TAHAP PERKEMBANGAN KOGNITIF REMAJA DAN CARA MERANSANG PERKEMBANGANNYA. Perkembangan remaja merupakan satu proses yang biasa dan asas dalam diri seseorang iaitu perubahan zaman perantaraan kanak-kanak dan dewasa. Manakala perkembnagan kognitif merujukm kepada perkembangan akal fikiran dan sebab mereka berfikir dalam keadaan tersebut. Mereka akan berubah dari berfikir secara konkrit kepada perkara-perkara yang abstrak. Ini merupakan satu peralihan ynag amat baik kerana akan berfikir dengan lebih terperincil, mendalam dan juga mengambik kira kesan atau akibat daripada perbuatan mereka. Perkembangan ini juga dibantu oleh perubahan secara biologi dalam diri remaja tersebut. Perkembangan akal fikiran atau kognitif ini selari dengan kadar pembesaran otak dan badan mereka. Remaja iaitu seseorang yang berumur antara 12 hingga 18 tahun telah dapat berfikir secara sisitematik. Mereka akn dapat menyelesaiakn masalah dengan baik. Namun, remaja yang tidak dapat mengimbangkan aspek emosi, rohani, intelek dan jasmani akan memberi kesan yang tidak baik ke atas perkembangan kognitif mereka. Kesan yang mereka perolehi ialah sentiasa berfikir negatif, kurang keyakinan diri dan juga akan cepat putus asa. Maka para remaja sepatutnya bijak menguruskan dna juga mengimbangi perkembangan diri mereka. Menurut kajian, fasa perkembangan remaja boleh dibahagi kepada tiga iaitu awal remaja, pertengahan remaja dan akhir remaja. Ketiga-tiga fasa ini menunjukkan perbezaan yang amat ketara. Ini kerana perkembangan kognitif semasa remaja amatlah cepat dan drastik. Kesannya, mereka akan mengalami satu zaman yang penuh dengan cabaran dan suka-duka.Ketika di awal remaja, cara pemikiran mereka akan lebih komplek, tetapi hanya tertumpu kepada beberapa perkara seperti pelajaran, keluarga dan yang paling penting kepada diri mereka sendiri. Mereka akan sentiasa berfikir untiuk menonjol lebih daripada orang lain. Ini didorong oleh sikap yang mana kesan daripada pemikiran mereka.
Semasa pertengahan umur remaja, perubahan dalam diri mereka dapat dilihat. Mereka akan lebih berfikir lebih luas. Ini berbeza ketika fasa awal remaja yang mana mereka hanya folus kepada satu aspek sahaja. Tetapi semasa fasa kedua ini, mereka dilihat berfikir secara menyeluruh dan jauh ke depan. Walaubagaimanapun, skop yang mereka bincangkan masih berkisar kepada diri sendiri.
Semasa
peringkat
ini,
remaja
dilihat
cuba
menonjolkan
atau
menunjukkan identiti mereka. Mereka akan sentiasa berfikir untuk lebih dan sentiasa mendapat apa yang dihajati dengan buah fikiran yang meninggalkan kesan yang mendalam sebagai pengalaman yang bermakna dalam diri mereka. Fasa akhir perkembangan remaja menjadi titik permulaan kepada remaja untuk maju setapak ke hadapan. Mereka akan berfikir luar kotak mereka. Pada peringkat ini mereka kurang memikirkan perihal peribadi sendiri. Kadang kala mereka kurang memberi tumpuan kepada diri. Tetapi perkara paling ketara yang dapat dilihat ialah mereka akan lebih tertumpu kepada hal-hal persekitaran seperti agamai, sejarah tamadun, politik dan isu-isu semasa yang lain. Perkara yang paling penting pada fasa ini ialah mereka akan menjurus kepada perbentukan atau lebihkan cita-cita mereka. Sesetengah daripada mereka akan menunjukkan sikap seperti orang dewasa keran cara pemikiran mereka lebih maju ke hadapan. Terdapat beberapa dorongan yang membnatu peringkat perkembangan remaja. Anaratnya ialah, melibatkan para remaja kepada isu-isu semasa. Seperti di sekolah pera guru boleh membetuk cara pemikiran mereka supaya tidak hanya tertumpu kepada pelajaran sahaja. Dengan adanya inisitiaf daripad pihak sekolah
dengan
mengadakan
ceramah,
kuiz
atau
debat
akan
dapat
menggalakkan keinginan mereka untuk belajar atau mengetahui sesuatu perkara. Seterusnya ialah sebagai seorang lebih berpengalaman, kita tidak seharusnya terlalu bongkak dengan ilmu yang kita ada. Cara yang paling berkesan ialah mengajak mereka mebincang isu-isu semasa atau penting. Dengan memberi peluang kepada mereka untuk meluahkan atau mengutarakan
pendapat yang mereka ada. Ini secara tidah lansung akan meningkatkan keyakinan mereka untuk lebih kehadapan. Kesimpulannya, remaja merupakan aset yang paling berharga bagi negara. Jika dilhat perkembangan kognitif yang harus mereka hadapi, akan dapat menhasilkan seorang manusia yang bergian kepada masyarakat dan negara. Apa yang diharapkan daripada semua pihak ialah, tidak hanya menyalahkan kepada remaja jika ada satu permasalaha. Jangan kita abaikan tanggungjawab kita mebantu proses perkembangan remaja pada masa akan datang. Rujukan: Cognitive
Development
diperoleh
pada
Julai
27,
2009
daripada
http://www.childrens.com/HealthLibrary/HealthLibContent.cfm?pageid=P0 1594 Cognitive
development
diperoleh
pada
Julai
27,
2009
daripada
http://www.healthofchildren.com/C/Cognitive-Development.html Cognitive and affective development in adolescence diperoleh pada Julai 27, 2009
daripada http://www.temple.edu/psychology/lds/documents/CognitiveandAffectiveDev elopmentTICS.pdf