penyatuan ini dilakukan melalui perkahwinan Ferdinand dan Esabella pada tahun 1479. Pada tahun 1480, atas desakan keduaduanya, Dewan Parlimen Sepanyol telah mengarahkan golongan feudal menyerahkan

tanah yang dahulunya dirampas daripada raja. Golongan bangsawan tidak dibenarkan membina istana untuk kepentingan sendiri. Ferdinand dan Esabella menggunakan gereja untuk kepentingan mereka sendiri, mereka melantik Bishop, Paderi Besar dan Biara sedangkan kuasa tersebut berada di tangan Pope di Rom sebelum itu. Kerajaan Aragon dan Castile mengiktiraf kedua-dua raja tetapi tidak ada institusi politik, kehakiman dan pentadbiran yang sama di antara kerajaan tersebut. Dalam keadaan ini, negara bangsa di Sepanyol telah menerima pengaruh agama dan penyatuannya juga hanya berlaku di sekitar gereja dan mereka seterusnya mendesak kepada penyatuan agama dan semangat kebangsaan. Penyatuan Sepanyol menjadi lengkap apabila orang-orang Moors yang beragama Islam dipaksa meninggalkan Sepanyol. Pada tahun 1502, bermulalah sejarah negara Sepanyol dengan raja kebangsaan yang beragama Katolik.

KESAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA Pembentukan negara bangsa di Eropah menamatkan konsep dunia empayar. Ia juga turut memungkinkan pelayaran ke seberang laut dan penemuan negara-negara baru. Pembentukan negara bangsa juga merintis jalan kepada kemunculan pemerintahan mutlak pada abad ke-16 dan ke-17. Kemunculan negara bangsa semacam ini amat ketara di Perancis dan England. Kebanyakan rakyat Eropah cenderung untuk menerima idea bahawa raja dilantik atas kehendak tuhan. Walau bagaimanapun, rakyat harus mempunyai suara dalam aspek-aspek tertentu. Oleh itu, raja tidak boleh menggubal undang-undang atau menaikan cukai tanpa kebenaran. Segala keputusan yang hendak diambil haruslah mendapat kebenaran daripada dewan parlimen.

CIRI-CIRI NEGARA BANGSA Negara bangsa mempunyai kuasa dan tidak bergantung kepada orang lain. Hal ini disebut sebagai independent. Kuasa ini menyebabkan penduduk dalam teritori (kawasan pemerintahan yang lebih luas daripada wilayah) memberikan ketaatan yang sepenuhnya dari aspek politik. Terdapat perbezaan dari segi sains dan bilangan penduduk. Ada negara bangsa yang mempunyai bilangan penduduk yang ramai dan ada pula yang terlalu sedikit. Negara bangsa akan diminta kawasan gabungan dalam sempadannya untuk mengagungkannya. Sebagai sebuah negara gabungan, negara bangsa jelas di dalam beberapa perkara diantaranya ialah keahlian negara bangsa adalah wajib kepada semua warganegara. Terdapat monopoli penggunaan tentera dalam kawasan sempadannya dan pegawai-

pegawai kerajaan negara bangsa berhak untuk bertindak atas nama tanah dan orangnya. Kesatuan negara bangsa adalah salah satu daripada bentuk negara bangsa secara keseluruhannya. Negara bangsa dunia adalah dalam bentuk kesatuan, contohnya, Sepanyol dan Perancis. Ada yang memberi kuasa desentralisasi, antara kerajaan dengan sub negara bangsa sehingga nampak seperti sistem persekutuan. Ada juga yang memberi kuasa kepada pegawai yang dilantik untuk mentadbir dalam teritorinya. Di Perancis, desentralisasinya dilakukan secara terkawal iaitu secara pengawalan pusat. Di bawah sistem pentadbiran Perancis, terdapat 95 department dan setiap satunya diketuai oleh prefect. Di bawah department ini, terdapat 322 cawangan department yang dikenali sebagai arrondisment yang setiap satunya diketuai oleh sous prefect dna sous prefest dilantik oleh kerajaan untuk bertindak sebagai agen daripada kerajaan pusat dan juga bertindak sebagai pegawai eksekutif. Dalam sistem persekutuan pula, pemerintahnya dibahagikan antara 2 set kerajaan autonomi. Satu secara kebangsaan dan satu lagi secara sub kerajaan. Kedua-duanya dikendalikan sepenuhnya oleh rakyat. Biasanya kuasa sepenuhnya dijalankan oleh kerajaan kebangsaan yang menguasai keseluruhan teritori kebangsaan dan pentadbiran wilayah sendiri. Bagi negara bangsa yang berbentuk persekutuan, terdapat perbezaan dalam struktur pemerintahan dan proses politik ini dilakukan disebabkan perbezaan kebudayaan. Wujudnya perdagangan antarabangsa, perdagangan antarabangsa dijalankan secara sistem barter: barangan atau perkhidmatan. Ia muncul bersama dengan kemunculan negara bangsa ketika zaman pertengahan di Eropah. Ia merupakan ciri terpenting bangsa dan orang yang terlibat ialah saudagar, merchant atau mercantile. Sistem perdagangan ini muncul pada abad ke-18 dan 17 dan ia lebih menekankan kebajikan negara bangsa. Ia juga mementingkan keupayaan atau kemewahan terutamanya dalam bentuk emas. Emas adalah perkara terpenting dalam polisi kebangsaan dan saudagar menganggap emas seolah-oleh keimanan. Falsafah perdagangan negara bangsa adalah menggalakkan eksport dan mengurangkan imprt. Lebihan eksport adalah dalam bentuk emas. Menurut Encyclopedia Britanica, polisi ini memusnah diri sendiri.

Related Documents


More Documents from ""